Assalamualaikum Sayang-sayang Mama!!
Entah angin apa datang hari ni sampai office je terus Mama rasa nak update blog picisan Mama yang Mama last update pada bulan April lepas Oh My God!!
Dah banyak kali dah terfikir nak cerita apa dalam blog Mama ni pasal hero-hero Mama tapi biasalah, asyiklah tertangguh-tangguh sajee..aish.
So hari ni Mama nak juga cerita sebagai coretan kisah hidup Mama sebagai mama kepada hero-hero Mama ni.
Takut nanti bila anak-anak Mama dah berubah kepada karenah lain, Mama pon jadi lupa nak update pasal karenah anak-anak Mama yang sekarang ini.HEHE.
Abang Anas Fateh.
Masa jadi abang mithali, comel je cakap dengan Adik Yusuf, 'nah adik ambil ni.' Meh sini Adik..'
Siap sikat kan rambut adiklah, pass kan botol susu Adik Yusuf lah, pass kan apa-apa makanan contoh macam biskut ke apa ke bila Mama minta tolong Abg Anas pass kan.
TAPI, bila masa Abg Anas tak berapa nak ada mood jadi abang mithali, senduk kayu pon boleh hinggap ke dahi Adik Yusuf.isk.isk.
Habis semua toys abg Anas nak main sorang-sorang tak nak share dengan Adik Yusuf lah.Ada masa siap toys yang adik Yusuf main dulu pon Abg Anas boleh ambil semua dan main sambil Adik Yusuf terpinga-pinga tengok mainannya di ambil Abg Anas. isk.isk.
Abg Anas banyak bercakap. Kadang-kadang semua benda nak bercerita sampai Mama pon tak faham apa yang Abg Anas cuba sampaikan. Abg Anas pula macam tahu-tahu je Mama tak faham sebab asyiklah repeat cakap benda yang sama.KIKIKI.
Sorry Sayang Mama. Mama dah cuba untuk fahamkan tapi Mama masih tak berjaya.isk.
Sekarang ni Abg Anas tengok mood nak makan. Selalunya bila weekend duduk dengan Mama ke atau balik rumah Tok Ki di Kijal ke, Abg Anas memang sangat kurang makan. Ada masa tu minum susu je dari pagi sampai malam. Bila kita ajak makan cakap 'dah nyang dah.' Aish.
Adik Salahuddin Yusuf
Walaupun badan adik comel je berbanding budak-budak lain yang umur sebaya dengan adik tapi masya Allah, Adik Yusuf sangatlah aktif bergerak sana sini. Kalau adik Yusuf berjalan kat tempat public jek orang yang tengok mesti geram je denganAdik Yusuf sebab comel sangat jalan lincah.hehe.
Adik Yusuf pula hobi suka sangatlah mengigit! Badan Mama ni setiap pelusuk dah kena gigit dengan Adik tau.HUKHUK.
Abg Anas tu memanglah, kalau time nak revenge tu, memang gigi Adik Yusuf lah akan jadi senjata utama Adik Yusuf.Huhi.
Yang bestnya kat rumah CIk Ina pon Adik Yusuf gigit kak Amanda yang sama baya dengan Abg Anas tu. Kesian kak Amanda tauu! Adik Luqman tu toksah cakap lah sebab geram tengok lengan dan peha dia, awak suka-suka jek gigit anak orang ya Adik Yusuf.haaip!!
Pasal makan pula ALHAMDULILLAH. Adik ni, suap lah apa sahaja dalam mulut dia confirm dia akan nganga punyaaa...Tu yang Mama jadi buntu tu macam mana nak gemuk kan Adik lagi sedangkan semua benda Adik dah makan.ISK.
Buat masa ni, bila Mama marah Adik Yusuf, Yusuf akan geram dan akan try untuk cubit atau pukul balik Mama. TAPI, bila walid yang marah Yusuf, even walid buat muka garang je, Adik Yusuf terus menjebik, muka sedih lepas tu berlari pergi peluk Mama. Oh sangatlah sensitif dengan walid awak ye Sayang!
Most of the time memang adik akan ikut jek lah apa yang walid cakap. Walid panggil adik Yusuf datang. Walid suruh adik Yusuf kiss pipi walid, awak buat. Sampai kadang-kadang tu Mama naik jealous tauuu!
adik Yusuf memang seorang adik yang obedient la. Bila Abg Anas bagi barang jek suruh pegang, 'Nah Adik ambil ni,' Adik Yusuf akan ambil. Bila abg Anas panggil Adik Yusuf 'Jom adik.' Yusuf pon dengan comel nya pergi ke Abg Anas. Abg Anas panjat sofa ke coffee table ke memang Adik Yusuf ikut ajeklah. Sanggattlah obedient.HEHE.
Haihlah anak-anak Mama. Kalau nak cerita kan sebiji sebiji karenah anak-anak Mama, memang berjela lah entry ni.HEHE.
Okaylah sayangs, Mama nak sambung buat kerja.
Gotta go.
Until now, take care anak-anak Mama.
Lots of Love,
-MAMA-
No comments:
Post a Comment