Sunday, March 6, 2011

:: **5 Feb 2011** ::

8.00 pagi

Pertama kali melayan En Suami sarapan pagi. Tapi hanya air aje lah hasil tangan sendiri sebab sarapan pagi semuanya yang 'instant' dari kedai jek. Almaklumah, hari ni hari besar, nak kena bergegas ke dewan kejap lagi esp keluarga saya.


10.30 pagi


Mak Andam dah datang untuk siap kan saya. Dia ada pengantin lain so die make over kan saya dulu. Huhu. Semasa di andam, En Suami terlelap sekejap di bilik sebelah, turn die lambat2 sikit pon takpe. Leenda datang dengan anak buahnya, dia tak sihat, sebab tu tak nampak batang hidung die nikah malam tadik. Naseb baek alasan boleh diterima, kalau tak dah merajuk dah! Time tu family saya semua dah bergegas pergi ke dewan, lagi setengah jam majlis dah nak mula. Tinggal la saya bersama En suami, pengapit kami, Huda & Azmil & juga Leenda di rumah. Mereka lah yang tolong iring kami ke dewan.

11.30 pagi

Turn En Suami pulak bersiap2. Dia tak payah nak make up, senang! Anyway, tengah kusut sekejap sebab pengapit kami 'gadogadomanja'... sorang duduk hujung rumah sebelah belakang, sorang lagi duduk kat depan rumah sana. Pening saya dibuat nya. haha.

12.15 tengah hari

Kami pergi ke dewan sambil di iringi oleh pengapit kami dan seorang 'tukang tukar kan baju tapi tak reti mengandam tapi kerek nak mati' menyibuk bersama kami. Heh. Kalahkan Mak andam betul!huhu. geram2! Kami tiba awal di dewan, so sambil tunggu rombongan lelaki yang adik saya Fedas amek di Taman Pelangi, kami pon possing2 sakan dulu la dalam keta Abah tu..ahaks!~

Alhamdulillah cuaca sangat terang, panas betul sampai berpeluh2 suami saya, ape lagi, saya yang sememangnya dah standby tisu tolong2 lap kan lah! haha. Huda pulak kena paksa kipas kan dia..Kata pengapit! ahaks!~

12.40 tengah hari

Rombongan keluarga mentuwe sudah tiba. Cepat2 amek tempat masing2. hehee. Bila semua dah ready, paluan kompang pon kedengaran...



Kami diketuai oleh flower girls di hadapan kami berjalan masuk ke dalam dewan yang dihiasi dengan indah sekali. Flower girls terdiri daripada adik kecik saya fatin aisya, dan sepupu2 yang lain iaitu Dania, Yu dan Adwa. Tapi flower girls kami berjalan sangatlah laju, tertinggal kami di belakang yang kena berjalan dengan sopan lagi ayu ini. isk.



Kemudian, mengikut kan plan 'tukang tukar kan baju tapi tak reti mengandam tapi kerek nak mati' itu, selepas tiba di bawah gerbang masuk, En Suami terpaksa menunggu untuk saya berjalan sendirian ke pelamin supaya saya duduk di atas pelamin dahulu. En Suami menyusul di belakang dan sebelum duduk di atas pelamin, En Suami atau pengapitnya hendaklah membayar 'tol' terlebih dahulu kepada mak andam sebelum dibenarkan duduk di atas kerusi pelamin. Sudah semestinya, 'tol' tersebut telah berjaya dibayar.hoho.

Seterusnya, majlis dibuka dengan bacaan doa oleh Ustaz Fuad, kawan baik Abah yang sememangnya menjadi pembaca doa untuk majlis2 keluarga kami.heheee..

Kemudian, keluarga mentuwe dijemput untuk makan di mana walid dan mak, FIL & MIL saya ditempatkan bersama kami di meja makan beradab. Sebelum semua orang mula makan, kami terlebih dahulu turun ke meja makan beradab untuk memulakan menjamu selera, almaklumlah, Raja & Ratu Sehari la kate kan! ahaks!~


Lauk pauk di atas meja makan kami sangatlah menarik tetapi lauk yang paling dekat dengan saya dan En Suami adalah udang2 yang tercacak2! Kami hanya mampu berpandangan sambil berbisik, "Kite tak makan udang yang, nak makan lauk ape ni??" isk.

Tapi jangan bimbang, walid yang duduk di sebelah En Suami dan Ayah Ngah yang duduk di sebelah saya melayan kami menge 'pass' kan lauk2 laen yang berjauhan dengan kami. Dapatlah kami makan sedikit sebanyak.hehee.


Selepas selesai menjamu selera, kami naik semula ke atas pelamin untuk sesi bergambar dengan keluarga mentuwe memandangkan mereka sudah mahu bergerak pulang pada waktu itu. Almaklumah, nak balik Terengganu sana, dahla Ahad mereka kerja/sekolah! isk.

Selepas siap bergambar dan bersalam-salaman dengan keluarga mentuwe, sesi memotong kek menjelma. Alhamdulillah, kek kami cantik! Puas hatilah sebab kek free kan. Hehee. Memang masuk dengan warna tema kami, purple-puteh. =)



Kemudian kami bergegas keluar sekejap untuk hantar keluarga mentuwe berangkat pulang ke Kemaman, Terengganu. Tak pasal2 kami jadi penyambut tetamu paling awal sekali berbanding umi dan abah yang tunggu di pintu masuk dewan..ahaks!~

Kemudian kami masuk semula ke dewan untuk sesi bergambar bersama keluarga sebelah saya pula. Alhamdulillah, keluarga dari Kelantan ramai yang hadir membuat kan hati ini sungguh terharu. Sudah semestinya lah tak nak ketinggalan bergambar bersama mereka. Hee. Tapi ada yang malu2 untuk naek ke pentas bergambar bersama kami. Huu~

Diikuti juga dengan rakan2 yang hadir memeriahkan lagi majlis ini. Tak sangka ramai kawan2 yang saya tak jangka kan akan hadir atau yang sudah lama tak bertemu tulah yang hadir! Memang terharu saya dibuatnya! Terima kasih semua kerana sudi menghadirkan diri walau dari jauh. *Alhamdulillah, syukur*

4.00 petang

Saya dan hubby pergi menukar pakaian sekaligus solat zuhur di ikuti dengan solat Asar. Tumpang di bilik Abah di IPTI tuu.hee~

5.00 petang

Dewan sudah siap dikemas2 semuanya. Kami keluar2 sahaja dari bilik tengok2 semua ahli keluarga saya bergerak keluar dari dewan. Oh tak sempat nak bersama-sama mereka untuk ambil gambar ramai2! uhukk! Nak buat macam mana, Lepas Asar ada sesi outdo0r ph0t0graphy pulak di Nusajaya! hoh0.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Cuaca cerah, makanan cukup untuk tetamu yang hadir, tetamu juga selesa kerana tempat2 yang disediakan semua mencukupi, hidangan ramai yang bagitawu kami ianya enak dan lazat..Alhamdulillah! atas segala-segalanya~





*Our Parents*



*FamiLy saya*



*Family baru saya. heee*


*Thanks f0r c0ming guys! saayang korang! *










Terima Kasih semua, kerana menjayakan majlis.
Jasa kalian hanya Allah s.w.t saja yang mampu membalasnya.
Esp my beloved Umi & Abah.
Sayang you olls lah!~
Mmwaaaahhhhss!!~


Lots of Love,

*US*

No comments:

Post a Comment