Semalam, 23May 2010 merupakan hari kelahiran aku yang ke 25... Pergh, diam xdiam dah masuk suku abad dah aku hidup di atas muka bumi Allah ini..
Semalam juga merupakan hari pendaftaran masuk ke PASUM bagi adik ku yang ke5 iaitu Ehsan aka Apek... Oleh kerana itu, umi dan abah datang lah ke kL sini...
Selepas penat menunggu Apek menghabiskan hal-hal pendaftarannya, semasa dalam perjalanan ke Kolej 2 untuk menghantar Firdaus, umi pon mengajak kami ke Midvalley untuk menyambut birthday ku itu...
Tidak syak lagi, parking2 di sane sangatlah penuh sehingga kan kami terpaksa parking di The Gardens, Mall sebelah Midvalley yang aku rasa hanya mereka2 yang berpoket tebal saje yang mampu ke sana...
Carik punye carik, tiada kedai kek ala2 Secret Recipe.. jadi kami hanya makan di Subway...
Even tiada birthday cake tapi aku merasakan ia cukup bermakna...
Umi dan abah menceritakan kembali peristiwa 25tahun yang lalu sewaktu umi tengah sarat untuk melahirkan ku...
Waktu itu abah bekerja di Muar, Maktok dan Paktok la yang bersusah payah dan bertungkus lumus menghantar umi ke hospital pada tanggal 23May 1985 yang lalu...di HSAJB..
Dengan hujan yang lebat, dengan keadaan kereta yang tidak berapa baik itu, Paktok telah bersusah payah untuk drive juga ke hospital...Almaklumla, menantu dan cucu sulung la katakan..=)
Umi juga mengatakan betapa cepat masa berlalu kerana umi merasakan detik dan waktu itu terasa baru sahaja di lalui nya...
How time flies so0o fast!!!
Selepas itu, kami bergambar di ruang legar The Gardens itu.... How I love the picture so much.. Bukan mudah untuk bergambar hanya aku, umi dan abah.. (almaklumlah, adek beradek ramai...esp budak kecik tu yang selalu jeles dengan aku..) hehe.
Oh ya, Aisya ade membuatkan aku birthday card...=)
Kata nya, "I love my older sister.."
Sangat bermakna kata-kata itu memandangkan kami selalu bagai *anjing dengan kucing* yang selalu bercakaran apabila di rumah..hee hee.
Kakak pon sayang kan Aisya juga...=)
Pukul 6 petang itu, umi, abah dan Sya bertolak balik ke Johor Bahru...
Pada pukul 10lebih malam tadi, aku mendapat sms khas dari umi mengucapkan selamat hari lahir yang membuatkan air mata ku mengalir tanpa henti...
Umi sayang kakak
Happy 25th Birthday
sorrylah takde hadiah physical cuma hadiah umi ialah
Doa agar kakak dipelihara Allah sentiasa,
dipanjangkan umur,diberi kesihatan yang sempurna,
diluaskan rezeki, dikurniakan jodoh yang baik,
zuriat yang soleh dan solehah,
semoga hidup bahagia dan sejahtera,
menyanyangi umi dan abah,
dan dikurniakan Allah khusnul khatimah
Insya Allah.
Oh satu lagi, semoga kakak menyayangi adik2
dan menjaga mereka bila umi dan abah dah takde....
Okay. enough, i can't stop crying now...
and I'm at the office!! isk...
-Notes-
*Aku bertambah terharu apabila even abah sebenarnya nak blk JB cepat sbb ade kerja nak kne wat tapi still belikan aku paip baru dan betol kan paip umah sewa aku yg bocor tu even time tu dah pukul 4lebih petang!!
*I love umi and abah so much even I know that it's not enough to repay what had they done for me for the past 25years...and more...
*They're the best umi and abah in the world, undoubtedly!!
*Pada 23May ini, terima kasih buat umi sebenarnya yang telah melahirkan aku ke dunia ini...Kakak sayang umi..
No comments:
Post a Comment