Tuesday, January 25, 2011

:: 10 days left ::

Oh hari ini genap lagi 10hari berbaki untuk saya melangkah ke fasa baru dalam hidup saya dan sekaligus kehidupan saya akan bertukar kerana saya akan berubah 'jajahan taklukan'...

Perasaan ketika ini bercampur baur...macam-macam perasaan datang...

Kadang-kadang macam excited, kadang-kadang rasa macam nak lari kejap dalam realiti ini...

Apa pon perasaan dan hati saya berkata pada ketika ini, semestinya ia tidak akan mengubah sedikit pon akan apa yang bakal berlaku 10 hari lagi dari sekarang...

Tadi, sewaktu lunch, kami menerima banyak bungkusan nasi hari ini...

Kami 1ofis dapat nasi beriyani batu pahat dan kemudian nasi beringin batu pahat..belum campur dengan satay...oh rezeki~

Sedang saya menikmati nasi beriyani yang saya hanya makan separuh sebab nasi nya sebungkus *GileBanyak!*, tetiba Senior saya Pn Tini dan Sharmini berkata,

"Fatin, jom petang ni kite pergi jogging..."

"Erk? saya tak suka jogging la Pn Tini, saya suka senam robik!ahaks.."

Tak lama kemudian, bos saya pula bersuara,

"Fatin berjaga-jaga sikit makan, tak lama dah nii..."

"erkk??"

Isk...Semua orang concern betul pasal saya..even bos! terharu beb..hehe.

Erm,tapi tinggal lagi 10hari jek...Nak diet pon xsempat....*alasan*..haha!!

Lagi 3hari jek kerja dengan memegang status 'single'...Lepas ni naek kerja dengan inai di jari...perghhh!! Confirm kena la dengan semua orang kat court tuu...ni yang nak pakai glove ni pergi court..Boleh takk?? hahaha...

Tinggal lagi 10hari juga untuk saya enjoy hidup sebagai seorang yang 'single'...

Tetibe terfikir...

Nak buat apa ek menda yang saya tak boleh wat lepas kawen kang dah..haha. *Gelak jahat*

Sunday, January 16, 2011

:: 19 days left ::

Hye kawan2!!

Semoga kawan2 berada dalam sehat dan ceria2 selalu hendaknyaa..

Memandangkan mood untuk update blog datang menyerang sekarang ini, so saya pon ingin la meng 'update' sedikit sebanyak tentang pengalaman membuat 'To-Do-List" saya...

31 Disember 2010

Encik Tunang saya turun dari Kemaman! Yeay!! Semuanya gara2 untuk fitting baju dan bagi saya sijil izin nikah luar daerah yang dia perolehi dari Jab Agama Islam Terengganu kepada saya..

Dia turun di Muor, so takde lah saya drive sorang2 dari Muor ke JB tuu.=p elok2 pulak 31/12/2010 tetibe di isytiharkan sebagai cuti umum memandangkan Malaysia telah menjuarai bola sepak dalam Piala Suzuki..hoho.

Sampainya kami di JB, selepas breakfast, terus serang kedai mak andam untuk fitting baju..Tetibe teruja sekejap sebab semua baju2 yang saya try saya boleh muat!! auuww.. (cuma perlu 'otter' sikit ajek laa..hehe)

Lepas habes sesi meng 'fitting' baju, saya pon mengheret la En Tunang saya untuk mencarik 'guestbook' untuk hari besar ituu...

Susah rupa2nya nak jumpa guestbo0k yang berkenan di hati ni..Dah beberapa kedai buku dah kami terjah tapi takde yang besh..Last2 saya sms Fit@Faezah sendiri tanya mana dia beli guestbo0k tuu..uhuk. Dan dengan mata yang sharp, maka En Tunang saya telah terjumpa kedai buku yang kami cari pusing2 di kawasan Taman Universiti itu..=)

Maka puas hatilah saya kerana telah berjaya mendapatkan guestbook yang di idam2 kan..ahaks. Anyway, Thanx Fit! hehe.

3Januari 2011

Saya telah pergi ke Jabatan Agama Islam Johor untuk menghantar segala borang nikah dan dokumen2 berkaitan..Umi dan Abah teman saya..Iyer, mereka teman saya.

Abah siap amek cuti pada hari tersebut gara2 nak teman saya hantar borang nikah tu taw..isk, macam mana saya tak terharu dengan Abah saya..isk.

Setelah giliran saya tiba, Abah sama2 meneman saya berjumpa dengan Pendaftar Nikah itu untuk me 'request' imam pilihannya..

Dengan tak semena-menanya Puan tu cakap,

Puan : Pasangan orang mana ya?
Saya : Orang Terengganu.
Puan : Ada izin nikah luar daerah?
Saya : Ada. (sambil menunjukkan kepadanya dokumen berkaitan)
Puan : Sebenarnya pasangan tak payah datang yer untuk hantar borang...
Saya : Erkk??
Erm, ni ayah saya Puan..
Puan : Erk? Mintak maaf Pakcik..Saya ingatkan pasangan tadi..Pakcik nampak
muda la
katakann..

Hahahahahahaa...saya dapat rasa kan betapa malunya Puan itu apabila dia berkata sedemikian..

Geram pon ada sebab sampai hati dia fikir saya ni nak berkahwin dengan lelaki yang erk???
Ceittt!! (saya bukan cakap abah saya tuwe taw, saya geram sebab Puan tu boleh fikir muka saya ni sanggup kahwin dengan lelaki yang dah berumor..isk)

Setelah meneliti borang dan dokumen2 berkaitan, saya dikehendaki tunggu sebentar sementara borang diproses...

Selepas siap diproses, saya dipanggil semula untuk di interview..

Tak payah tunggu masuk bilik ke ape ke, dan2 tu dan di kaunter tu juga saya kena soal...hehe.

Saya kena tanya dengan 2soalan.

Yang Pertama, apakah maksud kalimah Syahadah?
Yang kedua, bagaimana niat mandi wajib?

Tang soalan yang kedua tu, tetibe rasa blank sekejap niat dalam bahasa arab nye..

Yerla kan, selalu kita bila mandi wajib ni, kita niat dalam hati jek, dalam bahasa melayu...isk.

So saya pon susun lah ayat dengan baik sebagai niat untuk mandi wajib versi bahasa melayu..ahakss!

OKay, dah!

Abah : Tanyalah banyak2 lagi Puan...
Puan : Takpe, ada ramai yang menunggu tu..tak boleh lama2..
Saya : (ish Abah ni, saje jek..haha.)

Maka, selesai sudah menjalani proses dan prosedur perihal borang nikah saya..

Last nak kena bagi kat Tok Imam dan nikah lah! hehe.

Okaylah, setakat ni itu sahajalah yang sempat saya kongsikan bersama kawan2 semua..

Diam tak diam tinggal hanya 19 hari lagi saya memegang status 'single'...

Sekejapnya masa berlaluu..uhukk!!

Wednesday, January 5, 2011

:: Ayed's E-Day ::

Hye paLs!!

Pejam celik pejam celik dah habes tahun 2010..Dah masuk tahun 2011 dah pon.. cepatnye la hai masa berlalu...isk.

Sebelum apa2 saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada kawan-kawan semua... Semoga tahun 2011 akan lebih membawa seribu makna dan pengertian dan akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang lalu..

Memandangkan 1/1/2011 lepas jatuh pada hari Sabtu, adik saya yang no3 iaitu Ahmad Farid aka Ayed telah berjaya meminang gadis pilihan hatinya iaitu Yun...hehe.

Maka berangkatlah kami sekeluarga pada pagi sabtu lepas ke mu0r.. iyer, Mu0r.. (Muor dan keluarga kami memang xdapat dipisah kan..ahaks)
So, tanpa bebelan panjang, nilah gambar di hari tersebut yer...








Kepada Ayed & Yun, Tahniah di ucapkan...



Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin...

Di alam pertunangan ni, kena banyak2 bersabar... dugaan kuat wo0...

Biasa la kan, dah nak 'bina masjid'... Setan2 durjana memang akan buat segala-mala yang patut untuk musnahkan proses pembinaan 'masjid' ituu..huhu.



Sunday, December 26, 2010

:: Doing the to-do List! ::

Hye pals!

Okay, kalau kawan2 perasan c0untd0wn yang saya letak kat bawah tu, tinggal hanya 40 hari sahaja lagi untuk membuat segala-mala persiapan untuk hari besar itu...

OmaiGod, 40days left? Cepat betol masa berlalu! uhukk...

Sekarang kepala saya dah berserabut.. Bila weekdays, saya akan concentrate buat kerja, tapi apa2 yang saya kena update pasal booking itu, booking ini, saya kena buat jugak lah...

Tapi bila weekends, mana yang saya kena confirm kan booking ke update ke untuk majlis itu nanti, saya akan buat dan gunakan masa sebaik2 nyaa...

As for works, Alhamdulillah saya ditugaskan untuk jaga Mahkamah Majistret 3 yang baru dibuka bulan Oktober yang lalu, so bilangan kes2 yang saya kena kendalikan taklah seteruk Court 1 & court 2..

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba Nya...

Kalau kawan2 perasan, 3bulan dulu saya banyak buat shout out yang sedih2 kat FB tu, sedih sebab kene pindah dan jaga Court 3...

Tapi tengok sekarang? Semuanya dipermudahkan apabila saya dipindah kan ke Court 3 dan pada masa yang sama perlu buat persiapan untuk hari besar ituu...hoho.

No doubt, ketentuan Dia lah yang Maha Terbaek!!

Memang lah hikmah di sebalik itu semuanya terbukti...hehe.

Pasal preparation ni, saya tengah sedikit bengang dengan kedai kad..
Tak larat nak cerita satu persatu apa yang kedai tu dah buat, buat hati saya membara kembali jerk..heh.

Yang penting last2 Abah yang edit sendiri semua font dan design dan wordings, pastu saya email kan ke kedai tu suruh terus cetak...tanpa perlu kan apa-apa perubahan lagik dah...

"Lembap betul buat kerja..mementang lah bukan kad kawen dia, buat nak taknak jekk...
Naseb baek la map dia buat memuaskan hati..huhu."

Last 3weeks, setiap minggu ada jek to-do list yang saya dan umi lakukan...

Last week beli bags utk doorgifts...This week beli kaen dan tempah utk buat baju umi dan abah pulak...and what's important most is that, I could spend my time alone with umi...How I love that...=)

Last week, duk ke hulu ke hilir cari bags, bekas telur dan alas dulang sampai tak tersempat nak fotostat dokumen2 yang perlu dihantar bersama borang nikah nanti...
So bermakna ke hulu ke hilir jugak lah saya angkut sijil nikah umi n abah..(memandangkan saya anak perempuan sulung, sijil nikah parents adalah diperlukan yer..)

Pastu umi buat lawak,

"Kakak baik2 pegang sijil nikah umi n abah tu, kang nanti hilang kang tak pasal2 umi n abah kene nikah balik, nak kena penat2 beli bekas telur dan goody bags pulak!"

Wakakakkaaa...kami ketawa tak hengat...Saya ketawa sampai berair mata nih dibuatnya..

Sesungguhnya umi saya tu memang kelakar orang nya...

Last2 hari tu sampai umah dah pukul 7malam...Bas saya untuk pulang ke Muar pukul 8mlm so memang dah tak sempat nak fotostat...takpelah, next week ajek lah..masih ada masa..hehe.

Whatever it is, I love spending time with umi...

Thinking that her eldest daughter will be someone else's in 40 days time, spending time with umi n abah is the one I treasured most...

Not to mention, setiap kali mereka nak keluar pergi mana2 esp kenduri, saya mesti nak ikot.. and yes, only their daughters will follow them...

Time pergi kenduri, umi dan abah saya hanya ada anak perempuan yerk..ahakss!

Next week will be tough...

Nak pergi hantar borang nikah, fitting baju, tunjuk dewan pada caterer,beli barang2 untuk hias hantaran dan yang paling penting, 1/1/2011, kami sekeluarga akan ke Muar!!

Untuk meminang awek Ayed...Yun... Mereka akan bertunang pada tahun baru nanti..

Yup, Muar akan jadi salah satu daerah yang ada kena mengena dengan keluarga saya lepas ni, selain saya yang bekerja di sana laa..hehe.

Till then, sampai sini sahaja la dulu yer...

40 days to go Fatinah!!...(countdown bukan sebab tak sabar tapi sebab terasa masa dah semakin suntuk!!hukhukk)