Saturday, January 29, 2011

:: 7 days Left!! ::


Omaigod! Tinggal lagi 7 hari yer kawan2...
*TaktauApePerasaan*...

Siang tadi, adalah hari memanja kan diri ini...

Setelah setel 'hal' di court, saya ditemani Pn Zai lunch di bus stand dan terus menyerang kedai Kak Esah untuk menunaikan temujanji yang telah pon saya buat untuk memanjakan diri ini...

Oh ya, minggu ni setiap hari saya ke tempat kerja bersama Pn Zai..

Cik JKP saya telah saya tinggal kan di JB minggu lepas so saya terpaksa menumpang Pn Zai pergi kerja memandangkan jalan dari rumahnya ke ofis/court sememangnya lalu depan rumah saya...

Dan pada siang tadi, Pn Zai jugalah yang 'menjaga' saya ke hulu ke hilir...

Setibanya di kedai Kak Esah, saya mulakan dengan rawatan 'Sauna'...first time wo wat aktiviti memanja kan badan ni...aktiviti memanja kan muka dah pernah buat dah sebelum ni...

Lepas dah berpeluh badan ni, aktiviti scrub pula menyusul...

Oh begitu best sekali apabila badan ini di scrub bagi menanggalkan segala mala daki2 di badan ini yang tidak berapa nak tanggal semasa mandi biasa...hehe.

Ada bahagian2 gelap yang saya fikirkan tak boleh tanggal tetiba sudah berkurangan! besh2!

Lepas itu diikuti pula dengan sesi 'massage'...pergh, rasa mcm nak tido jek time tuu...tapi memandangkan 'embak' yang urut saya tu ramah orang nya, jadi saya kena lah melayan nya berborak sambil dia mengurut badan saya ini...huhu.

Kemudian sesi yang dinanti2 kan..mandi susu! oh alangkah besh nye berendam dalam bath tub dengan air susu suam ituu...ini untuk putih kan dan segar kan badan kata 'embak'..hehe.

Lepas tu memang dah rasa badan ni 'glowing' dahh..memang rasa puas hati lah! eheee...

Kemudian sesi terakhir dan sesi paling wajib untuk 'bakal pengantin'...iaitu sesi mandi bunga.ahaks.

Melihatkan bunga-bungaan yang penuh dalam bath tub yang berisi air itu membuatkan diri ini betul2 teruja...yang besh nya dicampurkan juga dengan daun pandan dan limau purut! memang la wangiii~~

Sambil berendam, 'embak' tolong scrub2 kan badan saya..Terasa seperti kanak2 riang seketika apabila dimandikan sebegitu..ahakss!~

Memandangkan tiket bas saya pukul 6 suku petang, saya terpaksa berhenti berendam di dalam air yang dipenuhi bunga-bungaan itu..ikot kan hati saya, saya boleh berendam selama 3jam! tapi saya hanya berkesempatan untuk berendam selama 30minit sahaja..uhuk!!

Terasa rugi melihat bunga-bungaan yang banyak itu apabila hanya dapat berendam seketika sahaja...iskk.

Setelah tamat berendam, saya lap2 badan dan comor losyen yang disedia kann...

Oh sesungguhnya rawatan di situ sangat memuaskan hati! Paling penting harga nya berpatutan..tak sampa RM200 kot!! Percaya takk??!! hehe.

Setelah siap memanjakan diri, Pn Zai pon amek saya dan hantar saya ke bas stand..Pn Zai siap amek kan selipar saya lagi memandangkan saya tidak berkesempatan untuk pulang ke ofis menukar selipar..terharuuu~ huhu.

I owe Pn Zai..terharu dia 'menjaga' saya sebegitu sekali...hehee.

Sekian sahaja hari 'memanjakan' diri sayaa..

Tetibe terasa kena kawen esok jugak sebab badan tengah glowing! *hahahaha*.

Tuesday, January 25, 2011

:: 10 days left ::

Oh hari ini genap lagi 10hari berbaki untuk saya melangkah ke fasa baru dalam hidup saya dan sekaligus kehidupan saya akan bertukar kerana saya akan berubah 'jajahan taklukan'...

Perasaan ketika ini bercampur baur...macam-macam perasaan datang...

Kadang-kadang macam excited, kadang-kadang rasa macam nak lari kejap dalam realiti ini...

Apa pon perasaan dan hati saya berkata pada ketika ini, semestinya ia tidak akan mengubah sedikit pon akan apa yang bakal berlaku 10 hari lagi dari sekarang...

Tadi, sewaktu lunch, kami menerima banyak bungkusan nasi hari ini...

Kami 1ofis dapat nasi beriyani batu pahat dan kemudian nasi beringin batu pahat..belum campur dengan satay...oh rezeki~

Sedang saya menikmati nasi beriyani yang saya hanya makan separuh sebab nasi nya sebungkus *GileBanyak!*, tetiba Senior saya Pn Tini dan Sharmini berkata,

"Fatin, jom petang ni kite pergi jogging..."

"Erk? saya tak suka jogging la Pn Tini, saya suka senam robik!ahaks.."

Tak lama kemudian, bos saya pula bersuara,

"Fatin berjaga-jaga sikit makan, tak lama dah nii..."

"erkk??"

Isk...Semua orang concern betul pasal saya..even bos! terharu beb..hehe.

Erm,tapi tinggal lagi 10hari jek...Nak diet pon xsempat....*alasan*..haha!!

Lagi 3hari jek kerja dengan memegang status 'single'...Lepas ni naek kerja dengan inai di jari...perghhh!! Confirm kena la dengan semua orang kat court tuu...ni yang nak pakai glove ni pergi court..Boleh takk?? hahaha...

Tinggal lagi 10hari juga untuk saya enjoy hidup sebagai seorang yang 'single'...

Tetibe terfikir...

Nak buat apa ek menda yang saya tak boleh wat lepas kawen kang dah..haha. *Gelak jahat*

Sunday, January 16, 2011

:: 19 days left ::

Hye kawan2!!

Semoga kawan2 berada dalam sehat dan ceria2 selalu hendaknyaa..

Memandangkan mood untuk update blog datang menyerang sekarang ini, so saya pon ingin la meng 'update' sedikit sebanyak tentang pengalaman membuat 'To-Do-List" saya...

31 Disember 2010

Encik Tunang saya turun dari Kemaman! Yeay!! Semuanya gara2 untuk fitting baju dan bagi saya sijil izin nikah luar daerah yang dia perolehi dari Jab Agama Islam Terengganu kepada saya..

Dia turun di Muor, so takde lah saya drive sorang2 dari Muor ke JB tuu.=p elok2 pulak 31/12/2010 tetibe di isytiharkan sebagai cuti umum memandangkan Malaysia telah menjuarai bola sepak dalam Piala Suzuki..hoho.

Sampainya kami di JB, selepas breakfast, terus serang kedai mak andam untuk fitting baju..Tetibe teruja sekejap sebab semua baju2 yang saya try saya boleh muat!! auuww.. (cuma perlu 'otter' sikit ajek laa..hehe)

Lepas habes sesi meng 'fitting' baju, saya pon mengheret la En Tunang saya untuk mencarik 'guestbook' untuk hari besar ituu...

Susah rupa2nya nak jumpa guestbo0k yang berkenan di hati ni..Dah beberapa kedai buku dah kami terjah tapi takde yang besh..Last2 saya sms Fit@Faezah sendiri tanya mana dia beli guestbo0k tuu..uhuk. Dan dengan mata yang sharp, maka En Tunang saya telah terjumpa kedai buku yang kami cari pusing2 di kawasan Taman Universiti itu..=)

Maka puas hatilah saya kerana telah berjaya mendapatkan guestbook yang di idam2 kan..ahaks. Anyway, Thanx Fit! hehe.

3Januari 2011

Saya telah pergi ke Jabatan Agama Islam Johor untuk menghantar segala borang nikah dan dokumen2 berkaitan..Umi dan Abah teman saya..Iyer, mereka teman saya.

Abah siap amek cuti pada hari tersebut gara2 nak teman saya hantar borang nikah tu taw..isk, macam mana saya tak terharu dengan Abah saya..isk.

Setelah giliran saya tiba, Abah sama2 meneman saya berjumpa dengan Pendaftar Nikah itu untuk me 'request' imam pilihannya..

Dengan tak semena-menanya Puan tu cakap,

Puan : Pasangan orang mana ya?
Saya : Orang Terengganu.
Puan : Ada izin nikah luar daerah?
Saya : Ada. (sambil menunjukkan kepadanya dokumen berkaitan)
Puan : Sebenarnya pasangan tak payah datang yer untuk hantar borang...
Saya : Erkk??
Erm, ni ayah saya Puan..
Puan : Erk? Mintak maaf Pakcik..Saya ingatkan pasangan tadi..Pakcik nampak
muda la
katakann..

Hahahahahahaa...saya dapat rasa kan betapa malunya Puan itu apabila dia berkata sedemikian..

Geram pon ada sebab sampai hati dia fikir saya ni nak berkahwin dengan lelaki yang erk???
Ceittt!! (saya bukan cakap abah saya tuwe taw, saya geram sebab Puan tu boleh fikir muka saya ni sanggup kahwin dengan lelaki yang dah berumor..isk)

Setelah meneliti borang dan dokumen2 berkaitan, saya dikehendaki tunggu sebentar sementara borang diproses...

Selepas siap diproses, saya dipanggil semula untuk di interview..

Tak payah tunggu masuk bilik ke ape ke, dan2 tu dan di kaunter tu juga saya kena soal...hehe.

Saya kena tanya dengan 2soalan.

Yang Pertama, apakah maksud kalimah Syahadah?
Yang kedua, bagaimana niat mandi wajib?

Tang soalan yang kedua tu, tetibe rasa blank sekejap niat dalam bahasa arab nye..

Yerla kan, selalu kita bila mandi wajib ni, kita niat dalam hati jek, dalam bahasa melayu...isk.

So saya pon susun lah ayat dengan baik sebagai niat untuk mandi wajib versi bahasa melayu..ahakss!

OKay, dah!

Abah : Tanyalah banyak2 lagi Puan...
Puan : Takpe, ada ramai yang menunggu tu..tak boleh lama2..
Saya : (ish Abah ni, saje jek..haha.)

Maka, selesai sudah menjalani proses dan prosedur perihal borang nikah saya..

Last nak kena bagi kat Tok Imam dan nikah lah! hehe.

Okaylah, setakat ni itu sahajalah yang sempat saya kongsikan bersama kawan2 semua..

Diam tak diam tinggal hanya 19 hari lagi saya memegang status 'single'...

Sekejapnya masa berlaluu..uhukk!!

Wednesday, January 5, 2011

:: Ayed's E-Day ::

Hye paLs!!

Pejam celik pejam celik dah habes tahun 2010..Dah masuk tahun 2011 dah pon.. cepatnye la hai masa berlalu...isk.

Sebelum apa2 saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada kawan-kawan semua... Semoga tahun 2011 akan lebih membawa seribu makna dan pengertian dan akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang lalu..

Memandangkan 1/1/2011 lepas jatuh pada hari Sabtu, adik saya yang no3 iaitu Ahmad Farid aka Ayed telah berjaya meminang gadis pilihan hatinya iaitu Yun...hehe.

Maka berangkatlah kami sekeluarga pada pagi sabtu lepas ke mu0r.. iyer, Mu0r.. (Muor dan keluarga kami memang xdapat dipisah kan..ahaks)
So, tanpa bebelan panjang, nilah gambar di hari tersebut yer...








Kepada Ayed & Yun, Tahniah di ucapkan...



Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin...

Di alam pertunangan ni, kena banyak2 bersabar... dugaan kuat wo0...

Biasa la kan, dah nak 'bina masjid'... Setan2 durjana memang akan buat segala-mala yang patut untuk musnahkan proses pembinaan 'masjid' ituu..huhu.