Assalamualaikum hero-hero Mama (as of now Abg Anas & Adik Yusuf)..
Fuh, last entry Mama masa Adik Yusuf nak masuk setahun haritu. Ni Adik Yusuf dah nak masuk satu tahun empat bulan dah baru Mama berkesempatan nak buat entry baru.aish.
Okay-okay. Tengok tajuk pon macam dah tahu dah kann?HEE.
Iyer sayang, Mama Pregnant!! Alhamdulillah.
Actually, tak plan pon untuk pregnant lagi dalam masa terdekat ni tapi rezeki hebat dari yang Maha Esa ni kan...Syukurr.
So, sekarang ni kandungan Mama dah 12 minggu. So far Mama tak buka 'buku pink' lagi.HEHE.
Nantilah tunggu lagi seminggu dua kot.Hee.
So, masa first trimester ni, memang Mama kerap loya dan pening-pening.
Cuma simptom kali ni agak kuat berbanding masa Mama pregnant kan Abg Anas dan Adik/Abg Yusuf.HEHE. Rasa pelik pula panggil Abg Yusuf.
So, since Mama pregnant ni, memang Mama jadi lebih penat dan tak larat la berbanding biasa. Rutin harian Mama masih macam biasa. Sediakan bekal anak-anak Mama dan buat house chores.
Walid pula lately ni asyik balik lewat jek. Dah Isya baru sampai rumah. By that time, Mama dah siap buat semua kerja dah selepas sambil-sambil berperang dengan anak-anak Mama yang akan ikut jek Mama ke mana sahaja Mama pergi kat dalam rumah tu.
Kalau Mama kat dapur, mulalah Abg Anas & Adik/Abg Yusuf tolong sekali 'kemas' almari yang ada bawang,rempah, bekas-bekas makanan bagai tu. Abg Anas pula kadang-kadang akan tarik kerusi dan panjat untuk main blender lah apa sahajalah yang Abg Anas teringin nak main pada masa tu.
Mama memang akan biar kan ajeklah anak-anak Mama buat apa yang u all suka as long as tidak membahayakan diri u both.
Tapi hasilnya tu memang sabarr ajeklah kaann.
Kalau nak tunggu walid balik Mama baru start nak buat house chores, alamatnya lewat lah Mama mandi dan dapat tidur kan anak-anak Mama bila anak-anak especially Adik Yusuf akan start merengek bila jam dah pukul 9 ke atas.
Fair enough la kan, balik dari rumah Cik Ina jek dah start buat kerja itu ini, bila dah jam 9 lebih tu, dah penat, mula lah nak attention dari Mama pula. So in the mean time Adik Yusuf tengah sibuk explore sana sini, baik Mama pon buat apa yang patut.HUHI.
Sebab kalau tak, alamatnya Mama tidur kan anak-anak Mama dengan ketiak masam Mama dan Mama hanya akan dapat mandi lewat malam sahaja lah!HOHO.
Okay-okay. Sekarang ni Mama nak cerita pasal perkembangan anak-anak Mama pula.
Abg Anas dah boleh buat banyak ayat yang penuh.
Contohnya bila on the way balik dari rumah Cik Ina baru lepas hujan ke, bila kereta Mama langgar lopak air, Abg Anas akan cakap,
'Habis kereta Mama kena air.'
Atau, 'Ma utup agar (Ma tutup pagar).' atau 'Ma ngok lori esar (Ma tengok lori besar), atau 'Ma, abg ain ola (Ma abg main bola) atau 'Ma, embu akan umput (Ma, lembu makan rumput) dan lain-lain.
Ada satu hari tu, Mama tanya beberapa soalan pada Abg Anas bila Mama tengok mood Abg Anas okay untuk bersoal jawab, tapi bila dah soalan last dan Abg Anas macam dah malas nak layan Mama. Abg Anas jawab, "Embu tak ada da alik umah (Lembu dah tak ada dah balik rumah.)
HAHAHHAHA. Gelak besar Mama dengar.
Abg Anas ni, kena tengok pada mood dia. Selalu lepas ambil anak-anak Mama dengan Cik Ina, Mama selalu akan tanya Abg Anas macam-macam contoh apa yang Abg dan Adik Yusuf buat hari ini, makan ke tidak, main dengan siapa etc.
So bila awal-awal soalan tu Abg Anas jawab dengan elok jek, Mama akan keep on tanyalah soalan pada dia. Tapi bila dah dia penat nak menjawab, dengan tiba-tiba dia akan pukul atau cubit Mama. Aish, Abg Anas Abg Anas. HEHE.
Adik Yusuf pulaaa. Hurm. Hurm. Mana Mama nak start ye.HEHE.
Buat masa ni, Adik Yusuf tengah manja dengan walid. Asal walid balik kerja jek, mula lah dia mengendeng dengan walid pastu asyik nak berdukung jek.HEHE.
Pastu Abg Anas pon nak join sekali, Elok sangat lah tu walid dukung awak berdua kiri kanan. Terus naik biceps walid bagai,HAHAHA.
Rutin adik Yusuf pula pagi-pagi mesti nak air masak. Dalam pukul 5,6 pagi, mesti Adik akan bangun minta air masak, Mama sekarang dah siap-siap standby air masak dalam botol supaya bila adik minta jek Mama terus boleh sumbat masuk dalam mulut.HEHE.
Pastu sambung mengempeng dengan Mama terus adik sambung tidur.HEHE.
Adik Yusuf so far pandai sebut 'Ma..Ma' saje lah, Itupon sebutan jek, bukan panggilan pada Mama lagi,hehehe.
Takpa Adik, take your time, Nanti Mama dan walid kena prepare mentally pula untuk ditembak dengan soalan-soalan dari Abg Anas dan akan diikuti oleh Adik Yusuf bila masing-masing dah petah bercakap lepas ni.Fiuh!
Okay lah anak-anak Mama. Nanti Mama sambung lagi yer, dah berjela pula entry ni Mama tengok.
Sentiasa doakan keluarga kita supaya selalu diberkati oleh Allah dan dilimpahkan rahmat dari NYA.
Semoga anak-anak Mama membesar menjadi anak-anak yang soleh/solehah, INSYA ALLAH.
Jangan pernah sesekali lupa sedekahkan Mama & Walid al fatihah tau setiap hari.
MAma sayang anak-anak Mama.
Lots of love,
-MAMA-
Tuesday, October 20, 2015
:: Karenah hero-hero Mama ::
Assalamualaikum Sayang-sayang Mama!!
Entah angin apa datang hari ni sampai office je terus Mama rasa nak update blog picisan Mama yang Mama last update pada bulan April lepas Oh My God!!
Dah banyak kali dah terfikir nak cerita apa dalam blog Mama ni pasal hero-hero Mama tapi biasalah, asyiklah tertangguh-tangguh sajee..aish.
So hari ni Mama nak juga cerita sebagai coretan kisah hidup Mama sebagai mama kepada hero-hero Mama ni.
Takut nanti bila anak-anak Mama dah berubah kepada karenah lain, Mama pon jadi lupa nak update pasal karenah anak-anak Mama yang sekarang ini.HEHE.
Abang Anas Fateh.
Masa jadi abang mithali, comel je cakap dengan Adik Yusuf, 'nah adik ambil ni.' Meh sini Adik..'
Siap sikat kan rambut adiklah, pass kan botol susu Adik Yusuf lah, pass kan apa-apa makanan contoh macam biskut ke apa ke bila Mama minta tolong Abg Anas pass kan.
TAPI, bila masa Abg Anas tak berapa nak ada mood jadi abang mithali, senduk kayu pon boleh hinggap ke dahi Adik Yusuf.isk.isk.
Habis semua toys abg Anas nak main sorang-sorang tak nak share dengan Adik Yusuf lah.Ada masa siap toys yang adik Yusuf main dulu pon Abg Anas boleh ambil semua dan main sambil Adik Yusuf terpinga-pinga tengok mainannya di ambil Abg Anas. isk.isk.
Abg Anas banyak bercakap. Kadang-kadang semua benda nak bercerita sampai Mama pon tak faham apa yang Abg Anas cuba sampaikan. Abg Anas pula macam tahu-tahu je Mama tak faham sebab asyiklah repeat cakap benda yang sama.KIKIKI.
Sorry Sayang Mama. Mama dah cuba untuk fahamkan tapi Mama masih tak berjaya.isk.
Sekarang ni Abg Anas tengok mood nak makan. Selalunya bila weekend duduk dengan Mama ke atau balik rumah Tok Ki di Kijal ke, Abg Anas memang sangat kurang makan. Ada masa tu minum susu je dari pagi sampai malam. Bila kita ajak makan cakap 'dah nyang dah.' Aish.
Adik Salahuddin Yusuf
Walaupun badan adik comel je berbanding budak-budak lain yang umur sebaya dengan adik tapi masya Allah, Adik Yusuf sangatlah aktif bergerak sana sini. Kalau adik Yusuf berjalan kat tempat public jek orang yang tengok mesti geram je denganAdik Yusuf sebab comel sangat jalan lincah.hehe.
Adik Yusuf pula hobi suka sangatlah mengigit! Badan Mama ni setiap pelusuk dah kena gigit dengan Adik tau.HUKHUK.
Abg Anas tu memanglah, kalau time nak revenge tu, memang gigi Adik Yusuf lah akan jadi senjata utama Adik Yusuf.Huhi.
Yang bestnya kat rumah CIk Ina pon Adik Yusuf gigit kak Amanda yang sama baya dengan Abg Anas tu. Kesian kak Amanda tauu! Adik Luqman tu toksah cakap lah sebab geram tengok lengan dan peha dia, awak suka-suka jek gigit anak orang ya Adik Yusuf.haaip!!
Pasal makan pula ALHAMDULILLAH. Adik ni, suap lah apa sahaja dalam mulut dia confirm dia akan nganga punyaaa...Tu yang Mama jadi buntu tu macam mana nak gemuk kan Adik lagi sedangkan semua benda Adik dah makan.ISK.
Buat masa ni, bila Mama marah Adik Yusuf, Yusuf akan geram dan akan try untuk cubit atau pukul balik Mama. TAPI, bila walid yang marah Yusuf, even walid buat muka garang je, Adik Yusuf terus menjebik, muka sedih lepas tu berlari pergi peluk Mama. Oh sangatlah sensitif dengan walid awak ye Sayang!
Most of the time memang adik akan ikut jek lah apa yang walid cakap. Walid panggil adik Yusuf datang. Walid suruh adik Yusuf kiss pipi walid, awak buat. Sampai kadang-kadang tu Mama naik jealous tauuu!
adik Yusuf memang seorang adik yang obedient la. Bila Abg Anas bagi barang jek suruh pegang, 'Nah Adik ambil ni,' Adik Yusuf akan ambil. Bila abg Anas panggil Adik Yusuf 'Jom adik.' Yusuf pon dengan comel nya pergi ke Abg Anas. Abg Anas panjat sofa ke coffee table ke memang Adik Yusuf ikut ajeklah. Sanggattlah obedient.HEHE.
Haihlah anak-anak Mama. Kalau nak cerita kan sebiji sebiji karenah anak-anak Mama, memang berjela lah entry ni.HEHE.
Okaylah sayangs, Mama nak sambung buat kerja.
Gotta go.
Until now, take care anak-anak Mama.
Lots of Love,
-MAMA-
Friday, April 24, 2015
:: Salahuddin Yusuf is going to be ONE year old ::
Assalamualaikum anak-anak Mama!
Ya Allah, dah bersarang dah blog Mama ni. Spider siap dah beranak pinak dah.kikiki.
Memandangkan minggu ni Mama tak perlu pergi court sebab Majistret Mama berkursus, dapatlah Mama duduk diam-diam di office menghabiskan kerja di samping dapat memakai baju berwarna warni (eh panjang pula explanation Mama), maka dapatlah Mama update blog picisan Mama untuk mencoretkan kenangan dalam hidup Mama especially tentang perkembangan anak-anak Mama. Abg Anas Fateh dan Adik Salahuddin Yusuf. (as of now.HEHE)
So, 5 days more to go untuk Adik Yusuf mencecah usia SATU tahun. Yeay! ALHAMDULILLAH. Adik Yusuf membesar dengan sihat lagi cerdas day by day.
Baaaanyaak sangat benda Mama nak bercerita sampai tak timbul-timbul dah cerita-cerita dalam kepala Mama untuk Mama coretkan dalam blog Mama ni.isk.isk.
Takpe, slow-slow Mama 'korek' cerita dalam kepala Mama ni yer.huhu.
Perkembangan Abg Anas Fateh
Abang Anas sekarang sedang membesar menjadi seorang abang yang bertanggungjawab lagi menyayangi. Mama paling suka tengok saat Abg Anas tolong hulurkan biskut/toys kepada Adik Yusuf, dan adik Yusuf pula menyambutnya dengan tangan kecil comel nya itu. PRECIOUS!
Kadang-kadang bila Mama sibuk di dapur, Mama akan minta Abg Anas hulurkan biskut buat adik Yusuf untuk adik kunyah-kunyah sambil duduk dalam walker dan tengok upin ipin bersama Abg Anas. Atau bila toys yang adik pegang terjatuh ke bawah dan adik tak dapat ambil sebab duduk dalam walker, Abg Anas akan kutip toy tu dan hulur pada adik sambil berkata, "Nah adik.". SWEET.
Mama akan senyum sendiri dan kalau Mama sempat grab hp Mama memang akan Mama snap that sweet moment of your brotherly love my sons. =)
![]() |
Main sama-sama |
Abg Anas pon pernah 'angkat' Adik Yusuf bila Abg Anas tengok adik datang dan duduk atas sejadah Mama semasa Mama sedang solat. Adoila, that sweetness of you Abg Anas memang buat Mama berbunga je masa Mama solat tu.HEHE.
Masa main toys pon sama. Abg Anas akan bagi pada adik Yusuf satu toys bila pada tangan Abg Anas masa tu ada 2 toys. Yang penting bagi adik yang Abg Anas less minat la kan.HEHEHE.
![]() |
Adik Yusuf dah pandai kaler hasil tunjuk ajar Abg Anas |
![]() |
Ni siapa yang patut duduk dalam walker ni?ISK |
![]() |
Abg Anas yang kreatif ambil alas coffee table dan main picnic dengan Adik.huhi |
Takpelah, janji bagi juga, daripada tamak semua nya Abg Anas nak. Itu lagi tak elok kan anak-anak Mama.
Yang adik Yusuf ni pula kadang-kadang pon boleh tahan juga. Apa yang Abg Anas pegang atau main tu, yang tulah yang adik Yusuf sibuk nak ambil dan main. Padahal punyalah banyak lagi toys lain yang adik boleh main.isk.isk.
Sebagai anak sulung Mama, Abg Anas membesar dengan penuh tanggungjawab dan sangat ringan tulang dalam membantu Mama.
Mana Mama pergi, dapur ke, bahagian laundry ke, ruang tamu ke, bilik jemur baju ke, Abg Anas mesti ada sekali dengan Mama. Hatta Mama nak keluar jemur baju sekejap pon Abg Anas mesti nak ikut dan akan puas hati bila dapat sangkut satu hanger baju di ampaian.HEEE.
Mama memang layankan ajek lah Abg Anas apa yang Abg Anas boleh buat dengan harapan Mama nak biasakan anak Mama dengan kerja-kerja rumah ni. Bila dah besar boleh lah tolong Mama buat sendiri semua kerja tu. INSYA ALLAH.
Pagi-pagi bila nak ke rumah BS je, Abg Anas akan buka pintu pagar, kiri dan kanan. Bila petang pulang dari rumah BS, Abg Anas akan menyapu dedaun yang berguguran dan berterbangan di porch rumah. Memang sangat rajin Abg Anas ni. Jiran-jiran toksah cakaplah. Memang selalu puji melambung Abg Anas setiap kali nampak Abg Anas pegang penyapu di porch rumah tu.HEHE.
![]() |
Abg Anas tolong Mama angkat kain baju di jemuran. |
Cuma bila petang hari tu, ada ramai abang dan kakak bermain di luar, Abg Anas akan 'buat-buat' penyapu tu terkeluar dari pagar dengan alasan buka pintu pagar nak ambil penyapu tapi sebenarnya nak keluar bermain. HAHAHA. Bijak tak anak sulung Mama ni?KIKIKI.
Mama bukan apa, jalan tu a bit sibuk sebab motor dan kereta memang lalu lalang kat situ even perlahan. Abg Anas pula umur baru 2 tahun lebih, memang tak boleh nak jaga diri lagi so Mama memanglah sangat risau untuk Abg Anas keluar dari pintu pagar rumah tu.HUHU. Dah jadi mak mak ni, memang lah risau dalam diri Mama ni melebihi segalanya.HUHU.
![]() |
YB melawat kawasan,HEHE |
Dan ada sekali tu memang Mama biarkan Abg Anas keluar pagar dan menyapu di luar pagar sambil Mama duduk di rumah berdepan dengan rumah kita berborak dengan jiran dan tiba-tiba ada banyak semut gatal naik atas kaki Abg Anas sampai Abg Anas menangis dan membuatkan Mama jadi kelam kabut of course.
Sampai sekarang lah even dah 2 minggu kejadian, parut dan luka-luka di kaki Abg Anas masih ada.hukhuk.
Kalau on the way pergi dan balik ke rumah BS tu, adik memang Mama pegang sebab Mama akan jadi lebih hilang fokus bila adik meraung duduk dalam car seat. Abg Anas sekarang pon dah besar, dah tak mahu duduk dalam carseat Abg Anas lagi.huhu.
Nasib baiklah nak ke rumah Cik Ina tu ada jalan dalam, kurang lah sikit bahayanya bila Mama driving sambil pegang adik.HOHO.
Abg Anas pula akan tertunggu-tunggu untuk melihat lembu, kambing dan ayam setiap kali pergi dan balik dari rumah Cik Ina.
Dan setiap kali tu jugalah Mama akan main teka-teka bunyi binatang dengan Abg Anas.
Lembu bunyi macam mana? 'Moooo' jawab Abg Anas. Kambing? "Mmmbekkk".
Cat? "Meoww.". Ayam? "Ok ooo". Dog? "Dooggg." HAHA. Sampai kat dog je mesti Abg Anas akan jawab macam tu.kiki. Mama pon akan sambung lah dengan bunyi duck, bird etc.
Bila nampak lembu tengah makan, Mama cakaplah lembu makan rumput. Anas makan nasi. First time tu Abg Anas diam je mendengar. Tapi ada sekali tu bila Mama tanya lembu makan apa? Terus Abg Anas jawab "Putt!!." HEEE.
Alahai pandai anak Mama...
Bila nampak basikal, Abg Anas akan tunjuk dan cakap, 'Basikal.'. Nampak motor, 'Motor- sikal', CUTE je Mama dengan.HEHE.
Bila nampak lori, abang Anas sebut 'Besar Bugi."
Yer, Abg Anas sebut lori sebagai Bugi, masih tak dapat sebut L dan R dengan elok lagi anak Mama ni. hehe. Takpe, practice makes perfect Sayang Mama.
So, briefly la pasal conversation dan development Abg Anas pada masa kini. Nak cerita detail karang panjaang bebenor pula entry ni jadinya.KIKI.
Perkembangan Adik Salahuddin Yusuf
Adik Yusuf sekarang ni dah boleh berjalan! HEE. Adik belum cukup setahun tapi dah berjalan det det det..hehe. Comel sangat tengok adik berjalan.
Gigi adik pula dah ada 3 batang! 2 di atas macam rabbit dan satu di bawah. HEE. So kadang-kadang bila menyusu dengan Mama, adik akan geget Mama..Uwaaa.. Mama pon akan cepat-cepat picit hidung adik tapi adik punyalah cheeky boleh tersengih jek lepastu buat lagi.hukhuk.
Adik sekarang dah pro memanjat sofa dan katil. Bila nak turun pula pandai turun dengan berhati-hati sambil kaki kuis-kuis nak adjust lantai tinggi mana. Alahai adik.
Asal kat lounge jek, adik mesti panjat atas sofa lepas tu duduk bersandar kepuasan. Comel betul lahai Mama tengok awak sayang.
Pagi-pagi kalau adik bangun pagi dan mood okay. Adik bangun senyap-senyap, turun katil yang bawahnya ada tilam walid tidur lepastu merangkak keluar bilik cari Mama. Memang ternganga la Mama tengok awak det det det merangkak keluar bilik sambil kagum dalam hati, 'wah, anak Mama turun katil sendiri??' OMG.
![]() |
Pagi-pagi bangun dah tolong Mama arrange kerusi.huhi |
![]() |
Gigi Rabbit Adik.HEHE |
![]() |
Pinjam motor Abg Anas di rumah Tok Ki.HEHE |
Walid toksah cakap lah. Ada masa-masa tertentu je bila Mama intai bilik walid sedar dan pegang awak adik.KIKI.
Sekarang Adik dah makan macam-macam. Kadang-kadang makanan yang Mama buat khas untuk adik, adik takmo, nak makan apa yang Abg Anas dan Mama makan. adik oh adik.
Bila adik dah takmo Mama suap, adik terus angkat tangan menepis setepis-tepis nya. Suap air, minum dulu lepastu baru nganga balik Mama suap makan. Alahai adik.
Ni adik dah boleh berjalan, Mama tengah tunggu adik panggil 'MAMA' pula. HEHE. Takpe adik, take your time. Nanti dah boleh bercakap macam Abg Anas, jenuh lah Mama nak fahamkan maksud percakapan adik macam Mama selalu berusaha nak fahamkan apa yang Abg Anas bercerita kat Mama.HEHE.
Cuma adik ni tak settle lagi check up di klinik tentang berat adik. Even adik makan okay jek, susu okay jek. Aktif toksah cakap lah tapi berat adik TAK SAMPAI pon 7 kilo.isk.isk.
Darah toksah cakaplah. Dah 4 kali tak silap Mama kena ambil untuk cek itu ini. Urin n najis adik pon dah kena ambil. Doc tengah ambil last sample darah untuk THALESSEMIA. Yer. thalessemia sebab berat adik kurang dari yang sepatutnya.
Dalam doa Mama tiap-tiap hari Mama doakan tak ada apa yang serius dengan pembesaran adik sebab adik aktif, sihat jek Alhamdulillah. Memang bertentangan dengan ciri-ciri budak yang menghidap thalessemia. Takpa lah, yang penting kita buat check up untuk confirm anything.
INSYA ALLAH. Adik tak ada apa-apa. Adik sihat macam budak lain, Adik sihat macam Abg Anas.
22/4/15, Mama pergi check up adik Yusuf dan ALHAMDULILLAH, result darah Adik menunjukkan hanya kurang IRON sahaja, tiada thalessemia. Syukur. ALHAMDULILLAH sangat.
Jadi, Adik hanya diberi iron yang Adik selalu makan selama ni untuk memperbanyakkan iron dalam darah Adik..
Ayah Ngah berkahwin
Pada 14/03/2015 yang lepas, adik kepada walid iaitu ayah ngah dah berkahwin. Yeay!! So sekarang ni anak-anak Mama dah ada Mak Ngah.HEHE.
Setelah 4 tahun menjadi the only menantu dalam keluarga walid, sekarang Mama dah ada biras. HEHE.
![]() |
The Best picture of 4 of US semasa Ayah Ngah selamat dinikahkan. |
INSYA ALLAH, ada rezeki nanti anak-anak Mama dapatlah sepupu sebelah walid pula yer. Sebelah Mama dah ada Elena yang juga bakal menjadi kakak tak lami lagi.HEHE.
ALHAMDULILLAH. Keluarga kita makin bertambah dan makin meriah.
![]() |
Majlis menyambut menantu. Walid kat luar, Abg Anas dengan Tok Ki. HEHE |
![]() |
Sambil tunggu pengantin sampai. |
Tok Wan warded
Pada hari ahad 5/4/15 yang lepas, bila walid balik dari kerja je, walid bagitahu yang Tok Wan tak nampak sebelah mata dan tok wan kena warded di Hospital Kemaman. Terkejut Mama waktu tahu tu.
Jadi Mama pon ambillah separuh hari kerja hari Isnin tu dan Emergency Leave pada hari selasa tu untuk melawat Tok Wan di Hospital Kemaman. Kesian tok wan mata sebelah kiri kabur-kabur katanya. Doktor kata kena strok di mata tu jadi memang tak dapat nak elok macam biasa dah.Isk.Isk.
Apa-apa pun Alhamdulillah bahagian badan Tok wan yang lain okay.
Hari selasa petang tu Tok Wan dah dapat discharge. Alhamdulillah.
Cuma selasa malam masa kita nak balik semula ke Kuantan tu, Tok Wan terasa pening sangat di kepala bahagian kiri nya sampai Tok Wan berehat je waktu tu. Kesian Tok Wan.
So, kita layan kan aje lah yer gambar-gambar anak-anak Mama ni....
![]() |
Abg Anas & Adik Yusuf yang lagi seminggu nak masuk setahun. Yeay! |
![]() |
Abg Anas bing atas riba Adik, Adik Yusuf popok la muka Abg Anas.kiki |
![]() |
Jalan-jalan Zoo di petang hari |
![]() |
Jalan Petang ambil angin |
![]() |
Masa teman walid kursus di KL |
![]() |
Abg Anas dan Adik melepek dengan Mama |
![]() |
OTW Mama pergi kerja, sebelum hantar anak-anak Mama ke rumah BS |
INSYA ALLAH. Lain entry kita jumpa lagi.
Jangan lupa selalu sedekah kan Mama & Walid Al Fatihah yer.
Walaupun kami masih ada di muka bumi ini.
Salam sayang buat anak-anak Mama, hero Mama, nyawa Mama.
-MAMA-
Monday, September 15, 2014
:: Bye-bye Syawal ::
Assalamualaikum anak-anak Mama!~
Fuuhh...berhabuk bersawang sudah blog Mama ni, ni dah masuk middle September kot! ish3.
Mana tanya, sejak jadi SuperMama ni, (super la sangat), hidup Mama memang busy memanjang. Sehinggalah pada malam hari anak-anak Mama dah lena dibuai mimpi, barulah Mama dapat relax-relax depan tv. Itupun kalau Mama tak terlena sekali dibuai mimpi bersama hero-hero Mama. HEHE.
Bulan puasa dah lepas, bulan Syawal pon dah berlalu. Ni dah nak masuk bulan Zulhijjah dah nak raya haji pulak la oii..Banyaaak betul benda Mama nak cerita. Tak tahu nak start dari mana.isk.isk.
Alhamdulillah, lagi sebulan lebih, Abg Anas akan masuk 2 tahun, adik pula lagi 14 hari akan masuk 5 bulan.hehe.
Cuma sekarang ni Mama sedikit risau sebab berat Adik baru jek 5.2 kilo. Dua kali check up berat Adik hanya naik 100 gram.isk. Last check up haritu misi kata BMI adik okay. Maksud nya berat dan tinggi adik tu sekata la cuma dalam graf berat untuk bayi lelaki tak cantik, dah masuk 'yellow zone'. Isk.
Mama tak tahu nak buat macam mana nak bagi berat Adik bertambah. Adik di susu kan based on demand la. Dah kalau Adik dah taknak susu, Adik akan tolak dengan lidah, takkan nak paksa Adik hisap susu pula? Umur pon baru 5 bulan, bukan Mama boleh suap Adik makanan lagi pon.isk.isk.
Next check up misi kata tengok macam mana. Kalau berat naik sikit juga darah Adik akan di ambil untuk further check up.hukhuk. Mama risauuu sangat. Doa kan lah yer semua semoga berat Adik naik banyak dan Adik tak perlu untuk ambil darah bagai.isk.isk.
Mama dah cukup kesian dah tengok Adik kena ambil darah masa Adik kena kuning haritu. Kat tangan kecil Adik, kaki kecil Adik dah kena cucuk dengan jarum untuk ambil darah. Kesian Adik. Huhu.
Okaylah, next topic adalah berkisar kehidupan kita empat beranak! HEHE.
Semestinya kehidupan keluarga kecil kita semakin meriah tiap-tiap hari. Kalau hari bekerja tu, lepas Mama ambil anak-anak Mama dari rumah Cik Ina, on the way balik ke rumah kita, bila Adik dah nangis tu memang akan buat kan Mama huru hara sebaik kereta berhenti depan rumah.
Mana taknya, Mama nak kena bawa masuk beg pam Mama, beg susu Adik, beg baju Abg Anas & Adik dan juga beg makan Abg Anas. Lepastu nak kena angkat kain di jemuran lagi, angkat hero-hero Mama lagi. Isk.
Dah masuk rumah, kunci pintu Mama nak kena keluarkan dulu susu yang Mama dah pam masuk ke dalam freezer, ganti baju anak-anak Mama dalam beg baju etc.
Kalau Adik dah 'panggil' Mama kaw-kaw punya, memang tergendala la sekejap semua tu. Mama kena attend Adik dulu. TAPI, sebelum dapat duduk dan susu kan Adik, Mama kena standby siap-siap buat susu untuk Abg Anas. Maklumlah, Abg Anas kalau tengok Adik menyusu, nanti tiba-tiba dia pon gerak-gerak kan lidah dia nak minta susu juga. Hee.
Sebabtu bila pintu pagar bunyi jek menandakan walid dah balik, Mama tersangatlah rasa legaaaa...hee.
Kali ni, tiap-tiap pagi bekerja Mama akan bangun jam 5.30-5.40 pagi untuk 'bersilat' di dapur sediakan breakfast, lunch and tea Abg Anas, lepastu pam susu untuk Adik di samping mandi,solat dan bersiap untuk pergi kerja. HOHO.
Alhamdulillah so far semuanya okay. Bila Mama dah biasa sekarang ni rasa okay jek walaupun masa pantang dulu rasa macam 'impossible' jek nak buat.Hehe.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014
Raya tahun ni, kita berempat beraya di JB dengan Tok Abah dan Tok Umi. Kita layan jek la gambar-gambar yer...
Perkembangan Adik Salahuddin Yusuf
Adik Salahuddin Yusuf sangatlah cepat dalam banyak benda. Mana taknya, sebelum Mama habis pantang, Adik dah boleh pusing badan dan meniarap. Pro okay. Adik pula jenis tekun, never give up bila dia duk menolak-nolak badan dia untuk meniarap tu. Pergh.
Sekarang ni, dah start menyembur dan dah mula tolak badan dia macam ulat bulu.kiki. Sebab apa Mama cakap macam ulat bulu? Sebab punggung Adik akan angkat tinggi lepastu kepala Adik akan di tolak ke depan. Haa...macam ulat bulu kann? hehe.
Adik punya lah suka tengok Abg Anas dia. Kalau tengah menyusu dengan Mama tu, bila dengar suara Abg Anas ke, suara walid duk layan Abg Anas ker, terus nak pusing kepala tengok. Bila Mama tarik balik suruh sambung hisap susu, Adik boleh keras kan kepala dia untuk tengok jek Abg Anas ke hulu ke hilir. Haish.
Dalam playpen tu memang Adik akan bergerak sampai ke hujung la. Sebab tu Adik dah kurang gemar duduk dalam playpen tu sebab tak bebas nak tengok Abg Anas dan juga join Abg Anas tengok upin ipin. Huhii.
Perkembangan Abg Anas Fateh
Abg Anas pula sudah semestinya sudah semakin bijak. Mulut pon dah makin boleh sebut banyak benda. Antaranya,
Lap - gelap
Dik - adik
Lid lid - Walid
Mama - Mama
Bat - Ubat
Dih - Pedih (bila tunjuk kat bahagian luka kat badan dia)
Dap - Sedap
Ti - Roti
Ball - ball
Nak Air - nak air
Nak nak (sambil geleng kepala) - Tak Nak
Nak - nak
Bah- Tok Abah
Nana- Elena
Abg Anas pula dah banyak faham arahan yang diberikan. Contoh macam ambil pampers, tuala, letak kan baju busuk dalam bakul busuk, hulurkan Mama remote control, sayang Adik dan banyak lagi.
Alhamdulillah, Mama bersyukur sangat anak-anak Mama membesar dengan sihat dan cerdas. Walaupun mungkin anak-anak Mama nampak 'kecik'/kurus di mata orang lain, tapi bagi Mama, kurus tak semestinya tak sihat, bambam tak semestinya sihat.
Bak kata walid, 'macam ayam kampung kecil/kurus jek tapi badan sihat,kuat, isi kental.'
Okaylah, sambung lagi di lain hari.
Salam Sayang buat anak-anak Mama.
Lots of love,
-Mama-
Fuuhh...berhabuk bersawang sudah blog Mama ni, ni dah masuk middle September kot! ish3.
Mana tanya, sejak jadi SuperMama ni, (super la sangat), hidup Mama memang busy memanjang. Sehinggalah pada malam hari anak-anak Mama dah lena dibuai mimpi, barulah Mama dapat relax-relax depan tv. Itupun kalau Mama tak terlena sekali dibuai mimpi bersama hero-hero Mama. HEHE.
Bulan puasa dah lepas, bulan Syawal pon dah berlalu. Ni dah nak masuk bulan Zulhijjah dah nak raya haji pulak la oii..Banyaaak betul benda Mama nak cerita. Tak tahu nak start dari mana.isk.isk.
Alhamdulillah, lagi sebulan lebih, Abg Anas akan masuk 2 tahun, adik pula lagi 14 hari akan masuk 5 bulan.hehe.
Cuma sekarang ni Mama sedikit risau sebab berat Adik baru jek 5.2 kilo. Dua kali check up berat Adik hanya naik 100 gram.isk. Last check up haritu misi kata BMI adik okay. Maksud nya berat dan tinggi adik tu sekata la cuma dalam graf berat untuk bayi lelaki tak cantik, dah masuk 'yellow zone'. Isk.
Mama tak tahu nak buat macam mana nak bagi berat Adik bertambah. Adik di susu kan based on demand la. Dah kalau Adik dah taknak susu, Adik akan tolak dengan lidah, takkan nak paksa Adik hisap susu pula? Umur pon baru 5 bulan, bukan Mama boleh suap Adik makanan lagi pon.isk.isk.
Next check up misi kata tengok macam mana. Kalau berat naik sikit juga darah Adik akan di ambil untuk further check up.hukhuk. Mama risauuu sangat. Doa kan lah yer semua semoga berat Adik naik banyak dan Adik tak perlu untuk ambil darah bagai.isk.isk.
Mama dah cukup kesian dah tengok Adik kena ambil darah masa Adik kena kuning haritu. Kat tangan kecil Adik, kaki kecil Adik dah kena cucuk dengan jarum untuk ambil darah. Kesian Adik. Huhu.
Okaylah, next topic adalah berkisar kehidupan kita empat beranak! HEHE.
Semestinya kehidupan keluarga kecil kita semakin meriah tiap-tiap hari. Kalau hari bekerja tu, lepas Mama ambil anak-anak Mama dari rumah Cik Ina, on the way balik ke rumah kita, bila Adik dah nangis tu memang akan buat kan Mama huru hara sebaik kereta berhenti depan rumah.
Mana taknya, Mama nak kena bawa masuk beg pam Mama, beg susu Adik, beg baju Abg Anas & Adik dan juga beg makan Abg Anas. Lepastu nak kena angkat kain di jemuran lagi, angkat hero-hero Mama lagi. Isk.
Dah masuk rumah, kunci pintu Mama nak kena keluarkan dulu susu yang Mama dah pam masuk ke dalam freezer, ganti baju anak-anak Mama dalam beg baju etc.
Kalau Adik dah 'panggil' Mama kaw-kaw punya, memang tergendala la sekejap semua tu. Mama kena attend Adik dulu. TAPI, sebelum dapat duduk dan susu kan Adik, Mama kena standby siap-siap buat susu untuk Abg Anas. Maklumlah, Abg Anas kalau tengok Adik menyusu, nanti tiba-tiba dia pon gerak-gerak kan lidah dia nak minta susu juga. Hee.
Sebabtu bila pintu pagar bunyi jek menandakan walid dah balik, Mama tersangatlah rasa legaaaa...hee.
Kali ni, tiap-tiap pagi bekerja Mama akan bangun jam 5.30-5.40 pagi untuk 'bersilat' di dapur sediakan breakfast, lunch and tea Abg Anas, lepastu pam susu untuk Adik di samping mandi,solat dan bersiap untuk pergi kerja. HOHO.
Alhamdulillah so far semuanya okay. Bila Mama dah biasa sekarang ni rasa okay jek walaupun masa pantang dulu rasa macam 'impossible' jek nak buat.Hehe.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014
Raya tahun ni, kita berempat beraya di JB dengan Tok Abah dan Tok Umi. Kita layan jek la gambar-gambar yer...
![]() |
Mama & Walid after 3 years of marriage.fiuh. |
![]() |
Muhammad Anas Fateh |
![]() |
Salahuddin Yusuf. Ahli baru beraya tahun ni.hee |
![]() |
cousins. dengan Noor Zara Elena. |
![]() |
Nak ambil attention Abg Anas suruh tengok kamera.hee |
![]() |
Mama jek tengok kamera nampaknya. alahai adik Yusuf cute! |
![]() |
Gambar paling 'perfect' kita berempat.Hee |
![]() |
Complete family sebelah Mama plus Mak andak & 2 cousins |
![]() |
Macam Mak Ayah dengan 3 org anak.Hee. Btw, Tok Abah & Tok Umi bersama cucu-cucu mereka (as for now) |
Perkembangan Adik Salahuddin Yusuf
Adik Salahuddin Yusuf sangatlah cepat dalam banyak benda. Mana taknya, sebelum Mama habis pantang, Adik dah boleh pusing badan dan meniarap. Pro okay. Adik pula jenis tekun, never give up bila dia duk menolak-nolak badan dia untuk meniarap tu. Pergh.
Sekarang ni, dah start menyembur dan dah mula tolak badan dia macam ulat bulu.kiki. Sebab apa Mama cakap macam ulat bulu? Sebab punggung Adik akan angkat tinggi lepastu kepala Adik akan di tolak ke depan. Haa...macam ulat bulu kann? hehe.
![]() |
Hero number 2 Mama |
![]() |
'Ulat Bulu'. HEHE |
Dalam playpen tu memang Adik akan bergerak sampai ke hujung la. Sebab tu Adik dah kurang gemar duduk dalam playpen tu sebab tak bebas nak tengok Abg Anas dan juga join Abg Anas tengok upin ipin. Huhii.
![]() |
Jadi 'ulat bulu' sampai tercabut seluar. alahai adik. |
Perkembangan Abg Anas Fateh
![]() |
Insya Allah Abg Anas besar jadi anak yang soleh yer Sayang. |
Lap - gelap
Dik - adik
Lid lid - Walid
Mama - Mama
Bat - Ubat
Dih - Pedih (bila tunjuk kat bahagian luka kat badan dia)
Dap - Sedap
Ti - Roti
Ball - ball
Nak Air - nak air
Nak nak (sambil geleng kepala) - Tak Nak
Nak - nak
Bah- Tok Abah
Nana- Elena
Abg Anas pula dah banyak faham arahan yang diberikan. Contoh macam ambil pampers, tuala, letak kan baju busuk dalam bakul busuk, hulurkan Mama remote control, sayang Adik dan banyak lagi.
![]() |
Abg Anas lap toy |
Alhamdulillah, Mama bersyukur sangat anak-anak Mama membesar dengan sihat dan cerdas. Walaupun mungkin anak-anak Mama nampak 'kecik'/kurus di mata orang lain, tapi bagi Mama, kurus tak semestinya tak sihat, bambam tak semestinya sihat.
Bak kata walid, 'macam ayam kampung kecil/kurus jek tapi badan sihat,kuat, isi kental.'
Okaylah, sambung lagi di lain hari.
Salam Sayang buat anak-anak Mama.
Lots of love,
-Mama-
Subscribe to:
Posts (Atom)