Hye kawan2!!
Semoga kawan2 berada dalam sehat dan ceria2 selalu hendaknyaa..
Memandangkan mood untuk update blog datang menyerang sekarang ini, so saya pon ingin la meng 'update' sedikit sebanyak tentang pengalaman membuat 'To-Do-List" saya...
31 Disember 2010
Encik Tunang saya turun dari Kemaman! Yeay!! Semuanya gara2 untuk fitting baju dan bagi saya sijil izin nikah luar daerah yang dia perolehi dari Jab Agama Islam Terengganu kepada saya..
Dia turun di Muor, so takde lah saya drive sorang2 dari Muor ke JB tuu.=p elok2 pulak 31/12/2010 tetibe di isytiharkan sebagai cuti umum memandangkan Malaysia telah menjuarai bola sepak dalam Piala Suzuki..hoho.
Sampainya kami di JB, selepas breakfast, terus serang kedai mak andam untuk fitting baju..Tetibe teruja sekejap sebab semua baju2 yang saya try saya boleh muat!! auuww.. (cuma perlu 'otter' sikit ajek laa..hehe)
Lepas habes sesi meng 'fitting' baju, saya pon mengheret la En Tunang saya untuk mencarik 'guestbook' untuk hari besar ituu...
Susah rupa2nya nak jumpa guestbo0k yang berkenan di hati ni..Dah beberapa kedai buku dah kami terjah tapi takde yang besh..Last2 saya sms Fit@Faezah sendiri tanya mana dia beli guestbo0k tuu..uhuk. Dan dengan mata yang sharp, maka En Tunang saya telah terjumpa kedai buku yang kami cari pusing2 di kawasan Taman Universiti itu..=)
Maka puas hatilah saya kerana telah berjaya mendapatkan guestbook yang di idam2 kan..ahaks. Anyway, Thanx Fit! hehe.
3Januari 2011
Saya telah pergi ke Jabatan Agama Islam Johor untuk menghantar segala borang nikah dan dokumen2 berkaitan..Umi dan Abah teman saya..Iyer, mereka teman saya.
Abah siap amek cuti pada hari tersebut gara2 nak teman saya hantar borang nikah tu taw..isk, macam mana saya tak terharu dengan Abah saya..isk.
Setelah giliran saya tiba, Abah sama2 meneman saya berjumpa dengan Pendaftar Nikah itu untuk me 'request' imam pilihannya..
Dengan tak semena-menanya Puan tu cakap,
Puan : Pasangan orang mana ya?
Saya : Orang Terengganu.
Puan : Ada izin nikah luar daerah?
Saya : Ada. (sambil menunjukkan kepadanya dokumen berkaitan)
Puan : Sebenarnya pasangan tak payah datang yer untuk hantar borang...
Saya : Erkk??
Erm, ni ayah saya Puan..
Puan : Erk? Mintak maaf Pakcik..Saya ingatkan pasangan tadi..Pakcik nampak
muda la katakann..
Hahahahahahaa...saya dapat rasa kan betapa malunya Puan itu apabila dia berkata sedemikian..
Geram pon ada sebab sampai hati dia fikir saya ni nak berkahwin dengan lelaki yang erk???
Ceittt!! (saya bukan cakap abah saya tuwe taw, saya geram sebab Puan tu boleh fikir muka saya ni sanggup kahwin dengan lelaki yang dah berumor..isk)
Setelah meneliti borang dan dokumen2 berkaitan, saya dikehendaki tunggu sebentar sementara borang diproses...
Selepas siap diproses, saya dipanggil semula untuk di interview..
Tak payah tunggu masuk bilik ke ape ke, dan2 tu dan di kaunter tu juga saya kena soal...hehe.
Saya kena tanya dengan 2soalan.
Yang Pertama, apakah maksud kalimah Syahadah?
Yang kedua, bagaimana niat mandi wajib?
Tang soalan yang kedua tu, tetibe rasa blank sekejap niat dalam bahasa arab nye..
Yerla kan, selalu kita bila mandi wajib ni, kita niat dalam hati jek, dalam bahasa melayu...isk.
So saya pon susun lah ayat dengan baik sebagai niat untuk mandi wajib versi bahasa melayu..ahakss!
OKay, dah!
Abah : Tanyalah banyak2 lagi Puan...
Puan : Takpe, ada ramai yang menunggu tu..tak boleh lama2..
Saya : (ish Abah ni, saje jek..haha.)
Maka, selesai sudah menjalani proses dan prosedur perihal borang nikah saya..
Last nak kena bagi kat Tok Imam dan nikah lah! hehe.
Okaylah, setakat ni itu sahajalah yang sempat saya kongsikan bersama kawan2 semua..
Diam tak diam tinggal hanya 19 hari lagi saya memegang status 'single'...
Sekejapnya masa berlaluu..uhukk!!
No comments:
Post a Comment