Monday, April 28, 2014

:: Overdue ::

Assalamualaikum semua...

Especially buat anak-anak Mama, Abang Anas dan adik...

Masa Mama type entry ni, adik masih dalam perut Mama tau. Adik masih belum mahu keluar nampaknya even EDD Mama dah berlalu pada hari Rabu lepas. (Harini hari Isnin)

So Mama diberi masa sampai ke hari ni. If adik tak keluar lagi, Mama kene pergi serah diri kat hospital untuk dibuat kan tindakan yang sewajarnya.isk.isk

Adik seronok sangat duduk dalam perut Mama yer? Mama tengok adik rileks jek duduk dalam perut Mama. Contraction tu ada tapi tak regular. Air ketuban pon masih intact. Adik pon aktif jek menendang-nendang dalam perut Mama ni. Yer Mama tahu memang best duduk dalam ni berbanding keluar ke dunia yang penuh pancaroba.huhu.

Sekarang ni Mama tunggu walid sampai, baru Mama akan ke hospital. Walid naik bas pukul 11 pagi kejap lagi dari Kuantan. Adik tunggu walid yer. Mama harap sangat sampai hospital nanti, Mama dah ada bukaan dan seterusnya adik selamat keluar pada malam ni atau esok pagi. Boleh Sayang?

Takpe, apa-apa pon, perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Mama dan walid hanya mampu berdoa semoga Mama dapat bersalin kan adik secara normal dan tak perlu induce sebab Mama dah overdue.isk.

Masa ni, kite semua kat Seremban, duduk dengan Tok Abah dan Tok Umi kat Kuarters IPG ni haa. Tapi walid jek la takde. Walid kena kerja kat Kuantan sana.huhu.

Abang Anas memang menempek dengan Mama ajek lah dia. Sekarang ni baru Abg Anas okay sikit dengan Tok Abah, Tok Umi, Su Sya dan Pak Uda. Kalau tak, asyik lah nak Mama sajek. Takpe, Mama faham, Abg Anas tak biasa sangat sebab jarang jumpa dengan mereka semua. So ambil masa sikit lah untuk okay dengan diorang. Dan Alhamdulillah, sekarang dah okay. Especially bila nak berjalan. Abg Anas dah tak heran dah nak tinggal Mama bila bab berjalan.kikiki.

Semalam, Abg Anas dah masuk  1 tahun 6 bulan. Tak tahulah Mama Abg Anas tahu ke tidak dia bakal jadi abang anytime soon. Kesian Abg Anas.

Takpe, Mama tahu, nanti bila adik dah keluar, Abg Anas mesti akan menjadi seorang abang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab.hoho.

Abg Anas sekarang ni dah pandai nak makan sendiri dah. Taktik yang Mama tahu supaya abg Anas berselera untuk makan adalah, kena ada satu pinggan yang ada sedikit makanan dan satu sudu depan dia, barulah dia akan makan bila Mama suap dia sebab dia pon akan ralit dengan makanan dalam pinggan tu. Di samping menyuapkan makanan tu ke dalam mulut dia juga even masuk nya alahai sikit-sikit jek pon.Heee.

Tapi Mama lega sangat sebab Abg Anas dah makan. Yer, MAKAN.

Sebab kalau tak buat macam tu, Abg Anas punya lah taknak makan.

Masa awal2 balik sini (Seremban) haritu, punya lah macam-macam Tok Umi masakkan untuk Abg Anas. Mashed potato lah, masak lemak lah, sup lah apa lah tapi sikit pon Abg Anas tak mo makan.

Mama sampai ingat nak beli kan Abg Anas meal shake Shaklee dah nak bagi Abg Anas selera makan punya pasal. Tapi Alhamdulillah, Mama dah jumpa solution dulu dah untuk permasalahan ini.hee.

Cuma macaroni & Cheese jek yang Mama dapat tahu Abg Anas makan bila kena suap. Haih la, mat salleh betul Abg Anas sorang ni.kikiki.

Abg Anas sekarang dah jelas sebut 'Mama,Mama.' Comel jek bila dia sebut Mama tu, Tapi yang bestnya, habis semua orang pon di panggil nya Mama jugak.Hehe.

Cuma kadang2 jek terkeluar jugak 'Bah,Mi' tu, refer pada Tok Abah dan Tok Umi. Walid pon ada masa-masa dia terdengar Abg Anas sebut 'Lid.' HEHE.

Abg Anas pon dah pandai ikut arahan bila Mama minta dia ambil kan barang ke, hulur kan Mama barang ke, atau ajak dia nak change pampers ke, nak mandi ke, nak tidur ke etc.

Lately ni, Abg Anas dah pandai sebut 'Eeeeii..' dengan mimik muka ala-ala geli. Tapi semua benda pon dia 'Eeei' kan nya even benda tu tak kotor pon. Tak tahulah Mama apa yang Abg Anas interprete kan 'Eeeii' tu sebagai apa. Kena tanya Abg Anas ni.hihi.

Hurm, macam mana lah agaknya reaksi Abg Anas yer bila Mama balik dari hospital dan pangku Adik bersama..Apa agaknya yang Abg Anas akan buat bila nampak Adik for the first time..Hee.

Harap-harapnya Abg Anas okay dan faham. Sebab sebelum ni kalau Mama pegang baby lain depan Abg Anas, dia okay jek. Takde lah nak cucuk-cucuk baby tu ker apa ker..Hihi.

Mama pon tak dapat la bayang kan macam mana Mama dan Walid nak harungi dengan anak dah bertambah lagi sorang ni.Heee.

Takpe, Insya Allah kami boleh. Tok Abah dan Tok Umi anak 7 orang kot. okayyyy jek depa. Survive dan membesar kesemuanya. Hehe.

Yang penting, hidup kami akan lebih ceria dengan kehadiran kedua-dua intan payung permata hati kami ni..Zuriat kami. Saham kami dunia akhirat, Insya Allah..

Okaylah, sampai di sini sahaja kot coretan terakhir Mama sebelum adik keluar ke dunia ni. Nervous nya la hai Mama nak pergi serah diri ke hospital petang ni. Even for the second time. isk. Takpe, Tok umi cakap, Tok Umi even 7 orang anak tapi setiap kali nk beranak pon cuak jugak. Hee.

Doa kan Mama tau supaya segalanya berjalan lancar. Yang penting Adik selamat lahir, Mama pon selamat kesemuanya. Amiiin!!!

Sehingga bertemu lagi anak-anak Mama..

Lots of love,

-Mama-



 



1 comment:

  1. Lucky 7 Casino Review & Welcome Bonus - JTM Hub
    Lucky 7 Casino offers a large number of games ranging from slots 계룡 출장안마 and table games to scratchcards. It's quick to learn the basics of the casino. 의왕 출장안마 Read 구리 출장마사지 our in-depth 충청북도 출장샵 review 이천 출장안마 of the

    ReplyDelete