Assalamualaikum Sayang Mama dalam perot Mama ni!!
Yer, kali ni Mama buat entry ni khas untuk awak pulak Sayang!
Memandangkan awak masih belum ada nama, sebab Mama pon tak sure lagi jantina awak apa, so Mama hanya boleh refer awak sebagai adik sahaja. (As for now.hehe)
Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, adik dah berusia 30 minggu dalam perut Mama...
Ya Allah, sekejap nya masa berlalu.
Mana tak nya, Mama terlalu busy menguruskan kehidupan Mama especially abang awak Anas, sampai Mama jadi ralit untuk fokus pada adik..(-_-)
Tak, bukan bermaksud Mama kurang sayang pada adik. Tidak sama sekali.
Cuma maybe Mama kurang 'spend time' dengan adik sepanjang adik dah 7 bulan lebih dalam perut Mama ni.
Mama kurang mengaji untuk adik, Mama kurang bercakap dengan adik macam yang Mama pernah buat pada abang Anas masa abang Anas dalam perut Mama dulu...
Tapi Mama tahu adik faham, kenapa boleh jadi macam tu. Sebab adik kan selalu bersama Mama, ada dalam diri Mama...kan Sayang?
Isk, banyak pula air mata Mama ni mengalir. masa Mama taip entry ni..isk.isk.
Tapi kan, adik sangat gooood boy/girl sebab adik behave sangat sejak berada dalam diri Mama..
Even Mama baru tahu Mama pregnant kan adik masa adik dah berusia 3 bulan, Alhamdulillah, Mama tak ada apa-apa komplikasi. Maksud Mama adik tetap kuat berada dalam perut Mama. Even Mama renyah2 angkat itu ini especially dukung Abang Anas ke sana ke mari.
Kadang-kadang masa Mama masak pon, tangan kiri dukung Abang Anas, tangan kanan memasak. Fuh!
Nak buat macam mana, kesian Abang Anas. Mama balik kerja, ambil Abang Anas lebih kurang pukul 6 petang dah. Sampai rumah jek, sibuk pulak Mama buat kerja-kerja rumah especially memasak. Kesian Abang Anas Mama tak sempat nak layan kan dia sangat.
Bila Mama ke dapur, Abang Anas pon akan ikut Mama ke dapur. Bila dia dah penat atau bosan, dia akan ngengek2 minta Mama dukung. Sebagai seorang ibu, mestilah Mama kesian kan anak Mama, so Mama dukung la jugak Abang Anas even Mama tengah nak memasak masa tu, plus adik dalam perut Mama..
Abang Anas pulak baru berusia setahun 3 bulan (masa Mama taip entry ni), of course lah dia pon masih lagi kecil. Masih lagi baby. So, adik faham kan apa yang Mama cuba sampai kan.
Nak buat macam mana, masa Mama pregnant kan Abang Anas dulu, Mama tak ada anak lagi, so tahap sibuk Mama di rumah takde lah macam sekarang. Pulak tu Abang Anas dah boleh makan. So tiap-tiap petang/malam Mama akan prepare bahan-bahan untuk masak bekalan Abang Anas ke rumah baby sitter, dan esok nya pagi2 Mama bangun untuk masak bahan-bahan tu semua.hoho.
Takpe, at least, sekarang ni adik dalam perot Mama, so adik sentiasa bersama Mama ke mana sahaja Mama pergi. Pergi office, pergi court, pergi beli groceries dsb. Masa Abang Anas dah terhad dah sebab Abang Anas dah keluar dari perut Mama setahun lebih yang lepas.HEHEHE.
Apa-apa pon, Mama harap adik okay dalam perut Mama ni. Masa Mama taip entry ni kan, Abang Anas dah lena dibuai mimpi tau, tapi adik pulak tiba-tiba tendang2 perut Mama dengan aktif nya.
Adik tak mengantuk lagi yer? hehehe.
Sekarang ni, Mama dah dikira sarat jugak la. Kadang-kadang badan rasa penat sangat-sangat.
Tapi takpe, insya Allah, bila Mama makan habbatus sauda, sedikit supplement, dengan izin Allah Mama dapat laksanakan tugas Mama dengan sebaiknya.
Mama akan buat sebaik mungkin selagi Mama mampu demi anak-anak Mama.
Untuk pengetahuan adik, buat masa ni, Mama masih belum decide nak bersalin kat mana.
Kemaman ke Seremban.
Nak buat macam mana, Tok Abah dan Tok Umi dah pindah ke Seremban, rumah pulak 2 tingkat, so Mama jadi dalam dilema la nak bersalin kat sana ke tak.
Sebab kalau boleh, Mama tak nak berpisah dengan Abang Anas.
Nak anak-anak Mama sentiasa berada di depan mata Mama. Of course lah walid sekali. hihi.
Tu yang jadi dalam dilema sikit tu.
So, Sayang rasa mana yang terbaik untuk kita semua hurm?
Fenin Mama fikir..hukhuk.
Okay lah Sayang. Nanti bila Mama ada masa, kita sambung lagi yer. Harap2 nya dapat la Mama taip sekali lagi entry sebelum adik keluar dari perut Mama ni.hehe.
Jangan pernah lupa, Mama sentiasa sayang kan anak-anak Mama.
Lebih dari Mama sayangkan diri Mama sendiri. okay Sayangs?
Salam sayang,
-Mama-
Parents dah pindah seremban?
ReplyDeleteyesza kembar..=) duk quarters..tp umah kt jb tu adik aku duk n family kcik dia..hee
ReplyDelete