Friday, May 28, 2010

:: I'm so damn hurt ::

Selama ni, aku selalu jek dengar cerita pasal kawan makan kawan, kawan yang ada bila kita senang saje, tapi hilang entah ke mana bila kita susah..dan tak lupa juga kawan yang menumpang atas kesenangan kita tapi bila dia dah senang, dia tinggalkan kita terkontang kanting sendirian...

Tapi sekarang baru aku faham dan mengalaminya sendiri semua itu apabila seseorang yang aku anggap kawan, buat semua itu pada aku...

Kami mula berkawan semasa belajar di UIA lagi... antara banyak2 kawan, aku paling ringan tulang bila dengan dia...sebab aku tahu dia datang dari keluarga yang susah...

Banyak menda yang aku paling tak berkira apabila dengan dia berbanding dengan kawan2 lain sebab aku faham, dia datang dari keluarga yang susah...

Walaupun cara dia agak kasar kerana dia sendiri mengaku yang didikan keluarga dia memang sebegitu, tetapi kami semua sebagai kawan yang baik, cuba terima dia seadanya...

Aku pula, selalu bercerita dengan dia kerana aku anggap dia seorang kawan yang memahami...Tapi tak sangka rupa2 nya kesimpulan yang dia buat tentang apa yang aku selalu luahkan kepada nya adalah : aku seorang yang sensitif....

Aku masih teringat lagi, ada sekali dua tu, dia pulang awal ke UIA (pagi ahad)... Rupa2nya dia beritahu kami, "Aku gaduh ngan mak aku...majuk dengan dia..aku balik tadi pun sendiri jek naik tren.."

Dalam hati kecil aku berkata, "Pergh, dgn mak pun buat mcm tu? Perlu laaa.."

Dan kami semua juga tahu yang mak dia sendiri pernah beritahu kami yang dia ni orangnya sensitif.. senang merajuk, even salah dia tapi ego untuk mengaku atau meminta maaf...

'Ntahla, mungkin dia tidak se independent kawan2 ku yang lain, yang berada jauh dari rumah...sebab tu dia macam tu kot'..aku membuat andaian sendiri...

15Mac 2010, kami bersama diterima masuk untuk berkhidmat di Jabatan Peguam Negara...masa tu aku sedih kerana kawan baik ku, Huda tidak diterima.. Aku merasakan bahawa hidup aku di kL tidak akan jadi seseronok seperti sama2 menuntut di UIA dulu...

Tidak ku sangka, anggapan aku rupa2 nya benar...

Pada awalnya, aku perlu merancang untuk 'menumpang' di mana sementara menunggu posting...

Dalam masa aku merancang dan berfikir, aku selalu fikirkan dia kerana aku tahu, dia memerlukan aku...untuk sama2 ke pejabat...

Aku mencari rumah kawan2 yang boleh kami berdua tinggal... bukan aku seorang.. Kalau setakat aku seorang, berlambak saja kawan2 yang ade.. Tapi, kawan punya pasal kan... orang susah pulak tu..Aku pasrah saje tinggal di Kelana Jaya walau jauh untuk ke Putrajaya...Kerana fikirkan dia...

Selama sebulan kami menumpang di rumah Aya tetapi hanya axwa yang tinggal di situ.. Tiap2 hari aku drive ulang alik dari Kelana Jaya-Putrajaya..

Malangnya, bau2 posting masih belum kuar..

Memikirkan duit minyak dan tol yang agak 'sakit', dengan gaji tidak dapat lagi pada waktu itu, ditambahkan pula aku penat drive sorang2 ulang alik setiap hari, kami pon mengambil keputusan untuk mencari rumah yang agak dekat...tetapi tiada downpayment atau downpayment yang murah...

Rezeki pula tiba2 datang apabila Kak Salwa offer untuk tinggal di rumahnya di Kajang...keadaan rumah itu agak menakutkan pada awal nya kerana tidak ramai yang menetap di situ..tetapi dalam rumah mereka agak menyelesakan...ditambah pula ia fully furnished..

Pada hari aku berjumpa dgn KakWa untuk ambil kunci, aku mengajak dia untuk sama2 tengok rumah tersebut tetapi malangnya sedara dia ada kenduri la dan ada yang meninggal.. Maka aku sendirian lah gerak dari Klang ke Kajang pada waktu itu...

Pada akhir April, kami berpindah ke Kajang.. muka dia pada masa itu agak muram..mungkin xberpuas hati dengan rumah itu agaknya...bisik hati kecilku..

Setelah penat memunggah barang2, tiba2 aku dapat sms dari dia..sms yang sepatutnya dihantar kepada kawan kami di bangi tetapi tersilap hantar ke aku..

"XXX, scary sey umah ni, tadi aku terserempak dgn sekor anjing kat bawah masa tgh angkat2 barang.
Tin xpela wey tgl kt umah mcm gni sbb die jenis xsuke campur orang,
aku xbley.. aku nak pindah dari sini..
aku nak balik Kelana Jaya... uwaaa...
"

Hancur luluh hati aku bila baca sms tersebut... semamangnya Allah nak tunjuk.. kutuk aku tapi pegi hantar sms kat aku..masa tu dia dah menggelabah.. Aku tunduk saje buat2 tengah baca paper, tapi hati aku pada masa itu, hanya Allah saja yang tahu...

"Kenapa mesti ko gtaw XXX? kenapa xbincang ngan aku? Ni pasal kita kan, nape mesti pegi cerita kt org laen??"

"Ko jenis sensitif Tin, aku takut ko kecik hati kalu aku cakap..."

"Aku lagik kecik hati ko pegi cita kat XXX tapi xcakap pape pon dgn aku..."

Dia diam...

Pada masa itu aku dah bertekad untuk kurang bercerita dengan dia... sensitif??? aku rase die lagi teruk kot sensitif...heh!

24May 2010, Masa tu kami baru nak bergerak pulang ke Kajang...

aku mengajak dia untuk pergi membayar hutang2 seperti bayar keta aku, bayar sewa, astro etc...

"Aku sempit duit la bulan ni Tin, nak kene bayar hutang orang2, adik2 aku pon nak pakai duit, aku nak pindah bilik kat Presint 9..."

Aku terkedu. "Abes aku??" Dia menjawab dengan selamba.. "Aku rasa ko kuat, ko boleh duduk sorang kt umah tuu...malam tu ko boleh..."

"Pergh, malam tu satu malam jek weyh, lgk pon terpaksa.."

"Tapi aku dah confirm dah dengan tuan umah tu, nak masuk next wik..."

"Sampai ati ko ek, ko xbincang pape dgn aku tawu2 dah dapat bilik pastu nak pindah next wik...Tinggal aku terkontang kanting sorang2??"

Dia diam...........

Pada masa tu, Tuhan saja yang tawu... terasa bagai langit nak runtuh ke bumi... terasa hati ni luluh dan berkecai seribu...

Kalau ye pon ade financial problem, bawa bincang la dengan aku.. xpon kita sama2 carik umah ke kat putrajaya tu...ini tak.. asal ko lepas, ko dah dapat bilik, tinggal jek terkontang kanting aku sensorg macam tu...

Kalau pasal financial problem, sume orang ada prob weyh.. Aku ni pon nak kene saving nak tunang, kawen pe sume...Ko ingat ko sorang jek ke ade masalah kewangan?

Ko toksah nak sedap kan hati ko la yg ko tu dah tolong aku cari kan rumah, lepas tu cakap aku yang taknak pindah.. rumah tu kene downpayment RM600 ko tahu? kalau ko, ko nak ker? pastu lagik 2minggu dah nak posting, gile xberbaloi kalau nak pindah!!

Takpe2, sampai ati ko ek buat aku macam gini.. Ko da lepas, ko blah mcm tu jerk...
Mementang akhir bulan ni pon kete ko nak kuar...

Ko toksah nak cite kt orang la yang umah tu scary ke ape ke... Kalau btol2 ko xboleh tahan, nape tak pindah jek 2,3 ari lepas kite duk Kajang tu? Kenapa?

Sebab time tu xde bilik kosong? mcm tu? Ntahlaa..aku betul2 dah kecewa dengan ko.. Aku bukan nak mengungkit tapi at least tolong la kesian sikit kat aku ni.. Family aku dahla jauh, pastu ko nak tinggal kan aku jek duk sorang2 kat umah yg scary tu?? Ntahlaa.. aku dah xtahu nak cakap camne lagik dah...

Skang ko dah senang kan.. gaji tetiap bulan dah ada, kete nak dapat dah xlame lagik, ko dah xperlu kan aku lagik da...sebab tu ko campak jek aku macam tu...
Ko dah xheran kan aku lagik kan??

Xpela, semoga ko berbahgia dengan life ko skang... Aku hanya berserah jek pada Allah atas apa yang ko dah buat kat aku...

Xpe, aku selalu berpegang ngan kata2, "What goes around, comes around.." Allah itu Maha Adil... semoga ko sedar akan apa yang ko dah buat ni...

At least ko xkan buat menda yang sama pada orang lain...

Skang ni aku tawu, ada kawan2 kita yang kat ofis tu blame aku...
Aku yang salah.. aku xtahu la kan ape yg ko dah cerita kat die..
Sah2 la ko cerita yang ko tu betul, aku yang salah...
siapa nak mengaku dia buang air tepi jalan kan??

Ko xpayah nak cerita kat orang yang ko ada ajak aku pindah dari Kajang tu..
Aku berani bersumpah, ko xpenah ajak la!!
Kalau ko ajak elok2, discuss elok2, kalau aku xnak jugak, tu nama nya aku dah xbetul!! Ko paham??

Ntahla, ko kan peramah kt ofis tu, aku kan xsuka campur orang..
Sebab tu ada kawan2 kita yang fikir aku yang salah..

Xpelah, aku hanya mampu berserah pada Allah...
Allah itu Maha Mengetahui...Maha Adil...

Tuesday, May 25, 2010

:: Oh My God! Oh My God!! ::

10:30pagi :

Ahmad Salam datang ke mejaku dan berkata , "Pukul 2jap lagi akak datang kat bilik ktorg taw..Ada mende nak cakap sikit.."

Erk?? aku kompius?? Mende nak cakap ape ni? xpaham. xpaham.. Tapi memandangkan semalam separuh hari aku melepak di bilik mereka dan berbual-bual sakan, aku pon xde la terfikir kan ape-ape...

2petang:

Abang Khairul dan Salam datang ke mejaku dan berkata, "Puan Naga kt level 7 ade nak mintak tolong..pasal IP..."
Erk?? Yeker Abg Khairul ni..sejak bile pulak UJAS ada kt atas neh?? kompius2..

Salam berkata, "Cepat kak..dah pukul 2 dah ni..Ada mende nak interogate ngan akak.."
Aku makin pelik...Pehal aku yang nak kene interogate sorang2 neh? Kenapa bukan budak2 pompuan laen? iskk...
Maka aku pon follow la Salam dan Abg Khairul ke bilik mereka...

Elok2 aku sampai jek, aku nampak ade Faiz, Kak Rehab, Pojie dan Liyana dalam bilik tu jugak.. Mustaqim pulak tetibe mengeluarkan satu kotak besar bercop Secret Recipe...

Oh My God!! Birthday Cake aku ker??!!!





Maka mereka pon menyanyikan la lagu birthday beramai2 untuk aku dan Salam...



Lepastu beriye suruh aku possing dengan kek tu...

"Mane Salam? Mana Salam? Takkan akak nak possing dengan kek ni sorang2?? isk,"

Kemudian, sesi menyuap2 kek di adakan... Yana menyuap aku manakala Abg Khairul menyuap Salam... Gile nak tergelak masing2 bile possing untuk adegan suap-menyuap tu...




Mwahahhahahahaa....


Yang penting aku sangat x 100 la terharu... Dahlah atas kek tu ade name aku jekk...iskk...

-Notes-

*thanx guys for da lovely bday choc cheese SR cake..*Pojie*Faiz*Yana*Mustaqim*Kak Rehab*Amir*

*Terharu sangat nak2 sebab dengar2 kite semua akan di posting kan so soon...

*Harap2 la selepas 11Jun nantii.. Amin!!

:: Everyday I love You ::

It has been 2years since we declared ourselves as a 'couple' and of course, getting to know each other.. our likes and dislikes, our good sides as well as the bad ones.. we learn to accept each other's flaws and learn to love each other for who we are, not for what we are...

Alhamdulillah, we will step in to the next phase of our lives to partially tie the knot in 2weeks time and Insya Allah we will be united as one soon...=)

For my Dear,

Thanx for accepting me for who i am...

Thanx for understanding my childish behaviour...

Thanx for always be patient with my unpredictable emotions..

Thanx for everything...

Thanx for completing me...=)

May Allah bless our relationship and may we be united as one insya Allah...

My love for you will always grow day by day... more and more each day...

I hope for the same from you too....*wink*wink*


-Notes-

*I still remember the day we first met on the 23rd of May 2008 on my 23rd birthday after 5months of being virtual friends..=p

*We never know that by chatting, we found our other half...=)

*It's unbelievable but, believe it!! *wink*wink*

Monday, May 24, 2010

:: Silver JubiLee ::

Semalam, 23May 2010 merupakan hari kelahiran aku yang ke 25... Pergh, diam xdiam dah masuk suku abad dah aku hidup di atas muka bumi Allah ini..

Semalam juga merupakan hari pendaftaran masuk ke PASUM bagi adik ku yang ke5 iaitu Ehsan aka Apek... Oleh kerana itu, umi dan abah datang lah ke kL sini...

Selepas penat menunggu Apek menghabiskan hal-hal pendaftarannya, semasa dalam perjalanan ke Kolej 2 untuk menghantar Firdaus, umi pon mengajak kami ke Midvalley untuk menyambut birthday ku itu...

Tidak syak lagi, parking2 di sane sangatlah penuh sehingga kan kami terpaksa parking di The Gardens, Mall sebelah Midvalley yang aku rasa hanya mereka2 yang berpoket tebal saje yang mampu ke sana...

Carik punye carik, tiada kedai kek ala2 Secret Recipe.. jadi kami hanya makan di Subway...

Even tiada birthday cake tapi aku merasakan ia cukup bermakna...

Umi dan abah menceritakan kembali peristiwa 25tahun yang lalu sewaktu umi tengah sarat untuk melahirkan ku...

Waktu itu abah bekerja di Muar, Maktok dan Paktok la yang bersusah payah dan bertungkus lumus menghantar umi ke hospital pada tanggal 23May 1985 yang lalu...di HSAJB..

Dengan hujan yang lebat, dengan keadaan kereta yang tidak berapa baik itu, Paktok telah bersusah payah untuk drive juga ke hospital...Almaklumla, menantu dan cucu sulung la katakan..=)

Umi juga mengatakan betapa cepat masa berlalu kerana umi merasakan detik dan waktu itu terasa baru sahaja di lalui nya...

How time flies so0o fast!!!

Selepas itu, kami bergambar di ruang legar The Gardens itu.... How I love the picture so much.. Bukan mudah untuk bergambar hanya aku, umi dan abah.. (almaklumlah, adek beradek ramai...esp budak kecik tu yang selalu jeles dengan aku..) hehe.


Oh ya, Aisya ade membuatkan aku birthday card...=)

Kata nya, "I love my older sister.."


Sangat bermakna kata-kata itu memandangkan kami selalu bagai *anjing dengan kucing* yang selalu bercakaran apabila di rumah..hee hee.

Kakak pon sayang kan Aisya juga...=)

Pukul 6 petang itu, umi, abah dan Sya bertolak balik ke Johor Bahru...

Pada pukul 10lebih malam tadi, aku mendapat sms khas dari umi mengucapkan selamat hari lahir yang membuatkan air mata ku mengalir tanpa henti...


Umi sayang kakak
Happy 25th Birthday
sorrylah takde hadiah physical cuma hadiah umi ialah

Doa agar kakak dipelihara Allah sentiasa,
dipanjangkan umur,diberi kesihatan yang sempurna,
diluaskan rezeki, dikurniakan jodoh yang baik,
zuriat yang soleh dan solehah,
semoga hidup bahagia dan sejahtera,
menyanyangi umi dan abah,
dan dikurniakan Allah khusnul khatimah
Insya Allah.
Oh satu lagi, semoga kakak menyayangi adik2
dan menjaga mereka bila umi dan abah dah takde....


Okay. enough, i can't stop crying now...

and I'm at the office!! isk...


-Notes-

*Aku bertambah terharu apabila even abah sebenarnya nak blk JB cepat sbb ade kerja nak kne wat tapi still belikan aku paip baru dan betol kan paip umah sewa aku yg bocor tu even time tu dah pukul 4lebih petang!!

*I love umi and abah so much even I know that it's not enough to repay what had they done for me for the past 25years...and more...

*They're the best umi and abah in the world, undoubtedly!!

*Pada 23May ini, terima kasih buat umi sebenarnya yang telah melahirkan aku ke dunia ini...Kakak sayang umi..