Thursday, November 29, 2012

Muhammad Anas Fateh


 Assalamualaikum Sayang Mama!~

Hari ni Sayang dah berusia 32 hari. Err, maksud mama, baru berusia 32 hari. hehe. Tadi Tok Umi bawa Sayang dan mama ke klinik kesihatan untuk Sayang dapat suntikan Hepatitis untuk sebulan!

Sayang kena cucuk kat peha sebelah kanan. Kesian mama tengok Sayang menangis lepas kena cucuk. Tapi Sayang menangis sekejap saje. Sayang tengah sedap2 tidur tetiba akak nurse tu cucuk Sayang, baby mana tak melalak kan Sayang kan?huhu. Sayang menangis sekejap lepastu Sayang sambung tidur balik. Haha. Tulah, penangan tidur lambat lagi malam tadi, kan dah Sayang ngantuk yang teramat! hehe.


Sayang yang mengantuk selepas kena cucuk sebab dah masuk sebulan!

Okaylah, tengok pada heading tu dah tentu2 nama penuh Sayang kan. Jadi dah sah2 la mama nak cakap pasal awak Sayang, anak mama yang mama dan walid namakan 'Muhammad Anas Fateh'.

Kalau Sayang tengok pada entry mama yang sebelum ni, Nama oh Nama ha, entry ni kira sambungan lah kepada entry yang tu. Hehe. Kiranya, kali ni mama nak ceritakan asal usul nama awak Sayang.

First thing first, kalau Sayang nak tahu, walid awak tu suka sangat baca pasal ketenteraan. Kalau walid surt internet kan, antara blog yang walid surf adalah berkenaan ketenteraan negara ni. Pasal sejarah lah, pasal kapal selam lah, pasal keselamatan negara lah yada yada yada. Mama rasa walid Sayang tu dah tersilap jadi engineer, sepatutnya walid masuk askar jek. Mesti semangat kenegaraan beliau lebih berkobar2. Hikhik.

TAPI, yang kagumnya, bukan pasal ketenteraan negara jek yang beliau minat baca, tapi juga pasal pahlawan2 dan tentera2 Islam. Kebanyakan pahlawan2 Islam walid Sayang mesti tahu cerita. Mama yang kengkonon ambil jurusan agama sejak dari tingkatan 1 ni pon terpinga-pinga kalau walid Sayang cakap pasal khalifah tu, khalifah ni. Almaklumlah, mama ni pulak sangatlah tak minat pasal sejarah, tak kira lah sejarah kesultanan melayu melaka ke sejarah pembentukan negara Somalia ke apeke termasuklah sejarah tamadun Islam. Ish, tak bagus betul Mama ni (Sayang jangan jadi macam Mama tau). Tapi macam mana Mama boleh ambil jurusan undang2 pon Mama tak pasti. (-_-)

Jadi, kalau dah walid Sayang tu minat ke arah itu, sah2 la calon2 nama yang walid fikirkan untuk Sayang jugak adalah tokoh2 pahlawan2 Islam juga. Macam Salahuddin Al Ayubi dan Abu Ayyub Al Ansari. Ada lah lagi beberapa nama yang walid Sayang suggest tapi Mama tak ingat. Huhu.

Nama2 yang Mama suggest pulak setakat yang Mama ingat semuanya tak dapat kelepasan SIRIM (walid Sayang lah tu). Mama pulak sebagai isteri yang taat lagi mithali ni hanya mampu akur sahaja. (-_-)

Sehinggalah nama 'Muhammad Fateh' walid Sayang suggest kan pada Mama. Beriya walid ceritakan kat Mama siapa dia Sultan Muhammad Al Fateh ni tapi Mama macam blur2. Walaupon macam tu, nama tu kira Mama dah berkenan dahla cuma nak juga Mama tahu siapakah gerangan empunya nama...

Jadinya, pada satu hari yang dingin, sambil lepak2 di rumah Tok Wan dan To'ki Sayang sementara menanti hari untuk lahirkan Sayang, Mama pon google lah.
Bila bukak youtube, Mama pon bukaklah video ni....




Tak tahu kenapa, masa tengok video ni jek, air mata Mama mengalir bercucuran. Kagum, bangga dan macam2 lagilah. Meremang bulu roma Mama tengok video ni. Masya Allah. Hebat betol Sultan Muhammad Al Fateh ni. Terus Mama tersenyum seorang tanda setuju 100% untuk nama kan Sayang dengan nama ni. =)

Mama pon google lagi untuk baca sejarah Sultan Muhammad Al Fateh ni. Antara artikel yang Mama baca adalah Satu Umat : Sultan Muhammad Al Fateh
dan Sultan Muhammad Al Fateh

Sangat mengkagumkan kan Sayang? Memang tak syak lagi, Baginda adalah seorang pahlawan dan tokoh Islam yang amat hebat. Dalam hati mama berbisik, 'semoga bila Mama nama kan Sayang dengan nama Baginda, Sayang akan jadi seperti Baginda. Kalau tidak sepenuhnya pon tapi sebahagian. Insya Allah. Amiin!'

Tapi, memandangkan nama tersebut di suggest oleh walid Sayang, maka nya Mama masih nak juga meletakkan satu nama yang Mama pulak yang suggest. (Nak menang jugak Mama ni.haha)

Jadi, Mama pon ligatlah memikirkan nama yang sesuai untuk diselitkan di tengah2 antara 'Muhammad' dan "Fateh' tu. Nak letak di belakang sekali, tak banyak nama yang sesuai dan 'masuk' malah juga sedap di dengari. hoho.

Sampailah Mama came across nama 'Anas'. Ha, sedap jugak nama Anas. Mama suka dengan nama 'Anas'. Maksud 'Anas' ialah.....

'Kemesraan/cinta/kasih/mesra/periang'

 Last2, Mama pon puas hati dengan nama 'Anas'. Bila Mama bagitahu walid jek, respon walid walaupon tidak menunjukkan setuju secara 'zahir' nya (sebab walid Sayang nak letak nama sebijik2 Muhammad Al Fateh, tak mahu olah2 lagi dah.hoho) tapi Walid Sayang jugak tidak membantah.

Oleh itu, Mama pon dengan gembiranya sebab akhirnya berjaya jugak dapatkan satu nama untuk awak Sayang. 'Muhammad Anas Fateh'.

Seterusnya, bila Mama lahirkan Sayang, agenda untuk mendaftar nama Sayang di Jabatan Pendaftaran Negara pula menjadi satu isu. Sebab musabab nya adalah, bila nama Sayang di 'bin' kan dengan nama walid, nama Sayang akan jadi sangatlah panjang. 36 aksara! (termasuk 'bin') Fuuhh!

Pulak tu ada desas desus mengatakan kalau nama panjang sangat, akan diberi 2 kad pengenalan. hadoi! Kasihanlah anak Mama kalau kena pegang sampai dua kad pengenalan semata-mata sebab Mama nak jugak nama kan awak dengan nama yang panjaang ditambah pulak dengan nama walid Sayang yang sememangnya panjaaang. Uhuk.

Jadinya, Mama pasrah ajeklah. Mama minta walid tanya kan dengan orang kat JPN tu dulu pasal 2 kad pengenalan tu. Kalau memang betul, Mama pasrah jek untuk cancel nama 'Anas' tu. Stick to the original sahaja.

Pada hari yang ke 13 kelahiran Sayang, walid pon pergilah daftar kan nama Sayang. Bila walid awak balik jek, walid bagi Mama surat beranak Sayang, terus Mama dengah gopohnya tengok nama Sayang disitu. Ia tertulis, 'Muhammad Anas Fateh'! Yeayyy! Terus Mama senyum keriangan. Walid cakap orang kat kaunter tu bagitahu, kalau nama muat pada kotak2 dalam borang tu kira pakai 1 kad pengenalan ajek lah. Jadi walid pon terus ikut ajeklah nama yang telah Mama isi kan dalam borang pendaftaran tu.

So, begitulah asal usul nama awak Sayang, Muhammad Anas Fateh.

Harapan Mama semoga Sayang menjadi anak yang soleh, yang mempunyai ciri2 yang dipunyai oleh baginda Sultan Muhammad Al Fateh yang sangat hebat itu. Okay Sayang? Takpe, Mama yakin Sayang boleh. Kita sama2 usaha kan yer Sayang Mama...Insya Allah.


p/s: Entry ni ditaip pada 27hb November 2012. Tapi sebab masa mama tengah type tu tetibe black out pulak jadi Mama terpaksa sambung hari ni. hehe.




Wednesday, November 7, 2012

:: The most PRECIOUS Raya Haji everrr ::


26 Oktober 2012 / 10 Zulhijjah 1433H

-6:20 pagi

Pagi Raya Haji, Mama bangun pagi untuk tunaikan solat Subuh, tapi tiba-tiba Mama rasa macam ada sesuatu yang tidak menyelesakan di 'bawah' sana. Mama masuk toilet, tapi malangnya mama tak boleh nak pastikan sebab perut mama yang sangat besar tu telah menghalang mama dari berbuat demikian. Jadi, Mama solat macam biasa.

Selesai solat, mama ingat nak baring sekejap sebab rasa badan ni sangatlah tak larat. Maklumlah, mama tengah sarat, lagi 3hari saje EDD mama. Sebelum tu mama alas dengan selimut. Macam tadi, rasa sesuatu tu ada lagi. Mama cek kat selimut sekali tengok ada darah! Cek lagi ada lagi 3 tompokan darah kat peha mama. Ya Allah, mama dah nak bersalin dah ke hari ni?? Mama cuak. Mama cari walid Sayang. Lepas Subuh walid Sayang cari port lain pulak untuk beliau 'landing'. Isk.

Bukak pintu bilik, nampak walid Sayang terbaring depan tv. Panggil punya panggil tak dengar. Masa tu, ada To'ki Sayang tengah gosok baju di bilik sebelah. Nak tak nak mama terpaksa panggil To'ki Sayang jugak. Lepas tu, apa lagi, kecoh lah satu rumah.

Tak pasal-pasal pagi tu semua orang dalam rumah tak pergi solat sunat Raya Aidiladha. Mama pon dah cuak. Serba salah nak pergi hospital ke tak. Lepas tukar baju, mama sarapan sekejap untuk kasi ada tenaga. Sarapan satay, nasi impit dan kuah kacang. Fuuh, merasa dulu mama makanan Raya sebelum apa-apa jadi.Huhu.

Lepas call Tok Umi Sayang dan memikirkan mama mengandungkan anak sulong, mama ambil keputusan untuk pergi ke hospital.

Sampai di hospital, jumpa nurse, cek-cek, bukaan mama baru 1cm. Disebabkan mama dah ada rasa contraction, mama terus ditahan wad. Doktor dah tak bagi mama balik ke rumah lagi dah. Isk.

Masa tu mama di bahagian O&G. Bila doktor pulak cek pagi tu, bukaan mama dah 2 cm.

-1:30 tengah hari

Mama terbaring di atas katil di wad. Sambil menahan contraction yang datang dalam 10 minit sekali. Yang mama tak tahannya sebab ia tekan kuat kat pundi kencing mama. Macam rasa nak terkencing tapi kena tahan kencing tu. Ha, tak ke seksa namanya tu. Tiba-tiba mama terbersin pulak. Terasa basah di kain mama. Ha sudah, mama dah terkencing pulak dah ker? Bisik hati kecil mama. Air menitik-nitik macam tangki bocor tu. Mama terus bergegas ke toilet.

Bila cek, air tu berwarna kuning kemerahan. Macam ada kesan darah pon yer. Bau pulak macam hancing. Jadi mama ingat kan ia hanyalah air kencing yang bercampur dengan darah sebab tadi doktor ada bagitahu mama yang 'bawah' mama ada sedikit luka. Huhu.

Lepas tukar kain baru, mama balik semula ke katil. Tapi malangnya, menda yang sama juga terjadi sebanyak 3 kali. Mama dah error. Teruk sangat contraction ni tekan pundi kencing mama sampai 'leaking' teruk jadik nya. Bisik hati kecil mama lagi. Dengan keadaan yang macam tu dan contraction yang datang menyerang selang 10 minit sekali, memanglah mama tak tahaann..uhuk.

-5:10 petang.

Mama dipanggil untuk masuk ke bilik rawatan untuk di cek sekali lagi oleh doktor. Mama bagitahu doktor dan nurse apa yang berlaku jadi doktor pon cek lah 'bawah' mama. Cek punya cek, sekali mama di bagitahu bahawa 'leaking' tersebut adalah air ketuban mama, bukannya air kencing!! Hah?? Warna dia kekuningan sebab Sayang yang masih dalam perot mama masa tu rupa-rupanya dah berak. Sebab tu air ketuban mama berwarna! hoho. Nurse tu gelakkan jek mama sebab tak tahu yang air ketuban mama sebenarnya dah pecah, bukannya air kencing. Isk. Tak baik nurse tu tau. Mana mama tahu yang Sayang dah berak dalam perot mama, sebabtu air tu berwarna. (-_-)

Cek punya cek lagi, bukaan mama dah 4cm, Apa lagi, mama kena masuk dewan bersalin dah la. Fuuhh!! Bila tahu jek dah nak masuk dewan bersalin, rasa macam nak masuk dewan perang jek. Cuak, takut, risau, semuanya ada masa tu.

Nurse suruh mama inform walid Sayang. Supaya beliau boleh standby di dewan bersalin tu.

-5:45 petang.

Mama telah dibawa masuk ke dewan bersalin. Tok Abah & Tok Umi pulak tak sempat nak jumpa mama sebab masa tu mereka baru sahaja nak sampai di Kemaman. Isk. Masa tu, dalam 1 bilik ada mama seorang sahaja. Kira okaylah sebab mama takkan terganggu dengan karenah bersalin orang lain yang mungkin akan menganggu gugat fokus dan keyakinan mama semasa menunggu bukaan mencecah 10cm! Hoho.

Masa tu, Alhamdulillah, semuanya perempuan. Doktor perempuan, nurses pon perempuan. (Eh, memanglah nurse selalunya perempuan kan.haha) Yang penting mereka baik-baik belaka. Buat mama rasa selesa.

-7:30 petang.

Bukaan 5cm dengan contraction yang kerap dan lama. Isk. Pinggang mama dah mula rasa sakit. Doktor pantau heartbeat Sayang. Nak tengok Sayang okay ke tak. Masa tu ada 2 orang HO perempuan yang jaga mama. Alhamdulillah, so far Sayang okay sajek. Bravo Sayang Mama!

-9:30 malam.

Masih 5cm dengan kadar contraction yang sama. Setiap kali contraction datang, peritnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Masa tu nurse dah panggil walid Sayang masuk. Mama pon tak faham kenapa tetiba walid Sayang boleh masuk awal. Bukannya time dah nak beranak karang. Takpelah, maybe mereka nak walid bagi support banyak2 kat mama kot.

Mama memang bertuah sebab walid dapat teman kan mama lebih awal dari yang sepatutnya. Memang mama perlukan walid masa tu. Walid bagi mama semangat, selalu ingatkan mama supaya bersabar dan ingat Allah banyak2. Sesekali walid akan cium tangan mama dan usap2 rambut mama.

At least, mama ada walid bersama mama. Mama bersyukur. Kalau apa-apa jadi, kami akan tempuhi bersama. Walid akan sentiasa ada di sisi mama.

27 Oktober 2012/ 11 Zulhijjah 1433H

-12:00 malam.

Masih lagi 5cm. Walid dah resah. Kesian walid. Dahlah duduk kat atas kerusi yang takde tempat sandar. Sayang bayangkan walid Sayang duduk kat kerusi tu berejam. Setiap kali contraction mama akan pegang tangan walid sekuat hati mama. Nasib baik tangan walid tu gagah, kalau tak dah patah dah mama rasa. huhu.

Nurses yang sedia ada dah lama tukar shift. Paling tak best bila HO perempuan 2 orang tu pon dah tak ada. Tetiba mama dengar ada seorang suara lelaki. Ha sudah, doktor lelaki pulak ker? Bisik hati mama. Mama dah tak sedap hati dah. Mama cakap pada walid Sayang. Walid Sayang pon dah tak sedap duduk dah. Masa tu nurse yang ada pon macam poyo jek. Benci betul mama. Walid pon error dengan dia. Kenapa dah tengah2 malam macam gini semua orang macam tak best jek? Tak seindah macam siang tadi punya? Isk.

-12:30 malam.

Seorang doktor lelaki masuk. HO juga rupa2 nya. Walid masa tu dah tak boleh blah dah sampai selamba ajek beliau tanya pada nurse yang poyo tu, 'Dah tak ada doktor perempuan ke?'

Kalau dah nama pon poyo, memang boleh agak lah kan jawapan dia apa. Memanglah menyakitkan hati. Mama pasrah jek waktu tu. Dahlah sedih bukaan tak gerak2 dari maghrib tadi. Tambah pulak dengan kemunculan HO lelaki ni. Hukhuk. Tak apalah, mama pasrah jek. Sesungguhnya, bukan mama pinta untuk tidak bersalin dengan doktor perempuan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Semoga dosa-dosa mama diampunkan Nya. Amin.

Walid bagitahu mama yang kat luar ramai lagi yang tunggu termasuk Nyang & Nyang Ani Sayang. Masya Allah, mereka masih menunggu di luar ke? Lagi la hati mama ni rasa kesian. Nak saje mama minta mereka balik berehat dulu sebab tak sanggup nak mereka tunggu mama yang tak tahulah nak bersalin pukul berapa lagi ni. Isk.

Kadang-kadang mama terasa nak putus asa dan ambil keputusan untuk operate sahaja dek kerana tak tahan menunggu dengan serangan contraction yang bertubi-tubi. Tapi, atas nasihat MO, Dr Mas dengan keadaan heartbeat Sayang yang Alhamdulillah baik-baik sahaja, supaya mama tunggu sampai jam 5 pagi. Untuk anak sulung, mereka tak galakkan untuk operate sekiranya tak mengalami apa-apa masalah.

Okay. Mama tunggu. Insya Allah, mama akan bersalin juga nanti. Doa Nabi Yunus masih tak berhenti-henti mama titipkan di bibir mama.

-2:00 pagi.

Mama di cek lagi untuk bukaan. HO lelaki tu bagitahu yang bukaan masih 5cm. Tak lama tu ada seorang MO perempuan datang periksa mama pulak. MO tu cakap dah 7cm! Apalah HO tu, tak reti cek hape. Heh. Masa tu walid Sayang tersenyum. Tanda lega sebab bukaan dah makin besar. Mama pula, masih resah nak tunggu lagi 3cm yang tak tahu berapa lama pula masa yang akan diambil. Sayang mama cepatlah keluar!

-3:00 pagi.

Mama tetibe terasa hendak meneran. Macam nak Yak tuu...Tapi rasa nak teran yang sangat2 dah. Mama terus jerit panggil doktor. Walid pon dah kelam kabut. Mama tanya doktor tu, dah boleh teran ker? Dah 10cm ker? Apa yang mama dengar HO tu cakap, 'Kalau Puan dah rasa nak teran puan teran jer..'
Erk? Biar betol. Mama dah tak fikir apa dah. Mama dah tak tahan sangat dah waktu tu. Semua wayar2 di perut mama dicabut. Mama diminta untuk angkat kaki. Tumit rapat ke punggung, kedua-dua tangan mama pegang tumit. Lengan walid pula diminta untuk pangku kepala mama. Supaya ditinggikan dan dagu mama mengenai dada mama.

Bila semua dah ready, mama disuruh untuk teran bila rasa contraction datang. Sebelum teran, tarik nafas panjang2 dulu, hold dan teran, baru hembus balik nafas. Tarik nafas ikut hidung manakala hembus nafas pakai mulut mama. Semasa meneran mama diminta untuk tidak menjerit atau mengeluarkan suara even 'Aaaaahh'. Buang tenaga ajek kata mereka.

Masa mama meneran tu, semua orang bagi semangat. HO tu even sengal2 pon tapi bab2 bagi semangat ni dia okay. So bila ramai2 bagi semangat dengan meriahnya macam sedang bersorak untuk football match, tenaga dan semangat mama pon jadi kuat. Sekali mama teran dengan sepenuh hati. Pastu mama berhenti. Masa tu mama rasa Sayang dah keluar sedikit dah. Lepastu HO tu suruh mama teran lagi. Mama tarik nafas panjang2 dan teran sekuat hati mama dan .............pluuuuuuuushhhh!!

Terasa cairan hangat keluar dengan banyak nya setelah Sayang disambut oleh HO tersebut. Terus mama dengar tangisan Sayang yang menangis sekuat hati Sayang. Alhamdulillah!~

Masa tu lega nya mama hanya Allah sahaja yang tahu. HO tu angkat Sayang dan tunjukkan pada mama. Suruh mama bagitahu dia jantina Sayang. Mama terus tersenyum dan jawab, 'Boy...'

HO terus letak Sayang atas dada mama dan walid cepat2 azan kan Sayang di telinga kanan Sayang. Air mata mama mengalir. Tak mama sangka, mama telah selamat melahirkan awak Sayang. Sayang telah keluar ke dunia ini setelah 9 bulan berada dalam perot mama. Mama pula dah bergelar seorang ibu akhirnya. Subhanallah.

Lepas tu, nurse ambil Sayang untuk di bersihkan. Yang bestnya, Sayang dengan selambanya kencing sampai terkena baju hospital yang walid pakai. hehe. Awal2 lagi Sayang dah 'kencing' kan walid Sayang yer. haip!

Oh yer, Sayang dilahirkan pada jam 3.07 pagi dengan berat 3.15kg!

Selepas tu, Sayang diletakkan di dalam katil Sayang berdekatan dengan mama setelah Sayang dibersihkan. Walid pula diminta keluar sementara menunggu mama di 'settlekan'. Hoho.


Sayang mama tidurrr

Mama ingat mama dah lega dah. Semua dah settle, dah selamat. Tapi rupa2 nya, ada satu fasa yang paling perit dan seksa yang mama kena tempuhi. Lagi sakit dari contraction, apa tah lagi dari bersalinkan Sayang! Apa lagi kalau bukan Fasa dijahit!!

Darah mama keluar banyak. Dalam 600 ml. Koyakan sangatlah banyak sampai kusut2 HO tu nak kena jahit. HO bagitahu mama yang jahitan sampai beratus jahitan. Huhu. Tak tahulah kalau dia jawab sebagai 'hiperbola' jek.Heh.

Mama tidak dibius. Hanya diberi satu alat untuk mama sedut apabila mama terasa sakit. Dan of course lah kan, sepanjang masa mama sedut gas tu sebab sepanjang masa mama sakit semasa dijahit. Sampai mama dah jadi mamai, dah jadi separa sedar. Masa tu mama terasa lembik tak bermaya. Berulang kali mama cakap, 'sakit doktor sakiittt..'

Sesekali dengar suara nurse yang poyo memarahi mama sebab 'tak bagi kerjasama' untuk dijahit. 2jam setengah terasa macam 2hari! Mama terasa bagai diseksa. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang Tahu. Kalau memikirkan saat itu berulang kali, sumpah mama taknak beranak lagi dengan koyakan yang banyak!!!

-5:30 pagi.

MO Doktor Mas datang. Dalam mamai2 mama, mama dengar MO tu memarahi HO tu sebab tak inform beliau tentang perihal mama. Yang mama kehilangan banyak darah, yang koyakan mama banyak, yang itu yang ini. Pendek kata, sebagai HO dia telah gagal untuk me report kan apa yang sepatutnya di report kan kepada MO nya.

Dr Mas ambil alih tugas jahitan tu. Sambil membebel2 sebab dah 2jam setengah masa diambil untuk menjahit. Mama juga ada terdengar Dr Mas cakap pada HO tersebut, 'Can you imagine if this patient is your sister'.

Okay. Waktu tu mama terasa yang sesungguhnya mama tak sepatutnya diperlakukan sedemikian. Bila dengan Dr Mas jek, mama terasa sedikit tenang. Bila dah siap dijahit, mama terus berterima kasih kepada Dr Mas dan dengan selambanya cakap, 'Kalau Dr Aiman yang buat, tak tahulah sampai bila nak habiss..'

Sambil menangis2 teresak2 macam kanak-kanak. Sesungguhnya mama memang sakit. Terasa satu mimpi yang teramatlah ngeri yang telah mama alami.

Disebabkan 2jam lebih tu jugak, Sayang telah terlebih dahulu diberikan susu formula. Tambah lagi sakit hati mama. Angan-angan mama untuk dakap Sayang buat pertama kali selepas melahirkan Sayang dan terus menyusukan Sayang semestinya hancur berkecai. Serius, mama sedih.

-8:00 pagi.

Mama sms walid. Bagitahu yang mama masih berada di dalam wad bersalin. Kena tunggu orang dari wad datang ambil mama. Sayang pulak terpaksa diletakkan di wad 2, wad yang berlainan dengan mama disebabkan mama tetiba demam semasa bersalinkan Sayang. Takut Sayang dijangkiti apa-apa kuman dari mama.

Mama sedih tapi untuk kebaikan Sayang, Mama pasrah. Takpe, wad 2 tu hanya 1 tingkat saje dari wad mama. Mama akan sentiasa naik menyusukan Sayang.

Mama juga mms kan gambar Sayang pada Tok Abah & Tok Umi. Kesian mereka dah lama sangat tunggu mama sejak mama tak berkesempatan untuk jumpa mereka setelah mereka sampai petang semalam. Tok Umi cakap Sayang sebijik macam mama masa mama kecik. Dalam erti kata lain, mama pon cute jugaklah masa kecik2 dulu. Eh?? Hehe.



Sayang mama lena dibuai mimpi...


Sayang mama!!

-9:30 pagi.

Mama akhirnya dibawa semula ke wad mama. Masa keluar dari dewan bersalin tu, mama nampak Tok Abah, Tok Umi & Aisyah terkejar-kejar kan mama sambil mengucapkan tahniah. Mama baru dapat menatap wajah mereka, setelah mereka menunggu mama 15 jam lamanya. Kemudian mama ditolak ke wad mama. Sampai di wad, mama terus berehat. Lembik, tak terdaya untuk mama buat apa-apa. Penat menunggu bukaan, penat menahan kesakitan, penat meneran, penat dijahit dengan banyak nya, penat menangis2 akibat di jahit dengan teruk ditambah dengan laparnya.

Kali terakhir mama makan adalah pada pukul 12 tengah hari waktu semalam, semasa walid bawakkan mama nasi impit dengan sambal ikan bilis yang Tok Wan Sayang bekalkan buat mama. Masa tu Cik Ah Sayang ada masakkan kuah lodeh tapi mama tak dapat nak menjamahnya dek kerana contraction yang datang menyerang bertubi-tubi.

Walaupun bermacam-macam dah mama lalui, bila memikirkan yang mama telah selamat melahirkan Sayang, dan Sayang ada di tingkat atas menanti mama, mama berasa lega dan puas. Terasa tenang sangat. Jadi mama hanya berehat dan tidur sehingga waktu melawat tiba...dengan takbir raya bergema........