Tuesday, December 10, 2013

:: Bila dah mula melangkah ::

Assalamualaikum Sayang Mama!~

Sementara Mama free kejap ni, nak curi masa sikit update pasal permata hati sulong Mama ni. Owh yer, sekarang ni, Anas akan Mama address kan sebagai permata hati sulong Mama sebab permata hati Mama yang seterusnya dah on the way.HEHE.

Yer, Anas dah nak dapat adik!! So, Anas dah nak jadi Abang! Alhamdulillah! Yeayy!~

Rezeki Allah swt nak bagi. Mama dan walid dengan berbesar hati menerima even terasa sedikit awal. HEHE. Takpe, Allah knows BEST.

Pada bulan Oktober yang lalu, Mama baru detect yang Mama ni pregnant. Setelah period Mama sedikit lewat dan Mama asyiklah rasa loya yang amat.huhu.

Mana tak nya, Mama lambat dapat detect sebab since lahir kan Awak Sayang, Mama tak datang period selama 6 bulan sebab breastfeed awak. Then, bila dah datang tu 2 bulan sekali, tak macam biasa yang sebulan sekali tu. So, Mama pon rileks jek lah ingat kan memang lambat nak datang. Sekali bila dah dapat detect, adik awak dah nak masuk 4 bulan dah dalam perot Mama ni.kikiki.

Apa2 pon, ALHAMDULILLAH 'ala kulli hal.

Okay, mari kita kembali kepada cerita asal Mama.

Masa awak dah masuk satu tahun dan sebelum masuk satu tahun setengah, Anas Mama dah boleh berjalan! yeayy!~

Yang best nya, awak jalan cepat betul steady tau. Seingat Mama, yang awak jalan beberapa langkah tu dalam beberapa hari jek, lepastu dah boleh jalan macam orang dah sebulan dua pandai berjalan dah. (-_-)

Mama training awak tatih pon berapa kali jek, tup tup awak dah boleh jalan sendiri, lajuuu pulak tu.Hehe. Dah pandai berlari karang tak tahu lah Mama macam mana nanti. Hee.

So, sekarang ni, bila awak dah boleh berjalan, lagi lah banyak benda awak boleh explore. Bukak tutup almari pon awak dah pandai. Memang 'mengemas' jek lah kerja awak Sayang Mama. (-_-)

Antara tempat favourite awak, rak bawang dan rempah2 Mama (-_-). 

Mula dah explore kat meja makan

Sayang Mama dah pandai sepak bola!~

Pandai buka dan 'kemas' beg nursery awak (-_-)

Rest sambil tengok tv style orang dah besarr

Carseat awak jadi kuda (-_-)

Dalam gelap. Mama nak tidur kan awak, awak still nak main.huhu

Fun Learning Train from Tok Abah n Tok Umi

Nak pergi mana tu la hai Sayang Mama?

Jalan macam orang besarrr


6hb Disember hari tu, Mama bawa awak pergi klinik. Check up awak dan check up Mama sekali. Appointment kita sebenarnya pada 4hb Disember tapi akibat hujan lebat tak henti2 dan takde elektrik dan air, Mama terpaksa postpone pergi klinik.

Jadi kita berdua pon pergi lah pada 6hb tu. Walid tak boleh nak bawa kita sebab walid tak boleh nak cuti. Kalau cuti gaji kena potong. Kalau keluar lebih dari sejam, walid akan dikira cuti half day. Pegh, memang annoying kan tempat kerja baru walid yang baru tu? Huu.

Alhamdulillah 6hb tu hujan takde lah lebat sangat. Jadi boleh lah Mama datang bawa awak jek sendirian.

Bahagia dapat explore klinik


Punya lah susah nak snap gambar awak bila awak dah excited berjalan.

Dah sampai klinik, masa tunggu turn kita dipanggil, Mama pon lepas kan lah awak berjalan. Bahagia nya awak la hai berjalan sana sini. Mama yang tengah mengandung 5 bulan ni pon berkejar lah dengan awak takut awak jatuh atau duduk bersila pulak atas lantai klinik tu. Huu.

Malam tu, Tok Abah dan Tok Umi datang Kuantan! Yeayy! Mereka dari Jerantut, sanggup meredah Lebuh raya Pantai Timur untuk datang Kuantan jenguk awak Sayang Mama sebab masa tu jalan di Maran, Jengka semua nya tak boleh lalu akibat banjir. Alhamdulillah Tok Abah dan Tok Umi selamat sampai Kuantan Jumaat malam tu.

Esok nya hari sabtu, walid awak kerja half day, jadi kita pon pergilah berjalan-jalan dengan Tok Abah dan Tok Umi di East Coast Mall. Masa tu, apa lagi, memang Mama lepas kan lah awak berjalan di mall yang luas tuu. Bahagia nya lah awak Allah sahaja yang tahu. Memang sempuutt lah Mama duk kejar-kejar awak. (-_-).

Bahagia sangat jalan2 kat East Coast Mall
Add caption
 Bila awak dah penat berjalan, Mama pon dah tak larat nak dukung awak, apa lagi, pass awak pada Tok Abah ler jawab nyaa. Nak buat macam mana, walid awak kerja. huhu.

Anas dah penat berjalan, Tok Abah dukung lerr

Okaylah Sayang Mama, setakat ni sahajalah update Mama kali ni. Insya Allah ada masa Mama update lagi pasal awak yerk. Hee.

Semoga Sayang Mama membesar dengan sihat, cerdas dan pintar.

Menjadi hamba Allah yang bertaqwa, anak yang soleh.

Mama & walid will always love you Sayang......

Lots of love,

-Mama-