Saturday, September 8, 2012

:: Nama Oh Nama ::


Assalamualaikum semua.......

Kali ni, saya nak ceritakan tentang topik 'Nama'.....

Yer, nama. Atau dalam bahasa jawanya, 'Name'. Haha.

Sedar tak sedar, usia kandungan saya dah mencecah 33 minggu dah. Atau boleh juga dikira sebagai 8 bulan 1 minggu. Saya rasakan perot saya ni dengan tiba-tibanya membesar sampai orang asyik duk tegur jek.

"Eh, perot ko dah makin besar lah. Haritu masa datang sini tak tahu pon ko pregnant.."

"Puan, besar jugak perot puan yer, selama ni tak nampak pulak..."

"Bila due ni Fatin?" 

"Raya Haji karang Tuan..." saya menjawab..

"Oh, dah macam esok lusa dah nak bersalinnya..."

Okay, fine. Itu semua menunjukkan bahawa perot ku ini tetibe jek menyerlah dan Sayang saya ni tetibe jek menunjukkan dirinyaa..

Dan saya pulak dah nampak macam mengah dan tak larat nak membawa diri lagi dah.  Macam minggu depan jek dah nak bersalin. Huhu.

Setakat ni, dah seminggu dah saya tak masak. Hubby tak kasi saya masak. Saya pon memang tak larat nak berdiri lama2. Kaki dah membengkak. Bila bangun pagi2 toksah cakap lah. Setiap pergerakan badan kena slow2 dan ambil masa. Bila nak berdiri tegak tu masya Allah, setiap inci badan ni sakit. Kaki macam berada di awang-awangan, kat bawah perot rasa macam tegang sangaat, urat2 semua rasa sengal2 dan tegang. Isk.

Setiap pagi jek akan rasa macam nak cuti terus sampai bersalin karang. Rasa tak mampu untuk bekerja lagi dah. Hoho. Melampau la kan nak cuti sebulan lebih awal. Ngade2! Haha.

Tapi yer la kan, setiap orang adalah berbeza. Ada orang yang dah kena admitted dah even usia kandungan baru mencecah 7 bulan atas sebab2 tertentu. Ada orang larat lagi bekerja sampailah hari 'baby nak keluar'...

Saya ni, macam orang2 kebanyakan la kot. Cuti seminggu awal dari EDD. Tapi saya ni maybe nak cuti 2 minggu awal la kot. Nak habis kan cuti rehat saya yang tinggal 8 hari saje lagik. Tengoklah macam mana. 

Okaylah! Back to our main topic. Pasal 'nama'. Saya dengan Hubby ni, rileks saje. Tak ada pon beriya fikirkan pasal nama baby. Adalah kami bincang kan dalam 3,4 kali. Tapi tak lama dan tak ada kata putus. Mana taknya, bila nama yang saya berkenan, Hubby kurang setuju. Bila Hubby bagi suggestion, saya pulak rasa 'old school' sangat. Hahaha. Sudahnya, topik tu dibiarkan begitu sahaja. 

Patutnya nama2 yang macam best dikumpulkan dan dibuat list. Pastu baru sama2 decide. Betul tak? Ntahlah, bila ada masa, asyik lupa jek nak fikirkan tentang nama. Bila teringat, masa tak berapa nak sesuai untuk fikir lama2. Isk.

Takut nanti last2 baby dah keluar pon kami masih terpinga2 memikirkan nama baby. Isk. Kesian kat Sayang saya ni. (sambil usap2 perot yang Sayang saya duk menendang2 ni ;D)

Erm, okaylah. Memandangkan hari ni mama tak bekerja, mama fikirkan nama untuk awak yer Sayang...

Mama kena buat list elok2. Pastu nanti discuss dengan Walid. (Dengan harapan ada nama dalam list yang Walid setuju.)

Tapi sebelum menyerahkan 'proposal' tu pada Walid awak, Mama kena baca kan ayat 4 surah Yusuf dulu lah. Biar Walid awak lembut hati bila tengok. Hehehee. 

Bila ada nama yang macam best, Sayang tolong Mama boleh? Sayang tendang2 lah sikit tanda Sayang setuju. Kalau Sayang tak setuju, Sayang senyap jek. Okay tak idea Mama? Weee~

(Eh, eh, Mama belum lagi cari nama untuk awak Sayang, Sayang dah tendang2 dulu dah ni?? (^_~)

1 comment:

  1. anak aku seminggu pas lahir baru kami jumpa nama..hehe orang sibuk tanya..susah nak bagi nama sebenarnya..semoga anak2 kita manjadi seperti makna nama nya..amin

    ReplyDelete