Friday, May 28, 2010

:: I'm so damn hurt ::

Selama ni, aku selalu jek dengar cerita pasal kawan makan kawan, kawan yang ada bila kita senang saje, tapi hilang entah ke mana bila kita susah..dan tak lupa juga kawan yang menumpang atas kesenangan kita tapi bila dia dah senang, dia tinggalkan kita terkontang kanting sendirian...

Tapi sekarang baru aku faham dan mengalaminya sendiri semua itu apabila seseorang yang aku anggap kawan, buat semua itu pada aku...

Kami mula berkawan semasa belajar di UIA lagi... antara banyak2 kawan, aku paling ringan tulang bila dengan dia...sebab aku tahu dia datang dari keluarga yang susah...

Banyak menda yang aku paling tak berkira apabila dengan dia berbanding dengan kawan2 lain sebab aku faham, dia datang dari keluarga yang susah...

Walaupun cara dia agak kasar kerana dia sendiri mengaku yang didikan keluarga dia memang sebegitu, tetapi kami semua sebagai kawan yang baik, cuba terima dia seadanya...

Aku pula, selalu bercerita dengan dia kerana aku anggap dia seorang kawan yang memahami...Tapi tak sangka rupa2 nya kesimpulan yang dia buat tentang apa yang aku selalu luahkan kepada nya adalah : aku seorang yang sensitif....

Aku masih teringat lagi, ada sekali dua tu, dia pulang awal ke UIA (pagi ahad)... Rupa2nya dia beritahu kami, "Aku gaduh ngan mak aku...majuk dengan dia..aku balik tadi pun sendiri jek naik tren.."

Dalam hati kecil aku berkata, "Pergh, dgn mak pun buat mcm tu? Perlu laaa.."

Dan kami semua juga tahu yang mak dia sendiri pernah beritahu kami yang dia ni orangnya sensitif.. senang merajuk, even salah dia tapi ego untuk mengaku atau meminta maaf...

'Ntahla, mungkin dia tidak se independent kawan2 ku yang lain, yang berada jauh dari rumah...sebab tu dia macam tu kot'..aku membuat andaian sendiri...

15Mac 2010, kami bersama diterima masuk untuk berkhidmat di Jabatan Peguam Negara...masa tu aku sedih kerana kawan baik ku, Huda tidak diterima.. Aku merasakan bahawa hidup aku di kL tidak akan jadi seseronok seperti sama2 menuntut di UIA dulu...

Tidak ku sangka, anggapan aku rupa2 nya benar...

Pada awalnya, aku perlu merancang untuk 'menumpang' di mana sementara menunggu posting...

Dalam masa aku merancang dan berfikir, aku selalu fikirkan dia kerana aku tahu, dia memerlukan aku...untuk sama2 ke pejabat...

Aku mencari rumah kawan2 yang boleh kami berdua tinggal... bukan aku seorang.. Kalau setakat aku seorang, berlambak saja kawan2 yang ade.. Tapi, kawan punya pasal kan... orang susah pulak tu..Aku pasrah saje tinggal di Kelana Jaya walau jauh untuk ke Putrajaya...Kerana fikirkan dia...

Selama sebulan kami menumpang di rumah Aya tetapi hanya axwa yang tinggal di situ.. Tiap2 hari aku drive ulang alik dari Kelana Jaya-Putrajaya..

Malangnya, bau2 posting masih belum kuar..

Memikirkan duit minyak dan tol yang agak 'sakit', dengan gaji tidak dapat lagi pada waktu itu, ditambahkan pula aku penat drive sorang2 ulang alik setiap hari, kami pon mengambil keputusan untuk mencari rumah yang agak dekat...tetapi tiada downpayment atau downpayment yang murah...

Rezeki pula tiba2 datang apabila Kak Salwa offer untuk tinggal di rumahnya di Kajang...keadaan rumah itu agak menakutkan pada awal nya kerana tidak ramai yang menetap di situ..tetapi dalam rumah mereka agak menyelesakan...ditambah pula ia fully furnished..

Pada hari aku berjumpa dgn KakWa untuk ambil kunci, aku mengajak dia untuk sama2 tengok rumah tersebut tetapi malangnya sedara dia ada kenduri la dan ada yang meninggal.. Maka aku sendirian lah gerak dari Klang ke Kajang pada waktu itu...

Pada akhir April, kami berpindah ke Kajang.. muka dia pada masa itu agak muram..mungkin xberpuas hati dengan rumah itu agaknya...bisik hati kecilku..

Setelah penat memunggah barang2, tiba2 aku dapat sms dari dia..sms yang sepatutnya dihantar kepada kawan kami di bangi tetapi tersilap hantar ke aku..

"XXX, scary sey umah ni, tadi aku terserempak dgn sekor anjing kat bawah masa tgh angkat2 barang.
Tin xpela wey tgl kt umah mcm gni sbb die jenis xsuke campur orang,
aku xbley.. aku nak pindah dari sini..
aku nak balik Kelana Jaya... uwaaa...
"

Hancur luluh hati aku bila baca sms tersebut... semamangnya Allah nak tunjuk.. kutuk aku tapi pegi hantar sms kat aku..masa tu dia dah menggelabah.. Aku tunduk saje buat2 tengah baca paper, tapi hati aku pada masa itu, hanya Allah saja yang tahu...

"Kenapa mesti ko gtaw XXX? kenapa xbincang ngan aku? Ni pasal kita kan, nape mesti pegi cerita kt org laen??"

"Ko jenis sensitif Tin, aku takut ko kecik hati kalu aku cakap..."

"Aku lagik kecik hati ko pegi cita kat XXX tapi xcakap pape pon dgn aku..."

Dia diam...

Pada masa itu aku dah bertekad untuk kurang bercerita dengan dia... sensitif??? aku rase die lagi teruk kot sensitif...heh!

24May 2010, Masa tu kami baru nak bergerak pulang ke Kajang...

aku mengajak dia untuk pergi membayar hutang2 seperti bayar keta aku, bayar sewa, astro etc...

"Aku sempit duit la bulan ni Tin, nak kene bayar hutang orang2, adik2 aku pon nak pakai duit, aku nak pindah bilik kat Presint 9..."

Aku terkedu. "Abes aku??" Dia menjawab dengan selamba.. "Aku rasa ko kuat, ko boleh duduk sorang kt umah tuu...malam tu ko boleh..."

"Pergh, malam tu satu malam jek weyh, lgk pon terpaksa.."

"Tapi aku dah confirm dah dengan tuan umah tu, nak masuk next wik..."

"Sampai ati ko ek, ko xbincang pape dgn aku tawu2 dah dapat bilik pastu nak pindah next wik...Tinggal aku terkontang kanting sorang2??"

Dia diam...........

Pada masa tu, Tuhan saja yang tawu... terasa bagai langit nak runtuh ke bumi... terasa hati ni luluh dan berkecai seribu...

Kalau ye pon ade financial problem, bawa bincang la dengan aku.. xpon kita sama2 carik umah ke kat putrajaya tu...ini tak.. asal ko lepas, ko dah dapat bilik, tinggal jek terkontang kanting aku sensorg macam tu...

Kalau pasal financial problem, sume orang ada prob weyh.. Aku ni pon nak kene saving nak tunang, kawen pe sume...Ko ingat ko sorang jek ke ade masalah kewangan?

Ko toksah nak sedap kan hati ko la yg ko tu dah tolong aku cari kan rumah, lepas tu cakap aku yang taknak pindah.. rumah tu kene downpayment RM600 ko tahu? kalau ko, ko nak ker? pastu lagik 2minggu dah nak posting, gile xberbaloi kalau nak pindah!!

Takpe2, sampai ati ko ek buat aku macam gini.. Ko da lepas, ko blah mcm tu jerk...
Mementang akhir bulan ni pon kete ko nak kuar...

Ko toksah nak cite kt orang la yang umah tu scary ke ape ke... Kalau btol2 ko xboleh tahan, nape tak pindah jek 2,3 ari lepas kite duk Kajang tu? Kenapa?

Sebab time tu xde bilik kosong? mcm tu? Ntahlaa..aku betul2 dah kecewa dengan ko.. Aku bukan nak mengungkit tapi at least tolong la kesian sikit kat aku ni.. Family aku dahla jauh, pastu ko nak tinggal kan aku jek duk sorang2 kat umah yg scary tu?? Ntahlaa.. aku dah xtahu nak cakap camne lagik dah...

Skang ko dah senang kan.. gaji tetiap bulan dah ada, kete nak dapat dah xlame lagik, ko dah xperlu kan aku lagik da...sebab tu ko campak jek aku macam tu...
Ko dah xheran kan aku lagik kan??

Xpela, semoga ko berbahgia dengan life ko skang... Aku hanya berserah jek pada Allah atas apa yang ko dah buat kat aku...

Xpe, aku selalu berpegang ngan kata2, "What goes around, comes around.." Allah itu Maha Adil... semoga ko sedar akan apa yang ko dah buat ni...

At least ko xkan buat menda yang sama pada orang lain...

Skang ni aku tawu, ada kawan2 kita yang kat ofis tu blame aku...
Aku yang salah.. aku xtahu la kan ape yg ko dah cerita kat die..
Sah2 la ko cerita yang ko tu betul, aku yang salah...
siapa nak mengaku dia buang air tepi jalan kan??

Ko xpayah nak cerita kat orang yang ko ada ajak aku pindah dari Kajang tu..
Aku berani bersumpah, ko xpenah ajak la!!
Kalau ko ajak elok2, discuss elok2, kalau aku xnak jugak, tu nama nya aku dah xbetul!! Ko paham??

Ntahla, ko kan peramah kt ofis tu, aku kan xsuka campur orang..
Sebab tu ada kawan2 kita yang fikir aku yang salah..

Xpelah, aku hanya mampu berserah pada Allah...
Allah itu Maha Mengetahui...Maha Adil...

Tuesday, May 25, 2010

:: Oh My God! Oh My God!! ::

10:30pagi :

Ahmad Salam datang ke mejaku dan berkata , "Pukul 2jap lagi akak datang kat bilik ktorg taw..Ada mende nak cakap sikit.."

Erk?? aku kompius?? Mende nak cakap ape ni? xpaham. xpaham.. Tapi memandangkan semalam separuh hari aku melepak di bilik mereka dan berbual-bual sakan, aku pon xde la terfikir kan ape-ape...

2petang:

Abang Khairul dan Salam datang ke mejaku dan berkata, "Puan Naga kt level 7 ade nak mintak tolong..pasal IP..."
Erk?? Yeker Abg Khairul ni..sejak bile pulak UJAS ada kt atas neh?? kompius2..

Salam berkata, "Cepat kak..dah pukul 2 dah ni..Ada mende nak interogate ngan akak.."
Aku makin pelik...Pehal aku yang nak kene interogate sorang2 neh? Kenapa bukan budak2 pompuan laen? iskk...
Maka aku pon follow la Salam dan Abg Khairul ke bilik mereka...

Elok2 aku sampai jek, aku nampak ade Faiz, Kak Rehab, Pojie dan Liyana dalam bilik tu jugak.. Mustaqim pulak tetibe mengeluarkan satu kotak besar bercop Secret Recipe...

Oh My God!! Birthday Cake aku ker??!!!





Maka mereka pon menyanyikan la lagu birthday beramai2 untuk aku dan Salam...



Lepastu beriye suruh aku possing dengan kek tu...

"Mane Salam? Mana Salam? Takkan akak nak possing dengan kek ni sorang2?? isk,"

Kemudian, sesi menyuap2 kek di adakan... Yana menyuap aku manakala Abg Khairul menyuap Salam... Gile nak tergelak masing2 bile possing untuk adegan suap-menyuap tu...




Mwahahhahahahaa....


Yang penting aku sangat x 100 la terharu... Dahlah atas kek tu ade name aku jekk...iskk...

-Notes-

*thanx guys for da lovely bday choc cheese SR cake..*Pojie*Faiz*Yana*Mustaqim*Kak Rehab*Amir*

*Terharu sangat nak2 sebab dengar2 kite semua akan di posting kan so soon...

*Harap2 la selepas 11Jun nantii.. Amin!!

:: Everyday I love You ::

It has been 2years since we declared ourselves as a 'couple' and of course, getting to know each other.. our likes and dislikes, our good sides as well as the bad ones.. we learn to accept each other's flaws and learn to love each other for who we are, not for what we are...

Alhamdulillah, we will step in to the next phase of our lives to partially tie the knot in 2weeks time and Insya Allah we will be united as one soon...=)

For my Dear,

Thanx for accepting me for who i am...

Thanx for understanding my childish behaviour...

Thanx for always be patient with my unpredictable emotions..

Thanx for everything...

Thanx for completing me...=)

May Allah bless our relationship and may we be united as one insya Allah...

My love for you will always grow day by day... more and more each day...

I hope for the same from you too....*wink*wink*


-Notes-

*I still remember the day we first met on the 23rd of May 2008 on my 23rd birthday after 5months of being virtual friends..=p

*We never know that by chatting, we found our other half...=)

*It's unbelievable but, believe it!! *wink*wink*

Monday, May 24, 2010

:: Silver JubiLee ::

Semalam, 23May 2010 merupakan hari kelahiran aku yang ke 25... Pergh, diam xdiam dah masuk suku abad dah aku hidup di atas muka bumi Allah ini..

Semalam juga merupakan hari pendaftaran masuk ke PASUM bagi adik ku yang ke5 iaitu Ehsan aka Apek... Oleh kerana itu, umi dan abah datang lah ke kL sini...

Selepas penat menunggu Apek menghabiskan hal-hal pendaftarannya, semasa dalam perjalanan ke Kolej 2 untuk menghantar Firdaus, umi pon mengajak kami ke Midvalley untuk menyambut birthday ku itu...

Tidak syak lagi, parking2 di sane sangatlah penuh sehingga kan kami terpaksa parking di The Gardens, Mall sebelah Midvalley yang aku rasa hanya mereka2 yang berpoket tebal saje yang mampu ke sana...

Carik punye carik, tiada kedai kek ala2 Secret Recipe.. jadi kami hanya makan di Subway...

Even tiada birthday cake tapi aku merasakan ia cukup bermakna...

Umi dan abah menceritakan kembali peristiwa 25tahun yang lalu sewaktu umi tengah sarat untuk melahirkan ku...

Waktu itu abah bekerja di Muar, Maktok dan Paktok la yang bersusah payah dan bertungkus lumus menghantar umi ke hospital pada tanggal 23May 1985 yang lalu...di HSAJB..

Dengan hujan yang lebat, dengan keadaan kereta yang tidak berapa baik itu, Paktok telah bersusah payah untuk drive juga ke hospital...Almaklumla, menantu dan cucu sulung la katakan..=)

Umi juga mengatakan betapa cepat masa berlalu kerana umi merasakan detik dan waktu itu terasa baru sahaja di lalui nya...

How time flies so0o fast!!!

Selepas itu, kami bergambar di ruang legar The Gardens itu.... How I love the picture so much.. Bukan mudah untuk bergambar hanya aku, umi dan abah.. (almaklumlah, adek beradek ramai...esp budak kecik tu yang selalu jeles dengan aku..) hehe.


Oh ya, Aisya ade membuatkan aku birthday card...=)

Kata nya, "I love my older sister.."


Sangat bermakna kata-kata itu memandangkan kami selalu bagai *anjing dengan kucing* yang selalu bercakaran apabila di rumah..hee hee.

Kakak pon sayang kan Aisya juga...=)

Pukul 6 petang itu, umi, abah dan Sya bertolak balik ke Johor Bahru...

Pada pukul 10lebih malam tadi, aku mendapat sms khas dari umi mengucapkan selamat hari lahir yang membuatkan air mata ku mengalir tanpa henti...


Umi sayang kakak
Happy 25th Birthday
sorrylah takde hadiah physical cuma hadiah umi ialah

Doa agar kakak dipelihara Allah sentiasa,
dipanjangkan umur,diberi kesihatan yang sempurna,
diluaskan rezeki, dikurniakan jodoh yang baik,
zuriat yang soleh dan solehah,
semoga hidup bahagia dan sejahtera,
menyanyangi umi dan abah,
dan dikurniakan Allah khusnul khatimah
Insya Allah.
Oh satu lagi, semoga kakak menyayangi adik2
dan menjaga mereka bila umi dan abah dah takde....


Okay. enough, i can't stop crying now...

and I'm at the office!! isk...


-Notes-

*Aku bertambah terharu apabila even abah sebenarnya nak blk JB cepat sbb ade kerja nak kne wat tapi still belikan aku paip baru dan betol kan paip umah sewa aku yg bocor tu even time tu dah pukul 4lebih petang!!

*I love umi and abah so much even I know that it's not enough to repay what had they done for me for the past 25years...and more...

*They're the best umi and abah in the world, undoubtedly!!

*Pada 23May ini, terima kasih buat umi sebenarnya yang telah melahirkan aku ke dunia ini...Kakak sayang umi..

Wednesday, May 19, 2010

:: Bajet bagos jek!! ::

Semalam aku, Jue dan Ana volunteer untuk menolong sorang senior neh di Level 7 Blok C3 ni...

Pada awal kami berjumpa dengannye saje membuatkan aku sedikit menyampah dengan cara dan gaya die menyuruh kami menolong dia membuat research...

Kami diminta untuk mencarik HANSARD atau Explanatory Statements bagi pindaan Seksyen 113(2) Kanun Tatacara Jenayah...

Setelah menelefon pihak library, kami mencarik di laman web Parlimen berkenaan HANSARD tersebut tetapi tidak dijumpai..

Kami juga ada bertanya kan pihak Drafting tetapi PUU (pembantu Undang2) sangatlah malas untuk mencari apa yang patut dan hanya berkata, "Kami dah serahkan kat library..Cube tanya library.." Padahal dorang yang draf kot, confirm ade rekod punye...heh!

Senior tersebut hanya memberi kami masa selama 40minit untuk mencari dan apabila kami berjumpa dengannye untuk menerangkan bahawa tiada maklumat yang dijumpai, dengan nada nye yang sinis tu memerli kami.."Takkan carik sampai 3orang pon xjumpe? Ni macam mane buat research neh??!"

Pergh...sungguh kurang ajar sekali ayat nye itu... Dalam hati kecilku berkata, "Ktorang dah carik, try ko carik sendirik laa.."

Elok2 pulak ade lagi sorang mamat yang bajet macam senior dah 10taun kije pon menjadik batu api di situ...

"Saya ade kenal orang kat Parlimen tu Puan, sekejap ajek boley dapat...Ni korang neh xtanye drafting ker? Dig it out la sampai dapat, dorg ade hard copy..pergi carik kat 4G7 sane..."

Perghh!! Lagik sorang senior yang bajet bagos ni menyibok...

Dengan gaya2 ala2 macam die immediate bos ktorg, makhluk tu bersuara...

"I nak you all pergi ke 4G7, buatlah macam mane sekali pon, carik sampai dapat.. selagi u all xdapat, jgn balik... Esok pagi2, bagi kat Dato' Nordin.. cakap kat die, Puan *ar** dah suruh buat dari semalam lagik dah tapi memandangkan u all ni xberapa nak berkemampuan nak carik, so pagi sok la baru boleh bagi..Kalau x ape yang I nak jawab dengan Dato' Yusof neh?"

Tetibe mamat-bajet-bagos tu mencelah.. "Awal2 mintak maaf dulu la ngan Dato' pastu baru explain pe yang korang carik tu.."

Perghh!! Aku memang tarik muka abes... dengan hujan renyai2 dan tetibe jek lebat petang tu ktorg redah pergi ke 4G7...

Dekat Drafting kat 4G7 tu xpayah cerita la, PUU macam ta*k!! malas nak mampos!! Last2 PUU Puan Maimunah tu jugak yang baek..

Pagi tadik, ktorg jumpe Dato' Nordin.. dahla Dato', lelaki pulak tu, cakap baek dan lembut gile kot dengan ktorg.. explain satu2 ape yang die nak dan ape relevan pe sume.. *Makhluk 2ketul* yang xbape nak senior sangat tu bajet bagus perli2 ktorg tu nape?? Macam bagos!! Yang s*kor tu bajet nak kipas jek... elok sangat la korang 2 ketul...

Lepas ni kalu antara korang nak mintak tolong, jangan harap ktorg nak tolong lagi...

Dahla nak mintak tolong, tapi perangai macam hampeh...

Harap2 la korang xjadik bos satu hari nanti.. Gile malang anak buah korang...Heh!!

-Notes-

*lepas korang baca post aku ni, jgn memandai wat statement, 'Gomen, bese laa..goyang kaki jek tawu..' Korang pk blk, yg goyang kaki tu selalu nye staf2 bawah atau sesetangah makhluk jek okay..Mereka2 yg berlambak buat kije smp xde life tu korang bkn nmpak kan?
*Lagi patut diam kalau korang mmg xde sedara mara atau korg sendrik xpnah kije gomen, jgn memandai nak wat assumption!
*Aku geram ni sbb de sorng makhluk ni yg sebenarnye membe aku tapi die xbape reti nak jage mulot die yang suke2 wat statement yg gomen ni goyang kaki..
*Bab2 goyang kaki ni memana jek ade beb.. Ko nampak gomen jek sbb gomen ni satu institusi yg besar..
* Nak kate aku emo pon tapi de lagi membe2 laen yg terasa ngan statement 'membe' aku tu, so, Lu pikir la sendirik!!

Tuesday, May 18, 2010

:: Makan2 jek asyik...::


Weekend yang lepas, Syifa aka Sipak telah bertandang ke rumah aku n Peah di Kajang memandangkan dia kene lapor diri di Palace of Justice pada hari isnin setelah sudah mendapat status 'Tetap'...

Oleh itu, memandangkan Atun pon turun ke kL jugak bersempena dengan ethic course nya, aku n Peah pon berpakat-pakat lah untuk belanja mereka dengan gaji pertama kitorang...hehe.

Too bad Huda, Una dan Disya berada sangat jauh di mata untuk join kitorang...

Kak Long pulak pada awalnya memang nak join tetapi oleh kerana sebab yang tidak mengizinkan, Kak Long pada saat2 akhir terpaksa menarik diri.....


Restoran Village View di Jalan Reko menjadi pilihan kami...


Rupe2 nye, tanpa pengetahuan Atun dan aku, mereka membuat 'surprise' untuk kami sempena belated birthday Atun pada Mac lepas dan becoming birthday aku pada 23May ini...=)


Kami sangat2 terharu especially aku yang sudah mendapat birthday cake walau birthday belum lagi muncul tiba...

Iskk...sudah masuk ke fasa 'silver jubilee' dah kami diam xdiam...


Keesokan hari nya, setelah menghantar Atun ke Bukit Jalil untuk mengejar bas nye yang telah ditinggalkan di Kajang, aku, sipak, nax dan yuna bergerak ke One Utama untuk menjamah Seoul Garden di sana...

Setelah lebih kurang 40minit kami tawaf OU tu, akhirnye kami jumpe Seoul Garden yang sedang dalam 'renovation' itu... wargh...kempunan sudah Yuna dan Nax yang telah sekian lama mengidam untuk menjamah makanan di situ... Aku dan Syifa hanya mengeluh keletihan memandangkan perut kami telah berbunyik2 mintak untuk di isi...

Semasa huru hara mencarik Seoul Garden, kami terjumpa dengan 'Ironman'... even bukan Robert Downey Jr tapi asal kostum die pon jadik laa..ape lagik, snap la jap...haha.


Tanpa berfikir panjang, kami pon hanya menyental di restoran Just Thai...

Harga dan makanan di situ sangat lah tidak berbaloi kerana kita boleh dapat makanan yang same di warung2 dengan harga yang jauh lebih murah!! Tapi, apakan daya...


Selepas menonton "Nyte of the Elm Street" yang tidak berapa logik itu, kami pon ke restoran Stimboat yang terletak di Bangi untuk dinner...

Di situ, untuk satu kepala, bayaran sebanyak RM19.90 dikenakan dan kita dapat menikmati bermacam2 jenis seafood dan frozen food untuk di stim dan di ngap!!

Untuk dessert, ada aiskrim, abc, buah2 an, dapat free refill macam2 jenis air dan juga ada hidangan BBQ yang perut aku dah xlarat nak merasa dah pada malam itu...

Kami hanya bayar untuk satu kepala tapi sama2 sental stimboat itu..haha. Kanak2 laen hanya order ala carte saje tapi lantak lah, berbaloi2 kot!! hahaha.

Kanak2 ni makan sorok2 jek sebab takut orang kedai perasan...hehe.


Maka, berakhirlah agenda 'Jalan-Jalan Cari Makan' kami pada weekend tersebut...

-Notes-

*Bak kata Nax, "ntah2 ade CCTV kat sini n kantoi kite makan ramai2 tapi bayar utk satu kepala..haha"
*Lepas ni, xtau lah bila lagi nak buat misi mkn di Seoul Garden..huhu.
*Thanx guys for da surprise becoming bday cake...Sayang korang sangat2!!=)
*dah nak masuk ke fasa silver jubilee daa...oh tidaaakkk!!..

Monday, May 17, 2010

:: Tahniah for da new born babies!! ::

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua pasangan KISAS batch 2001/2002 yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata...

Pada 8Mei 2010 lepas, Pasangan Mohd Yusry dan Nor Syaheedah (yg merupakan room mate aku sewaktu di UIA dulu) telah selamat menjadik Papa dan Mama kepada Naimi Nasuha binti Mohd Yusry....




Dan pada tanggal 14 Mei 2010 pula, pasangan Abdul Malik dan Farah Ziela telah selamat menjadi mak dan ayah kepada Muhammad Iqbal bin Abdul Malik...



Tahniah sekali lagi...

Semoga anak2 kalian menjadi muslim dan muslimah yg soleh dan solehah..Insya Allah..=)

-Notes-
*muke naimie n iqbal lebih kurang jek kan? hehe.
*elok sgt la tu sorang dapat baby boy sorang baby girl...hehe.

* pasangan seterusnya yang akan mengikut jejak langkah mereka adalah pasangan Wani dan Afiq..maybe July ni Insya Allah...
*Hurm, mereka dah ade zuriat dah pon, saya ni tunang pon x lagik...kawen pe tah lgk.hoho.
*Tapi xpe, insya Allah, so soon saya akan ke arah itu jugak...=)

:: Saje nak share ::

Hye kawan2!! I'm back again!!

Kali ni saje jek nak share gambar dengan rakan2 yang sama2 lapor diri pada 15mac lepas...

Kami menjalani kursus intensif selama satu bulan (yang aku pernah cerita kat post yg lepas tu)..

Banyak input dan nasihat yang kami dapat dari senior2 dan Bos2 semasa kursus tersebut...

Paling besh sebab rakan2 semua best2 belaka.. kecuali de sorang makhluk aneh tu yang sekarang ni semua orang error dengan die...heh.

So this is briefly US... the new DPP batch March 2010..hehee..




Lepas habis training, kami mengadakan jamuan makan2 bersama senior2 dan bos2 especially Research Division kerana telah bersusah payah menjalankan kursus intensif secara mengejut ini untuk kami...





Mereka memang best especially Tuan Peh (our so called-daddy) kerana melayan karenah kami yang bermacam-macam ni...
Kami minta nak ke Mahkamah Jalan Duta -Granted! Mintak nak melawat penjara -Granted! Memang besh lah!! hehehee..


So, Thanx a lot again for da hardwork in handling us during da intensive training...

We will definitely miss you...and now we certainly do...huhu..

:: Fiuh!! ::

Hari ini, selesai sudah assignment pertama aku...

Nak kate Kertas Siasatan @ IP. xjugak sebab aku kene brief laporan dari KUP N9 tentang pengurangan pertuduhan yang diminta oleh OKT (orang kene tuduh) dari Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Sec 304 (b) KK...

Aku dapat laporan tu pagi jumaat lepas...arahan suruh brief pulak on da same day!! Gile cuak aku memerah otak buat...After lunch hour aku ke 4G7 untuk berjumpa dengan KUJAS (Ketua Unit Jenayah Am & Seksual) untuk brief...

Tapi rupa2 nye petang tu die ade meeting antara KUP's... s0, xboleh la aku nak brief... Legal Assistant, Kak Dayang cakap, "Datang hari isnin karang layee.."

Pagi semalam, bile memikirkan kembali tentang fakta kes, aku bertukar pandangan supaya pertuduhan diringankan..dalam erti kata lain, bersetuju dengan cadangan KUP N9 itu...

Pagi tadi, aku brief dengan KUJAS... KUJAS cakap, "Lepas ni kite pegi jumpe Tuan Hanafiah kalau die free." Erk?? Tuan Hanafiah? bior btol...

setengah jam kemudian, KUJAS panggil aku...

Gile berdebar jumpe dengan Tuan Hanafiah... Garang kot...

Lepas senior DPP sorang tu jumpe Tuan, aku dan Tuan Shah plak jumpe...
Tuan Hanafiah tanye fakta kes, aku pon explain la bla bla bla... Bagitahu la Tuan yang tiada senjata yang digunakan...

Tuan pon baca la fakta kes yang aku baru jek email pada die...

Tak lame lepas tu, die suruh proceed jugak dengan sec 302 and cakap "Kalau bagi kurang pon nanti dorg ni macam2 hal.." Tuan Shah pon setuju...

Fiuh! siap dah?? Even die insist gak untuk proceed tapi at least aku xkene marah..hoho.
Gile lega kot lepas jumpe... Pastu Tuan Shah suruh aku faks kan arahan pada KUP N9...

Maka berakhir lah tugasan pertama aku yang secara xsemena-mena nye jumpe Tuan Hanafiah..
Setel satu perkara...even bukannye full IP pon...haha.

-Notes-

*aku tumpang pc Liyana neh.. die pegi latihan choir..seb baek kt sini boleh post entry kt blog neh..even xboleh bukak FB...hehee..

Sunday, May 9, 2010

:: Happy Mothers Day!! ::


Hari ini merupakan Hari Ibu...

Walaupun kita sepatutnya dan semestinya menghargai ibu kita pada setiap masa, tetapi hari ini dibuat khas untuk menghargai dan mengingati segala pengorbanan dan jasa2 yang telah ibu kita lakukan untuk membesarkan kita sehingga ke hari ini... sedikit sebanyak akan menyentuh hati kecil kita akan ibu kita yang mungkin sibuk dengan kerjaya dan kehidupan seharian kita...

Pada hari ini juga kita akan membeli hadiah, kek, kad atau mungkin menelefon untuk hanya menanya khabar dan mengucapkan sayang dan terima kasih buat ibu kita yang tersayang...

Dan saya yakin, setelah hidup berjauhan, sudah tentu ibu kita akan berasa sangat bahagia mendapat panggilan telefon dari sang anak yang jauh di mata...

Untuk Umi saya, tiada kata-kata yang saya dapat lafazkan untuk mengucapkan betapa saya hargai segala pengorbanan umi...

Sesungguhnya, tiada cara yang kita boleh lakukan untuk membalas semula segala jasa2 ibu kita walaupun kita diberi peluang untuk hidup selama beratus tahun kerana kasih ibu tiada sempadan dan tolok bandingan...

Untuk Umi yang tersayang, Puan Hajah Nor Azian binti Ismail,
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kakak seorang ibu yang tiada tandingannya dalam hidup kakak ini...
Thanks for always be there...
Thanks for your love and kind...
Thanks for your never ending support...
Thanks for everything..
Thanks for being my mum...
Without you, I'm nothing...


Kakak saaaaaayaaanggg umi saaangat x infiniti!!!

Saturday, May 8, 2010

:: Alien VS Tin2?? ::

Hye pals!!

Got lots to tell u guys tapi memandangkan internet kat ofis tidak mempunyai akses untuk menguploadkan gamba2, maka terbantut la segala updates yang ingin saya kongsikan bersama kawan2 di sini...

First things first...

Pada 1Mei 2010 iaitu Hari Buruh, saya bermalam di rumah Kak long memandangkan kami ter plan untuk ke Nilai membeli 'barang2 yang patut' di situ...

Pada jumaat malam, saya, Kak long n Along pergi menonton 'Iron Man 2' di Jusco Bukit Raja.. selepas tu, kami ke Pantai Remis utk menikmati seafood bakar di sana.Mmg xsyak lagi, sotong goreng tepung, ikan sembilang n ikan pari bakar ngan kerang bakar mmg syiiokk ah!! makan sampai xingat dunia punye...hehe.

Balik ke rumah mlm tu, tekak ku terasa sakit, oleh itu kak long pon meng offer la 'ubat tahan sakit' yang dia dapat dari doktor time die sakit2 tekak dulu...

Pagi esok nye, dalam jam 6pagi, saya tersedar dari tidur... terasa sesuatu yang xkene saja pada muke saya ini..Mata macam xboleh nak buka dengan baik nye..

Terus saya bergegas ke depan cermin, Aiyak!! Mata ku!!! Kenapa jadi mcm gini pulak? xkan sebab seafood mlm tadik?? setahu saya, saya x alergik dengan seafood2 tu.. atau... ubat tahan sakit tu kah? aduss...

Saya cube untuk lelap kembali.. lebih kurang pukul 6:30pagi, mata saya semakin bengkak...pandangan ku semakin kabur...seperti berat untuk melihat dunia ini...isk.

Dek kerana saluran pernafasan ku pon semakin terganggu, ade sedikit susah untuk saya bernafas, dengan perlahan saya mengetuk pintu bilik Kak Long untuk meminta nye membawa saya ke klinik...

Sudah saya agak, Kak long memang terkejut "Ya Allah!! Kesian nye kawan aku.."

Dengan keadaan yang terkejut itu, Kak long pon membawa saya ke klinik yang berdekatan..

Hari itu, sepanjang membeli belah di Nilai bersama Kak long, hendak atau tidak, saya terpaksa memakai cermin mata hitam...

Sampai ke pasar malam pada malam nye pon saya pakai spec itam jugak! Kene usik tu memang la kan...tapi pedulik hape saya.. dari kamu semua terkejut tengok mata saya yang macam alien ni, baik saya wat dunno saje...hehe.


Kawan2 jgn risau, saya ni memang alergik dengan sesetengah ubat-ubatan.. Setakat ni ade 2 jenis ubat yang saya tahu saya alah... Tapi saya rasa saya masih kena belajar dan ambil tahu jenis2 ubat lagi yang saya alah...

Untuk tahu apakah ubat-ubatan itu, takkan setiap kali saya kene bertukar menjadik alien lagik? haishh!!

-Notes-

*Terima kasih yang infiniti kepada Kak Long atas segala2 nye, anta saya pergi klinik, teman saya beli brg2 kt Nilai dan plg penting sbb tolong saya gubah hantaran saya..maklumlah, saya ni pandai buat 'keras' tangan saja..haha.

*Sayang kamu sangat2 Kak Long!! MMwaahhss!!


*Oh ya, nama 'ubat tahan sakit' itu adalah Voltran ye kawan2..

*Gambar kat atas tu semasa mata saya baru mula nak bengkak, time die jdk bengkak yg infiniti, saya pon xnampak mata saya sendiri, macam mane saya nak snap gamba? haha.

*Banyak menda lagi saya nak cerita ni..nanti kite jumpe lagi yer..=p