Assalamualaikum semua especially buat anak-anak Mama...hero-hero Mama...
Kalau anak-anak Mama nak tahu, hari ni merupakan hari ke-7 Adik dilahirkan dan sekaligus juga merupakan hari ke-7 Mama berpantang.
Sekarang ni, Adik tengah duduk kat atas 'BiliBed' yang Mama sewa dari klinik pakar kanak-kanak, khas lampu ultra violet untuk merawat kuning Adik. Semalam, bacaan kuning adik 201, Alhamdulillah, menurun dari hari yang sebelumnya iaitu 259!
Memandangkan Mama pon baru dapat tahu pasal Bilibed ni daripada aunty yang urut Mama, Mama pon ajaklah Tok Umi pergi cari klinik ni. So kejap lagi kita akan ke klinik lagi untuk cek kuning Adik. Mama harap sangat ia menurun dengan lebih banyak lagi. Insya Allah!
Adik atas BiliBed |
Okay, hari ni, Mama nak ceritakan pengalaman Mama melahirkan Adik pula pada hari Selasa yang lepas. Alhamdulillah, harini Adik dah berusia 7 hari.
So, here we go...
29hb April 2014- 10 pagi.
Walid dan Mama pergi ke Hospital Besar Seremban untuk Mama 'menyerah diri' sebagaimana yang diarahkan oleh surat doktor dari klinik kesihatan Desa Rhu, Sikamat semalam.
Memandangkan hari ni dah masuk hari ke-6 Mama overdue, jadi Mama diarahkan untuk menyerah diri. Sudah jadi wanted dah.Hihi.
Sampai jek, Mama pergi ke 'Screening Room'. Walid pula menunggu Mama di luar bersama beberapa suami-suami yang lain. Lepastu, Mama di cek. Masa tu bukaan Mama baru 2cm. Mama diminta untuk tunggu sekejap untuk MO pula cek Mama.
Masa Mama tengah tunggu MO cek Mama, masa tu dah pukul 1 lebih, Mama dah lapar. Jadi Mama minta walid belikan Mama nasi bungkus memandangkan HO tu tak bagi Mama ke mana-mana. Even ke cafe hospital. huhu.
Walid pon pergi lah beli kan Mama nasi, dan ambil beg-beg dalam kereta untuk dibawa ke wad.
Masa Mama tunggu walid, Mama sempatlah minum air kotak milo dan air selusuh yang Tok Umi buat khas untuk Mama sambil update perkembangan Mama di Whatsapp group 'Family'. Tak lama tu, HO pon panggil semula Mama untuk masuk. Elok-elok Mama masuk semula ke 'Screening Room' tu, Walid pon datang dengan sebungkus nasi Mama tu.Isk.
Walid sms Mama bagitahu yang Walid tapaukan Mama lauk daging salai masak lomak dan begedil. Pergh. Sedapnyaa.. Tak sabar Mama nak makan. Tapi, Mama bagitahu Walid, terpaksa lah Mama makan dalam wad nanti.huhu.
MO pon cek Mama. Dia bagitahu, Mama akan di warded terlebih dahulu untuk tunggu bukaan. Sekiranya tiada bukaan dan contraction sampai malam ni, Mama akan di induce.Uwaaa...
Kemudian, HO pon panggil Mama.untuk dibuat CTG iaitu untuk cek jantung Adik dalam perut Mama. Masya Allah, Adik aktif betul dalam perut Mama. Ruang perut Mama ni besar. Almaklumlah, sebelum ni Abg Anas dah duduk kat dalam kan. Jadi, Adik pon ada banyak ruang untuk bergerak ke sana ke mari. Degupan jantung adik tu Alhamdulillah okay. Tiada masalah. Cuma, doktor tak dapat nak detect sebab Adik main 'lari-lari'. Sekejap di sebelah kanan perut Mama. Lepas tu senyap, doktor cari lagi, jumpa kat sebelah kiri perut Mama pulak. Hehe.
Jadi, bacaan pada mesin CTG tu jadi tak cantik. Macam putus-putus pon yer Mama tengok. HO tu pon refer lah semula pada MO nya dan bagitahu Mama yang Mama akan dimasukkan ke dalam 'Labour Room' sebab 'CTG Suspicious'....WHATT??
Masa tu Mama dah cuak. Tak percaya pon yer. Dah nak kena masuk Labour Room dah ker? Biar betul. Mama pon cepat2 sms walid bagitahu supaya standby untuk masuk dalam LR juga. Masa tu walid baru jek nak pergi solat Zuhur. Nasi lauk daging salai lomak Mama? Bye-bye la jawabnyaa..isk.
3.40 petang.
Mama diminta untuk tukar baju kepada 'uniform bersalin' hospital yang warna pink tu. Lepas tu duduk atas wheelchair, dan Mama ditolak masuk ke dalam LR. Fuhhh!!!
Sampai jek dalam LR, Mama diminta naik ke atas 'katil bersalin'. Doktor pon cek bukaan Mama. 3cm. Isk.isk.
Dalam hati Mama berbisik, berapa lama Mama nak kena duduk dalam LR ni kalau bukaan baru 3cm? Sempat ke Mama nak bersalin dalam masa 8 jam yang diberikan ni? Isk. Macam-macam Mama fikir.
Untuk anak ke-2 dan seterusnya, Mama diberitahu yang ibu akan diberikan masa 8 jam dalam LR berbanding anak sulung selama 12 jam. Lepastu, tengok pada keadaan. Jantung baby, contraction dan bukaan.
Masa tu, contraction pon jarang-jarang jek dan tak sekuat mana. Lepastu, ada sorang MO dating, dia minta 2 orang nurse untuk bantu dia pegang Adik dalam perut Mama. Ditolaknya kaki Mama dua-dua belah dan di selupnya. Mama terpinga-pinga. Doktor ni nak buat apa ni? Isk..
Tak lama tu, Mama rasa ada cairan hangat mengalir. Mama pon tanya nurse tu, rupa-rupanya tadi ketuban Mama dipecahkan. Maka bermulalah kiraan masa yang semakin lama semakin terhad untuk Adik keluar daripada perut Mama...
4.10 petang
Walid masuk ke dalam Labour Room untuk teman Mama. Setiap kali contraction datang, Mama akan genggam tangan walid kuat-kuat. Sesekali terasa lagi cairan hangat air ketuban Mama mengalir. Seperti Mama terkencing jek atas katil tu rasanya. Pinggang pula Ya Allah lenguhnya la hai. Maklumlah, mesin CTG tu diletakkan atas perut Mama untuk detect jantung Adik. Ada seorang nurse terpaksa pegang untuk dapatkan degupan jantung Adik dengan elok.
Tak lama tu, seorang nurse tu datang dan memberitahu Mama akan disuntik dengan ubat tahan sakit. Selepas disuntik, terasa hilang sakit pinggang Mama. Fuuhh.. Tapi sakit contraction sikit sebanyak masih lagi terasa.
6.15 petang
Walid keluar dari Labour Room untuk solat Asar, stay sampai maghrib dan akan masuk semula dalam jam 7.30 malam. Sebelum tu, Walid telefon dulu Tok Umi dan Tok Wan untuk memberitahu perkembangan Mama yang pada masa tu bukaan baru sahaja mencecah 3 cm!! hukhuk..
6.30 petang
Mama diberitahu yang ubat untuk galakkan contraction atau mungkin dipanggil induction akan dimasukkan ke dalam tiub air yang dimasukkan ke dalam tubuh Mama. Allah, kesakitan yang lebih dasyat akan Mama rasakan sekejap lagi.
7.00 malam
Contraction yang lebih dasyat dah mula terasa. Setiap lima minit contraction sudah dapat Mama rasakan. Mama berharap agar Walid cepat- cepat masuk untuk teman Mama.
7.30 malam
Walid masuk semula ke dalam Labour Room dan memegang tangan kiri Mama. Setiap kali contraction yang dasyat itu datang, Mama akan genggam tangan Walid kuat-kuat. Di bibir tidak putus-putus membaca doa nabi yunus, berselawat dan menyebut Allah berulang kali.
8.30 malam
Mama di cek lagi untuk tengok bukaan. 4 cm. Allah... Lambatnya la hai nak cecah 10 cm. Mama hanya diberi masa sampai jam 11 malam sahaja. Contraction tak usah cakap lah, sakitnya hanya Allah sahaja yang Maha Tahu. Seperti ari-ari dipulas-pulas sekuat-kuatnya.
9.30 malam
Contraction setiap lima minit masih datang menyerang tidak putus-putus. Mama berharap sangat bukaan akan lebih besar. Tiba-tiba Mama terasa seperti hendak meneran. Tapi Mama sendiri keliru. Mama hendak meneran untuk bersalin atau untuk buang air besar? Mama tak pasti.
Mama bagitahu doctor Mama terasa hendak meneran, nurse pon cek lagi bukaan Mama. Masih 4 cm!! Allah!! Macam mana ni? Mama dah tak tahan sangat nii.
9.50 malam
Terasa hendak meneran tu datang lagi. Kali ni Mama betul-betul tak tahan. Mama bagitahu Walid tapi Walid minta Mama untuk tahan sebab bukaan Mama baru 4 cm. Mama jadi tak keruan. Mama menjerit bagitahu yang Mama hendak meneran tapi nurse dan doctor buat tak heran sahaja. Mana taknya, bukaan Mama baru 4 cm. Ada seorang nurse tu jenguk sekejap bukaan Mama dan berkata,
'Saya rasa saya nampak kepala baby laa..'
Ha, kelam kabut semua orang dibuatnya, Adik sudah bersedia untuk keluar!! Masya Allah. Mama betul-betul dah tak tahan dah masa tu. Semua orang jadi kelam kabut. Mesin CTG dimati kan dan dijauh kan dari Mama. Walid pon Mama tengok tak tentu hala dibuatnya. Mungkin terkejut sebab dah sampai masa yang dinanti-nantikan. Mama tengok Walid pon dah lupa dah apa peranan beliau pada masa itu sebenarnya. Hehehe.
Mama pon bersedia dengan posisi untuk bersalin. Tapi Mama rasa cara Mama tak sepenuhnya betul sebab apa yang Mama tahu masa tu Mama dah tak tahan sangat hendak meneran. Bila semua dah bersedia, Mama tunggu untuk contraction datang lagi dan Mama teraaaaan.........
Plluussshhhhhhhhhhhh!!!!
Dengan sekali teran, Alhamdulillah, keseluruhan badan Adik keluar dari perut Mama. Tapi Mama sebenarnya silap, Mama sepatutnya teran sekali untuk kepala Adik keluar dahulu, kemudian ambil nafas dan teran lagi sekali untuk badan Adik pula keluar. Oleh sebab dengan sekali teran tu, maka terjadi lah 'koyakan'. Isk. Isk..
'Allahu Akbar, Allahu Akbar'
Hanya itu yang Mama ungkapkan semasa Adik dah keluar dari perut Mama.. Setelah segala-galanya selamat. Perasaan lega hanya Allah sahaja yang Tahu. Adik kemudiannya ditunjukkan kepada Mama untuk Mama bagitahu apa jantina Adik. Kemudian Adik diletakkan di atas dada Mama.
Tangisan kegembiraan mengalir di pipi Mama saat Mama tengok tubuh kecil Adik. Mama pegang jari jemari kecil Adik sambil Walid perlahan-lahan azan kan Adik di telinga Adik. Saat itu adalah saat yang paling bahagia yang sudah semestinya takkan Mama lupakan.
Adik dilahirkan pada jam 9.56 malam seberat 3.1 kg...
Kemudian Adik diambil untuk dibersihkan dan Walid keluar untuk menelefon Tok Umi dan Tok Wan memberitahu perkembangan Mama.
Mama kemudian di bius dan dijahit. Pengalaman dijahit kali ni amatlah berbeza berbanding kali pertama dahulu yang langsung tidak dibius. Entahlah, Mama pon tak faham prosedur hospital kerajaan ni. Berbeza-beza. Kali ni, hanya 20 minit sahaja diambil untuk Mama siap dijahit.
Perasaan lega selepas bersalin mengatasi segala-segalanyaa...
Ni lah Adik, tapi masa ni dah lebih kurang 9 jam Adik dilahirkan. |
Adik sama jek macam Abg Anas, lincah jek keluar kan tangan dari bedungnyaa..hee |
Subhanallah. Kasihnya ibu....
ReplyDeleteTerima kasih kak, kongsikan pengalaman akak.
alhamdulillah..syukur semua dh selamat dik.. mmg hebatla adik bleh lahirkan baby dgn skali teran je! fuh..akk msih dpt bayangkan camne sakitnye ms contraction 2..btw..baby u comey sgt2 dik! ngan rmbut lebatnye..geram je akak tgk..
ReplyDelete