Tuesday, May 20, 2014

:: Salahuddin Yusuf ::


Assalamualaikum hero-hero Mama!~

Okay, hari ni Mama nak cerita pasal asal usul nama Adik pula. Salahuddin Yusuf.

Anak-anak Mama pernah dengar nama Salahuddin Yusuf ni tak? Maksud Mama selain daripada nama Adik, pernah dengar atau baca tak kat tempat lain?

Kalau tak pernah dengar, macam mana pula dengan nama Salahuddin Al Ayyubi? Haa.. yang ni pernah dengar kan? Kalau anak-anak Mama nak tahu, nama sebenar Salahuddin Al Ayyubi adalah Salahuddin Yusuf laa.HEHEHE.

Wahh!! Bangga tak Adik di namakan sempena pahlawan hebat Islam? Best kan? So, sempena Adik di namakan sedemikian lah Mama dan Walid harap kan yang Adik juga akan membesar dengan memiliki nilai-nilai dan akhlak yang dimiliki oleh Salahuddin Al Ayyubi. Amiin!

Macam Abg Anas dulu, Mama pernah cerita asal usul nama Abg Anas kat link ni Muhammad Anas Fateh.

Yup, nama hero Mama 2 orang ni Mama dan Walid namakan sempena pahlawan hebat Islam. Actually Walid lah yang beria nak namakan dengan nama sedemikian. Besar sungguh harapan Walid pada anak-anak lelaki beliau.

Terdapat banyak artikel mengenai Salahuddin Al Ayyubi ni. Anak-anak Mama boleh google jek.

Antaranya boleh tengok kat sini Salahuddin Al Ayyubi

Hebat kan Salahuddin Al Ayyubi ni? Jadi, Adik yang 'memegang' nama ni, mestilah jadi sehebat nama Adik. Boleh tak Sayang Mama? Amiin!!

Kalau tengok pada makna 'Salahuddin Yusuf' pula,

Salahuddin - Kebaikan Agama

Yusuf - Sempena nama nabi Yusuf

 Anak-anak Mama nak tahu tak? Mula-mula Mama nak namakan Adik dengan nama Asyraf tau. Belakang tu dengan satu lagi nama bermula dengan huruf F. So samalah dengan Abg Anas, A-F.

Cuma Mama punyalah takde idea untuk letak F belakang Asyraf tu. Nak minta Walid tolong sama-sama fikirkan, Walid cakap beliau hanya nak nama Salahuddin Al Ayyubi tu jek, kalau nama lain Mama kena fikir sendiri.uwaaa....

So setiap kali Tok Abah Tok Umi tanya jek apa nama Adik, Mama tak tahu nak jawab apa. Dan pada awalnya mereka tahu hasrat Walid untuk nama kan Adik dengan Salahuddin Al Ayyubi, mereka asyik lah panggil dengan nama itu.

Dan apabila Mama ada nyatakan hasrat nak namakan Adik dengan nama Asyraf, panggilan kepada Adik kemudiannya bertukar...Sehinggalah pada hari Walid nak daftarkan Adik di JPN Kemaman.

Mama akhirnya pasrah dengan pilihan nama Walid apabila Walid menjawab sms Mama berbunyi,

"Kalau Salahuddin Al Ayyubi x ok ke? Abg mmg hajat nk letak nama tokoh besar supaya besar nanti,semangat islam tu kuat. Tgk nama, ingat Islam. Biarlah sama.."

Yang bestnya, semasa Mama memberitahu Tok Abah dan Tok Umi yang dah finalize nak letak nama Adik Salahuddin Al Ayyubi/Yusuf, mereka terus happy. Tok Umi terus cakap,

"Tulah, tengok baby macam sesuai dengan nama Salahuddin, nama Asyraf tak kena sangat.."

Dalam hati Mama berbisik, 'Okay, Walid menang. Walid berjaya dapat vote dari Tok Umi dan Tok Abah.' (-_-)

Oh yer, lupa Mama nak bagitahu, nama sebenar Salahuddin adalah Salahuddin Yusuf ibn Najmuddin Al Ayyubi. Al Ayyubi tu adalah nama bagi keturunan baginda. So, dah faham dah sekarang kenapa nama Adik Salahuddin Yusuf? Bravo anak Mama!hehehe.

Okaylah, Mama rasa setakat ni jek dulu penerangan Mama berkenaan asal usul nama Adik.

Mama dan Walid akan sentiasa berdoa agar anak-anak Mama dan Walid membesar menjadi anak-anak yang soleh dan hamba Nya yang bertaqwa. Berakhlak dan mempunyai ciri-ciri seiring dengan nama yang telah diberikan, nama tokoh Islam yang hebat memperjuangkan agama yang sangat suci dan sempurna ini. Amiiin.

Jangan pernah lupa, Mama dan Walid sayang sangat-sangat Abg Anas dan Adik Yusuf tauu...


Saturday, May 10, 2014

:: Miracle - Part II ::


Assalamualaikum semua especially anak-anak Mama..

Hari ni, Adik dah berusia 11 hari. Mama pon kira dah 11 hari ler berpantang.Huhu.

Okaylah, nak sambung perihal kisah kelahiran Adik untuk Part I yang lepas.

Pada jam lebih kurang 1 setengah pagi, Mama dan Adik baru lah di bawa ke wad. Punya lah lama Walid tunggu kita berdua di luar. Mama siap dijahit dan diperiksa oleh HO dah lama dah sebenarnya. Tapi sebab semua orang sibuk dengan ibu-ibu bersalin yang lain, maka berejam lah Mama terbaring jek kat dalam Labour Room tu tunggu untuk ditolak ke wad.

Oh yer, sebelum tu, Adik telah dibawa berjumpa dengan Mama untuk menghisap susu Mama buat pertama kalinya. Alhamdulillah, Adik pandai hisap dengan betul.

Lepas kita berdua dibawa ke wad dan diikuti oleh walid, Adik pon diletakkanlah dalam 'katil kecil' Adik. Masa tu Adik hanya dibalut dengan kain hospital sahaja tanpa memakai baju memandangkan Mama dan Walid lupa untuk bawa masuk baju dan pampers Adik ke dalam Labour Room. Tengah kelam kabut, semua menda tak ingat. Nurse pon tak ada pula nak ingat kan.huhu.

Jadi, Mama minta Walid cek pampers Adik dulu dan pakaikan Adik baju. Timing Adik tepat sekali, Adik yak!!  Banyak pula tu.Hehe. Walid yang dah setahun lebih tak pegang bayi yang baru lahir tiba-tiba jadi kekok dan huru hara. Mama hanya mampu tergelak. Mama memang betul-betul tak larat masa tu. Nak tak nak memang Walid kena change kan Adik. Huhu.

Tak lama lepas tu, Walid diminta untuk keluar daripada wad. Walid balik ke rumah untuk berehat. Tok Umi pon bagitahu Abang Anas dah tidur dah waktu tu. Kesian Abang Anas..

Malam tu, Mama ber whatsapp dengan Tok Umi. Rupa-rupa nya, semasa Mama dalam Labour Room, Tok Umi bersungguh-sungguh berdoa untuk Mama, baca ayat selusuh banyak-banyak untuk Mama sampai Tok Umi menangis sebab terkenangkan saat Tok Umi semasa melahirkan Mama dahulu. Tok Umi tahu betapa sakit dan peritnya mengharungi semua itu. Allah, barulah Mama tahu, Patutlah Mama rasa betul-betul satu keajaiban telah berlaku...

Dari bukaan Mama yang hanya 4 cm, tiba-tiba sahaja Mama boleh rasa nak meneran dan Adik sudah bersedia untuk keluar! Memang tak dinafikan lagi, segalanya dipermudahkan oleh Allah berkat doa dari Tok Umi, ibu Mama yang melahirkan Mama..

"Terima Kasih Umi..."

Pagi esok nya, setelah Mama dan Adik diperiksa, Alhamdulillah, kita berdua dibenarkan untuk 'discharge'! Yeayy.. Tok Umi dan Tok Abah baru bercadang nak melawat kita berdua di hospital tengah hari tu. Alhamdulillah kerana dipermudahkan oleh NYA.


Menunggu walid datang ambil Mama dan Adik


Mama dah siap kemas dah untuk check out!

Mama pon tak sabar nak jumpa Abang Anas. Kesian Abang Anas kena tinggal dengan Mama dan Walid. Mama pon tak sabar nak tengok reaksi Abang Anas di saat pertama kali Abg Anas melihat Adik.

Sudah semestinya Abang Anas mencium Adik. Tapi lepas tu Abg Anas nak duduk dengan Mama tapi nak buat macam mana, Mama sedang pangku Adik, Mama pon tak berapa kuat nak pangku Abg Anas. Kesian Abg Anas. Mama tahu Abg Anas rindu kan Mama.

Serba salah Mama dibuatnya. Takpe, Mama tahu, Abg Anas sayang adik. Abg Anas akan jadi seorang abang yang baik pada Adik. Cuma buat masa ni, Mama tak berapa kuat, tak boleh nak layan Abg Anas macam biasa. Adik pula perlu kan Mama untuk menyusu. Hurm, baru anak 2 Mama dah jadi serba salah.huhu.

Takpe, nanti bila badan Mama dah kuat, Mama jaga anak-anak Mama dua-dua nya ya Sayang?!!

Lembut jek Abg Anas pegang Adik


Abg Anas kiss Adik..Hee

Sabtu, 3/5/14

Semalam, Tok Ki dan Tok Wan sampai dari Kemaman untuk melihat ahli baru keluarga kita iaitu Adik. Sekaligus untuk membawa balik Abang Anas bersama. 3 malam sebelum mereka sampai, setiap malam Mama dah mula menangis semasa menidurkan Abang Anas kerana Mama tak sanggup untuk berpisah dengan Abang Anas sebenarnya.

Tapi apakan daya, badan Mama masih lemah, Mama perlu banyak berehat di samping menjaga Adik. Tok Umi pula kena jaga Mama, jaga Adik. Abang Anas dah lasak sekarang ni. Memang tak berhenti explore sana sini dalam rumah ke luar rumah ke. Jadi Abang Anas juga perlu kan orang yang dapat menjaganya sebaik mungkin.

Lusa walid dah mula bekerja, selama Adik lahir, Walid lah yang membontoti Abang Anas, uruskan Abang Anas kesemuanya. Abang Anas pula manjanya lahai dengan Walid. Asyik minta Walid dukung ajek lah. Kadang-kadang dengan Mama pon Abang Anas dah taknak. Masa nak tidur jek lah yang Abang Anas takkan menolak Mama.hukhuk.

Mama faham, Abang Anas mungkin cemburu atau merajuk dengan Mama. Yelah, masa Abang Anas minta Mama dukung, Mama tak dapat dukung. Badan Mama lemah. Lagi pon Mama nak kena pegang Adik.

Selama 3 malam ni, Mama akan berada di tengah-tengah antara Abang Anas dan Adik. Mama akan susu kan Adik sehingga Adik tidur, kemudian Mama akan tidurkan Abang Anas. Takpe, Mama tahu, Abang Anas adalah seorang abang yang baik. Adik kecil lagi, baru beberapa hari melihat dunia, Abang Anas kasi chance jek lah kat Adik yer Sayang?hehe.

Sabtu pagi, Walid dan Mama bawa Adik pergi ke klinik terlebih dahulu untuk cek kuning Adik. Alhamdulillah, kuning Adik dah turun kepada 215 daripada 233 pada hari semalam. Lega sangat Mama waktu tu.

Tengah hari, Tok Ki dan Tok Wan pon hendak berangkat pulang. Bersama dengan Walid dan Abang Anas. Air mata Mama tak berhenti mengalir. Masa dalam bilik belakang pakaikan Abang Anas pampers, Mama peluk dan cium Abang Anas puas-puas sambil berkata,

'Sayang Mama good boy yer duduk dengan Tok Ki dan Tok Wan. Mama sayang Anas tau. Mama masih lemah, Mama perlu sikit masa untuk kembali sihat. Nanti Mama dah sihat Anas balik pada Mama okay?'

Tersak-esak Mama nangis. Ayah Cik yang pada masa tu ada dalam bilik tu usap-usap belakang Mama.

Mama tengok air mata Abang Anas pon berkaca jek. Abang Anas senyap jek waktu Mama peluk dan nasihat kan Abang Anas. Macam faham sangat apa yang Mama cuba sampaikan. Mama nak Abang Anas tahu yang Mama bukan saje-saje nak berpisah dengan Abang Anas. Mama taknak Abg Anas fikir Mama sisihkan dia sebab dah ada Adik. Tak. Tidak sama sekali. Mama terpaksa. Okay Sayang Mama?


Tok Umi dengan 2 cucu hero nya.


Tok Wan dengan 2 cucu nya

Abang Anas nampak excited masa nak naik kereta Tok Ki. Maklumlah, hendak berjalan. Abg Anas memang pantang orang ajak berjalan sekarang ni. Mama gagah kan juga untuk dukung Abg Anas. Ciom dia puas-puas dan letakkan dalam kereta Tok Ki.

Abg Anas duduk dalam carseat di belakang bersama Tok Wan. Walid duduk di depan dengan Tok Ki. Masa kereta Tok Ki mula bergerak, Abg Anas nampak confused. Mungkin Abg Anas pelik, kenapa Mama tak naik kereta sekali? Kenapa Walid jek yang ikut? Kenapa tinggal Mama? Mungkin ini persoalan yang timbul di fikiran Abg Anas pada waktu tu.

Mama tak tahan tengok Abg Anas tinggalkan Mama. Mama menangis teresak-esak sampai Tok Umi pujuk Mama, usap-usap belakang Mama. Mama rasa macam separuh jiwa Mama pergi..

Tak apa, Mama tekad. Mama akan cepat-cepat sihatkan badan supaya Abg Anas balik semula dengan Mama. Supaya Mama boleh jaga Abg Anas. Mama nak anak-anak Mama ada di depan mata Mama.

Setiap hari Mama akan tanya Walid tentang Abg Anas dari jauh. Bila Cik Ah balik, Cik Ah lah yang update dengan Mama. Siap dengan gambar atau video. Terubat sikit rindu Mama pada Abg Anas. Walaupun tak dapat nak peluk ciom Abg Anas.

Abg Anas nampak happy. Maklumlah, ramai orang melayan Abg Anas di sana. Naik motor dengan Tok Ki lah, pusing-pusing kampong lah, main kat halaman rumah lah itu lah ini lah. Mama happy bila tahu Abg Anas happy. Tapi Mama juga tahu, Abg Anas akan lebih happy sekiranya Mama ada bersama...

Friday, May 9, 2014

:: Miracle - Part 1::


Assalamualaikum semua especially buat anak-anak Mama...hero-hero Mama...

Kalau anak-anak Mama nak tahu, hari ni merupakan hari ke-7 Adik dilahirkan dan sekaligus juga merupakan hari ke-7 Mama berpantang.

Sekarang ni, Adik tengah duduk kat atas 'BiliBed' yang Mama sewa dari klinik pakar kanak-kanak, khas lampu ultra violet untuk merawat kuning Adik. Semalam, bacaan kuning adik 201, Alhamdulillah, menurun dari hari yang sebelumnya iaitu 259!

Memandangkan Mama pon baru dapat tahu pasal Bilibed ni daripada aunty yang urut Mama, Mama pon ajaklah Tok Umi pergi cari klinik ni. So kejap lagi kita akan ke klinik lagi untuk cek kuning Adik. Mama harap sangat ia menurun dengan lebih banyak lagi. Insya Allah!



Adik atas BiliBed





Okay, hari ni, Mama nak ceritakan pengalaman Mama melahirkan Adik pula pada hari Selasa yang lepas. Alhamdulillah, harini Adik dah berusia 7 hari.

So, here we go...

29hb April 2014- 10 pagi.

Walid dan Mama pergi ke Hospital Besar Seremban untuk Mama 'menyerah diri' sebagaimana yang diarahkan oleh surat doktor dari klinik kesihatan Desa Rhu, Sikamat semalam.

Memandangkan hari ni dah masuk hari ke-6 Mama overdue, jadi Mama diarahkan untuk menyerah diri. Sudah jadi wanted dah.Hihi.

Sampai jek, Mama pergi ke 'Screening Room'. Walid pula menunggu Mama di luar bersama beberapa suami-suami yang lain. Lepastu, Mama di cek. Masa tu bukaan Mama baru 2cm. Mama diminta untuk tunggu sekejap untuk MO pula cek Mama.

Masa Mama tengah tunggu MO cek Mama, masa tu dah pukul 1 lebih, Mama dah lapar. Jadi Mama minta walid belikan Mama nasi bungkus memandangkan HO tu tak bagi Mama ke mana-mana. Even ke cafe hospital. huhu.

Walid pon pergi lah beli kan Mama nasi, dan ambil beg-beg dalam kereta untuk dibawa ke wad.

Masa Mama tunggu walid, Mama sempatlah minum air kotak milo dan air selusuh yang Tok Umi buat khas untuk Mama sambil update perkembangan Mama di Whatsapp group 'Family'. Tak lama tu, HO pon panggil semula Mama untuk masuk. Elok-elok Mama masuk semula ke 'Screening Room' tu, Walid pon datang dengan sebungkus nasi Mama tu.Isk.

Walid sms Mama bagitahu yang Walid tapaukan Mama lauk daging salai masak lomak dan begedil. Pergh. Sedapnyaa.. Tak sabar Mama nak makan. Tapi, Mama bagitahu Walid, terpaksa lah Mama makan dalam wad nanti.huhu.

MO pon cek Mama. Dia bagitahu, Mama akan di warded terlebih dahulu untuk tunggu bukaan. Sekiranya tiada bukaan dan contraction sampai malam ni, Mama akan di induce.Uwaaa...

Kemudian, HO pon panggil Mama.untuk  dibuat CTG iaitu untuk cek jantung Adik dalam perut Mama. Masya Allah, Adik aktif betul dalam perut Mama. Ruang perut Mama ni besar. Almaklumlah, sebelum ni Abg Anas dah duduk kat dalam kan. Jadi, Adik pon ada banyak ruang untuk bergerak ke sana ke mari. Degupan jantung adik tu Alhamdulillah okay. Tiada masalah. Cuma, doktor tak dapat nak detect sebab Adik main 'lari-lari'. Sekejap di sebelah kanan perut Mama. Lepas tu senyap, doktor cari lagi, jumpa kat sebelah kiri perut Mama pulak. Hehe.

Jadi, bacaan pada mesin CTG tu jadi tak cantik. Macam putus-putus pon yer Mama tengok. HO tu pon refer lah semula pada MO nya dan bagitahu Mama yang Mama akan dimasukkan ke dalam 'Labour Room' sebab 'CTG Suspicious'....WHATT??

Masa tu Mama dah cuak. Tak percaya pon yer. Dah nak kena masuk Labour Room dah ker? Biar betul. Mama pon cepat2 sms walid bagitahu supaya standby untuk masuk dalam LR juga. Masa tu walid baru jek nak pergi solat Zuhur. Nasi lauk daging salai lomak Mama? Bye-bye la jawabnyaa..isk.

3.40 petang.

Mama diminta untuk tukar baju kepada 'uniform bersalin' hospital yang warna pink tu. Lepas tu duduk atas wheelchair, dan Mama ditolak masuk ke dalam LR. Fuhhh!!!

Sampai jek dalam LR, Mama diminta naik ke atas 'katil bersalin'. Doktor pon cek bukaan Mama. 3cm. Isk.isk.

Dalam hati Mama berbisik, berapa lama Mama nak kena duduk dalam LR ni kalau bukaan baru 3cm? Sempat ke Mama nak bersalin dalam masa 8 jam yang diberikan ni? Isk. Macam-macam Mama fikir.

Untuk anak ke-2 dan seterusnya, Mama diberitahu yang ibu akan diberikan masa 8 jam dalam LR berbanding anak sulung selama 12 jam. Lepastu, tengok pada keadaan. Jantung baby, contraction dan bukaan.

Masa tu, contraction pon jarang-jarang jek dan tak sekuat mana. Lepastu, ada sorang MO dating,  dia minta 2 orang nurse untuk bantu dia pegang Adik dalam perut Mama. Ditolaknya kaki Mama dua-dua belah dan di selupnya. Mama terpinga-pinga. Doktor ni nak buat apa ni? Isk..

Tak lama tu, Mama rasa ada cairan hangat mengalir. Mama pon tanya nurse tu, rupa-rupanya tadi ketuban Mama dipecahkan. Maka bermulalah kiraan masa yang semakin lama semakin terhad untuk Adik keluar daripada perut Mama...

4.10 petang

Walid masuk ke dalam Labour Room untuk teman Mama. Setiap kali contraction datang, Mama akan genggam tangan walid kuat-kuat. Sesekali terasa lagi cairan hangat air ketuban Mama mengalir. Seperti Mama terkencing jek atas katil tu rasanya. Pinggang pula Ya Allah lenguhnya la hai. Maklumlah, mesin CTG tu diletakkan atas perut Mama untuk detect jantung Adik. Ada seorang nurse terpaksa pegang untuk dapatkan degupan jantung Adik dengan elok.

Tak lama tu, seorang nurse tu datang dan memberitahu Mama akan disuntik dengan ubat tahan sakit. Selepas disuntik, terasa hilang sakit pinggang Mama. Fuuhh.. Tapi sakit contraction sikit sebanyak masih lagi terasa.

6.15 petang

Walid keluar dari Labour Room untuk solat Asar, stay sampai maghrib dan akan masuk semula dalam jam 7.30 malam. Sebelum tu, Walid telefon dulu Tok Umi dan Tok Wan untuk memberitahu perkembangan Mama yang pada masa tu bukaan baru sahaja mencecah 3 cm!! hukhuk..

6.30 petang

Mama diberitahu yang ubat untuk galakkan contraction atau mungkin dipanggil induction akan dimasukkan ke dalam tiub air yang dimasukkan ke dalam tubuh Mama. Allah, kesakitan yang lebih dasyat akan Mama rasakan sekejap lagi.

7.00 malam

Contraction yang lebih dasyat dah mula terasa. Setiap lima minit contraction sudah dapat Mama rasakan.  Mama berharap agar Walid cepat- cepat masuk untuk teman Mama.

7.30 malam

Walid masuk semula ke dalam Labour Room dan memegang tangan kiri Mama. Setiap kali contraction yang dasyat itu datang, Mama akan genggam tangan Walid kuat-kuat. Di bibir tidak putus-putus membaca doa nabi yunus, berselawat dan menyebut Allah berulang kali.

8.30 malam

Mama di cek lagi untuk tengok bukaan. 4 cm. Allah... Lambatnya la hai nak cecah 10 cm. Mama hanya diberi masa sampai jam 11 malam sahaja. Contraction tak usah cakap lah, sakitnya hanya Allah sahaja yang Maha Tahu. Seperti ari-ari dipulas-pulas sekuat-kuatnya.

9.30 malam

Contraction setiap lima minit masih datang menyerang tidak putus-putus. Mama berharap sangat bukaan akan lebih besar. Tiba-tiba Mama terasa seperti hendak meneran. Tapi Mama sendiri keliru. Mama hendak meneran untuk bersalin atau untuk buang air besar? Mama tak pasti.

Mama bagitahu doctor Mama terasa hendak meneran, nurse pon cek lagi bukaan Mama. Masih 4 cm!! Allah!! Macam mana ni? Mama dah tak tahan sangat nii.

9.50 malam

Terasa hendak meneran tu datang lagi. Kali ni Mama betul-betul tak tahan. Mama bagitahu Walid tapi Walid minta Mama untuk tahan sebab bukaan Mama baru 4 cm. Mama jadi tak keruan. Mama menjerit bagitahu yang Mama hendak meneran tapi nurse dan doctor buat tak heran sahaja. Mana taknya, bukaan Mama baru 4 cm. Ada seorang nurse tu jenguk sekejap bukaan Mama dan berkata,

'Saya rasa saya nampak kepala baby laa..'

Ha, kelam kabut semua orang dibuatnya, Adik sudah bersedia untuk keluar!! Masya Allah. Mama betul-betul dah tak tahan dah masa tu. Semua orang jadi kelam kabut. Mesin CTG dimati kan dan dijauh kan dari Mama. Walid pon Mama tengok tak tentu hala dibuatnya. Mungkin terkejut sebab dah sampai masa yang dinanti-nantikan. Mama tengok Walid pon dah lupa dah apa peranan beliau pada masa itu sebenarnya. Hehehe.

Mama pon bersedia dengan posisi untuk bersalin. Tapi Mama rasa cara Mama tak sepenuhnya betul sebab apa yang Mama tahu masa tu Mama dah tak tahan sangat hendak meneran. Bila semua dah bersedia, Mama tunggu untuk contraction datang lagi dan Mama teraaaaan.........

Plluussshhhhhhhhhhhh!!!!

Dengan sekali teran, Alhamdulillah, keseluruhan badan Adik keluar dari perut Mama. Tapi Mama sebenarnya silap, Mama sepatutnya teran sekali untuk kepala Adik keluar dahulu, kemudian ambil nafas dan teran lagi sekali untuk badan Adik pula keluar. Oleh sebab dengan sekali teran tu, maka terjadi lah 'koyakan'. Isk. Isk..

'Allahu Akbar, Allahu Akbar'

Hanya itu yang Mama ungkapkan semasa Adik dah keluar dari perut Mama.. Setelah segala-galanya selamat. Perasaan lega hanya Allah sahaja yang Tahu. Adik kemudiannya ditunjukkan kepada Mama untuk Mama bagitahu apa jantina Adik. Kemudian Adik diletakkan di atas dada Mama.

Tangisan kegembiraan mengalir di pipi Mama saat Mama tengok tubuh kecil Adik. Mama pegang jari jemari kecil Adik sambil Walid perlahan-lahan azan kan Adik di telinga Adik. Saat itu adalah saat yang paling bahagia yang sudah semestinya takkan Mama lupakan.

Adik dilahirkan pada jam 9.56 malam seberat 3.1 kg...

Kemudian Adik diambil untuk dibersihkan dan Walid keluar untuk menelefon Tok Umi dan Tok Wan memberitahu perkembangan Mama.

Mama kemudian di bius dan dijahit. Pengalaman dijahit kali ni amatlah berbeza berbanding kali pertama dahulu yang langsung tidak dibius. Entahlah, Mama pon tak faham prosedur hospital kerajaan ni. Berbeza-beza. Kali ni, hanya 20 minit sahaja diambil untuk Mama siap dijahit.

Perasaan lega selepas bersalin mengatasi segala-segalanyaa...

Ni lah Adik, tapi masa ni dah lebih kurang 9 jam Adik dilahirkan.
 
 
Adik sama jek macam Abg Anas, lincah jek keluar kan tangan dari bedungnyaa..hee
 
p/s: Entry ini mula ditaip pada 5/5/14 tetapi baru sahaja siap untuk di publish.