Thursday, March 3, 2011

:: Saya dan Internet!! ::

Di zaman yang serba serbi canggih ini, zaman yang segalanya boleh diperolehi dengan hanya menekan 'klik' di hujung jari, banyak hal2 dan kerja2 dapat disiapkan dengan cepat sekali... Macam-macam benda kita dapat cari dengan menggunakan internet ni..

Nak beli itu, beli ini, nak jual itu, jual ini, nak tempah itu, nak tempah ini, nak dengar lagu lah, nak tengok movie lah, nak main game lah, nak cari tempat lah, nak cari kata2 pujangga lah, mencari kawan baru lah, termasuk lah nak mencari jodoh! oopss! hehe.

Maka, saya yang serba kerdil yang hidup di zaman yang canggih manggih ni tidak lah terkecuali dalam memanfaat kan penggunaan internet dengan sebaik-baiknyaa..

Bermula dengan social network esp Facebook yang saya gunakan, memang lah sangat bermanfaat sekali apabila saya dapat berjumpa kembali dengan rakan-rakan lama yang setelah sekian lama tidak mendengar khabar berita..yang dah lost contact.. Kire FB ni jadi perantara untuk Jejak Kasih lah senang cerita..hehe.

Nak cari info toksah cakap lah, type jek kat google tu.. macam-macam benda kuar..Saya kadang2 tak
sure spelling pon saya type kat google jugak! haha.

Nak cari resepi pon sama..kadang2 tak sure resepi so saya cek la kt google... Nak cari jalan untuk ke satu tempat pon cari kat google map..Macam2 lah! hehe.

Time nak tunang hari tu, saya google jek kot nak cari mak andam! Pecaya tak? haha. Mana tak nya, time tu saya kat putrajaya, bile zaman pulak saya nak balik JB pusing2 cari mak andam.. Tu tak termasuk dengan cupcakes dan cokelat untuk hantaran lagi.. Saya tempah online jugak! kih3.

Untuk kawen pulak, saya tempah cupcakes, cokelat dan doorgifts melalui online! Juga untuk videographer saya iaitu Abg Jek dari JEK videography..hehe.

Untuk jemput kawan2 ke majlis, tak laen tak bukanlah, pakai FB la kan.. Kat FB kita boleh tawu sape yang nak datang, sapa yang tak dapat datang, boleh dapatkan alamat mereka etc.. Tak payah la perabes kredit banyak2 untuk minta alamat! Oh Jimatt!!~ hehe.

Cuma yang tak berapa nak naseb baek nya sebab time saya kawen haritu, Pos Malaysia dah menaik kan harga setem minima 60sen! Perghh! Kire 'saket' lah poket ni bile proses pengedaran kad jemputan berlaku..uhukk!! Sebab tu saya hanya pos kad pada mereka-mereka yang betol2 confirm nak datang jek..(Itupon ramai gak yg xdpt dtg even dah pos kad..almaklumlah, CNY kan, mcm2 plan dah dibuat..isk)

Best kan ada internet ni? Saya tak dapat bayang kan lah kalau saya hidup di zaman internet masih belum wujud..Gile huru hara nak tempah itu ini..paling tak best sebab tak dapat buat pilihan sebaik2 nya..Bila ada internet, kita boleh survey2 sebelum decide nak tempah yang mana, beli yang mana, betol tak?...hehee.

Last but not least, perkara paling besar yang internet memberi kesan kepada saya adalah saya telah bertemu jodoh melalui internet ni.. Iyer, bertemu jodoh okay.. bukan bertemu hantu..haha.

Tak ku sangka, perkenalan melalui YM yang bermula dengan perasaan 'error' terhadap dirinya akhirnya bertukar 'sayang' dan 'cinta'...

Dan Alhamdulillah, si dia sudah bergelar suami pada ketika ini..



Indah kan aturan Tuhan ni? Sesungguhnya segala pertemuan hamba-hamba Nya memang sudah dirancang se eloknya olah Dia Yang Maha Kuasa..

Dan sesungguhnya saya sampai sekarang masih tidak percaya dan tidak menyangka bahawa jodoh saya telah saya temui melalui internet..


bukan di bus stand, bukan di library, bukan di sekolah, bukan jalan2 terjatuh barang kat shopping mall pastu bertentang mata, bukan perkenalan melalui kawan dan juga bukan family arrangement.. tetapi melalui internet! hee..

Memang tak syak lagi, saya dan internet memang tak dapat dipisah kann..
Bagai Irama dan lagu~ (tetibe..haha)

Okaylah kawan2, Untuk cerita yang lebih detail macam mana kami kenal, nanti next time laye saya cerita.. dah panjang sangat saya membebel ni..hehe. Till then, Tungguuu!!~


-Notes-

*Photobook saya dah siap, nak amek Sabtu ni, nanti saya baru boleh wat entry pasal majlis saya pada 5 Feb dan outdoor photoshoot yang lepas yerr..(ada gamba la baru sy0k!) hehee.

*Just wondering~ kalau internet ni tak wujud, agak2 nya camne pulak saya bertemu jodoh yerr? ahaks!=p

No comments:

Post a Comment