Wednesday, December 14, 2011

:: Saya berharap... ::


Di ketika ini, saya berada di Muar, di rumah seorang diri. Saya cuti sakit hari ini. Dari semalam. Isnin lepas saya mula bekerja setelah 2 minggu cuti sakit. Tapi nasib tidak menyebelahi saya apabila kes2 pada hari Isnin tersebut tersangatlah banyak. Sampai 30 kes! Nasib baik takde Bicara jek.

Pagi selasa, bangun pagi, sewaktu bersiap hendak ke tepat kerja, terasa kaki ini lemah sangat. Tak boleh nak berdiri lama. Badan pon dah rasa nak demam. Last2 saya decide nak ambil MC jek. Memang tak larat. Dah lah hari tu kes banyak, bicara pulak ada 2. Tak boleh, tak boleh. Huhu.

Banyak dugaan yang datang menimpa. Dahlah saya duduk berjauhan dengan suami. Jumpa sebulan sekali jek. Sampai sekarang tak dapat duduk sama lagi. Dah banyak apply kilang2 di Muar/Melaka untuk suami tapi satu pon tak ada respon apa2. Sedih betul saya.

Tengah bersedih sebab tak dapat duduk sama, dugaan seterusnya datang lagi menimpa. Saya keguguran. Badan pulak memang lemah masya Allah. Mungkin sebab tak cukup rehat. Mana taknya, saya keguguran seminggu sebelum adik saya Ayed nak kahwin. Memanglah penat. 2 minggu lepas keguguran, majlis di rumah saya pulak. Sikit sebanyak saya terpaksa tolong umi saya. Banyak benda nak kena buat. Tak sampai hati nak duduk,baring jek sedangkan orang lain duk mengemas rumah, buat itu ini etc.

Last2 bila naik kerja hari Isnin lepas, badan terus terkejut. Badan jadi lemah tak bermaya.

Pasal kerja satu hal. Di saat2 genting, hari2 kes penuh, masa tulah saya keguguran. Habis semua kes bicara/hujahan terpaksa ditangguh kan. Last2 bawa ke tahun depan la jawabnya.

Ntahlah, mungkin dengan cara gugur ini, Allah nak bagi saya rehat. Nak bagi saya tak payah buat kerja2 tu yang sememangnya sangatlah buat saya stress! Ntah2, saya keguguran sebab saya stress. Di samping kena angkat beg2 yang penuh dengan IP tiap2 hari ke mahkamah.

Moga2 ada mata yang nampak kesengsaraan yang saya alami dan ada tangan yang membantu.

Betul kata Tuan Asyrof,

"Tak perlu arahan keluar sebenarnya, kalau memang niat ikhlas nak tolong, boleh sangat nak tolong..........."

Tak apalah, Insya Allah. Allah itu Maha Adil. Mungkin kali ni adalah ujian/dugaan untuk saya dari Nya...

Tapi saya bersyukur sebab Majistret saya baik hati. Walaupun dia tu jenis workoholic dan kalau boleh nak cepat ajek habis kan kes, tapi kerana saya sakit, dia suruh saya bagitahu jek kalau saya memang tak larat nak buat kes. Dia boleh postpone. Alhamdulillah. Terima kasih sebab memahami. Walaupun die belum berkahwin. Huu~

Di saat ini, saya berharap sangat agar encik suami dapat pindah bekerja di sini agar kami dapat duduk bersama. Bila encik suami ada di sisi, sakit2 ada yang menjaga. Susah itu ini, ada yang boleh menolong. Bukan saya kata housemate saya tidak menolong, tidak sama sekali. Cuma tak sedap kalau asyik nak menyusahkan dia saja. Kalau suami lain cerita. Nama pon teman hidup, sehidup semati kan. Huhu.

"Ya Allah, murahkan lah rezeki kami. Berjaya kanlah suami ku untuk berpindah bekerja di sini agar kami dapat hidup bersama dan saling menjaga antara satu sama lain.Sesungguhnya hamba Mu ini amatlah lemah.Hanya pada Mu lah ku memohon dan berharap.......Amiiiinn..."

Kawan2, tolong doa kan saya yer. Tolong doakan agar suami saya dapat berpindah ke sini supaya kami dapat duduk bersama...

Sesungguhnya saya amat memerlukan suami saya di sisi, terutamanya dengan keadaan saya sekarang ni...


Friday, December 2, 2011

:: Ada Hikmah di sebalik Ujian dari NYA ::


Sabtu, 26 November 2011


- Jam 4 petang : Buat UPT (Urine Pregnancy Test), Resultnya, '+'

Terkebil2 mata. Saya tengok encik suami, encik suami tengok saya. Tak sangka sangat kami akan jadi 'ibu ayah' tak lama lagi. Alhamdulillah. Rezeki..

- Jam 5.30 petang : Pergi makan sata, otak2 dan sotong goreng tepung bersama keluarga mentuwe. Semua ada. Walid ajak pergi makan selepas encik suami beritahu mak dan walid yang saya nak makan sata tapi semalam kedai tutup. Aaarghh.. terharuuu!!!

- Jam 9 malam : Pergi klinik di Kemaman untuk buat 'pengesahan'. Tapi doktor cakap tak perlu. Kalau test '+' kira betul lah tu. Doktor cakap due date bulan Julai tahun depan. Minggu depan dah boleh scan tengok jantung baby. Warghh! *mimpikah ini?*

Encik suami dah excited. Dah bagi hint kat family in laws. Adik ipar saya dah excited sebab tak lama lagi nak dapat anak saudara...

Ahad, 27 November 2011

- Jam 10 pagi : Ada stain keluar. Saya dan encik suami dah risau. Surf kat internet. Pendarahan di awal kehamilan adalah perkara biasa. Tapi hanya darah coklat2. Isk.

- Jam 6 petang : Stain masih lagi ada. Makin banyak. Hati saya dah makin risau sampai menangis. Encik suami cuba menenangkan saya.

- Jam 11 malam : Berangkat pulang ke Johor Bahru dengan bas. Mak, walid, Wan dan encik suami hantar ke bus stand. Dalam hati ni hanya Tuhan sahaja yang tahu risaunya.

Isnin, 28 November 2011

- Jam 6 pagi : Tiba di Johor Bahru. Bukan sahaja stain tapi dah macam period pulak. Tetiba saya menangis. Call encik suami. Dia suruh saya pergi klinik.

-Jam 3 petang : Pergi klinik dengan umi. Doktor suruh refer hospital. Dia tak berani nak buat apa2. Dia suspect 'threatend abortion'.

-Jam 3.30 petang : Pergi Hospital Sultan Ismail. Memula masuk untuk bagi Urine. Masa tu dah keluar 'ketulan daging'. Lain daripada period biasa. Air mata dah menitik dalam toilet tu sorang2. Dah fikir bukan2 dah. Bagi Urine pada nurse, kena tunggu lagi. 2jam lebih lepas tu baru dipanggil untuk cek. Masa tu pinggang dah sakit2 dan lenguh2 dah. Isk.

-Jam 5.30 petang : Nama dipanggil. Doktor tanya itu ini. Saya bagi tahu yang saya tak ada sakit perut, tak ada jatuh2. Doktor scan. Tapi tak nampak katanya. Last2 dR refer pada O & G pulak. Arghh..

-Jam 5.45 petang : Naik ke O & G. Masuk ke 'Bilik Saringan'. Tukar pakai kain warna pink yang disedia kan. Tak lama ada seorang Doktor India perempuan muda datang. Dia tanya itu ini pastu suruh saya baring. Saya dah tak sedap hati dah. Buat itu, buat ini. Selup2. Masa tu air mata tetiba mengalir. Sakit...

- Jam 6.30 petang : Datang seorang Doktor Cina perempuan pulak. Tua sedikit. Doktor senior ni. Dia pula cek. Nak make sure dah keluar semua, tak ada yang tertinggal lagi dah. Alhamdulillah, memang semua dah keluar sendiri. Tak perlu buat D & C. Bila dah siap semua, tetiba ada seorang nurse datang inject. Pergh. Sakit gak kena inject.isk.

Doktor cakap, kalau lepas ni ada sakit2 lagi, ada bleeding lagi, refer balik ke sini. Confirm, saya 'Complete Miscarriage'......

- Jam 8.15 malam : Duk tercongok tunggu untuk di Discharge. Ntah apa la yang lambat sangat ntah. Last2 report siap simple jek. Nama saya pon tak ada. Nasib baik dapat MC jugak. Kena kepilkan sekali la dengan repot tu. Huu. Badan dah rasa lemah. Kepala dah pening2 macam nak muntah. Kenapa tetiba jadi macam gini? Isk.

Doktor bagi MC 5 hari. Tak boleh mengandung dalam masa 6 bulan. Paling singkat pon 3kali period. Mak aih. Biar betul? Nak buat macam mana, nak bagi rahim saya sihat dan kuat dulu. Baru boleh tampung kandungan yang baru.Isk.

Balik rumah, terasa macam mimpi jek. Tak sangka yang saya baru lepas gugur. Tak percaya saya pregnant in the first place pon sebenarnya. Terasa bagai mimpi. Mimpi ngeri.

Kalau tak lagi 7 bulan dah boleh bagi cucu kat umi & abah, mak & walid. Kesian mereka dah lama tunggu nak timang cucu. Dah 9bulan tunggu.

Takpelah, semua yang berlaku atas ketentuan NYA. Dia adalah yang sebaik-baik perancang. Insya Allah, ada hikmah di sebalik keguguran ini. Ada yang lebih baik yang telah Dia rancang buat saya. Buat encik suami, buat parents kami dan buat kami sekeluarga secara am nya.

Tak sangka sebenarnya keguguran ni berlaku. Tak boleh agak juga kenapa ia berlaku. Saya renyah sangat ke? Atau penat sangat ke? Atau stress sangat ke? Atau rahim saya tak berapa kuat ke?

Ntahlah, macam2 yang bermain di fikiran ni. Segala 'kemungkinan' keluar dari kotak fikiran ni. Mungkin sebab kerja stress kot? Atau sebab duk angkut beg ke hulu ke hilir pergi ke court. Tak pon sebab saya asyik duk travelling ke sana ke sini. Ntahlah, jawapan hanya ada pada Yang Maha Kuasa. Hanya Dia yang Maha Mengetahui.

Sekarang ni, badan masih lemah. Hari tu baru lepas 6hari gugur dah berjalan berarak sempena Ayed kahwin so kaki ni sampai bengkak. Nak berdiri lama pon dah tak larat. Kena extend cuti lagi. huhu.

Yerp, adik saya yang no3 dah kahwin. Ala, yang bertunang 1/1/2011 hari tu. Dengan orang Muar tu lah. hehe. Nanti next entry saya upload gambar kahwin dia kay.

Ini pon dah banyak benda tertinggal nak cerita. 28/10/2011 lepas Huda aka bestfriend aka pengapit saya kahwin. Saya dan Hubby pergi naik Jitra sana nun. Pastu jenjalan Penang. Pasal tu pon tak sempat nak update lagi. Alih2 timbul cerita keguguran ni pulak. Hoho.

Takpelah, walaupun perit untuk diri ini telan dan tempuhi, tapi saya pasrah. Saya yakin bahawa ada yang lebih baik menanti kami...

Doakan saya cepat2 sembuh yer. Cepat2 badan ni sihat dan kuat semula macam biasa. Lagi 3,4 bulan, doakan saya mengandung pulak. Hee. Insya Allah. Amiiiin!~

Monday, October 17, 2011

:: Ujian buat Abah ::


Assalamualaikum semua...


Harapnya berada di bawah lindungan dan rahmat NYA sentiasa..

Sesungguhnya, kita sebagai manusia kena sentiasa bersyukur diberi kenikmatan dan peluang untuk masih lagi bernyawa di atas muka bumi Allah ini. Juga untuk nikmat Iman & Islam yang Allah kurniakan kepada kita sedari kita dilahirkan di bumi yang fana ini.

Kali ni saya hendak berkongsi sedikit berkenaan apa yang telah berlaku terhadap Abah saya.

Insan yang saya gelarkan 'hero' saya sejak saya dilahirkan. Walaupun saya kini telah bersuami, tapi kedudukan Abah sebagai hero saya masih saya rasa tidak berganjak dari hati ini. (Jangan jeles ye encik Hubby.hee)

Kebelakangan ini, Abah di uji dengan 2 cabaran yang boleh saya katakan 'hebat' dalam hidup Abah. Pertama sekali, 3minggu yang lepas, saya diberitahu oleh umi saya bahawa Abah telah mendapat 'surat layang' dari insan/insan2 yang berhati busuk yang penuh dengan sifat hasad dengki terhadap Abah.

Tak tahu siapa pengirim nya. Sebab tulah ia dinamakan surat layang. Betul tak? huhu.

Tapi bagi saya makhluk2 ini pengecut. Sebab tak berani untuk face to face dengan Abah meluahkan perasaan ketidak puasan hati terhadap Abah. Sebab tu saya katakan mereka ini hanya penuh dengan hasad dengki dengan Abah semata.

Surat layang tersebut mengandungi bermacam-macam tuduhan, tohmahan dan fitnah terhadap Abah semata. Basically menuduh Abah 'mengambil' duit kerajaan.

Astaghfirullah hal 'Azim. Itulah jawapan yang Abah keluarkan apabila umi bertanya berkenaan tohmahan2 itu. Walaupun umi sebenarnya tahu, jauh dari sudut hati Abah untuk Abah berbuat demikian.

Saya tahu Abah saya macam mana. Saya bukan menyebelahi Abah sebab Abah ayah saya tapi sebab saya tahu Abah saya macam mana. Dari hal tolong orang punch kan 'punch card' pon Abah cukup tegas sebab tidak amanah dalam menjalankan tugas, apatah lagi mahu mengambil duit/harta kerajaan yang semestinya haram sama sekali.

Kalau betul lah Abah ada ambil duit-duit tu, tak ada lah Abah pakai wira jek selama 9 tahun Abah bekerja. Tak adalah Abah hanya beli Merce second hand yang harganya tidak sampai RM100k tu. Tupon Abah beli selepas 3 anaknya telah bekerja dan seorang anaknya mendapat biasiswa JPA.

Kalau betul lah Abah ambil duit-duit tu, tak adalah Abah jahit seluar-seluar kerja nya yang terkoyak, tak adalah Abah pakai baju kerjanya yang sama selama beberapa tahun tak bertukar baru, tak adalah Abah pakai t-shirt2 atau topi2 'free' yang Abah dapat dari IPG etc. Tak adalah Abah berfikir 2,3 kali apabila mahu beli kasut kerjanya yang harganya mencecah RM200. Mesti Abah dah lama beli baju2 branded, kasut2 branded, selalu tukar baju2 kerja dan sebagainya.

Kalau betul lah Abah ambil duit-duit tu, tak adalah Abah tanya anak2 nya kenapa, setiap kali kami meminta duit poket dari Abah semasa kami belajar dahulu. Tak adalah kami sekeluarga kadang2 makan lauk sayur lemak dengan ikan masin jek. Mesti kami sekeluarga dah bermewah2 sahaja KALAU lah Abah ada ambil duit-duit tu.

Memang la*nat la manusia2 tu tuduh Abah yang bukan2. Saya rasa mereka tu yang tak betul. Bengang dengan Abah saya yang nak buat kerja2nya tu. Sebab tulah mereka buat surat layang tu.

Saya teringat lagi kata-kata Abah pada saya,

"Kerja Kerajaan ni, kita sebenarnya banyak buat amal jari'ah..."

Ntahlah, tak tahulah saya nak cakap macam mana lagi dah. Biar Allah sahaja yang menunjukkan kebenaran. Yang memberi balasan2 setimpal kepada makhluk2 tu! Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang Maha Adil dan Maha Mengetahui.

15/10/2011, ujian lagi menimpa Abah. Abah mengalami kemalangan di Lebuhraya PLUS berdekatan dengan Yong Peng semasa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah tamat menghadiri majlis sukan IPG yang dirasmikan oleh TPM.

Hari tu Abah terpaksa drive sendiri sebab driver IPTI tak ada yang boleh bawa Abah. Abah bertolak ke Seremban jam 4.00 pagi Sabtu tu, lepas habis majlis dalam pukul 11 pagi Abah terus memandu pulang. Takdir telah menentukan, Abah terlanggar divider sebelah kiri jalan. Lima bahagian divider telah Abah langgar.

Merce yang Abah bawa memang hancur di bahagian depan nya. Memang total lost. Dah tak boleh nak baiki lagi dah.

Kalau tengok pada keadaan kereta tanpa melihat keadaan Abah terlebih dahulu, bukan sahaja Umi, saya pon akan pitam memikirkan benda yang bukan2 menimpa Abah.


Bahagian depan kereta hancur. Dah tak nampak rupa atau jenis kereta lagi dah. Bahagian belakang seat driver telah tertusuk oleh divider jalan sehingga menghancurkan bahagian seat. KALAU ada orang duduk di belakang waktu tu, nauzubillah. Bahagian cermin seat sebelah passenger pula pecah dan serpihan2 kaca mengenai siapa2 yang duduk di situ, KALAU ada yang duduk di situ waktu tu, nauzubillah. Cermin depan Abah, cermin tingkap seat driver, ALHAMDULILLAH, tidak pecah. Hanya pintu driver sahaja kemek sehingga kan pintu tak boleh dibuka. Tu sahaja.


Selepas kejadian, Abah tersedar dan boleh merangkak keluar melalui pintu sebelah penumpang hadapan. Cermin mata Abah pon Alhamdulillah, tidak pecah. Terletak elok2 atas tempat meter kereta. HP Abah pula tercampak sedikit tapi masih lagi boleh berfungsi. Abah hanya mengalami bengkak di tangan kiri dan sakit di bahagian dada akibat impact yang kuat kerana Abah memakai seat belt. Harap2 nya tiada yang serius di bahagian dada Abah.

Tapi secara keseluruhannya, Abah okay.

Kalau tengok pada keadaan kereta, mesti orang tak percaya Abah yang memandu kereta tersebut. Sehingga kan hari ini, seminggu selepas kejadian, saya masih lagi tidak percaya yang Abah mengalami kemalangan tersebut. Memang Allah selamatkan Abah. Allahu Akbar.

Memang pada waktu kejadian, Abah dilindungi Allah. Allah selamatkan Abah. Kejadian berlaku seperti satu keajaiban. Keajaiban yang Abah terselamat dari kemalangan tersebut. Allah masih panjang kan umur Abah. Allahu Akbar!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Hanya itu sahaja yang saya mampu ucapkan.

Maha suci Allah, yang Maha BERKUASA atas segala2 nya. Walaupun benda itu mustahil bagi akal fikiran kita tapi sekiranya Allah berfirman 'Kun fa ya Kun', ia akan terjadi. Tidak boleh tidak.

Syukur Allah masih panjang kan umur Abah. Syukur Allah masih memberi kami peluang untuk merasai nikmat mendapat kasih sayang dari seorang insan bergelar Abah. Syukur Allah masih memberi kami peluang untuk menghabiskan masa bersama Abah. Syukur sangat2. Alhamdulillah.

Tapi Abah terpaksa cari kereta lain lepas ni. Kereta Abah sudah tiada. Dalam sekelip mata sahaja. Memiliki Merce tu selama setahun 2 bulan bagaikan mimpi. Nikmat kenderaan tu Allah dah tarik balik tapi yang Allah masih kurniakan kepada Abah, tiada tolok bandingannya bagi Abah dan kami sekeluarga.

Takpe, ada hikmah di sebalik semua yang terjadi kepada Abah. Insya Allah, ganjarannya akan Abah terima dari Allah. Kalau tidak di dunia ini, sudah pastinya di akhirat sana.

Kakak tahu Abah tabah. Kakak tahu Abah kuat. Kakak tahu Abah sabar dalam menghadapi segala ujian yang menimpa Abah. Ujian2 ini bukan Abah sahaja yang terasa tapi ia turut tempias kami sekeluarga. Insya Allah, kami sentiasa bersama Abah. Kami sentiasa doakan yang terbaik buat Abah. Kami sentiasa doakan agar kita sekeluarga hidup di bawah lindungan dan rahmat dari NYA.

Sebab tanpa Dia, sia-sia lah hidup kita di dunia ni...

Paling penting, kakak sayang Abah sangat2! Abah lah ayah kakak dunia akhirat, walau apa pon terjadi...

Wallahu a'alam.

Saturday, October 8, 2011

:: Syawal sudah berlalu ::

Assalamualaikum kawan2!!


Lama betul saya tak update blog ni. Dari sehari sebelum raya sampai dah habis Syawal dah! ish3.


Maaflah atas kelewatan ini. Bila teringat nak update, tengah busy dengan kerja. Bila free pulak, takde kerajinan pulak yang datang menjelma. *Haih*


Okaylah. Mari kita mulakan dengan meng update kisah hidup saya. Cewah.


Mula-mula tak lain tak bukan, pasal Raya lah! Kan saya dah cakap nak upload gambar raya saya bersama hubby. So memang wajib upload la kan. First time raya sebagai seorang isteri wo.









Tak larat nak upload gambar banyak2. Hee. Maka, berlalulah sudah raya pertama saya sebagai seorang yang bergelar isteri, bersama seorang insan yang bergelar suami. First time beraya di Kijal, Kemaman. Dengan surrounding yang berbeza. Dengan orang2 yang berbeza. Dengan keluarga baru saya. Alhamdulillah. Semuanya baik-baik sahaja. Keluarga mentuwa saya baik. Mereka melayan saya dengan baik. Takde lah rasa sayu sangat beraya tanpa keluarga saya disisi. Lagipon mereka juga keluarga saya sekarang ni. Keluarga baru saya. Hehehe.



Alhamdulillah juga sebab saya ada seorang adik ipar perempuan yang baik hati. Dialah peneman saya di dapur dan peneman saya berborak2 dan kongsi2 cerita. Ada cerita yang dia bagitahu saya yang along dia sendiri pon tak tahu. Tu yang best tu jadi 'the only kakak ipar yang sporting'. Bwahahahaha. (okay, perasan sekejap! (*_*)

Walaupun saya seminggu berada di Kemaman tapi beraya hanya sempat 2 hari di sana. Raya ke 3 dah balik ke JB untuk beraya di JB pulak. Nak buat macam mana. Hubby cuti raya tak lama. Isk.

Alhamdulillah. Raya pertama saya bersama Hubby memang lah best! Walaupun tak lama. Walaupon raya ke 5 dah kena berpisah dengan hubby dah. hukhuk.

Okay. Seterusnya adalah berkenaan dengan perkahwinan Una & Dolah.

Dua2 budak UIA, dua2 budak Syariah sama dengan saya. Dan dua2 jugaklah pergi ke wedding saya makanya saya semestinya wajib hadir ke wedding mereka. Huhu. Memandangkan majlis mereka adalah seminggu selepas habis minggu beraya, jadi hubby tak dapat nak cuti lagi. Jadi saya terpaksa lah jadi single sekejap, join kawan2 yang single pergi ke wedding mereka tu.

Sangat best hang out dengan mereka. Terasa rindu zaman belajar dulu. Bukan senang nak kumpulkan semua kalau bukan sebab majlis kahwin macam gini. Bila dah sampai ke Kedah sana. Apa lagi, berjalan sampai ke Penang sana lah. Nasib baik lah Syifa ada. Port untuk tidur rumah dia lah ape lagi. Tourist guide pon dia. So dapatlah kami merasa makanan2 yang best yang ada kat Penang tu. hehe.

Tapi semasa dalam perjalanan pulang, ada kisah tragis yang berlaku. Kereta kak long buat hal sehingga menyebabkan saya terpaksa pulang menaiki bas dari Penang ke KL kemudian ambil bas dari kL ke Muar pulak. Sorang2!~

Kak Long dan Nazirah pulak. Sampai ke rumah masing jam 10,11 malam. Oh memang tragis.

Takpelah, mende dah jadi. Nak buat camne kan. So, wedding Huda lepas ni aka pengapit saya, hubby saya akan ikot sekali. Supaya kalau apa2 jadi, isteri dia tak keseorangan. huu~

Buat Una & Dolah,


Selamat Pengantin Baru!~


Semoga berbahgia hingga ke syurga hendaknyaa...


"Barakallahu Lakuma wabaraka 'alaikuma Wa jama'a baina kuma filkhair"






Okaylah. Setakat ini saja update saya sepanjang bulan Syawal yang lalu. Jumpa lagi di lain entry. Take care guys!~

Monday, August 29, 2011

:: Es0k Raya! ::

Assalamualaikum kawan-kawan...

Hari ni last day kita berpuasa, esok dah raya. Sekejap jek Ramadhan berlalu. Dah sebulan dah kita berpuasa diam tak diam. Huhu.

Di kala ini, saya berada di rumah Wan, di Kemaman. Setiap kali saya balik ke Kemaman, saya mesti kena gilir2 tidur di rumah Mak dan Wan. Dua2 nak saya tidur di rumah mereka. (Ok, itu ayat poyo. Abaikan. haha)

Walaupun esok raya tapi hari ini encik suami masih lagi bekerja. Kejam tak kilang dia? Hukhuk. Tapi takpe,insya Allah cuti raya dia agak lama. Sampai raya ke 5. Lama ke? huhu.

Kalau dah kat Kemaman di kala ini, semestinya kerana tahun ni saya beraya bersama keluarga mertua saya. Bagi chance la kat hubby. Tahun depan kat JB pulak! hoho. Tapi raya ke3 kami tetap akan pulang beraya di JB jugak. Cuma saat2 yang syahdu nya adalah pada pagi raya, di kala takbir bergema. Esok saya dapat rasakan air mata ni akan menitis mengingat kan umi & Abah saya di JB. Hubby pon dah dapat agak dah. Dia dah sound awal2 supaya jangan menangis. Isk. Takpelah, kalau saya menangis, dia lah yang kena tenang kan saya. Kena peluk saya bagi saya okay. hukhuk.

Jadi, tahun ni Raya saya betul2 berubah 100%!

Raya pertama bergelar isteri. Raya pertama bersama insan bergelar suami. Raya pertama bersama keluarga baru saya. Raya pertama beraya di Kemaman. Raya pertama dengan suasana yang lain. Raya pertama menjamu juadah raya yang agak berbeza. huhu.

Takpelah, kata orang, 'Jauh perjalanan, Luas pemandangan'. Bila lagi nak merasa raya yang berbeza dari biasa. Betul tak?

Alhamdulillah, keluarga mertua layan saya dengan baik. Tambah pulak ada adik ipar perempuan saya yang satu tu, yang baik hati. Ada lah juga peneman saya buat kerja2 dapur. Lama-lama saya kat sini, seminggu pon saya dah boleh naik sekilo rasanya! Mana taknya, asyik makan nasi jek. Lauk pauk toksah cakap lah, meriah masya Allah! Mesti lebih dari satu jenis lauk setiap kali makan.

Semalam, saya dan adik ipar saya, Kak Chik dan di 'monitor' oleh Wan, buat tapai pulut. Iyer, adat orang Terengganu, bila raya mesti ada tapai pulut. Selalu duk makan jek reti, tapi kali ni dah belajar buat sendiri. Best2!

Hari ni pulak, nak belajar buat ketupat daun palas. Selama ni pon reti makan jek. Pernah la jugak makan ketupat daun palas, almaklumlah, umi saya kan orang Kelantan. Tapi buat nya dop reti. (eh, terkeluar slang Ganu kitee pulak!)

Malam karang, mesti lagi meriah. Nak masak juadah rayanya. Nak masuk2 kan duit raya dalam sampul bersama hubby dan juga gosok baju raya insan bergelar suami. Paling best sebab semestinya warna baju raya kami sedondon! Ahaks!~ Tak sabar nak pakai esok! hehe.

Bila cakap pasal gosok baju raya, teringat pulak rutin tahunan saya setiap kali malam raya menjelma. Gosok baju semua ahli keluarga saya. Almaklumlah, adik2 saya semua kan hero-hero belaka, (yg kecik sekali perempuan tapi masih belum mahir gosok baju) Jadi, jangan haraplah mereka nak gosok baju raya mereka sendiri. Kadang2 geram juga sebab dah besar gajah pon malas gosok baju sendiri tapi bila memikirkan umi saya jugak yang akan pening pada pagi raya apabila baju raya belum gosok, samping raya entah ke mana, butang baju raya baru nak dicari, sebabtu saya tolong buat kan semua. Kalau ikutkan hati, saya gosokkan baju Abah, Umi, Sya & saya punya jek sudah. hoho.

Tapi tahun ni, mesti umi saya yang gosok kan baju2 raya setiap ahli keluarga saya. Tak pon Abah, setelah kesian kan umi yang tak menang tangan nak kena buat macam2. Kalaulah JB tu dekat, saya balik kejap untuk gosok kan baju2 raya. isk.

Okay. Cukup pasal raya. Nak cakap pasal hari jadi hubby saya pulak. Hee~

26 Ogos yang lepas adalah hari jadi encik suami saya. Harijadi pertama dia bergelar suami. Sebabtu saya gigihkan juga untuk pulang ke Kemaman pada 26 Ogos tu, untuk berada di sisi suami semasa di harijadinya. Paling best, saya siap buat kan dia kek coklat taw. Dari JB sana saya angkut naik bas. Hoho. Alhamdulillah, semua orang puji kek coklat saya sedap! Bapa mertu aka walid cakap, "Sedapnya kek coklat Kak Fatin!" Oh, malu sekejap! (-_-)

Sekali mengadap saja kek coklat saya dah licin satu tupperware. Alhamdulillah.

Buat suami yang tersayang, "Selamat Hari Jadi! Semoga Abang dipanjangkan umor, dimurahkan rezeki & diberkati Allah selalu. Mwaahhhsss!!"

Ucapan2 lain seperti di dalam birthday card yer. hee~

Okay, next pasal baby pulak. Eh, bukan baby saya tapi baby bestfriend saya, Nurul Hidayah aka Ell yang sudah selamat melahirkan baby boy pada 9.15 malam tadi, 28hb Ogos 2011. Dan juga buat officemate yang tersayang, Puan Zai yang juga telah melahirkan baby boy pada 25hb Ogos yang lalu, sehari sebelum harijadi hubby. Hehe.

Semoga kehadiran orang baru dalam hidup mengeratkan lagi kasih sayang antara kalian!

Beshnya beraya bersama orang baru. Mesti baby dapat banyak duit raya nanti kan. Hehe. Cuma yang tak besh nya, tak dapat nak jalan2 beraya. Tak dapat juga makan juadah raya. Isk. (Ni yang nak kena plan timing nih, jangan bersalin waktu raya. oopss! haha)

Okaylah. Sampai di sini dahulu. Nanti saya bebel pasal raya pulak yer. Gambar saya dan suami yang pakai sedondon pun saya akan upload juga. yeayy!

Di kesempatan ini, saya dan suami ingin memohon maaf atas segala kesilapan & keterlanjuran kata selama ini. Semoga Syawal kali ni membawa seribu makna buat kita semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin!~

Wednesday, August 3, 2011

:: Tragedi 1 Ramadhan ::


Salam Ramadhan kawan-kawan sekalian..

Harapnya saya tidak begitu lambat mengucapkan "selamat meng'imarahkan Ramadhan" kepada anda semua.......

Hari ini sudah masuk hari ke 14 Ramadhan.

Entry ni sebenarnye dah lama berada dalam draf tapi tak berkesempatan nak siapkan sepenuhnya untuk di 'post' kan.

Semalam, Alhamdulillah, saya berada di Johor Bahru bersama suami tersayang untuk sama-sama menjalani ibadah puasa bersama. Kali pertama puasa saya sebagai seorang isteri.

Entry ini pada awalnya nak menceritakan tragedi di awal Ramadhan hari tu. Begini kisahnya...

Di akhir2 bulan Julai sebelum Ramadhan menjengah, saya pulang ke Kemaman untuk berjumpa dengan keluarga mertua saya esp suami saya yang tercinta!~

Tapi yang sedihnya, saya tak sempat untuk meraikan awal Ramadhan bersama mereka kerana saya terpaksa pulang menaiki bas ke Johor Bahru pada malam 1 Ramadhan itu. Wan dan mak telah sediakan bekal untuk saya bersahur di dalam bas. Oh saya sungguh terharu. Wan masak daging ala2 rendang kot semata-mata untuk bekalkan saya bersahur. Terharu kan?

Jadi, puasa pertama saya, saya bersahur di dalam bas berbekalkan makanan yang disediakan oleh wan dan mak. Sedih tak? isk.

Pagi 1 Ramadhan tu, saya dah tiba di Johor Bahru. Penatnya hanya Allah sahaja yang tahu. Puasa pertama saya dihabis kan dengan tidur sehari suntuk. Dengan keadaan badan yang ala2 nak demam dah rasanya. Tak tahulah kenapa tiba2 badan ni rasa lain macam jek. Selepas berbuka, badan saya semakin panas, jadi lepas umi habis tarawih, saya dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Oh yer, saya tak jadi balik ke Muar malam tu walaupun hari Selasa adalah hari bekerja.

Tragedi di klinik bersama umi & Sya, saya rasa tak patut saya ceritakan di sini walaupun ia nya agak 'penting' untuk saya ingati. Semoga ingatan peristiwa itu kekal di dalam sanubari ini sahaja. Hee~ Paling penting, saya dapat MC 2 hari!

Alhamdulillah, minggu tu pulak saya memang takde kes di mahkamah. Fiuh!~ Hari Selasa malam saya ada bercadang untuk pulang ke Muar memandangkan saya ada kes pada hari Rabu tetapi telah dihalang oleh umi saya. Belum sihat lagi katanya. Lagipon saya kan dapat MC 2 hari remember?

Jadi tersadai lah saya selama 2 hari di JB kerana tidak sihat. Sungguh tragis awal Ramadhan saya kali ni. Kalau dah tak sihat tu, tarawih entah ke mana, mengaji pon entah ke mana. Solat fardhu pon buat perlahan-lahan jek. Badan memang tak larat.

Rabu malam, saya kembali ke Muar. Walaupon hanya ada Khamis dan Jumaat sahaja untuk bekerja. Rajin kan saya? hahaha. Paling best, Khamis malam, ada orang belanja kami satu ofis berbuka di Hotel Classic. Oh sungguh klasik kan? heee~ Rezeki2...Alhamdulillah~

Secondly, kisah hujung minggu ini.

Hujung minggu ni, saya baru merasa berpuasa bersama encik suami tersayang setelah kami menjadi suami isteri Februari yang lalu. Walaupun hanya sempat untuk berbuka puasa 2kali dan sahur hanya sekali, tetapi saat2 itu saya sangatlah hargai.

Pagi Jumaat semasa menuggu encik suami tiba dari Kemaman, encik suami tak sempat nak bersahur dengan saya walaupon saya dah masakkan juadah untuk bersahur bersama. Basnya lambaattt!! gerrrammm! Kesian encik suami, dia hanya sempat bersahur dengan sekotak air milo dan sekeping biskut sahaja. =(

Semalam, saya dan suami pergi jalan2 di Jusco. Saya nak beli kan dia hadiah sempena hari jadinya yang bakal tiba pada 26hb nanti. Encik suami yang pilih sendiri hadiah yang dia nak. Almaklumah, saya takut kalau saya yang belikan sendiri, nanti dia tak berkenan pulak! Lagi sedih kalau dia tak pakai terus. huhu.

Setelah selesai belek-membelek, akhirnya encik suami berjaya berjumpa dengan hadiah idamannya. Sudah bertahun dah dia teringin nak pakai brand tersebut katanya. Boleh lah pakai untuk beraya nanti! hee~

Saya pulak nak cari kasut raya waktu tu. Pusing punya pusing, tiba-tiba encik suami kata dia nak belanja. Wah, biar betul. Ni yang best nih! Apa lagi, lagi bersemangat lah saya mencari-cari kasut itu. Pilih punya pilih, encik suami dah keletihan. Muka dah sememeh. Kesian pulak la hai.

Akhirnya, atas 'recommendation' dari encik suami, saya pon membuat keputusan untuk memilih satu kasut ni. Isteri kan, lagi 'afdal' ikut pilihan dan selera suami. Untuk sedap mata dia memandang jugak kan. Isteri yang ta'at tak saya? Hee~

Jam dah menunjukkan pukul 4.30 petang. Setelah selesai membeli apa-apa yang patut, kami pon bergegas pulang. Nak kejar Bazar Ramadhan pulak. Nak beli kuih-muih untuk berbuka. huhu.

Bazar Ramadhan Kg Melayu sudah cukup untuk membuatkan mata kami rambang. Semua menda rasa nak beli. Tapi tak boleh ikut nafsu. Bahaya2. Nanti tak habis pulak. Tak baik membazir. hehe.

Selepas selesai membeli, kami pon pulang ke rumah. Oh jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang! Belom solat Asar lagi. huhu.

Semalam, berbuka bersama suami buat kali ke2. Alhamdulillah.

Malam tu, encik suami kena pulang ke Kemaman. Bas pukul 10 malam. Hati ni hanya Allah sahaja yang tahu. Tak mahu lepaskan dia pulang! hukhuk.

Counting days.... to 26 of August..hukhuk~

Sunday, July 10, 2011

:: Officemates ::

Assalamualaikum kawan2...

Sebenarnya sudah beberapa kali terdetik untuk meng update blog ni cuma ia tidak menjadi realiti lagi kerana aura 'Mim Alip Lam Sin' lebih kuat bertahta. HahA.

Kali ni, saya nak perkatakan tentang "Officemates".

Setelah setahun tinggal di Muar ni demi menjalan kan amanah negara, (cewah), dari anak dara sehingga mak dara (yeke?) tambahan pula dengan encik husband jauh di sisi, erti "Officemates" amat besar buat saya. Merekalah seniors saya, merekalah sifu saya, merekalah rakan saya dan semestinya mereka jugalah officemates saya.

Alhamdulillah, saya dikurnia kan officemates yang baik belaka. Dari bos sampai lah ke rakan yang sama2 posting dengan saya. Terasa bersyukur sangat dikurniakan orang2 seperti mereka memandangkan banyak cerita2 yang saya dengar dari beberapa rakan yang nasibnya tidak berapa baik kerana dikurniakan officemates yang kejam. Ada yang sudah berhenti kerja kerana tidak tahan menanggung derita hari demi hari dengan kerenah officemates mereka ,atau lebih mudah dipanggil seniors. Kesian kan?!!

Officemates saya ada 8 orang kesemuanya termasuk kerani seorang. (okay yang kerani ni kite letak tepi laye)

Bos lelaki, diikuti dengan sifu ke2 juga lelaki. Kemudian, yang bakinya perempuan termasuk lah rakan saya yang sama2 posting dengan saya, juga perempuan.

Mereka semua tidak lokek ilmu, tidak lokek hulurkan bantuan kepada saya apabila saya benar2 perlukan nya. Kalau hal2 di mahkamah yang saya perlu rujuk senior, saya hanya perlu tekan butang di handphone untuk dapatkan mereka. Apatah lagi di office, apa yang tak tahu semuanya saya dan rakan tanya mereka. Mereka pula layankan saje soalan2 kami yang kadang2 soalan 'ntah hape2' kami aju kan buat mereka. Baik kan mereka?

Okay, cukup hal kerja. Mereka memang tolong saya. Confirm.

Tapi hal2 lain juga mereka sentiasa hulurkan bantuan.

Situasi 1:

Hantarkan saya ke bus stop di petang jumaat untuk saya pulang ke JB.

-Yang ni toksah cakaplah, semua officemates saya dah tolong hantar. Tinggal Tn Asyrof & bos jek belom. HahA. Oh ye, dan juga shaarmini, itupon sebab dia takde driving licence lagi.hee~

Situasi 2:

Hantarkan saya ke bus stop pukul 10 malam untuk saya pulang ke Kemaman.

-Yang ni setakat ni baru sekali lah, itupon muka saya dah tebal gile nak minta tolong. Mana taknya, pukul 10mlm kot, semua org ada agenda tersendiri kan. Masa ni saya minta tolong Puan Zai & hubby. Tu pon sbb rumah mereka yg paling dekat dgn rumah saya. huu~

Situasi 3:

Tumpang pergi kerja pagi Isnin sebab kereta saya dah tinggalkan di office petang Jumaat untuk balik JB.

-Yang ni pon sama, siapa lagi kalau bukan Puan Zai. Tapi saya kena make sure dulu lah pagi isnin dia memang nak ke office, kalau dia nak ke mahkamah memang saya akan cuba untuk avoid la sbb dia akan terus pergi mahkamah dari rumah dia.
-Lagi satu, yang ni boleh sampai hujung bulan 8 jek sbb Pn Zai dah nak due dah. Bila dia tengah berpantang karang nampaknya saya kena fikirkan cara lain la pulak.isk

Situasi 4:

Pergi ke court sbb Cik Viva saya tergendala seketika.

-Yang ni saya ingat time nak kawen dulu. Time tu dahla pergi office memang tumpang Puan Zai. Pastu nak pergi court pula tumpang lah siapa2 yang ada. Puan Fiza ke, Tuan Asyrof ke, Puan Tini ke.
-Jumaat lepas, tayar cik Viva pancit, saya gigihkan juga untuk sampai ke office. Saya call Tuan Asyrof tanya dia masuk office ke tak sbb saya nak tumpang pergi court, rupa2 nya dia terus pergi, dah on the way dah time tu tapi dia patah balik untuk ambil saya. Masa tu memang saya terharu sangat. Mana taknya, senior wo patah balik semata-mata nak ambil saya yang 'patah kaki' ni. huu~

Situasi 5:

Pergi ke bengkel kereta untuk dapatkan bantuan kepada Cik Viva saya.

-Masa ni saya, Shaarmini, Puan Zai & Puan Tini baru balik ronda2 Wetex. Nak uruskan pasal Cik Viva saya yang tayarnya pancit sebelah tu. Puan Tini dah masuk parking kot kat office tu, gerak lah balik ke arah bengkel kereta untuk dapatkan pertolongan. Terharu. Huu~

Situasi 6:

Seminggu sebelum kawen Cik Viva saya dah tinggalkan di JB.

-Masa ni tak tahulah saya nak cakap macam mana. Jasa Puan Zai tak terlarat eden nak balas. Setiap hari selama seminggu saya pergi & pulang kerja dengan dia. Pastu kalau dia ada kes, pon saya akan pergi & pulang dengan dia. Pergi memanjakan diri sehingga lah saya ke bus stand untuk pulang kawen juga dengan dia. Oh saya sangatlah terharu. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasamu.huu~

Situasi 7:

Memikirkan persiapan sebelum kawen.

-Yang ni, Puan Zai juga yang selalu jadi 'checklist' saya. Dia akan tanya menda2 yang saya patut buat membuatkan saya selalu updated dengan menda2 yang saya belom buat.Hee~ Maklumlah, time ni dia pon baru 4bulan kawen, jadi memang banyak menda saya refer kat dia. HehE. Pergi ambil borang nikah pulak dengan Puan Tini. Time tu dia nak ambil borang kursus kawen. hee~

Situasi 8:

Hal2 meng'cover' kerja2 di mahkamah.

-Ha, yang ini rakan saya Shaarmini yang banyak membantu. Nak2 bila husband saya turun. Almaklumah, husband saya kan cuti hari Jumaat, jadi Jumaat tu saya half day jek. Selepas selesai tugas di mahkamah, saya akan minta excuse dengan bos untuk balik awal. Alhamdulillah, bos & officemates semua faham keadaan saya.

Situasi 9:

Masa saya demam.

-Setakat ni, alhamdulillah saya baru demam sekali sepanjang saya berada di Muar. Masa tu pula housemate saya cuti & dia balik Segamat. Shaarmini dah risaukan saya suruh saya rehat, biar dia jak cover kerja2 saya. Puan Zai pula siap 'marah' kan saya sebab tak bagitahu dia time dia on the way pergi kerja pagi tu untuk hantar saya ke klinik. hehe. Takpe, saya masih larat untuk bangun. Kepala pon tak pening, bengkak mata pula dah kian surut jadi saya boleh drive sendiri jek. Tak tahulah kalau saya memang betul2 tak larat, memang saya terpaksa menyusahkan kalian la untuk bawa saya ke klinik di saat housemate saya yang seorang tu takde.huu~

Okaylah, dah banyak sangat dah situasi yang saya berikan. Dah berjela pula entry ni gamaknya. Hee~

Apa2 pon, saya sangat sayang kan officemates saya!~ Saya bersyukur sangat kerana ditempatkan di office bersama mereka yang baik2 belaka. At least, terubat sikit hati saya yang pilu tinggal jauh dengan husband ni.Hukhuk. Dan sebab mereka jugalah saya masih lagi tabah untuk hidup di Muar tanpa husband di sisi.

Saturday, June 11, 2011

*Setahun sudah*


Hari ini adalah 11 June 2011..


Saya baru pulang dari kenduri Faridah Hanim, kawan SKST bersama Abah & Umi dan juga lagi 2 kenduri yang lain iaitu kawan abah n kawan umi...

Majlis anak saudara kawan abah tu dibuat di dewan IPTI, oh mengembalikan memori 4 bulan yang lalu...warna tema kali ni adalah purple-pink...purple juga menjadi pilihan nampaknya! ahaks!~

Merenung pada tarikh hari ini, barulah terperasan yang pada tarikh ini, pada tahun lepas, 2010 merupakan tarih keramat buat saya dan bekas tunang saya yang telah menjadi suami saya pada masa ini kerana ia merupakan tarikh pertunangan kami! 11 Jun 2010..=)

Diam tak diam sudah setahun masa berlalu..fiuh!~

Buat 'bekas-tunang-saya-4bulan-yang-lalu',

"Semoga tarikh 11 Jun ini akan menjadi kenangan indah tersemat di dalam memori kita bersama..besides tarikh nikah kita yang semestinya Abang wajib ingat lah..hee~"

Semoga ikatan yang bina diberkati Allah s.w.t dan kasih sayang antara kita bertambah dari hari ke hari hendaknyaa..=)

Love y0u and will always d0..

yours truly,

-your one & onLy beloved wife-

Sunday, May 22, 2011

:: Selamat bertunang & Selamat Hari Tuwe!! ::


Hari ini merupakan hari jadi Amad yang ke 25tahun iaitu adik saya yang ke 2. Dan semalam merupakan hari pertunangannya dengan gadis pilihan hati iaitu Noor Al Fatihah di Dungun, Terengganu. Iyer, tunangan adik saya ni orang terengganu juga. Up sejam dari kampung suami saya. Wee~

Saya dapat rasa kan hadiah hari jadi terbaik buat Amad adalah pertunangannya dengan Faa.

"Lega rasanya lepas tunang~" - kata Amad. hoho.

Belum lagi Amad, ni baru fasa pertama. Fasa yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Kite kena lalui dengan tabah. Kakak harap Amad dan Faa banyak2 bersabar dan semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin.

So, sempena birthday Amad pada hari ini, Kakak nak ucap kan Selamat Hari Tuwe!! Sudah silver jubilee dah umor kamu. Sudah tuwe. Jadi semoga tahap kematangan amad seiring dengan umor Amad laye. hehe.

Oh yer, family hubby saya pon join rombongan meminang ni. Almaklumah, 45 minit jek Kemaman - Dungun. Mak, walid, Adik Fan dan Wan pon ada! Oh saya sungguh terharu. Mak siap tolong bawak kan hantaran kot! uhukk.

Terima kasih yer sebab sudi meramaikan rombongan kami yang tak berapa nak ramai ni.isk.
















Bekas tunang 3bulan yang lalu...=p lalalala~

" Selamat Bertunang Amad & Faa. Semoga korang tabah mengharungi dugaan hingga ke jinjang pelamin. Selalu beringat bahawa dugaan time tunang ni adalah datang dari Syaitan nir rojim yang sememangnya nak membantutkan pembinaan 'masjid' yang bakal dibina kelak.."

Monday, May 2, 2011

:: Selamat Bertunang Dear Bestfriend ::

Assalamualaikum Semua..=)

Walaupon saya dah lambat 2hari tapi saya tetap nak wish juga kat blog ni memandangkan baru hari ini saya ada masa terluang untuk buat entry baru ini.

2hari lepas, 30 april 2011 adalah hari pertunangan kawan baik saya yang sudah saya kenali dari tahun 2001 lagi. Iyer, kami dah berkawan selama 10 tahun sudah. Die pulak bertunang dengan jejaka yang die kenali dari sekolah lagi tapi sudah 'lost contact' sekejap sampai lah berjumpa kembali pada 8/8/8 semasa saya, dia dan seor
ang lagi kawan baik kami iaitu Atiqah pergi ke Teluk Intan dan kemudiannya bermalam di Ipoh pada masa itu. Oh kalau nak cerita kan kisah itu, kena buat enry baru la gamaknya! hehe.

Firstly, saya berasa sangat sedih sebab tak dapat untuk sama2 berkongsi kegembiraan di sisinya pada 2hari lepas. Banyak sebab saya tak dapat berbuat demikian. Antaranya, pak sedara saya berkahwin, sepupu saya berkahwin dan yang paling penting, bas untuk hubby saya naik untuk ke Kedah/ Penang dari Kemaman tiada!! Tak paham betol saya kenapa tiada perkhidmatan bas yang di sedia kan. Pada mulanya saya dan hubby plan untuk berjumpa di Penang/Kedah. Kami kena naik bas asing2, saya dari Muar dan dia dari Kemaman pada jumaat malam, dan kami akan bertemu di Kedah/Penang pada sabtu pagi. Tapi malangnya, plan itu tidak dapat dilaksanakan. Ish, kecewa bila memikirkan semula hal tu. Geram! isk.

Jadi, saya hanya mampu menatap gambar pertunangan Huda & Azmil pada 2hari lepas sahaja lah. huhu. Sedihnyaa. =(


Paling saya frust sekali sebab masa saya bertunang dahulu, Huda datang dari Kedah sana untuk saya. Tapi saya tak dapat berada bersamanya ketika majlis nya pula. Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata kekecewaan saya ni. uhukk..


Erm, okaylah, saya nak cerita sikit tentang persahabatan saya dengan Huda ni. hehe. Kami mula berkenalan semasa belajar di Kisas, Klang. Kisas memang menempatkan pelajar2 yang datang dari setiap pelusuk negeri di dalam Malaysia ni.Saya mempunyai kawan dari serata negeri. Jadi tak heranlah kalau saya boleh ada bestfriend orang Jitra, Kedah nun! hehe.

Saya, Huda & Atiqah berada di kelas yang sama semasa kami di tingkatan 4 & 5. Kami bertiga yang 'kepala' lebih kurang sama berbanding kawan2 lain sebab tu, kami bertiga boleh rapat agaknya. hehe. Oh ye, Atiqah pulak orang Melaka taw.

Masa tingkatan 5, Atiqah dah jadi pengawas & sidang redaksi majalah sekolah jadi die dah jadi semakin busy waktu tu. Antara kami bertiga, saya yang paling cepat mengantuk semasa cikgu sedang mengajar, jadi Huda @ Tiqah lah yang akan urut2 tangan saya supaya saya tidak mengantuk! haha.


Masa sekolah, rasanya saya dan Huda tak adalah serapat mana. Dia ada kawan2 sama dorm die sendiri dan saya juga ada kawan2 sama dorm saya sendiri. Lepas habis sekolah, kami berpisah seketika. Saya ke Maahad Johor dan Huda pulak ke Matriks UIA. Kadang2 jek kami akan berhubung. Itu pon saya ingat kalau dia ada masalah. Atau lebih spesifik lagi masalah 'hati'. Hehe. Saya masih ingat lagi, dia hantar sms suruh saya call dia. Gayanya macam emergency jadi saya cepat2 call dia. Rupe2 nye masalah 'hati'. Haha. Dia memang macam tu, suka buat saya huru-hara dan tertanya2. haha.

Kemudian, takdir telah menemukan kami semula apabila saya mengambil keputusan untuk masuk UIA dan bukannya fly ke Kaherah selepas tamat STAM. Elok2 pulak kami sama2 masuk main camp pada semester yang sama. Pada masa tu, saya berasa sedikit segan dengannya sebab die ada 'group' dia sendiri yang die kenal dari matriks. Saya pulak hanya dengan 2 orang kawan saya yang sama2 dari Maahad Johor. Tambah pula ada Kak Long bersama pada masa tu, kami jadi bertambah rapat semula. Kak Long dari Kisas jugak, dia sama2 Huda masuk matriks UIA selepas tamat SPM.

Selama 5 tahun kami di UIA, sama2 habis degree law, sama2 belajar Syariah, sama2 habes degree Syariah, dah macam2 kami lalui bersama. Gelak tawa, gaduh2, berselisih faham, macam2 lah. Makan sekali, tidur pun pernah sama katil, nasib baik tak mandi sekali jek. Hahaha! Jadi, kami dah kenal sangat dah perangai masing2. Orang kata, selagi kita tak tidur sekali, tak pernah bergaduh, kita tak boleh anggap dia bestfriend lagi, so, semua ujian tu kami dah lalui bersama.


Bila kami bergaduh, geng2 kami semua tahu. Bila saya geram pasal dia, saya akan luahkan pada sorang dua geng2 kami tu, dia pon sama. Jadi geng2 kami nilah yang akan rapatkan kami semula. Mana taknya, memang dah tak boleh nak lari ke mana, Gaduh2 pon, akan tatap juga muka masing2 sebab kami berkawan pon dengan geng2 yang sama kan. Hehe.


Kisah cinta kami pulak, of course l
a kami masing2 tahu kisah dan cerita masing2 kan. hehe. Saya pulak jenis yang curious dan kadang2 terlebih 'caring'. Tak tahulah kalau setengah orang nak tafsir kan ia sebagai busybody ke ape ke tapi sebab ia melibatkan kawan baik saya, jadi saya akan buat apa yang saya rasakan perlu untuk buat. Berbeza pulak dengan Huda. Takpelah, masing2 ada pendapat masing2 kan. hehe.

Kalau nak diikutkan, kami ni perangai berbeza tapi kami akan jadi sekepala bila kami bershopping! Saya paling suke keluar shopping dengan dia. Sebab dua2 jenis layan kepala masing2 bila bershopping. Kalau jalan2 Jalan TAR, Sogo tu, sehari suntuk pon kami larat berjalan. Haha.

Dari segi tanggungjawab pulak, saya rasa kami sama memandangkan kami dua2 anak sulung. Hehe.
Jadi, tulah sedikit sebanyak tentang persahabatan kami berdua. Kalau nak difikirkan, saya pun pelik macam mana kami boleh jadi rapat, boleh jadi kawan baik. hehe.



Ayu kan kawan baik saya ni? hehe.


Okaylah, selamat bertunang Huda & Azmil! Tahniah!! (oh pengapitku. ehe) Semoga korang tabah menghadapi alam pertunangan ni dan berjaya untuk mara ke fasa seterusnya iaitu Perkahwinan!

Kena selalu ingat, time tunang ni, cabaran die memang lain macam, memang sangat tough. Jadi korang kena selalu fikir yang setiap dugaan yang dilalui adalah kerja2 syaitan laknatullah. Lagi dekat date nak nikah, lagi tinggi pangkat syaitan yang datang mengacau. Almaklumlah, nak bina masjid kan. huhu.


Apa2 pon, aku selalu doa kan yang terbaik untuk korang. Paling penting, semoga korang akan disatukan sebagai suami isteri kelak. amiin! =)

p/s : * Dah dapat date nikah kang cepat2 bagitahu aku taw, aku nak adjust dengan umi supaya date korang tak clash dengan majlis adik aku nanti. huhu.

* Sayang korang sangat2!!

* Takziah buat Una @ Nurul Husna yang baru kehilangan ayahnya semalam. Terkejut bile tahu berita. Banyak2 bersabar ye Una, tu jek lah yang mampu aku cakap walaupun aku tahu perit untuk Una sekeluarga lalui. Al Fatihah~

Wednesday, April 27, 2011

:: I-City ::

Assalamualaikum semua..=)

Memandangkan hari ni ada masa terluang sikit dan mood untuk update blog pon ada terselit sedikit, maka saya nak ceritakan lah aktiviti saya dan suami pada awal April yang lalu..

Cerita dah agak terkebelakang sikit tapi saya nak jugak update, untuk dibuat kenangan..hehe.

Awal bulan April lepas, hubby turun muar untuk teman saya ke kL memandang kan isnin nya saya akan menjalani kursus selama seminggu di ILKAP. Jadi, pada sabtu malam ahad, kami pon bermalam lah di rumah Kak Nor & Abg Zaki. Alang2 dah lama tak jumpa mereka, plus mereka tak dapat hadir ke majlis kami yang lalu.sob.sob.

Semasa dalam perjalanan ke Klang, dari tepi jalan nak masuk tol jek dah nampak kilauan lampu yang berwarna-warni. Apa lagi kalau bukan I-CIty. Oh sudah sekian lama saya mengidam-ngidam untuk ke situ. Cuma tak ada geng jek nak pergi. Apa lagi, bila ada suami di sisi, saya pon dengan tak semena-mena nya mengajak encik hubby ke sana. Waktu tu pon dah maghrib, dah gelap, so boleh lah pergi ke I-City tu.hehe.

Dengan penat2 encik suami pon, encik suami layan kan lah si isterinya ni untuk pergi ke alam warna warni itu. hehe. Tak tahulah kenapa. Terasa teruja jenjalan di situ. Even hakikatnya hanya ada lampu LED warna-warni sahaja. Bukan apa pon. hehe.

Yang tak best nye, sekarang ni dah kena caj untuk masuk. RM10 sebuah kereta. Tak kiralah dalam kereta tu ada berapa kepala pon. Tak kira lah kereta tu jenis viva ke, persona ke, malah estima sekali pon. heh. Jadi untuk kami yang hanya datang berdua ni, agak tidak berbaloi la kalau nak dikira kan. Tapi takpe, sebab saya bersama suami, semuanya takdehal lah. hee.

Ramai betul manusia berkunjung ke tempat tu. Parking penoh tak tau nak cakap macam mana. Padahal waktu kami sampai tu baru pukul 7.15 petang kot. Kalau datang pukul 8.15 memang kena parking kat bumbung kot! huhu.

Maka Encik suami pon melayan kan lah karenah isterinya yang bagai kanak-kanak riang yang teruja dengan lampu berwarna-warni. Setiap sudut dan possing encik suami snap kan gambar saya. heee.








Ada lagi pameran haiwan2 pelik dan juga snow house kat situ tapi kena bayar lain la pulak! Ish!



Lepas puas berpossing2, maka kami pon bergerak lah pulang. Untuk ke Klang, rumah Kak Nor & Abg Zaki. Kalau tak lewat pulak sampai ke rumah mereka nanti. Sampai rumah Kak Nor jek, memang terus terjah Adami lah. Yang dah besar n comel tu. Tapi Adami awal2 memang akan sedikit takut sebab baru nak bermesra2 lah kate kan. Lama2 dia okay jek.

Bila dah jumpa Kak Nor, macam2 lah cerita keluar. Rindu sangat dengan Kak Nor. Tempat yang paling best sekali untuk saya meluahkan segala kisah hidup saya. hee.









Keesokan harinya, lepas Zuhur, kami pon berangkat lah untuk ke ILKAP, Bangi. Lepas Check in hostel di ILKAP, kami pon lepak2 lah di Kajang sementara menunggu bas hubby pukul 9 malam di Bus Stand Kajang.

Masa hantar hubby, apa lagi, air mata semestinya menitik2 membasahi pipi. Saya follow jek bas tu. Bas betol2 lalu depan ILKAP untuk keluar ke tol Bangi. Jadi sayalah beralih arah dulu. Maka, episod kursus saya selama seminggu pon bermulaa...

Saturday, April 23, 2011

:: A twice-a-month wife?? ::

Assalamualaikum semua...

How's life so far? Doing great? Well, as for me, although I'm a wife for only twice a month, I must always be thankful for what I have right now...

Sebenarnya saya sangat sedih. Setiap kali hantar hubby nak naek bus untuk balik ke Kemaman, air mata ni tak berhenti-henti menitis ke pipi.Nangis yang beriya-iya punya lah.Sedihnya hanya Tuhan saja yang tahu..

Mana tak nya, kadang2 rasa macam orang bujang jek, balik kerja, golek2 depan tv. Dinner makan simple2 jek macam orang bujang jugak. Weekend toksah cakaplah, kalau balik JayBee, memang kehidupan macam time sebelum kawen dulu.hukhuk.

Nak wat macam mane, kena banyak bersabar ajek lah. Hubby kadang2 sampai kusut dengan saya yang asyik merengek suruh die apply kerja kat Muar/Melaka supaya dapat hidup bersama. Kesian kat hubby. Tak tahulah kenapa, lepas kawen ni rindu die lain macam sikit. Mana taknya, hubby dah jadi sebahagian dari diri saya. Bila berjauhan, rasa macam separuh dari diri saya tak ada. Memang lah hidup saya tak keruan.

Setakat ni 2minggu sekali kami berjumpa lah. Sebab majlis sebelah Kemaman ape semua. Tapi bila semua dah kembali normal, hakikatnya kami hanya boleh bertemu sebulan sekali! iyer, sebulan sekali. Sedih kan?

Sebab hubby hanya cuti 2hari hanya sekali jek dalam sebulan. So pada masa die cuti 2 hari ajek lah die boleh turun Muar jumpe saya. Pasal saya pulak, bukan saya tak mahu naik ke Kemaman.. tapi sebab bas dari Muar-Kemaman dan Kemaman-Muar hanya ada satu bas sebelah malam saje. Bayangkanlah bila Ahad malam saya balik ke Muar dari Kemaman sana, nanti saya sampai bus stand Muar siapa pula yang nak amek saya pukul 4,5 pagi tu? hoho.

Sebab tu lah hubby tak bagi saya balik Kemaman, biar die jek yang turun Muar katanya.hukhuk.

Last week, hubby turun Muar mengejut. Die tahu isteri die ni dah merengek tahap baby punya dah. So, die amek cuti sabtu. Tapi memandangkan housemate saya yang tinggal seorang tu jek ada kursus induksi selama 2 minggu, saya pon merengek2 la minta die stay sampai ahad. Kalau tak, nak suruh saya duduk termenung jek kat Muar tu ahad sehari suntuk? isk. Hubby kesian tengok saya duduk sorang2. Last2 die pon terpaksa la amek jugak cuti hari ahad tu. Thank You Abang! =)

Setiap kali hubby turun Muar, saya mesti nak buat kan breakfast untuk dia. Bile lagi nak masak kan untuk die kalau bukan time die turun Muar kan. hehee. Hubby cakap tak payah masak sebab die takut saya penat tapi takpelah, sekali sekala ajek pon kan.hukhuk.

Hubby suka betul makan ayam goreng berempah. Saya rasa kalau saya masak kan ayam goreng tiap2 hari pon die tak kesah. Pastu suke makan nasi lemak. Asal breakfast jek mesti terlintas nak makan nasi lemak. haha. Kalau kat Muar tu pulak, time makan kat luar, die mesti nak cari nasi beriyani. So saya pon layan kan lah die pergi kedai2 makan kat Muar tu yang ada menu nasi beriyani punya. huhu. Tak boleh jadi ni, nak kena belaja masak nasi beriyani yang sedap ni. hehe. Ada siapa2 boleh tolong ajar kan saya? heee.

Pasal minum pulak, setakat ni saya tengok die takde lah cerewet nak minum apa2 air yang spesifik. Apa air yang saya buat kan die minum saje. Paling penting pagi2 mesti nak cari surat khabar. Walau pon di zaman yang serba canggih dan internet ada di depan mata, die tetap nak cari surat khabar jugak! Pastu bile die baca surat khabar, die mesti baca dari 'kulit ke kulit'. Habis semua artikel dalam suratkhabar tu die baca taw. hehe. Sememangnya hubby saya memang suke membaca. Kalau die surf internet pulak, ada 2 blog ni yang die confirm bukak. Blog 'serius' dan blog pasal ketenteraan tu. Suke nye lahai die bukak 2 blog tu sampai blog saya ni pon belum tentu die bukak taw. uhukk!!

Baguslah, sesuai sangatlah dengan saya ni yang amatlah malas tahap dewa bila membaca ni. Kalau suratkhabar tu jangan haraplah nak baca full article 2,3. Pilih2 mana yang menarik ajek untuk dibaca. Kalau blog pulak, yang ilmiah tak baca sangat, yang merepek2 tu baca lah. Dasyat kan saya ni? isk.

Erm, okaylah. Dah banyak pulak saya membebel kat sini. Setakat ni, ini ajek lah yang saya share kan dulu yer, Insya Allah, ada masa lagi saya sambung lagi. Till then, take care guys!~

p/s: Kawan2 tolong doa kan saya dapat pindah kuantan/pekan secepat mungkin yer. Tgh dlm proses transfer ke sana. Insya Allah..=)