Saturday, January 23, 2010

:: Mangkatnye Sultan Johor...::

Malam tadik, Menteri Besar Johor membuat pengumuman bahawa Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77 tahun telah mangkat pada jam 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad.

Malangnya pukul 11malam aku baru dapat tahu akan kesahihan berita tersebut setelah menonton'berita terkini' tv3...

MB mengarahkan supaya seluruh rakyat johor berkabung dan segala program dan aktiviti pada keesokan hari nya (hari ini) dibatalkan/ditangguhkan...

Abah sibuk menjawab panggilan telefon dari 'Pengarahnye' berkenaan hal itu kerana bendera di IPTI hendaklah diturunkan ke separuh tiang, segala kuliah hendaklah dibatalkan etc...

Umi pula 'happy' sebab tidak perlu menghadiri majlis di PERSADA yang sepatutnye dijadualkan pada malam es0k....

Tetapi aku?? tertanya-tanya sama ada es0k still kene kerja atau tidak kerana es0k merupakan giliran aku untuk berkerja...

'Nak call Puan tapi dah lewat malam'...bisik hati kecilku... macam mane nii?? Oleh itu aku bercadang untuk telefon Puan pada keesokan hari dalam pukul 8pagi bertanya kan perhal itu...

Tapi malang nye, pagi ni aku terjaga dan melihat jam sudah menunjukkan pukul 8:30pagi!!! Nak pergi ofis pon dah tak sempat dah ni... s0 hati ni berharap sangat bahawa hari ini memang xkerja..(memandai aku jek wat andaian sendirik..hoho)

Pukul 8:35pg aku sms Puan tapi tiada sebarang jawapan.. sehingga kan pukul 8:50pg aku terus call Puan... Apabila Puan bagitawu 'Eh, ofis tutup ari ni Fatin...' Fiuhh!! Lega sungguh rasa nya hati ini... After all, kalau ofis xtutup pon aku sudah terlewat untuk ke tempat kerjaa..hehe.

s0, bercuti la aku pada hari ini... alangkah bahagia nyee....hehe.

Okay2, back t0 track... Almarhum Sultan Iskandar ni disifatkan rakyat sebagai 'Raja di mata,Sultan di hati'... Aku pon xberapa pasti akan maksud itu sebenarnya..hehe. Ape yang aku tawu, yang aku pernah dengar Almarhum agak garang orang nye...tapi agak kelaka...

Teringat lagi cerita Abah tentang Almarhum Sultan semasa memberi ucapan tentang perasmian Wilayah Pembangunan Iskandar, semasa Almarhum Sultan membaca teks ucapan Baginda, selepas satu ayat yang ala2 berbunyik 'berbangga diri', komen spontan pon keluar dari Almarhum Sultan, 'ini masuk bakul angkat sendiri ni'... hahahhaha.. gelak sume rakyat yang mendengar nye termasuk Abah...

Erm, even banyak juga cerita2 yang kurang menarik aku dengar perihal Baginda tapi sekarang Baginda sudah pon mangkat, doa kan sem0ga r0h Almarhum Sultan di cucuri rahmat saje lah..

Lepas ni Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ku Yem la yang akan menjadi sultan Johor yang baru..sultan-to-be yang rajin meround seluruh johor untuk melihat perihal rakyat2 nye...

Ku Yem merupakan senior Abah setahun semasa di sekolah dahulu iaitu di English College (Maktab Sultan Abu Bakar)...

Ni lah diye MSAB, sekolah Abah n Ku Yem n Almarhum Sultan Iskandar gak...=)

Al- Fatihah... Mangkatnye Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.......

-Notes-

*Abah nak pergi ke istana untuk upacara pengebumian Almarhum sultan tapi tengah pening sbb xde baju melayu hitam teluk belanga...cekak musang ada laa...hoho.

*Chayok la Abah! Betol2 anak jati Johor ni...hehe. Abah ckp sbb atuk Almarhum sultan la yg bagi tanah kurnia kt arwah paktok dulu.. tapi aku ckp, 'tu atuk diye abah, bkn diyee....'

*adoila, nak kene berkabung 7hari ke...xkan d whole week nak kene pakai tudung putih kot... aku ni dah la xberapa berkenaan sgt ngan tudung puteh ni..iskk

No comments:

Post a Comment