Sunday, February 13, 2011

:: *040211-Alhamdulillah, Kami Sah Suami Isteri* ::


8pagi


Keluar bersama Huda,mencari daun sireh di pasar awam Larkin,buah2 an di KipMart Jalan Skudai sambil2 mencari baju pengapit Huda yang masih belum dibeli lagi.

12 tgh hari

Pergi Giant, buat semula ukiran inai di tangan ni yang tak berapa menjadi buat semalam petang. Nasib baek akak buat inau tu baik. Dia pon dah cakap, kalau inai tak jadi, datang semula..huhu.

2.30petang

Pergi ke Taman Pelangi untuk ambil kunci homestay family bakal mertuwe...Kemudian bergegas ke UDA untuk ambil kunci homestay family kak long pula.

3.30 petang

Family Kak Long tiba dari KL. Adik ku Firdaus@Moks tolong bawak kan mereka ke homestay di UDA..

4.30petang

Family bakal suami saya tiba dari Kemaman. Firdaus yang baru menghantar Kak Long sekeluarga bergegas pula ke Shell Jalan Tebrau untuk membawa family bakal suami ku ke homestay mereka di Taman Pelangi.

5.00 petang

Final touch up untuk hantaran2 seperti sireh junjung, coklat, cupcakes dan buah-buahan. Saya sangat terhutang budi dengan kazen saya, Nurul yang sememangnya master untuk gubahan hantaran saya. Masa tu badan saya tak larat sangat. Almaklumlah, malam tadi tidur lambat packing doorgifts. Hari ni pula ke hulu ke hilir. Badan sangat exhausted. Muka sememeh dah terserlah. Terbayang bantal jek masa tu..huhu.

7.30malam

Selepas selesai menunaikan solat maghrib, Sesi make up bermula. Sejak saya dapat tahu keluarga bakal suami saya sudah dalam perjalanan, jantung ni berdegup berdebar jek asyik. Tetibe rasa cuak, nervous, macam-macam perasaan lah! Susah untuk digambarkan dengan kata-kata.hoho.

8.15malam

Saya sudah siap di make up. Sesi bergambar bersama Huda, Kak Long n Ell!! Merekalah peneman saya di kala hati saya yang tidak keruan waktu itu. Saya perlukan mereka di sisi saya dan iyer, mereka ada di situ untuk saya.


8.40malam

Ketibaan bakal suami dan keluarga.Oh mereka semua serba biru.Termasuk hantaran!hehe. Saya duduk di sebalik pintu bilik. Tak nampak wajah bakal suami saya masa itu. Kak Long, Huda n Ell saja yang nampak. Mereka cakap, "Nizam hensem!" "Muka Nizam Cuak!" hehe. Oh saya nak tengok wajah itu tapi tak dapat. Takkan pengantin perempuan nak main intai2 pengantin lelaki pulak kan! Tak Manis woo..hehe.

9.00 malam

Ketibaan Tok Imam, Imam Zaidi, Masjid Kg Melayu, Majidee. Oh waktu tu hanya selawat sahaja yang bermain di bibir ni. Seperti di awang-awangan. Tak tau nak rasa apa. hukhukk.. Agak kecewa dengan keadaan microphone yang tak berapa jelas kedengaran dari bilik saya itu jadi saya tidak berapa tahu apa yang berlaku di luar sana.isk.

15minit kemudian, Imam Zaidi dan Abah masuk ke dalam bilik saya untuk sesi tanda tangan dan persetujuan dari saya untuk Abah menjadi wali.


Tetibe Imam Zaidi berkata, "Tuan Haji boleh lah nikahkan anak yer.."
Abah : Tapi kan kene dapatkan persetujuan Qadhi besar Ustaz...
Imam Zaidi: Takpe, kita2 jerkk..
Abah : Takpelah, Ustaz sila kan..
Saya : Abah lah.
.(sambil tangan menyentuh lengan Abah)
Imam Zaidi: Tuan Haji, permintaan anak nii...


Abah mengangguk...

Waktu tu aku senyum tak terkata. Syukur pada Nya tak mampu di ungkap dengan kata-kata. Hajat saya untuk Abah nikah kan saya sudah termakbul selepas kecewa 2hari lepas apabila dapat tahu Abah tidak boleh nikah kan saya melainkan adanya persetujuan Qadhi besar Johor. Sesungguhnya,Imam Zaidi memang baik.

Alhamdulillah!!


Selepas itu sesi 'rehearsel'... Imam Zaidi guide Abah dan bakal suami saya untuk membaca lafaz ijab & qabul.

Waktu itu saya masih berada dalam bilik. Masih confuse untuk keluar dari bilik untuk sama2 duduk mendengar khutbah nikah di luar. Imam takde pulak panggil saya untuk ke luar..hurm.

Setelah sayup2 mendengar Abah dan bakal suami sudah bersedia membaca Ijab & Qabul, umi cepat2 memanggil saya keluar dan saya bergegas keluar.

Sebaik duduk saja, Lafaz Qabul dari suami sudah tiba di penghujungnya, kemudian di ikuti dengan kata 'sah' dari saksi2...


"Al-Fatihah"
kata Imam Zaidi...


Dah ker? Macam tu jerk? Betul ke ni? Dah Sah dah?


Kening saya berkerut2 kerana tak percaya kan yang ia nya sudah berlaku...Ditambah pula saya baru saje keluar dari bilik untuk melihat apa yang terjadi dan tahu2 saja sudah 'Sah!'...

Fiuh, *speechless*... Alhamdulillah! Saya sudah sah bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama Mohd Kamarul Nizam Abd Hamid yang saya gelar sebagai suami...


Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran pada Yang Maha Esa...


Selepas selesai doa dibacakan, suami menunaikan solat sunat 2rakaat tanda kesyukuran buat Yang Maha Kuasa..selepas selesai, saya dipanggil untuk duduk di depan menghadap suami saya itu. Sesi lafaz taklik bermula, kemudian sesi pemberian mas kahwin..


diikuti dengan sesi pemakaian gelang dari suami untuk saya, da
n pemakaian cincin dari saya untuk suami.


Paling bermakna, sesi say
a mencium tangan suami saya menandakan taat setia saya sebagai seorang isteri kepada suami sehingga hujung nyawa saya...


Kemudian, lafaz sakinah bermula. Abah membaca kan amanatnya buat suami. Sebak hati ini apabila melihat Abah sebak dan tersekat-sekat membaca amanat tersebut kerana sayu nya hati Abah ketika itu. Melihat kan Abah sebegitu, air mata ku dengan laju nya menitis ke pipi...

Kemudian penerimaan amanat oleh suami kepada Abah. Kemudian, pesanan dan nasihat dari umi buat saya dan kemudian ucapan terima kasih serta harapan doa dari saya kepada umi..Waktu itu, tak dapat nak gambar kan dengan kata2..perasaan sebak dan sayu melanda..

Terima Kasih Abah & Umi atas segala2nyaa.. hanya itu sahajalah yang mampu kakak ucapkan buat umi & Abah, jasa kalian mendidik,membelai,menjaga kakak hanya Allah yang mampu membalasnyaa..

Selepas selesai kesemuanya, sambil berselawat, kami suami isteri bersalam-salaman dengan saudara mara,rakan-rakan yang hadir... Kemudian, tetamu-tetamu dijemput untuk menjamu selera...Diikuti dengan sesi bergambar bersama ahli keluarga dan sanak-saudara..


Alhamdulillah, kami sudah sah bergelar suami isteri...Menempuh alam baru bersama sehingga akhir hayat kami...Semoga Allah merahmati dan memberkati ikatan pernikahan yang dibina ini hingga ke Syurga Nya...amiin..

3 comments:

  1. salam..fatin..tahnIah ye..anyway... email me ur email yg link dgn bLog ini..i wll invite u as my reader...
    ladydlicious@gmail.com


    warm n regards
    Pn Nana..heheheh

    ReplyDelete
  2. thanx pn nana..=) n thanx for dropping by..*blushing*. saya dah email pn email add sy...sile invite sy..nak baca blog pn gak..hehe

    ReplyDelete
  3. tahniah tin! selamt mengharungi alam rumah tangga.semoga rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama!

    ReplyDelete