Thursday, July 25, 2013

:: 8 bulan ::


Assalamualaikum Sayang Mama!~


Fuh, dah lama Mama tak update blog ni, dan of course la dah lama Mama tak update pasal awak Sayang. Sekejap jek umur awak dah 8 bulan. 23 Jun 2013 haritu. Mula2 Mama ingat nak update perkembangan awak SETIAP bulan TAPI, Mama awak ni bekerja, bukan duduk rumah goyang kaki jek.hehe.

Okay, ada baanyaak sangat perkembangan awak yang Mama nak ceritakan sejak awak dah mencecah 8 bulan ni.

Dah pandai merobohkan Play Gym sendiri..isk


Sekarang ni, Sayang Mama dah amat hebat mengesot, Yer, mengesot, bukan merangkak. Even awak hanya mengesot, tapi awak mengesot gaya RAMBO tau. Cepat nya masya Allah! Tak terkejar Mama dibuatnya. Kalau merangkak tak tahulah macam mana jadiknya. isk.isk.

Paling laju awak mengesot bila awak nak mencapai sesuatu benda la. Ha, sekarang ni, awak paling suka pergi kat alas kaki. Tak kisah lah alas kaki pintu depan ke, alas kaki bilik air ke. isk.isk. Kenapa mesti alas kaki Sayang Mama?? hukhuk.

Kat rumah kite tu, dari ruang tamu nak ke meja makan tu ada bilik air. Alas kaki kat situ dahla warna-warni gitu, tu yang Mama rasa awak sangaaat lah suka untuk memegang alas kaki yang TERAMAT lah kotor itu. yuckss!!

Pastu Mama perasan, awak suka rasa permukaan tikar/karpet dan yang sewaktu dengannya. Kalau awak pergi dekat2 dengan pintu masuk tu, ada tikar, awak suka rasa2 dengan tangan awak Sayang. Pastu kalau awak cepat sikit, dapat lah sentuh alas kaki kat pintu depan tu, pon awak rasa2 dengan tangan awak. Agak nya sekarang ni fasa awak merasa dengan sentuhan tangan permukaan benda kot.HEHE.


Antara tempat favaourite awak Sayang, dalam bakul!~


Paling penting awak suka la duduk atas lantai Ya Allah. Mama dah letak awak atas karpet yang berbulu-bulu pastu alas pulak dengan tikar evamatik ABC awak, alas lagi dengan toto kecil awak tu, STILL suka juga pergi ke arah lantai. Yer, Mama tahu, lantai tu sejuk. Memang best.uhukk..

Pasal alas kaki bilik air tu kan, awak paling laju dan excited sekali bila Mama masuk bilik air tu. Gayanya macam nak ikut Mama masuk bilik air tu jugak! isk. Tu bilik air la Sayang, bukannya bilik mainan..uhukk. Tempat paling kotor kot.isk.

So, kalau Mama berdua jek kat rumah dengan awak, bila awak tak tidur dan Mama nak mandi, Mama akan buat KUBU supaya awak tak datang ke bilik air tu. Ha, kubu Mama buat ni lembut jek, dengan bantal! hahaha. Awal2 dulu boleh lah letak selapis bantal jek, tapi awak dah hebat, dah pro, boleh redah selapis bantal itu, jadi nya Mama nak kena buat 2 lapis bantal pulak. haih. Anak Mama, Anak Mama.*geleng2 kepala*


kubu buatan Mama!~hehe
Dua lapis bantal pon, kalau awak gigih2 memang dapat redah jugak. Ditolak2 nya satu bantal sampai jatuh, jadi senang la sikit nk redah selapis bantal punya. Betul tak?hehehe. Tapi at least awak akan ambil masa lebih sikit lah untuk redah kubu itu, sempat la Mama siap mandi. (Mandi ayam dalam erti kata lain. Sejak jadi Mama ni, dah takde dah nak mandi lama2 sambil nyanyi2 berangan2 macam dulu.hahaha)

Tu kalau Mama mandi lah, kalau nak buang air...erm.erm.. jangan tanyaa..haha.

So, memandangkan awak sedang aktif bergerak sekarang ni, Mama tengah fikir sama ada nak beli kan awak walker atau pon beli kan awak pagar. hehe. Kalau pagar tu akan TERHAD kan pergerakan awak, kalau walker pulak akan MELUAS kan lagi pergerakan awak. hurm. hurm.

Tapi kesian pulak Mama tengok awak, baby2 lain baya2 awak dah duduk dalam walker dah tapi Sayang Mama takde walker pon lagi. isk. Ntah lah, ada orang kata pakai walker akan buat kan baby malas berjalan sendiri.hurm.

By the way, Tok Wan awak dah beli kan walker untuk awak weekend haritu, so weekend ni dapat lah awak merasa naik walker baru. Sayang nya lahai Tok Wan awak kat cucu beliau yang seorang ni yerr..hehe. Tak sabar Mama nak tengok reaksi awak macam mana bila duduk dalam walker. HEHE.
Tapi walker tu untuk guna masa kat rumah Tok Wan jerk lah. Takkan nak angkut bawa balik rumah kita pulak..(-_-)


First time naik walker pemberian dari Tok Wan awak Sayang Mama!~




Okay, next, awak suka main apa2 yang ala2 wayar/tali. Kalau dalam kereta, main tali nursing blouse Mama lah apa lagi. hehe. So, kat rumah Mama memang akan sorokkan sebarang wayar dari pandangan mata comel awak tu. huhu.

Lately ni, awak suka main sorok2 dengan walid awak. Kalau walid awak balik dari kerja je, tengah syok2 hisap susu dengan Mama, bunyi pintu grill jek, terus tengok ke arah pintu tu. Pastu bila nampak walid tercegat kat pintu, terus senyum dengan senyuman yang amatlah lebar. *Jeles Mama tau.isk*


Walid layan kan awak main


Pastu apa lagi, ke mana walid awak pergi jek, mesti nak ikut, walid masuk bilik air pon awak nak ikut.adeh.

Bila walid dah mandi semua, walid main sorok2 lah dengan awak. Bersemangat awak pergi cari walid awak. dari hujung ruang tamu ke hujung ruang tamu. Beriya awak mengesot nak pergi ke arah walid punya pasal.hehe.

Awak suka betul main dengan walid awak tau. Compare dengan Mama, awak nampak lebih serius.haha. Takde lah, kalau Mama buat lawak, awak pon akan gelak jek. TAPI, of course lah memek muka Mama tak sekelakar memek muka walid awak.HEHE.

Tengah tengok tv..like a BOSS!~

Tengok tv style orang dah besarrr...hehe

Pasal makan, setiap hari Mama akan masakkan bubur nasi untuk awak. So far yang Mama perasan, awak lebih suka bubur yang diletakkan ayam. Kalau bubur tanpa ayam, hanya ikan bilis, awak kureng. isk. Macam walid awak jugak ke suka makan ayam ni?hehe.

Tapi setakat ni Mama hanya bagi awak makan ayam dan ikan bilis jek dulu. Daging dan ikan belum cuba lagi. hoho.

Sekarang ni, awak suka makan bubur nasi yang dimasak bersama potato+carrot+brocolli+celery+ayam+ikan bilis+stok ayam = blend!

Mama rasa pon sodap.hehe. Alhamdulillah so far awak makan bubur Mama buat ni, yak awak pon okay. Takde lah tahap sembelit even nasi dan potato tu dua2 karbohidrat kan.


When Aiman Fitri meets Anas Fateh


Mama Suke!~

Yer, sejak jadi Mama ni, adalah menjadi satu berita GEMBIRA setiap hari bila tahu Sayang Mama yak! HEHE.

Ha, benda paling penting yang Mama nak cerita adalah, Sayang Mama dah tumbuh gigi! hehe. Comel jek nampak sebatang gigi awak yang baru malu2 gitu nak tumbuh kat bahagian gusi bawah awak tu. Even sebatang tapi bila awak geget Mama, pehhh!! Meraung Mama dibuatnya! (-_-)


Mama suruh tayang gigi awak jelir2 manja pulak!


Nampak tak gigi saya yang sebatang ternonet tu?hee.

Kalau kat rumah Cik Ina awak, Cik Ina bagitahu Mama, awak sekarang dah pandai kenal orang. Kalau orang yang awak tak pernah tengok, datang rumah Cik Ina awak, awak akan menangis. isk.isk.
Bagus lah kalau awak macam tu, at least awak tak sewenang2 nya pergi kat stranger. hehe.

Tapi, risau jugak Mama, nanti kalau balik kampung JB jek, awak mesti menangis bila Tok Abah/Tok Umi atau pak2 dan mak2 sedara awak ambil awak, macam masa kita balik lepas pilihanraya hari tu. Cuma awal2 je lah, bila dah lama2 tu, awak dah start kenal mereka, awak pon jadi okay.hehe.

Erm, okaylah Sayang Mama, tu jek kot yang Mama nak update pasal awak. Insya Allah Mama sambung update lagi okay. Tak tahu lah masa awak 9 bulan ke, 10 bulan ke, silap2 awak dah setahun!hahaha.

Semoga Sayang Mama membesar dengan sihat,cerdas dan pintar, menjadi anak yang soleh dan hamba Nya yang bertaqwa. AMiinn!

Salam Sayang,

-Mama-