Monday, October 17, 2011

:: Ujian buat Abah ::


Assalamualaikum semua...


Harapnya berada di bawah lindungan dan rahmat NYA sentiasa..

Sesungguhnya, kita sebagai manusia kena sentiasa bersyukur diberi kenikmatan dan peluang untuk masih lagi bernyawa di atas muka bumi Allah ini. Juga untuk nikmat Iman & Islam yang Allah kurniakan kepada kita sedari kita dilahirkan di bumi yang fana ini.

Kali ni saya hendak berkongsi sedikit berkenaan apa yang telah berlaku terhadap Abah saya.

Insan yang saya gelarkan 'hero' saya sejak saya dilahirkan. Walaupun saya kini telah bersuami, tapi kedudukan Abah sebagai hero saya masih saya rasa tidak berganjak dari hati ini. (Jangan jeles ye encik Hubby.hee)

Kebelakangan ini, Abah di uji dengan 2 cabaran yang boleh saya katakan 'hebat' dalam hidup Abah. Pertama sekali, 3minggu yang lepas, saya diberitahu oleh umi saya bahawa Abah telah mendapat 'surat layang' dari insan/insan2 yang berhati busuk yang penuh dengan sifat hasad dengki terhadap Abah.

Tak tahu siapa pengirim nya. Sebab tulah ia dinamakan surat layang. Betul tak? huhu.

Tapi bagi saya makhluk2 ini pengecut. Sebab tak berani untuk face to face dengan Abah meluahkan perasaan ketidak puasan hati terhadap Abah. Sebab tu saya katakan mereka ini hanya penuh dengan hasad dengki dengan Abah semata.

Surat layang tersebut mengandungi bermacam-macam tuduhan, tohmahan dan fitnah terhadap Abah semata. Basically menuduh Abah 'mengambil' duit kerajaan.

Astaghfirullah hal 'Azim. Itulah jawapan yang Abah keluarkan apabila umi bertanya berkenaan tohmahan2 itu. Walaupun umi sebenarnya tahu, jauh dari sudut hati Abah untuk Abah berbuat demikian.

Saya tahu Abah saya macam mana. Saya bukan menyebelahi Abah sebab Abah ayah saya tapi sebab saya tahu Abah saya macam mana. Dari hal tolong orang punch kan 'punch card' pon Abah cukup tegas sebab tidak amanah dalam menjalankan tugas, apatah lagi mahu mengambil duit/harta kerajaan yang semestinya haram sama sekali.

Kalau betul lah Abah ada ambil duit-duit tu, tak ada lah Abah pakai wira jek selama 9 tahun Abah bekerja. Tak adalah Abah hanya beli Merce second hand yang harganya tidak sampai RM100k tu. Tupon Abah beli selepas 3 anaknya telah bekerja dan seorang anaknya mendapat biasiswa JPA.

Kalau betul lah Abah ambil duit-duit tu, tak adalah Abah jahit seluar-seluar kerja nya yang terkoyak, tak adalah Abah pakai baju kerjanya yang sama selama beberapa tahun tak bertukar baru, tak adalah Abah pakai t-shirt2 atau topi2 'free' yang Abah dapat dari IPG etc. Tak adalah Abah berfikir 2,3 kali apabila mahu beli kasut kerjanya yang harganya mencecah RM200. Mesti Abah dah lama beli baju2 branded, kasut2 branded, selalu tukar baju2 kerja dan sebagainya.

Kalau betul lah Abah ambil duit-duit tu, tak adalah Abah tanya anak2 nya kenapa, setiap kali kami meminta duit poket dari Abah semasa kami belajar dahulu. Tak adalah kami sekeluarga kadang2 makan lauk sayur lemak dengan ikan masin jek. Mesti kami sekeluarga dah bermewah2 sahaja KALAU lah Abah ada ambil duit-duit tu.

Memang la*nat la manusia2 tu tuduh Abah yang bukan2. Saya rasa mereka tu yang tak betul. Bengang dengan Abah saya yang nak buat kerja2nya tu. Sebab tulah mereka buat surat layang tu.

Saya teringat lagi kata-kata Abah pada saya,

"Kerja Kerajaan ni, kita sebenarnya banyak buat amal jari'ah..."

Ntahlah, tak tahulah saya nak cakap macam mana lagi dah. Biar Allah sahaja yang menunjukkan kebenaran. Yang memberi balasan2 setimpal kepada makhluk2 tu! Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang Maha Adil dan Maha Mengetahui.

15/10/2011, ujian lagi menimpa Abah. Abah mengalami kemalangan di Lebuhraya PLUS berdekatan dengan Yong Peng semasa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah tamat menghadiri majlis sukan IPG yang dirasmikan oleh TPM.

Hari tu Abah terpaksa drive sendiri sebab driver IPTI tak ada yang boleh bawa Abah. Abah bertolak ke Seremban jam 4.00 pagi Sabtu tu, lepas habis majlis dalam pukul 11 pagi Abah terus memandu pulang. Takdir telah menentukan, Abah terlanggar divider sebelah kiri jalan. Lima bahagian divider telah Abah langgar.

Merce yang Abah bawa memang hancur di bahagian depan nya. Memang total lost. Dah tak boleh nak baiki lagi dah.

Kalau tengok pada keadaan kereta tanpa melihat keadaan Abah terlebih dahulu, bukan sahaja Umi, saya pon akan pitam memikirkan benda yang bukan2 menimpa Abah.


Bahagian depan kereta hancur. Dah tak nampak rupa atau jenis kereta lagi dah. Bahagian belakang seat driver telah tertusuk oleh divider jalan sehingga menghancurkan bahagian seat. KALAU ada orang duduk di belakang waktu tu, nauzubillah. Bahagian cermin seat sebelah passenger pula pecah dan serpihan2 kaca mengenai siapa2 yang duduk di situ, KALAU ada yang duduk di situ waktu tu, nauzubillah. Cermin depan Abah, cermin tingkap seat driver, ALHAMDULILLAH, tidak pecah. Hanya pintu driver sahaja kemek sehingga kan pintu tak boleh dibuka. Tu sahaja.


Selepas kejadian, Abah tersedar dan boleh merangkak keluar melalui pintu sebelah penumpang hadapan. Cermin mata Abah pon Alhamdulillah, tidak pecah. Terletak elok2 atas tempat meter kereta. HP Abah pula tercampak sedikit tapi masih lagi boleh berfungsi. Abah hanya mengalami bengkak di tangan kiri dan sakit di bahagian dada akibat impact yang kuat kerana Abah memakai seat belt. Harap2 nya tiada yang serius di bahagian dada Abah.

Tapi secara keseluruhannya, Abah okay.

Kalau tengok pada keadaan kereta, mesti orang tak percaya Abah yang memandu kereta tersebut. Sehingga kan hari ini, seminggu selepas kejadian, saya masih lagi tidak percaya yang Abah mengalami kemalangan tersebut. Memang Allah selamatkan Abah. Allahu Akbar.

Memang pada waktu kejadian, Abah dilindungi Allah. Allah selamatkan Abah. Kejadian berlaku seperti satu keajaiban. Keajaiban yang Abah terselamat dari kemalangan tersebut. Allah masih panjang kan umur Abah. Allahu Akbar!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Hanya itu sahaja yang saya mampu ucapkan.

Maha suci Allah, yang Maha BERKUASA atas segala2 nya. Walaupun benda itu mustahil bagi akal fikiran kita tapi sekiranya Allah berfirman 'Kun fa ya Kun', ia akan terjadi. Tidak boleh tidak.

Syukur Allah masih panjang kan umur Abah. Syukur Allah masih memberi kami peluang untuk merasai nikmat mendapat kasih sayang dari seorang insan bergelar Abah. Syukur Allah masih memberi kami peluang untuk menghabiskan masa bersama Abah. Syukur sangat2. Alhamdulillah.

Tapi Abah terpaksa cari kereta lain lepas ni. Kereta Abah sudah tiada. Dalam sekelip mata sahaja. Memiliki Merce tu selama setahun 2 bulan bagaikan mimpi. Nikmat kenderaan tu Allah dah tarik balik tapi yang Allah masih kurniakan kepada Abah, tiada tolok bandingannya bagi Abah dan kami sekeluarga.

Takpe, ada hikmah di sebalik semua yang terjadi kepada Abah. Insya Allah, ganjarannya akan Abah terima dari Allah. Kalau tidak di dunia ini, sudah pastinya di akhirat sana.

Kakak tahu Abah tabah. Kakak tahu Abah kuat. Kakak tahu Abah sabar dalam menghadapi segala ujian yang menimpa Abah. Ujian2 ini bukan Abah sahaja yang terasa tapi ia turut tempias kami sekeluarga. Insya Allah, kami sentiasa bersama Abah. Kami sentiasa doakan yang terbaik buat Abah. Kami sentiasa doakan agar kita sekeluarga hidup di bawah lindungan dan rahmat dari NYA.

Sebab tanpa Dia, sia-sia lah hidup kita di dunia ni...

Paling penting, kakak sayang Abah sangat2! Abah lah ayah kakak dunia akhirat, walau apa pon terjadi...

Wallahu a'alam.

1 comment:

  1. Salam Tintin.

    Takziah atas apa yang terjadi. 'Ala kulli hal, syukur abah awak selamat. Semoga kes surat layang tu dapat diselesaikan. Allah sentiasa bersama yang benar, insya Allah =)

    ReplyDelete