Monday, June 16, 2014

:: Hero hero Mama ::

Assalamualaikum anak-anak Mama!

Hari ni merupakan hari yang ke 49 adik Yusuf lahir ke dunia yang fana ni. Sekejap jek masa berlalu. Adik Yusuf dah nak masuk 2 bulan dah. Mama rasa macam baru semalam Mama ditemani walid pergi 'serah diri' ke hospital untuk 'keluarkan' Adik Yusuf yang syok duduk dalam perot Mama ni.HEHE.

Okaylah, dah almost 3 weeks since Abg Anas dah kembali ke pangkuan Mama setelah dijaga seketika oleh Tok Ki, Tok Wan dan walid di Kijal, bermakna, 3 minggu juga lah Mama menguruskan anak-anak Mama sendirian tanpa walid. Fuh!!

Memang Mama kena asah lebih lagi skill Mama untuk jadi Supermommy!Huhu.

Ini pon belum lagi Mama buat kerja-kerja rumah ni macam masak, basuh dan jemur baju, kemas rumah semua tu sebab kita ni masih 'berkampung' di Seremban, rumah Tok Abah dan Tok Umi. Jadi, memang masak, baju-baju, kemas rumah diuruskan oleh Tok Umi, Pak Uda dan Su Sya, juga Tok Abah bila Tok Abah ada di rumah. huhu.

Even Mama belum buat lagi semua tu, (tapi ada lah juga sekali dua masak, jemur baju lately ni since badan Mama dah kuat) tapi Mama rasa macam separuh tenaga Mama dah habis. Mana taknya, sekarang ni nak kena mandi kan 2 orang pula. Kalau Abg Anas dan Adik Yusuf boleh mandi sekali arung jek takpe lah juga. Senang kerja Mama tapi Adik masih kecil, jadi cara mandi kan Adik pon memang Mama buat cara old school.hehe.

Change pampers toksah cakaplah nak-nak kalau salah seorang anak Mama yak. Memang kena change kan cepat-cepat la jawabnya. Bayang kan kalau masa Mama change kan adik, Abg Anas sibuk main ke sana ke mari, panjat kerusi, naik atas katil bagai. Lepastu datang dekat-dekat dengan Adik sekejap nak kiss Adik pastu tetiba badan direbahkan atas katil dekat dengan Adik, mak aih memang seram makk..Isk.

Time mandikan Abg Anas pula, memang Mama ambil peluang untuk sama-sama mandi dengan Abg Anas. Memang tak ler Mama nak mandi sorang-sorang sambil nyanyi-nyanyi berangan dalam toilet lagi sekarang ni. Pastu masa mandi tu pulak Adik dah start 'memanggil-manggil'...

Kalau dengan suara nan lembut lagi merdu tak pe lah juga, ini gaya nya macam kena pukul dengan Mama dah.isk. Kelam kabut Mama dibuatnya. Huhu. So far time Su Sya ada boleh lah Su Sya tengok-tengok kan Adik. Most of the time Adik pon nak di angkat jek, takmo baring-baring. Macam orang besar jek gayanya lahai. Mama memang akan susu kan Adik siap-siap sebelum mandi dengan Abg Anas supaya Adik tak kelaparan. Tapi tulah, kadang-kadang Adik menangis juga minta di angkat. Haih, Adik, Adik. Hehe.

Pasal mandi kan Adik pula, kalau dalam pukul 8 lebih pagi Abg Anas tak bangun lagi, memang Mama akan mandi kan Adik cepat-cepat. Ini adalah untuk mengelakkan Abg Anas usya  dan datang dekat-dekat jek dengan besen air Adik lepastu main kuis-kuis air. Hoho. Memang tak senang Mama nak mandi kan Adik kalau Abg Anas dah bangun dan berada berdekatan.Hehehe.

Ni baru bab mandi dan change pampers. Belum lagi bab layan Abg Anas makan, buat susu Abg Anas. Dan yang paling mencabar, bila nak tidur kan anak-anak Mama pada masa yang sama. Fuh!! Bayangkan Mama susu kan Adik, Abg Anas baring belakang Mama sambil minum susu dengan tangan kanan Mama popok-popok Abg Anas. Oh yer, Abg Anas juga akan tengok nursery rhymes dan nasyid dalam hp Mama pada masa yang sama. 

Lepas Adik siap menyusu, kalau nasib baik Adik terus tidur lena, Mama pon akan pusing badan untuk tidurkan Abg Anas pula. Ada masa Abg Anas memang dah ngantuk dan penat, cepat ajek lah dia tidur, tapi kalau masa Abg Anas tak berapa nak tidur lagi, memang main pusing-pusing badan lah Mama kejap-kejap jenguk Adik yang duk berbunyi-bunyi dehem. FUhh..

Bila dua-dua hero Mama dah tidur lena, fuh, terasa macam dunia ni Mama yang punya. Barulah Mama dapat surf internet dengan tenang, dapat update blog Mama ni. Hehehe.

Even a bit huru hara dan semestinya penat tapi Mama enjoy uruskan anak-anak Mama sendiri. Masa Mama cuti ni jek pon untuk Mama spend time dengan anak-anak Mama, uruskan sendiri anak-anak Mama. Nanti bila dah kerja, bila hari kerja memang Mama tak mandi kan dahlah anak-anak Mama. Semuanya Cik Ina yang akan buatkan. Petang-petang Mama ambil lepas balik kerja, anak-anak Mama akan siap mandi semua dah.

Cuma Mama tengah bayang kan macam mana Mama nak uruskan anak-anak Mama dan juga buat kerja-kerja rumah pada hari Sabtu di rumah kita di Kuantan sebab Walid kerja half day. Memang agak kelam kabut tapi Mama yakin Mama boleh. Ibu-ibu lain boleh buat takkan lah Mama tak boleh kot.Huhu.

So, okaylah, setakat ni dulu Mama nak update pasal life kita buat masa ini. There will be more exciting and challenging days waiting for us. Lets face it together my dear sons. Hehe.

Kadang-kadang Mama masih tak percaya yang Mama dah ada dua orang anak. Dua orang hero, dua orang bodyguards Mama, dua orang 'pengangkat keranda' Mama, dua orang saham akhirat Mama.

Adik berumur 1 hari. Baru balik dari hospital.

Busyuk Masyam hero-hero Mama.hehe

Pandai anak-anak Mama tengok kamera.hehe

Abg Anas sayang Adik Yusuf.

Abg Anas request kat Mama nak Adik Yusuf bing atas Abg Anas macam gini.hehe

Ciuman sayang Abg Anas buat Adik Yusuf.


'Ala kulli hal, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH thumma ALHAMDULILLAH.

Jangan pernah lupa, Mama sayang anak-anak Mama. Abg Anas & Adik Yusuf. (as for now.hehe)

1 comment:

  1. Tahniah kak atas kelahiran anak ke2. Sebenarnya tadi pun saya baru melawat kawan mak saya yg baru melahirkan anaknya. Suci jer tengok baby tu. dan sangat kecil & comel. Semoga anak2 akak menjadi anak yg soleh. Dan selamat menjadi supermommy :)

    ReplyDelete