Wednesday, August 11, 2010
:: My 'Last' Ramadhan ::
Alhamdulillah, Allah izinkan aku untuk bertemu lagi dengan bulan yang teramat mulia, bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan.. bulan Ramadhan...
Semestinya, terselit perasaan ingin menjadikan Ramadhan kali ni, Ramadhan yang lebih baik dan lebih diberkati berbanding Ramadhan yang lalu...
Untuk aku, Ramadhan kali ni akan menjadi Ramadhan yang terakhir untuk aku sebagai seorang yang memegang status single.. Ramadhan yang aku tak perlu risau untuk menyediakan makan minum untuk suami atau keluarga sendiri...Tiada tanggungjawab 'tambahan' yang perlu dipikul lagi...Tiada pengorbanan yang perlu dilakukan lagi untuk bangun awal pagi bagi menyediakan sahur..dan menyediakan hidangan untuk berbuka di kala maghrib menjelma...
Dengan itu, aku bertekad untuk pulang ke rumah untuk menikmati puasa bersama keluarga terutama umi dan abah...Sama2 bersahur, sama2 berbuka, sama2 menunaikan solat tarawih, sama2 mengaji dan bagi saya, menjadi 'kanak2' yang manja dengan umi nya apabila bangun2 pagi saje sahur sudah tersedia...(sekali sekala jek taw..bukan hari2 macam gini yer...)=)
Kerana aku tahu, apabila sudah bergelar isteri nanti, nikmat itu tak dapat lagi aku rasa kan...Namun jauh dalam sudut hati ini, sesekali berangan agar sekali sekala, seseorang yang bakal aku gelarkan suami itu yang akan sedia kan sahur dan juadah berbuka untuk aku sementara aku duduk berehat saje... Alangkah bahagia nya jika ia menjadi kenyataan satu hari nanti...=p
Aku tahu setiap pengorbanan yang dilakukan oleh seorang isteri itu ada pahalanya jika dibuat dengan ihklas...bukan bermaksud untuk mengeluh tetapi sebagai seorang insan yang tidak sempurna, 'fikiran' sebegitu pasti ada... Jauh dalam sudut hati ini, terasa sedih untuk meninggalkan 'zaman bujang' kerana aku sedar, masa aku bersama keluarga aku akan semakin berkurangan...
Oleh sebab itu, aku tekad untuk menghabiskan Ramadhan terakhir aku bersama keluarga dengan sebaik-baiknyaa... Sampai sanggup ambil cuti 2hari supaya aku dapat berpuasa di rumah sampai ahad ini...=p
Paling memilukan hati apabila Raya tahun ni adalah raya yang terakhir aku dapat habis kan sepenuhnya bersama keluarga...Tahun depan dah start kena gilir2 beraya pulak...oh tidaakk.. Tulah, siapa suruh bercinta dengan orang jauh, kan daahh...=p
Anyway, Selamat Berpuasa kepada semua kawan2 yer.. Semoga Ramadhan kali ni menjadi Ramadhan yang lebih bermakna dan diberkati berbanding Ramadhan yang lalu...=)
Make sure khatam Al-qur'an taw dalam bulan Ramadhan neh...Solat tarawih of course la jangan miss yer..Lgk satu, amalkan solat2 sunat juga..pintu2 taubat terbuka luas untuk kite di bulan yang mulia ini...
-Notes-
*Kepada Mr Fiance, jgn kecik ati yer..saje jek gurau pasal bercinta dgn org jauh tu.. nak wat camne kan, Allah dah tetapkan jodoh kita bersama...semestinya ketetapan Allah itu yang terbaek..=)
*Kalau kawen dengan orang satu kampung pon tapi xbahgie nak watpe..betol x?=p
*Mr Fiance, pasal 'angan2' nak suami sediakan sahur n buke sekali sekala tu real taw.. angan2 tinggi tu.. Best nye la hai kalau angan2 itu menjadi kenyataan...boley x agak2?? hehe.
*Isk, sadis lagi bile teringat kan puasa n raya kali ni last dapat spend dgn family...isk..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment