15 Mac 2011
Kami bertolak dari Kemaman ke Kuala Besut pada jam lebih kurang 9.30 pagi. Pemergian kami di iringi oleh lambaian walid, mak, wan, kak Chik dan adik Fan.(keluarga baru saya.hee)
Kami tiba di Kuala Terengganu jam 11 pagi, berhenti untuk lunch nasi ayam yang hubby claim sedap. Sambung perjalanan.
Turn saya pulak untuk drive. Akhirnya tiba di Jeti Kuala Besut jam 1.30 petang. Alhamdulillah cuaca cerah dan ada satu speedboat pada jam 2petang, tak perlulah tunggu yang 4petang punya! fiuuhh!~
Bot bergerak sedikit lewat kerana menuggu satu pasangan yang tidak muncul2 tiba dari lunch.. bengang pon ada..heh.
Last2 bot bergerak tanpa mereka, naik bot petang karang la alamatnya! hoho. Saya dan hubby duduk di bahagian depan bot bersama 2 mat saleh perempuan. Bila dah duduk kat bahagian depan tu, sah2 la terhentak2 punggung bila bot dipukul ombak! sakit gak wo0. Dah macam naik roller coaster dah.huhu. Sememangnya tidak bagus untuk wanita mengandung! Jgn risau ye, bukan saya! (^_~)
Kami tiba di Arwana Perhentian jam 3petang. Semasa check in, brader kat kaunter tu bagitahu yang kami dah terlepas untuk bersnorkeling pada petang ini sebab snorkeling start jam 2.30 petang, kami dah terlewat.hukhuk.
So kami hanya berehat2 lah sambil menikmati udara pantai pada petang tu. Lagipon penat driving selama 5jam tadik! hoho.
Jam 8 malam kami menikmati dinner yang disediakan. Selepas itu jalan2. Arwana takdelah besar sangat tapi nice laa..swimming pool die pon best. Kalau bawak budak2 memang blink2 la mata diorang jadiknya.hehee. Sebelah arwana ni ada satu lagi chalet yang laen. Tak ramai orang sangat jugak. Best lah kan, romantik sikit. Kalau ramai2 kang sesak pula jadiknyaa..hehee.
16 Mac 2011
Oh pagi2 lagi sudah hujan. Hujan takdelah selebat mana tapi takdelah renyai2 sangat. Biasa2 ajeklah tapi memang membuatkan ombak bergelora. Dan sememangnya tidak elok untuk melakukan aktiviti snorkeling! hukhuk. Sampai ke tengah hari, hujan masih tidak berhenti. So dah burn dah lah snorkeling sesi pagi punya.
Mengharap untuk sesi petang pulak! Jam 3 petang, hujan berhenti sekejap, saya dah gelisah tak senang duduk. Tak boleh jadi macam gini, aim saya datang sini memang untuk bersnorkeling, frust wo0 kalau tak snorkel.isk.
Saya ingat nak maen redah ajek selamba snorkel tapi hubby tak berapa nak redha. Dia risau sebab ombak lah. Lagipon brader yang handle snorkeling pon cakap tak nampak apa2 jugak kalau snorkeling bile ombak macam gini,wat penat ajek nanti! isk.
Last2 hubby try negotiate dengan brader yang handle pakej kami untuk tukar aktiviti laen. dah bayar kot, takkan nak burn macam tu jek kan.isk. Bila tanya sana sini, brader tu pon cakap 'boleh'... Tersenyum lah jugak muka ni dari frust terus kan.huhu.
So kami pon dibawalah oleh seorang pakcik keliling pulau. Pulau Perhentian ni ada Perhentian Kecil dan ada Perhentian Besar. Kami duduk kat Perhentian Besar. Kami dibawa ke chalet2 lain yang terdapat di Pulau yang sama. Bagi dalam 10-15 minit untuk kami snap2 gambar.
Kemudian kami dibawa ke perkampungan yang terdapat di pulau tersebut. Siap ada sekolah dan balai polis kot! mengikut kata brader yang handle pakej kami tu, sekolah tu memang lah sekolah angkat kerajaan. Dapat pembiayaan macam2 tapi sayangnya budak2 pulau ni kebanyakannya lepas tamat darjah 6 mereka dah tak berminat nak sambung belajar. Almaklumlah, dah pegang duet hasil dari bawak bot lah kate kan.huhu.
Setelah puas bergambar dan membeli sedikit makanan ringan untuk kunyah2 nanti, kami pon pulang semula ke Arwana. Terubat lah sedikit hati ini setelah agak kecewa tak dapat bersnorkeling..
Malamnye pulak kami dinner bbq.Oh sungguh banyak sekali pilihan makanan yang ada. Semua menda rasa nak makan.hahaha. Hubby geleng kepala jek tengok. hehe. Macam mane nak kurus ntah. isk.
17 Mac 2011
Pagi2 lagi kami dah bertolak balik. Ambil bot jam 8.30 pagi punya. Kami dua orang jek naik bot tu. Orang lain semua balik tengah hari. haha. Nak buat macam mana, malam nya ada dinner saudara @ Tok Ngoh jemput. Takut lewat sampai kan, lagipon nak singgah pasar payang sekejap. Time naik bot tu, kami menentang arus, angin pulak kuat masa tu, memang lah basah kuyup kami dibuatnya. hukhuk. Tapi syok gak sebab naik berdua jek.
Maka,berakhirlah 'honeymo0n' kami ini. Tak taulah bila lagi boleh habes kan masa berdua-duaan macam gini lagi. Almaklumlah, cuti dah habes, nak simpan cuti untuk raya lagi, kena tunggu tahun depan pulak la alamatnye (kalau masih berdua la time tu, ahaks!)
No comments:
Post a Comment