Saturday, May 10, 2014

:: Miracle - Part II ::


Assalamualaikum semua especially anak-anak Mama..

Hari ni, Adik dah berusia 11 hari. Mama pon kira dah 11 hari ler berpantang.Huhu.

Okaylah, nak sambung perihal kisah kelahiran Adik untuk Part I yang lepas.

Pada jam lebih kurang 1 setengah pagi, Mama dan Adik baru lah di bawa ke wad. Punya lah lama Walid tunggu kita berdua di luar. Mama siap dijahit dan diperiksa oleh HO dah lama dah sebenarnya. Tapi sebab semua orang sibuk dengan ibu-ibu bersalin yang lain, maka berejam lah Mama terbaring jek kat dalam Labour Room tu tunggu untuk ditolak ke wad.

Oh yer, sebelum tu, Adik telah dibawa berjumpa dengan Mama untuk menghisap susu Mama buat pertama kalinya. Alhamdulillah, Adik pandai hisap dengan betul.

Lepas kita berdua dibawa ke wad dan diikuti oleh walid, Adik pon diletakkanlah dalam 'katil kecil' Adik. Masa tu Adik hanya dibalut dengan kain hospital sahaja tanpa memakai baju memandangkan Mama dan Walid lupa untuk bawa masuk baju dan pampers Adik ke dalam Labour Room. Tengah kelam kabut, semua menda tak ingat. Nurse pon tak ada pula nak ingat kan.huhu.

Jadi, Mama minta Walid cek pampers Adik dulu dan pakaikan Adik baju. Timing Adik tepat sekali, Adik yak!!  Banyak pula tu.Hehe. Walid yang dah setahun lebih tak pegang bayi yang baru lahir tiba-tiba jadi kekok dan huru hara. Mama hanya mampu tergelak. Mama memang betul-betul tak larat masa tu. Nak tak nak memang Walid kena change kan Adik. Huhu.

Tak lama lepas tu, Walid diminta untuk keluar daripada wad. Walid balik ke rumah untuk berehat. Tok Umi pon bagitahu Abang Anas dah tidur dah waktu tu. Kesian Abang Anas..

Malam tu, Mama ber whatsapp dengan Tok Umi. Rupa-rupa nya, semasa Mama dalam Labour Room, Tok Umi bersungguh-sungguh berdoa untuk Mama, baca ayat selusuh banyak-banyak untuk Mama sampai Tok Umi menangis sebab terkenangkan saat Tok Umi semasa melahirkan Mama dahulu. Tok Umi tahu betapa sakit dan peritnya mengharungi semua itu. Allah, barulah Mama tahu, Patutlah Mama rasa betul-betul satu keajaiban telah berlaku...

Dari bukaan Mama yang hanya 4 cm, tiba-tiba sahaja Mama boleh rasa nak meneran dan Adik sudah bersedia untuk keluar! Memang tak dinafikan lagi, segalanya dipermudahkan oleh Allah berkat doa dari Tok Umi, ibu Mama yang melahirkan Mama..

"Terima Kasih Umi..."

Pagi esok nya, setelah Mama dan Adik diperiksa, Alhamdulillah, kita berdua dibenarkan untuk 'discharge'! Yeayy.. Tok Umi dan Tok Abah baru bercadang nak melawat kita berdua di hospital tengah hari tu. Alhamdulillah kerana dipermudahkan oleh NYA.


Menunggu walid datang ambil Mama dan Adik


Mama dah siap kemas dah untuk check out!

Mama pon tak sabar nak jumpa Abang Anas. Kesian Abang Anas kena tinggal dengan Mama dan Walid. Mama pon tak sabar nak tengok reaksi Abang Anas di saat pertama kali Abg Anas melihat Adik.

Sudah semestinya Abang Anas mencium Adik. Tapi lepas tu Abg Anas nak duduk dengan Mama tapi nak buat macam mana, Mama sedang pangku Adik, Mama pon tak berapa kuat nak pangku Abg Anas. Kesian Abg Anas. Mama tahu Abg Anas rindu kan Mama.

Serba salah Mama dibuatnya. Takpe, Mama tahu, Abg Anas sayang adik. Abg Anas akan jadi seorang abang yang baik pada Adik. Cuma buat masa ni, Mama tak berapa kuat, tak boleh nak layan Abg Anas macam biasa. Adik pula perlu kan Mama untuk menyusu. Hurm, baru anak 2 Mama dah jadi serba salah.huhu.

Takpe, nanti bila badan Mama dah kuat, Mama jaga anak-anak Mama dua-dua nya ya Sayang?!!

Lembut jek Abg Anas pegang Adik


Abg Anas kiss Adik..Hee

Sabtu, 3/5/14

Semalam, Tok Ki dan Tok Wan sampai dari Kemaman untuk melihat ahli baru keluarga kita iaitu Adik. Sekaligus untuk membawa balik Abang Anas bersama. 3 malam sebelum mereka sampai, setiap malam Mama dah mula menangis semasa menidurkan Abang Anas kerana Mama tak sanggup untuk berpisah dengan Abang Anas sebenarnya.

Tapi apakan daya, badan Mama masih lemah, Mama perlu banyak berehat di samping menjaga Adik. Tok Umi pula kena jaga Mama, jaga Adik. Abang Anas dah lasak sekarang ni. Memang tak berhenti explore sana sini dalam rumah ke luar rumah ke. Jadi Abang Anas juga perlu kan orang yang dapat menjaganya sebaik mungkin.

Lusa walid dah mula bekerja, selama Adik lahir, Walid lah yang membontoti Abang Anas, uruskan Abang Anas kesemuanya. Abang Anas pula manjanya lahai dengan Walid. Asyik minta Walid dukung ajek lah. Kadang-kadang dengan Mama pon Abang Anas dah taknak. Masa nak tidur jek lah yang Abang Anas takkan menolak Mama.hukhuk.

Mama faham, Abang Anas mungkin cemburu atau merajuk dengan Mama. Yelah, masa Abang Anas minta Mama dukung, Mama tak dapat dukung. Badan Mama lemah. Lagi pon Mama nak kena pegang Adik.

Selama 3 malam ni, Mama akan berada di tengah-tengah antara Abang Anas dan Adik. Mama akan susu kan Adik sehingga Adik tidur, kemudian Mama akan tidurkan Abang Anas. Takpe, Mama tahu, Abang Anas adalah seorang abang yang baik. Adik kecil lagi, baru beberapa hari melihat dunia, Abang Anas kasi chance jek lah kat Adik yer Sayang?hehe.

Sabtu pagi, Walid dan Mama bawa Adik pergi ke klinik terlebih dahulu untuk cek kuning Adik. Alhamdulillah, kuning Adik dah turun kepada 215 daripada 233 pada hari semalam. Lega sangat Mama waktu tu.

Tengah hari, Tok Ki dan Tok Wan pon hendak berangkat pulang. Bersama dengan Walid dan Abang Anas. Air mata Mama tak berhenti mengalir. Masa dalam bilik belakang pakaikan Abang Anas pampers, Mama peluk dan cium Abang Anas puas-puas sambil berkata,

'Sayang Mama good boy yer duduk dengan Tok Ki dan Tok Wan. Mama sayang Anas tau. Mama masih lemah, Mama perlu sikit masa untuk kembali sihat. Nanti Mama dah sihat Anas balik pada Mama okay?'

Tersak-esak Mama nangis. Ayah Cik yang pada masa tu ada dalam bilik tu usap-usap belakang Mama.

Mama tengok air mata Abang Anas pon berkaca jek. Abang Anas senyap jek waktu Mama peluk dan nasihat kan Abang Anas. Macam faham sangat apa yang Mama cuba sampaikan. Mama nak Abang Anas tahu yang Mama bukan saje-saje nak berpisah dengan Abang Anas. Mama taknak Abg Anas fikir Mama sisihkan dia sebab dah ada Adik. Tak. Tidak sama sekali. Mama terpaksa. Okay Sayang Mama?


Tok Umi dengan 2 cucu hero nya.


Tok Wan dengan 2 cucu nya

Abang Anas nampak excited masa nak naik kereta Tok Ki. Maklumlah, hendak berjalan. Abg Anas memang pantang orang ajak berjalan sekarang ni. Mama gagah kan juga untuk dukung Abg Anas. Ciom dia puas-puas dan letakkan dalam kereta Tok Ki.

Abg Anas duduk dalam carseat di belakang bersama Tok Wan. Walid duduk di depan dengan Tok Ki. Masa kereta Tok Ki mula bergerak, Abg Anas nampak confused. Mungkin Abg Anas pelik, kenapa Mama tak naik kereta sekali? Kenapa Walid jek yang ikut? Kenapa tinggal Mama? Mungkin ini persoalan yang timbul di fikiran Abg Anas pada waktu tu.

Mama tak tahan tengok Abg Anas tinggalkan Mama. Mama menangis teresak-esak sampai Tok Umi pujuk Mama, usap-usap belakang Mama. Mama rasa macam separuh jiwa Mama pergi..

Tak apa, Mama tekad. Mama akan cepat-cepat sihatkan badan supaya Abg Anas balik semula dengan Mama. Supaya Mama boleh jaga Abg Anas. Mama nak anak-anak Mama ada di depan mata Mama.

Setiap hari Mama akan tanya Walid tentang Abg Anas dari jauh. Bila Cik Ah balik, Cik Ah lah yang update dengan Mama. Siap dengan gambar atau video. Terubat sikit rindu Mama pada Abg Anas. Walaupun tak dapat nak peluk ciom Abg Anas.

Abg Anas nampak happy. Maklumlah, ramai orang melayan Abg Anas di sana. Naik motor dengan Tok Ki lah, pusing-pusing kampong lah, main kat halaman rumah lah itu lah ini lah. Mama happy bila tahu Abg Anas happy. Tapi Mama juga tahu, Abg Anas akan lebih happy sekiranya Mama ada bersama...

No comments:

Post a Comment