Thursday, April 18, 2013

:: Aura Anak-Bapak ::


Assalamualaikum Sayang Mama!~

Harini Sayang Mama dah berumur 174 hari. Maknanya, lagi 6 hari sahaja lagi, Sayang Mama dah boleh MAKAN, yeayyy!!

Hehe. Awak yang nak makan, Mama pulak yang excited. Almaklumlah, anak pertama, setiap perkembangan awak Mama mesti excited nak menghadapinya. Melihat anak Mama membesar depan mata Mama. Sekejap sahaja awak dah nak masuk 6 bulan dah Sayang. Pastu setahun,pastu dah boleh berjalan, pastu dah boleh pergi taska, pergi sekolah, masuk universiti pastu kahwin, dah ada 'permaisuri' lain dah dalam hati Sayang Mama besides Mama, *perghh*

Yer, Mama sangat paranoid, I mean, emak mana yang bukan paranoid kan bila cakap pasal anak? hehe.

Takdelah, nampak sangat masa tu berjalan sangatlah pantas. Pejam celik pejam celik, Sayang Mama dah besar. Dah boleh makan. Saat Mama dalam labour room menanti awak keluar dengan contraction yang amat kerap pada malam hari raya haji kedua hujung tahun lepas masih lah segar dalam ingatan Mama.Isk.

Okay,Okay. Nanti dulu cakap pasal makan okay. Insya Allah kalau Mama ada masa, Mama akan buat special entry untuk tu. Harap2 sangatlah ada kan, nak buat entry pasal cara Mama handle EBM pon tak sesempat.Heh. Apa itu EBM? Haa, nanti kita cecite okay Sayang? hehe.

Kali ni, Mama nak cerita pasal aura dulu. Ha, tengok tajuk jek dah tahu dah kan. Aura siapa? Aura Anak-Bapak. Siapakah gerangan Anak-Bapak itu? Ha, siapalah lagi kalau bukan 2 orang hero dalam hidup Mama, Sayang Mama dan Walid awak lah Sayang! hehe.

Setakat yang Mama perhatikan kan, Dah 3 kali walid awak demam, Sayang pon mesti demam jugak. 1st time masa Sayang Mama kena cucuk 2 bulan punya. Masa tu kita kat kampung JB, walid kat kampung Kijal. So masa tu walid awak demam, Mama dengan awak takde bersama walid. Kesian walid demam sendiri2 tanpa Mama di sisi. *eceh, macam lah selama ni walid demam Mama ada masa time Mama kerja kat Muar dulu.hoho*

2nd time, masa Mama dah nak habis pantang, masa walid nak ambil kita di JB balik ke Kuantan. Malam walid nak naik bas tu, walid demam. Tup2 badan awak pon panas jek sampai Mama tampal cool fever kat awak. Mama dah risau dah, macam mana walid nak drive kereta balik kalau walid tak sihat. Tapi walid gigihkan juga, nak buat macam mana, cuti Mama dah nak habis.hukhuk.



Sayang Mama demam, walid yang nak datang dari Kijal
sana pon demam juga. -masa ni kita masih di JB.


Pagi masa walid sampai di bus stand Larkin tu, Mama gigihkan pergi ambil walid kat bus stand, takmo bagi walid naik teksi, takut kene embun. Takut jadi lagi teruk pulak. Pagi tu walid sampai rumah JB jek, walid terus tidur, rehat sehabis mungkin. Memang panas lah badan walid time tu. Siap kena jeram dengan kain basah. Awak pulak bertampal cool fever di dahi. hoho.

Sedih Mama tengok kedua-dua hero Mama tak sihat. Tapi masa tu demam awak sedang2 jek. Masa awak tidur Mama jeram kan lah badan walid. Kesian walid masa tu.

3rd time, paling latest, masa kita dah kat Kuantan. Hari Selasa seingat Mama. Masa tu awak dah demam masa kita balik kampung Kijal.


Masa Sayang Mama demam kat Kijal. Tapi masih layan upin ipin.hee.


Tapi demam on off lah sebab Mama tampal cool fever. Silap Mama, hari Isnin tu appointment 5 bulan awak. Kena cucuk. So malam tu, demam awak datang lagi. Kali ni betul2 panas sampai awak tak boleh nak tidur. Kesian sangat Mama tengok awak. Tapi awak good boy, Sayang Mama tak nangis pon. Cuma ngengek2 sikit2. Mama bangun pukul 3 pagi tu, tuam kan badan awak dengan kain basah. Bila badan awak dah sejuk jek, baru awak boleh tidur semula. Kesian nya la hai kat Sayang Mama.

Bila esok pagi tu, Mama rasa badan walid awak, pon panas jugak, Mama pon minta walid MC jek haritu sebab Mama pon nak ambil EL, nak jaga awak dan walid. Alhamdulillah hari tu pon Mama takde Bicara di Mahkamah, so takdelah nak pass kerja kat kawan Mama pulak.hoho.


Dua-dua hero Mama demam.
Mama pon terpaksa la EL nak jaga kamu berdua. =)


Ha, tengok, 3 kali demam awak sama dengan walid. Suratan atau kebetulan? Tak tahulah aura atau telepati apa yang awak dan walid ada, sakit pon nak sama2. Padahal awak dari perut Mama. *tetibe nada tak puas hati.hehe*

Lepas tu, dah sah2 la Mama terpaksa utamakan awak dulu dari walid, sebab awak kecil kan.isk.isk. Kesian kat walid taw.

Takpelah, yang penting Mama sihat. Mama boleh jaga awak dan walid. Walaupon Mama jadi huru hara sikit. Kalau Mama tak sihat, lagi susah. Lagi naya kat awak dan walid taw. huhu.

Okaylah. Cukup dulu setakat ni. Mama nak sambung buat kerja pulak. Actually, Mama tengah on duty sempena pilihanraya ke 13 ni. Start dari 4petang sampai 12 malam karang. So sekarang ni Sayang Mama kat rumah Cik Ina, babysitter awak. Insya Allah pukul 10malam karang walid awak ambil awak, Mama akan jumpa awak kat rumah jek, okay Sayang?

Doakan kita sentiasa diberi kesihatan yang sebaiknya dari DIA. Agar kita dapat beribadat dan menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

Salam Sayang,

-Mama-