Friday, January 13, 2012

:: Kisah Car Wash ::


Semalam saya pergi ke car wash yang berhampiran dengan rumah saya. Selain daripada ia terletak sebelum saya sampai ke rumah saya, setakat ni kat Muar kat situ lah car wash yang paling saya puas hati untuk pergi. Memandangkan cik Vivi dah sangatlah comots, saya pon singgah lah untuk memandikan dia sekejap. Alang2 nak beli kan makanan untuk housemates saya yang dah kebuluran di rumah tu. Hehe.


Lepas selesai membeli makanan, cik Vivi saya tinggal lagi sikit jek nak siap. Jadi saya duduk sekejap kat kerusi yang disediakan di car wash tu. Saya perasan yang jaga cashier tu seorang lelaki melayu pulak. Jadi saya pon tegurlah,


"Dah tukar tauke ker?"

Sebelum ni perempuan cina yang duduk situ sebab tu saya tanya.

"Taklah, tauke sama. Sekarang saya pulak jaga.."

Brader tu pon menambah lagi.

"Nak beli pewangi kereta tak? Boleh tahan sampai 5,6 bulan ni.."

Sambil menunjukkan saya pewangi tersebut.

"Wah, wangi jugak. Dahla warna-warni. Comel jugak. Berapa RM ni??"

"RM30 kak..Tapi boleh tahan 5,6 bulan.."


Saya tengok2 ada macam2 warna. Paling saya terpikat dengan warna apa lagi kalau bukan warna purple!~ Hehe.

"Takpelah, saya tak cocok duit lagi lah. Saya beli lain kali jek laa.."

Dua minit kemudian, brader tu serahkan saya sekeping resit.

"Simpan taw resit ni. Cukup 10 keping boleh dapat satu basuh kereta free.."

Wah, kena simpan ni. Mesti lah saya selalu cuci kat sini kan. Kenapalah baru tahun ni start. Selama ni saya memang cuci kat sini kot. Huhu. Saya pon masuk ke dalam kereta. Sambil brader tu tutup bonet cik Vivi sebab masukkan cecair pencuci wiper, brader tu explain lagi..

"Kita ada kupon jugak. RM50 dia pecah2 RM10. Nanti dapat satu kupon free."

"Wah, menarik jugak tu. Beli kupon lagi cepat dapat free basuh ek?" Hehe.


"Takpelah, lain kali saya tunjukkan kupon tu.."


Saya pon tutup pintu dan berlalu pergi. Sampai di rumah jek. Dah masuk dalam rumah, letak makanan dan masuk bilik jek, tetibe terfikir.

'Eh, aku bayar ke kat brader tadi? Macam tak ingat pon ada keluar kan duit..'

Pergi cek kat purse tengok2 duit macam banyak tu jugak. Adoi! Sah lah tak bayar! Saya pon cepat2 lah keluar rumah balik, singgah Shell cocok duit sekejap dan pergi balik car wash tu. Brader tu terpinga2 tengok saya. Pelik kot kenapa saya datang balik.

"Tadi saya tak bayar kan? Bagi resit tapi saya tak bayar lagi..Saya beli terus lah pewangi kereta tuu.."




Brader tu sengih jek. Dah malu dah. Ambil duit saya bagi dan amik baki nyaa.. Brader2 lain yang tukang cuci kereta tu semua dah gelak2 kan dia.

"Takpe, kalau tak kira rezeki akak la tu. Nanti saya lah yang bayar apa yang short tu.."

"Ish, takpelah. RM15 kot."


Lepas bagi saya baki duit, brader tu pon tolong saya lekatkan terus pewangi kat cik Vivi saya. Dah siap semua, tolong tutup pintu kereta lepas tu cakap,

"Terima kasih. Assalamualaikum.."

p/s: 1) haha. kelakar lah brader tu, beriya promote2 last2 lupa nak ambil duit.
2) Saya kesian tengok diorang. Semua melayu kot.
3)Even kalau memang lupa nak bayar tu kira rezeki saya, tapi kalau saya tak bayar kira
takdelah rezeki brader tu.
4)Insya Allah, kalau kita jujur dan niat kita baik, mesti ada balasannya satu hari nanti..=)
5) Happy jugak sebab beli pewangi warna purple! hehe.

Monday, January 2, 2012

:: Getting back on my feet ::


Assalamualaikum semuaa...


Actually, Saya memang nak post something sempena 2012 menjengah tapi tiada kekuatan atau susunan kata yang sesuai lagi untuk diisi...

Sebelum apa2, saya nak ucapkan selamat tahun baru 2012...

Tahun 2012 ni hanya tahun masihi. Tahun yang kita biasanya cabut kalendar untuk digantikan dengan kalendar yang baru. Tahun yang kita biasanya letak tepi diari/planner yang lama dan ganti kan yang baru. Tahun yang mostly banyak benda kita akan tukar baru.

Tahun baru sebenar kita sudah tentulah tahun baru ma'al hijrah. Tahun ni saya tak sempat untuk buat apa2 post sempena Maal Hijrah kerana sempena Maal Hijrah jugak lah saya diduga dan diuji dengan satu ujian yang dikira hebat dalam hidup saya. Tarikh yang akan saya ingat sampai bila2 sebab masa tu tahun baru dalam Islam menjelma. Ketentuan Yang Maha Esa, siapalah kita untuk mengatakan tidak. Tapi saya percaya, dugaan yang diturunkan pasti terselit hikmah di sebaliknya. Hikmah yang hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita, hamba Nya yang kerdil ini.

Setakat ini, Alhamdulillah, saya sudah kembali seperti biasa. Banyak kesilapan yang telah saya lakukan akibat dari lemah dan tidak cekal menempuh dugaan yang menimpa. Banyak sebab yang membuatkan saya buat perkara yang tidak sepatutnya saya buat.

Akibat dari kesilapan2 itu, saya telah mengharungi saat2 paling getir dalam hidup saya. Saat di mana saya meletakkan kesalahan pada orang lain. Ntahlah, pada saat itu saya hanya mahu sedapkan hati saya. Hati yang tertanya-tanya macam mana saya boleh keguguran. Kerana nak sedapkan hati sendiri, saya lukakan hati orang lain. Hati ramai orang.

Tapi Alhamdulillah, suami dan umi saya tidak pernah berputus asa dan meletakkan noktah pada hubungan ini. Walaupun saya sudah melukakan hati mereka, mereka sentiasa memaafkan saya. Jauh sekali membuang saya jauh dari sudut hati mereka. Buat rakan sepejabat, syukur tidak terhingga, mereka jenis pemaaf. Mereka memaafkan kesilapan saya dan menerima saya semula seadanya. Walaupun begitu, kadang2 saya akan rasa 'down' semula apabila memikirkan betapa malunya diri ini atas perbuatan saya itu.

Banyak perkara yang saya belajar dari dugaan dan kesilapan yang telah saya lakukan. Saya akan cuba berubah untuk menjadi yang lebih baik. Untuk lebih mendekatkan diri pada Nya, untuk sentiasa berfikiran positif, untuk sentiasa hargai orang2 di sekeliling saya dan yang paling penting, untuk sentiasa yakin dan percaya bahawa kesabaran kita satu hari nanti, Allah akan balas dengan kemanisan yang tiada tandingannya buat kita.

Apa yang telah berlalu, semestinya saya akan jadikan ia satu pengajaran dan iktibar dalam hidup ini. Akan saya ingati sampai bila2 untuk tidak sesekali mengulangi kesilapan yang sama.

Syukur yang tidak terhingga atas peluang yang diberikan buat diri ini. Insya Allah, akan saya gunakan peluang ini sebaik mungkin. Untuk cuba menjadi seorang yang lebih baik. Seorang anak, isteri, rakan dan paling penting, seorang Hamba yang baik dan bertaqwa.

Tahun 2011 merupakan tahun yang tidak akan saya lupakan sampai bila2. Tahun yang telah memberikan saya kemanisan dan juga kepahitan buat hidup ini. Yang telah mewarnai kehidupan saya, insan yang serba lemah dan kerdil ini.

Doakan agar hati dan fikiran ini menjadi lebih tenang agar saya dapat mengharungi hari-hari mendatang dengan sebaik2 nya.