Saturday, January 29, 2011

:: 7 days Left!! ::


Omaigod! Tinggal lagi 7 hari yer kawan2...
*TaktauApePerasaan*...

Siang tadi, adalah hari memanja kan diri ini...

Setelah setel 'hal' di court, saya ditemani Pn Zai lunch di bus stand dan terus menyerang kedai Kak Esah untuk menunaikan temujanji yang telah pon saya buat untuk memanjakan diri ini...

Oh ya, minggu ni setiap hari saya ke tempat kerja bersama Pn Zai..

Cik JKP saya telah saya tinggal kan di JB minggu lepas so saya terpaksa menumpang Pn Zai pergi kerja memandangkan jalan dari rumahnya ke ofis/court sememangnya lalu depan rumah saya...

Dan pada siang tadi, Pn Zai jugalah yang 'menjaga' saya ke hulu ke hilir...

Setibanya di kedai Kak Esah, saya mulakan dengan rawatan 'Sauna'...first time wo wat aktiviti memanja kan badan ni...aktiviti memanja kan muka dah pernah buat dah sebelum ni...

Lepas dah berpeluh badan ni, aktiviti scrub pula menyusul...

Oh begitu best sekali apabila badan ini di scrub bagi menanggalkan segala mala daki2 di badan ini yang tidak berapa nak tanggal semasa mandi biasa...hehe.

Ada bahagian2 gelap yang saya fikirkan tak boleh tanggal tetiba sudah berkurangan! besh2!

Lepas itu diikuti pula dengan sesi 'massage'...pergh, rasa mcm nak tido jek time tuu...tapi memandangkan 'embak' yang urut saya tu ramah orang nya, jadi saya kena lah melayan nya berborak sambil dia mengurut badan saya ini...huhu.

Kemudian sesi yang dinanti2 kan..mandi susu! oh alangkah besh nye berendam dalam bath tub dengan air susu suam ituu...ini untuk putih kan dan segar kan badan kata 'embak'..hehe.

Lepas tu memang dah rasa badan ni 'glowing' dahh..memang rasa puas hati lah! eheee...

Kemudian sesi terakhir dan sesi paling wajib untuk 'bakal pengantin'...iaitu sesi mandi bunga.ahaks.

Melihatkan bunga-bungaan yang penuh dalam bath tub yang berisi air itu membuatkan diri ini betul2 teruja...yang besh nya dicampurkan juga dengan daun pandan dan limau purut! memang la wangiii~~

Sambil berendam, 'embak' tolong scrub2 kan badan saya..Terasa seperti kanak2 riang seketika apabila dimandikan sebegitu..ahakss!~

Memandangkan tiket bas saya pukul 6 suku petang, saya terpaksa berhenti berendam di dalam air yang dipenuhi bunga-bungaan itu..ikot kan hati saya, saya boleh berendam selama 3jam! tapi saya hanya berkesempatan untuk berendam selama 30minit sahaja..uhuk!!

Terasa rugi melihat bunga-bungaan yang banyak itu apabila hanya dapat berendam seketika sahaja...iskk.

Setelah tamat berendam, saya lap2 badan dan comor losyen yang disedia kann...

Oh sesungguhnya rawatan di situ sangat memuaskan hati! Paling penting harga nya berpatutan..tak sampa RM200 kot!! Percaya takk??!! hehe.

Setelah siap memanjakan diri, Pn Zai pon amek saya dan hantar saya ke bas stand..Pn Zai siap amek kan selipar saya lagi memandangkan saya tidak berkesempatan untuk pulang ke ofis menukar selipar..terharuuu~ huhu.

I owe Pn Zai..terharu dia 'menjaga' saya sebegitu sekali...hehee.

Sekian sahaja hari 'memanjakan' diri sayaa..

Tetibe terasa kena kawen esok jugak sebab badan tengah glowing! *hahahaha*.

No comments:

Post a Comment