Thursday, January 10, 2013

:: Baju Kurung Murah ::


Assalamualaikum semua...

Ha, harini saya nak buat something new. Saya mahu berniaga! hikhik. Lately ni tak tahu kenapa dalam hati dan sanubari ni teramatlah berkobar2 mahu berniaga. Ni adalah kesan daripada shopping online yang tak hengat dunia la ni. isk. Maklumlah, zaman sekarang yang serba serbi di  hujung jari ni, vontot lekat kat kerusi pon tapi $$$ boleh mengalir keluar daripada poket atau akaun bank dengan sekelip mata sahaja. Macam biskut chipsmore gittew. Kejap ada kejap tak ada. Hakhak.

Okaylah, tanpa membuang masa, memperkenalkan business ku yang pertama...

Menjual BAJU KURUNG TERPAKAI dengan harga MURAH2 sahaja.

TAPI, even ia adalah terpakai, ia hanya dipakai tak sampai 10kali pon. Kalau hitung dengan jari jek cukup. Ada yang dua tiga kali pakai, ada yang hanya SATU KALI pakai dan yang paling best, ada yang masih BARU.

So, without further ado, meh tengok2 meh.....








Jenis: Jubah
Kod : JB 01
Status : BARU
Warna : Putih
Saiz : 50
Dilengkapi dengan seluar. (tapi kalau taknak pon takpe)
Harga yang ditawarkan : RM110







Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 01
Status : BARU
Warna : Hijau/Putih
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM80







Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 02
Status : BARU
Warna : Corak bunga2 warna-warni
Saiz : M
Harga yg ditawarkan : RM50







Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 03
Status : Terpakai
Warna : Biru Turqoise dengan sulaman indah
Saiz : L
Harga yg ditawarkan : RM40
SOLD!!





Jenis : Baju Kurung dengan kain lipat depan
Kod : BK 04
Status : Terpakai (1kali sahaja)
Warna : Hijau gelap dengan manik2 indah
Saiz : L
Harga yg ditawarkan : RM45
SOLD!!!









Jenis : Baju Kebarung kain lipat depan
Kod : BK 05
Status : Terpakai
Warna : Biru lembut  corak bunga2
Saiz : L
Harga yg ditawarkan : RM40







Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 06
Status : Terpakai
Warna : Coklat corak bunga2
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM30








Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 07
Status : Terpakai
Warna : Coklat keemasan bercorak bunga2
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM25
SOLD!!





Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 08
Status : Terpakai
Warna : Kelabu/Merah (jenis kain jarang, perlu pakai inner)
Saiz : M
Harga yg ditawarkan : RM30








Jenis : Baju Kebarung kain lipat depan
Kod : BK 09
Status : Terpakai
Warna : Coklat gelap beserta manik indah
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM40
SOLD!!!







Jenis : Baju Kebarung kain lipat depan
Kod : BK 10
Status : Terpakai (1kali sahaja)
Warna : Hitam/Putih bercorak abstrak
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM45






Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 11
Status : Terpakai
Warna : Putih/Coklat
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM25
SOLD!!






Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 12
Status : Terpakai
Warna : Ungu/Merah jambu
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM25
SOLD!!






Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 13
Status : Terpakai
Warna : Coklat Gold
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM25
SOLD!!





Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 14
Status : Terpakai
Warna : Hijau/kuning bercorak batik
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM25






Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 15
Status : Terpakai
Warna : Biru
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM25







Jenis : Baju Kebarung kain lipat depan
Kod : BK 16
Status : Terpakai (1kali sahaja)
Warna : Hijau/Hitam
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM30










Jenis : Baju Kebarung kain susun belakang
Kod : BK 17
Status : BARU
Warna : Coklat bercorak bunga gold
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM70






Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 18
Status : Terpakai
Warna : Oren/Merah/Hitam
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM30
SOLD!!






Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 19
Status : Terpakai
Warna : Biru muda
Saiz : XL
Haraga yg ditawarkan : RM25





Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 20
Status : Terpakai
Warna : Biru bercorak bunga Ungu
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM25
SOLD!!






Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 21
Status : Terpakai
Warna : Merah/Oren
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM25
SOLD!!






Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 22
Status : Terpakai
Warna : Hijau lumut
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM25









Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 22
Status : Terpakai
Warna : Coklat bermanik di baju
Saiz : S
Harga yg ditawarkan : RM30






Jenis : Baju Kurung
Kod : BK 23
Status : Terpakai
Warna : Kelabu Cerah bercorak bunga kelabu gelap
Saiz : XL
Harga yg ditawarkan : RM25
SOLD!!

Berminat? Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila emel ke fatinah_ab@hotmail.com. Langkah lanjut untuk membuat bayaran akan diberitahu kemudian. Baju yang telah dibeli juga TIDAK BOLEH DIPULANG SEMULA. Harga yang ditawarkan TIDAK TERMASUK kos penghantaran. Anyway, kos penghantaran adalah RM7 bagi semenanjung Malaysia dan RM9 bagi Sabah & Sarawak.

Tunggu apa lagi? Siapa cepat dia dapat!! =)

Thursday, January 3, 2013

:: Aqiqah ::

Assalamualaikum Sayang Mama!~

Sayang, tahu tak Aqiqah tu apa? Ha, tak pasal2 Sayang kena terjah dengan Mama dengan soalan cepumas. Hee. Takpe, Mama tahu Sayang Mama ni cerdik orangnya, Sayang mesti boleh jawab punya lah! Hehe.

Okaylah, even Sayang dah tahu tapi Mama bagitahu yer. Untuk lebih memantapkan pemahaman Sayang Mama.

Aqiqah ni bermaksud penyembelihan binatang yang dibuat sempena kelahiran cahaya mata sebagai tanda kesyukuran kepada Yang Maha Esa.

Hadis nabi mengatakan, untuk anak lelaki, sunat untuk di aqiqah kan dengan 2 ekor kambing manakala untuk anak perempuan seekor kambing sahaja. Walaubagaimanapun, tak salah untuk aqiqah dengan seekor kambing sahaja bagi anak lelaki.

Sayang faham tak ni? Tetiba Mama rasa macam buat kelas Ibadat pulak untuk Sayang Mama. Ahaks.

Okaylah, untuk lebih jelas, Sayang refer jek lah kat sini. Karang kalau Mama explain panjang2 berjela pulak entry ni jadik nya. Hehe.

Alhamdulillah, Aqiqah untuk Sayang telah selamat dilakukan pada 29 & 30 Disember lepas. Di hujung2 tahun gittew. Cek2 balik kalendar, waktu tu semua ahli keluarga sebelah Mama ada di samping Mama & Tok Abah dapat bonus hujung tahun.hikhik.

Oh yer, Aqiqah ni buat kat Kampung JB masa Mama belum habis cuti bersalin lagi sebab Tok Abah sponsor seekor kambing. So dah alang2 Tok Abah nak buat, Mama & walid pon join terus lah lagi seekor. Kalau tak tak tahu pulak bila nak buat lagi. Menyelam sambil minum air bak kata orang. Hehe.

Mesti Sayang tertanya-tanya kan kenapa sampai buat 2hari padahal kambing 2 ekor jek yang tumbang, bukannya 20 ekor! hehe.

Macam gini, seekor kambing Tok Abah & Mama plan untuk buat kambing golek untuk dimakan antara ahli keluarga sahaja manakala seekor lagi untuk dijamu kepada geng2 kelas agama Tok Umi yang selalu datang hari Ahad tu.

Ahad malam walid Sayang dah nak balik kampung Kijal semula dah, lagipun Pak Teh & Ayah Cik pon nak balik semula ke tempat belajar mereka, so kambing yang digolek dengan nyum2 nya itu kami buat pada 29hb, Sabtu petang.

Puas hati betul kami makan kambing golek tu. Sayang Mama pulak terkelip-kelip ajeklah mata tengok Mama & Walid makan. Hehe. Nak buat macam mana, Sayang baru jek berusia 64 hari, jem pulak perut Sayang karang kalau Mama suap kambing golek tu! hikhik.

Jadi, tanpa membuang masa, jom layan gambar2 pada hari kejadian...

Sabar menanti kambing siap digolekk


Kambing golek awak Sayang!

 
Pak2 sedara awak sedang terjah kambing golek nyum2


Kita bertiga Sayang..=)


Nyum2,,,1st round mama..hikhik


Walid pegang Sayang sementara Mama nomnomnom.hikhik

Kalau Sayang nak tahu, Mama makan banyaaaak sangat. Sedap pulak bila daging kambing tu dipotong kecil2, dengan mushroom sauce nya, potato nya. Pergh, menambah2 Mama. Walid Sayang geleng2 jek tengok Mama makan. Hahaha. Almaklumlah, pagi tu breakfast jek. Takde lunch. Tok Abah cakap tunggu sampai daging golek siap, boleh makan puas2. Tu yang Mama makan tak hengat dunia tu. Hee.

Bila dah kali ke 3 punya, daging dah kenyal2. Kunyah2 tak hancur. Last2 dah give up dah. Su Sya awak pon sama. Dahla keras, Mama pulak dah tergigit kat gigi bongsu Mama yang baru nak tumbuh tu. Memanglah sakit nya la haii...

Papepon, Alhamdulillah, kenyaaang sampai ke malam..hehehe.

Okay, Part 2, untuk 30hb, Ahad tu pulak. Ceramah agama macam biasalah. Selepas habis ceramah Sayang dibawa ke depan untuk ditahnik kan lagi sekali. Nak cukur rambut, dah buat dah. Tahnik pon Walid Sayang dah buat jugak pada hari ke7 lalu tapi takpelah, buat jek sekali lagi. Tahnik dibuat oleh ustazah yang mengajar kelas agama Tok Umi and da geng. hehe.

Sayang Mama sudah siap untuk Aqiqah Part 2




Snap gambar dengan Mama dulu.hehe


Alhamdulillah, Sayang Mama behave dengan baik sekali. Sayang Mama senyap jek masa Mama bawa ke depan diiringi dengan selawat oleh makcik2 tu. Kemudian Mama serahkan Sayang kepada ustazah untuk ditahnik kan. Terkulat-kulat Sayang rasa kurma yang disuapkan ustazah. Terus terkesima Sayang dibuatnya. Hehe.


Sayang di tahnikkan oleh ustazah




Siap ditahnik, selawat, lepastu Sayang di pass kan semula kepada Mama. Kemudian terus hidang makanan untuk menjamu tetamu semua makan. Alhamdulillah, untul haritu, menu utama adalah nasi jagung, kari kambing, dalca, roti jala, roti bun. Kuih-muih pulak ialah Kuih puteri sebilik (Mama suggest kat Tok Umi ni and memang sah semua kata sedap!hee) & karipap, plus buah2an.

Guess what Sayang, caterer yang Tok Abah & Tok Umi tempah kali ni adalah caterer yang sama masa Mama & Walid kahwin dulu! haha. Caterer ni jugak yang masak untuk majlis kahwin Pak Alang & Mak Alang awak Sayang. Memang sah lah caterer ni akan menjadi 'caterer keluarga kita' lepas ni.

Masa majlis kahwin Mama & walid lagi semua orang dah puji makanan yang dimasak caterer ni sedap. Paling best harga pon berpatutan. Tu yang Tok Abah & Tok Umi suka sangat tu. hehe. Nama caterer ni E-Moms Catering. Agak2 nya masa zaman Sayang caterer ni mesti dah jadi antara caterer yang terkenal kat JB. hehe. Tak pasal2 pulak Mama promote caterer ni. Kena minta komisen ni. =p


Gambar goyang...tanya walid awak Sayang..=p

Mula2 jamu makcik2 ni, lepas zuhur ada tetamu batch lain pulak. Jiran2, Kawan2 Tok Abah & Kawan2 Mama. Pengarah Tok Abah pon datang. Kawan2 Mama yang datang ialah Aunty Khalidah Adibah, Aunty Ell & Uncle Farhan bersama Abg Zhafri. Paling best kawan mama yang datang dari Batu Pahat sana, Aunty Shida & Uncle Ibrahim bersama Kakak Imani. Tapi Kakak Imani ni tua dari Sayang 5 bulan jek kot! Tak perlu la kot panggil kakak.Hee.

Yang sadisnya takde pon snap gambar dengan mereka semua. Mama syok sangat berborak sampai lupa nak snap gambar buat kenang-kenangan. Uhuk.

So, dalam pukul 4 petang macam tu, selesai lah sudah majlis Aqiqah Part 2 Sayang setelah tetamu terakhir pulang. Alhamdulillah, Walid & Mama lega sangat ia nya dah selesai. Takde nak pening2 fikir pasal Aqiqah awak dah Sayang. Tunggu Aqiqah adik Sayang pulak? EH? (-_-)

Ha, cakap pasal adik Sayang, masa pengarah Tok Abah datang bersama isteri tu kan, masa Mama pergi salam dengan isteri Tuan Haji Said tu, beliau cakap Mama dah nampak sihat dah. Agaknya sebab Mama jalan laju jek kot. Pastu Mereka laki bini usik Mama & Walid yang Sayang dah boleh ber'adik'.

Erk? Terkedu kejap Mama bila dengar. Misteri berada di labour room especially masa kena jahit masih segar dalam ingatan Mama, adalah sesuatu tanda yang Mama belum fikir lagi pasal adik awak Sayang. Huhu.

Lagipon kasi chance lah untuk awak dapat kasih sayang Mama & Walid sepenuhnya dulu. At least setahun. Nanti bila dah ada adik, nak kena share pulak kasih sayang kami ni. Mesti Sayang setuju dengan Mama kan? hikhik.

Apa2 pon semua tu adalah rezeki dari Allah swt. Kita hanya mampu merancang tapi Dia juga ada rancangan nya yang jauh lebih baik buat kita. Okay Sayang?


Finally dapat gak snap gambar kita bertiga, tupon selepas Mama tukar tudung sebab solat zuhur.


So, Ahad malam tu walid pon balik lah semula ke Kijal. Betapa walid awak excited sebab kita dah nak kena balik Kuantan sebab Mama dah nak mula kerja semula tak lama lagi, walid awak siap boleh cakap dengan Tok Umi & Tok Abah yang lepas ni bila beliau datang, beliau akan angkut kita semua. I mean, angkut Sayang, Mama dan semua barang2 Sayang & Mama sampai licin. Dengan muka walid yang sedikit 'cheeky' time tu. (Tok Umi yang cakap.hehe)

Hukhuk. Mama dah naik mula kerja semula. Vacation Mama tinggal lagi 22 hari. Uwaaa...

Okaylah Sayang. Setakat ni jek dulu pasal Aqiqah Sayang.

Jangan lupa, Mama loves y0u s0o0o0o0o0o much Sayang!! Mmmmmwaahhss!


Your ONLY Mother (hehe),

-Mama-


Tuesday, December 25, 2012

:: 60 hari ::

Assalamualaikum Sayang Mama!~

Hehe. Sorrylah yer, entry kali ni kembali buat jantung hati saya. Tapi kalau korang nak baca takde hal punya lah! =)

Sayang, hari ni Sayang dah berusia 60 hari. Atau dengan kata lain nya 2 bulan dan sekaligus menandakan bahawa Mama juga telah dengan senang lenang nya menternak badan dan terperap di rumah sambil gaji bulanan jalan! hikhik.

Selama 60 hari ni, sikit-sikit Mama belajar mengenali Sayang. Sayang kan anak Mama, mestilah Mama kena tahu selok belok pasal diri Sayang.

Setakat ni, Alhamdulillah, Mama masih dapat handle Sayang dengan baik. Sayang pon senang dijaga. Sayang hanya akan nangis bila Sayang lapar dan nak tidur saje, err dan juga bila perut kembong. Kalau Sayang dah dibiarkan sendirian atas katil lama2, Sayang akan mula merengek2 minta di angkat! Tapi merengek yang tak seserius mana lah. Compare kalau Sayang kelaparan, Sayang akan sesekali naik kan pitching suara sampai bingit telinga Mama dibuatnya! hehe.

Bila Sayang nak tidur, bagi susu jek Sayang boleh terus lena. Kadang2 bila Sayang dah mengantuk sangat tu, Tok Abah diri kan Sayang pon Awak still boleh tidur Sayang! olololo Sayang Mama.

Jadi, pada Mama, Sayang takde lah susah untuk ditidurkan. Tak perlu nak dodoi2 apa tah lagi buai! hehe. Actually Mama & Walid dah bersetuju untuk tak nak ajar Sayang dengan buai. Di samping takmo angkut buai tu ke hulu ke hilir bila nak balik ke kampung Kijal/JB, kami juga takut Sayang akan jadi seorang yang 'wajib ada buai baru boleh tidur'.huhu.

Even Mama kecik-kecik dulu memang kaki buai, tapi untuk anak Mama, Mama takmo ajar buai. hikhik.

Tok Abah & Tok Umi berbisik-bisik cakap pasal Mama,

"Pandai dia, takmo ajar anak dia buai, padahal dia kecik-kecik dulu berbuai.."

Hikhik. Tak apalah, masing2 ada cara yang tersendiri besar kan anak kan. Mama cuba cara Mama pulak! =p

Masa awal2 Sayang dilahirkan, Sayang kerap jugak lah jaga malam. Dan tak menentu. Ada hari yang Sayang bangun setiap dua jam. Ada hari yang ikut suka Sayang jek nak bangun berapa kali. Dan ada juga yang secara konsistennya Sayang bangun selang sejam! Ha, hebatkan awak Sayang? Dah macam alarm clock yang Mama setting pulak!hikhik.

Sayang Mama tidur dengan nyenyak nya.



Nampak macho la Sayang Mama!=p



Masa Sayang dah masuk sebulan, Sayang ada appointment di klinik untuk cucuk Hepatitis B!! Selain cucuk, macam biasa lah berat Sayang juga akan di timbang. Mama pon kena cek sekali. isk. Nasib baik masa tu Tok Umi teman kita, kalau tak tak tahulah Mama macam mana nak pegang Sayang nya lain, Mama nak di cek nya lain. hoho.

Sayang masa tu punyalah tidur jek manjang. Almaklumlah, malam sebelum nya Sayang Mama tidur pukul 1 setengah pagi! Ha, mana nya tak mengantuk pagi nya tu. Sampai ke saat Sayang nak kena cucuk pon Sayang tidur jek lagi. Padahal masa tu baru lepas timbang berat Sayang. Oh yer, berat Sayang masa tu 4.5 kg. Mama macam tak puas hati jugak sebab Mama rasa Sayang dah boleh cecah 5kg! Mana tak nya, sebelum ni, selang 10hari jek Sayang boleh naik 600gram, tu yang Mama ala2 confident Sayang dah cecah 5kg masa pergi klinik haritu. Isk. Agaknya mesin penimbang tu rosak kot (-_-)

Sayang kena cucuk kat peha sebelah kanan. Masa kena cucuk tu Sayang menangis. Sedih Mama tengok. Sayang tengah syok2 tidur sekali kena cucuk. Tapi lepastu Sayang boleh sambung tidur. Sekejap jek Sayang menangis. Penangan tidur lambat punya pasal. hee.

Sayang baru lepas kena cucuk!

Hari yang ke 37 ke 38, Sayang telah dengan rasminya di botakkan! hehe. Mula2 Tok Abah Sayang yang cukur kan kepala Sayang lepastu walid pulak take over. Amboih, mula2 walid Sayang tu macam cuak2 jek nak cukur. Tapi bila dah pandai pakai mesin potong rambut Tok Abah punya terus walid awak cukur dengan confidentnya sekali. Hehe. Siap nak pakai shaver pulak lepastu nak kasi licin terus kepala awak sampai shining2. Haha. Pakkal jek Mama tak bagi.

Yang best nya Sayang sangat2 behave masa proses pencukuran rambut dibuat. Sayang senyap jek. Agak nya Sayang rasa sedap kot kepala Sayang dicukur. Hikhik.

Rileks jek Sayang masa walid cukur rambut Sayang. hehe

Rambut Sayang yang separuh dah hilang..wee
Saat yang paling Mama suka bila tidur malam dengan Sayang. Sebelum Sayang nak lelap tu, Awak mesti nak 'menempek' atau 'bergayut' dulu. Tapi Awak hisap susu, bukan main2 semata. Bila dah tidur tu, alahai geramnya Mama dibuatnya. Sayu jek Mama tengok. Tak tahu kenapa. Kadang2 Sayang terjaga dan bunyik2 sikit2. Mama akan cuba mengagak apa yang Sayang nak. Ada masa Sayang sejuk jadi Mama betulkan selimut Sayang yang dah terbukak-bukak tu, ada masa Sayang nak Mama peluk (olololo Sayang Mama) dan ada masa Mama pon tak tahu sebab apa jadi Mama just popok2 jek Awak Sayang.hehe.


Muka Sayang yg sangat cute di pagi hari tidur dengan Mama =)

Ada malam yang Sayang merengek2 tak tahu sebab. Sekali bila Mama tepuk2 perut Sayang rupanya Sayang kembong. Olo kesian Sayang Mama. Mama pon sapukan minyak  telon kat perut dan tapak kaki Sayang. Urut2 sikit. Lepastu Sayang baru boleh tidur dengan nyenyaknya. Lega Mama. Fuuhh..

Tapi, 2hari lepas, Sayang kembung perut yang boleh Mama katakan teruk jugaklah (so far, nauzubillah). Dah cumur minyak telon kat perut pon Sayang merengek2 lagi. Tengah hisap susu pon Sayang merengek2 jugak. Kesian sangat Mama tengok. Mama pon bawa Sayang jumpa 'Yang Pakar' (siapa lagi kalau bukan Tok Umi & Tok Abah). Tok Umi pon cumur lagi minyak pada tapak kaki Sayang, belakang badan Sayang dan picit2 perut Sayang. Sayang diam jek. Memang sahlah Sayang Mama sakit perut. Tok Umi tiarapkan Sayang dan picit2 belakang perut Sayang. Tak lama tu Tok Abah pula take over.

Sayang ditiarapkan dan Tok Abah picit perut Sayang dan goyang2 kan badan Sayang. Sayang senyap. Sedap agak nya Tok Abah buat Sayang macam tu. Tak lama tu Sayang tidur! Olo kesian nya la hai Sayang Mama. Nampak sangat 2 kali yang Sayang Mama dah tidur tapi terjaga semula tu sebab Sayang Mama sakit perut. huhu.

Bila Mama fikir balik apa yang membuatkan perut Sayang sakit, baru Mama teringat, siangnya Mama makan bihun yang ada taugeh. Mama ingat taugeh takpe tapi ex oficemate Mama bagitahu anak dia pon sakit perut jugak bila dia makan taugeh. Okay, noted. Lagi satu yang Mama makan siang nya adalah pulut! Ada dapat bubur merah-putih so Mama makanlah nak rasa. Sekali sedap pulak. Boleh tahan jugaklah Mama makan even tak de lah sampai 1 bekas tu. Tapi akhirnya membuatkan Sayang Mama merana!

Kesian sangat Sayang Mama. Lepas ni Mama memang kena berjaga-jaga dengan apa yang Mama makan. Kalau selama ni effect kat perut Mama jek, Mama jek yang sengsara tapi kali ni Mama kena ingat yang apa yang Mama makan akan effect kat anak Mama juga yang menyusu badan Mama ni. Huhu.

Mama mintak maaf sangat2 Sayang.. (-_-)

Erm, Sejak Sayang dah sebulan, malam2 bila Sayang lapar, Sayang akan nganga2 mulut Sayang cari nenen. Sebelum Sayang sempat nangis lagi Mama dah terjaga dan susukan Sayang. Naluri ibu kan, even Sayang tergerak2 sikit pon Mama boleh tersedar. hoho.

Sekarang ni, bila tidur malam, Sayang akan bangun sekali jek. Sama ada pukul 4 atau pukul 5! Lepastu pukul 7 atau 8. Oh, memang sahlah Sayang akan jadi 'jam' Mama bila Mama dah mula kerja nanti. (-_-).

Tapi kira okay lahkan. Start pukul 12malam, Mama dapat tidur lena selama 4/5 jam straight!hehe. On the other side, Mama tertanya-tanya jugak, Sayang tak lapar ke tak minum susu selama 4/5 jam tu?isk.

Bila mandi atau change pampers, Sayang akan senyap jek. Ha, Sayang pon tahu kan menda2 tu untuk buat Sayang juga selesa jadi Awak behave ajek la kan Sayang kan? =)

Dah masuk sebulan, Sayang dah pandai tengok orang. Setiap orang Sayang ada cara tengok yang tersendiri esp Tok Abah & Tok Umi.

Cuba bagitahu Mama siapa yang tak geram tengok gambar Sayang yang ni?hee

Kalau dengan walid Sayang pulak, Sayang suka walid pegang Sayang dan berjalan-jalan keliling rumah. Bila walid duduk lama jek Sayang mula merengek. Walid Awak yang suka layankan Awak pon bangun lah dan berjalan lagi. Sampai lenguh2 tangan beliau. hee.

Tapi kalau dengan Mama, Sayang tak pulak macam tu. hikhik. Good boy! Memang anak Mama lah.hehe. Lagipon Mama bukan larat nak buat macam walid buat tu. And surprisingly Sayang takde lah banyak merengek sangat bila Mama yang pegang Awak Sayang. hehe. Thanks Sayang sebab appreciate Mama yang dah mengandung dan beranak kan Awak Sayang! Mmmuaahh!

Memandangkan Mama dah nak naik kerja less than 50days, Mama haritu nak train Sayang minum susu dalam botol. Mula2 Mama try bagi pastu Sayang macam buat2 muka pelik even still hisap2 jugak susu tu. Then, Mama bagi walid pulak try, sama jugak. Walid dah nak give up sebab takmo paksa2 Sayang sangat kata nya.

Sekali Mama minta Tok Umi pulak try. Bila masuk jek puting botol tu dalam mulut Sayang, Awak terus hisap dengan semangatnya! Rupa2 nya kena masukkan puting botol tu sampai penuh mulut Sayang. Macam Sayang hisap susu Mama direct jugak. Haha, manalah Mama & walid tahu. Walid awak tu takut sangat awak tersedak ke apa ke kalau masukkan puting botol tu penuh2 dalam mulut awak Sayang. huhu.


Day 58 of life

Ish, lagi 30 hari Mama akan mula bekerja semula. Dengan rutin hidup yang baru sebab dah ada awak Sayang! Tapi bila fikir2 kan balik, Mama akan jadi sedih sebab akan berpisah sekejap dengan Sayang sebab Mama nak kena pergi kerja. Rasa nak berhenti kerja pon ada. (-_-). Tapi, nak buat macam mana, nak tak nak Mama kena juga bekerja, untuk tolong walid Sayang. Plus, Mama pon nak ada income sendiri, boleh sediakan keperluan Sayang agar lebih selesa. =)

Erm, okaylah. Setakat ni jek lah kot dulu Mama nak cerita pasal Sayang. Nanti Mama update lagi okay?

Harapan Mama, tak lain tak bukan, semoga Sayang membesar dengan sihat dan pintar. Semoga Sayang sentiasa berada di bawah lindungan Nya, di dalam keberkatan Nya.

Mama saaaaayang sangat2 kat Awak tau Sayang. More & more each day. Kasih dan sayang Mama pada Sayang takkan putus selama-lama nya.

Lots of Love,

-Mama-



Wednesday, December 12, 2012

Berpantang

Assalamualaikum semua!~

Guess what? Hari ni saya dah hari ke 44 berpantang! Asyik buat entry dengan Sayang saya jek, rasa kekok pulak bila buat entry macam biasa.Hee.

Pejam celik pejam celik, 44 hari sudah berlalu. Maknanya Anas Fateh pon dah berusia 44hari. Alahai, baru 44hari melihat dunia. Itupon 2,3 kali jek keluar dari rumah, selebihnya duduk dendiam ajek lah kat dalam rumah. Itupon dia terbulat-bulat mata dia tengok keliling. Ololo Sayang Mama.

Okaylah, meh nak cerita pasal pengalaman saya berpantang. Untuk bakal2 ibu, insya Allah sedikit sebanyak boleh jadi kan panduan semasa kalian pula berpantang nanti.

Here we go..

Saya bersalin di Hospital Kemaman, selepas dibenarkan 'check out' jek, saya diambil oleh Hubby dan juga Umi & Abah dan pulang ke Kijal, rumah mertua saya, mak & walid.

Excited mereka. Cucu sulong la kata kan. Ahaks.

Maka bermulalah tempoh berpantang saya.

Bertungku

Awal pagi akan start dengan bertungku, tungku pakai besi yang panjang yang berat punya tu taw. Lepas dibakar atas api, ia akan dibalut dengan kain batik. Bertungku tu saya fokus kan kat area perut sudah semestinya. Tujuan nya adalah untuk membuang angin-angin dari urat2 yang sudah mengembang,buang darah2 kotor, tolak balik peranakan ke tempat nya di samping kecutkan ia kepada saiz asal semula.

Mandi dengan air rebusan tumbuhan2 herba

Lepas bertungku, memang akan terasa darah kotor keluar berderu.Huhu. Kemudian saya akan mandi. Mandi pulak saya disediakan dengan air rebusan tumbuh-tumbuhan herba bertujuan untuk segarkan badan ni. Dalam bilik kat rumah PIL tu tandasnya cangkung, sah2 la tak boleh pakai. Memang cari nahas lettew nak pakai tandas cangkung. Eden pon tak sanggup oi. Jadi terpaksa guna tandas yang duduk punya, bertentangan dengan bilik.

1st time mandi bestlah sebab Hubby tolong mandikan. Yer la kan, nak kena cedok air dari dalam besen, kan nak kena tunduk2 tu. Hari ke4 pulak tu. Memang jalan terkepit2 jek. Duduk pon macam robot jek. Uhuk. Tapi lepas2 tu mandi sendiri ajek lah. Tak sampai hati nak mintak Hubby mandi kan selalu, segan dengan family. Hee.

Oh yer, Hubby ambil cuti 1 minggu. Cuti free yang beliau dapat sempena isteri bersalin di burn kan begitu sahaja memandangkan saya bersalin pada hari cuti umum. Ceh.

Selesai mandi, titiskan ubat kuning dulu kat 'situ'. Oh time tu memang rasa seriau jek nak 'bukak' besar2. Tragedi kena jahit masih di dalam bayangan seram. Uhuk.

Berbengkung

Kemudian pakai bengkung. Bengkung ni adalah bertujuan untuk mengempiskan perut, mengembalikan saiz badan kepada bentuk asal (cewah) dan mengangkat peranakan kepada tempat nya yang asal semula.

Saya pakai bengkung yang ada tali panjang tu. Mustika Ratu & Sari Mas punya. Yang orang nak kena ikatkan untuk kita tu. Tak boleh buat sendiri. Kita hanya baring sahaja. Sebelum pakai bengkung, cumurkan dulu di bahagian belakang dan bahagian perut, air kapur dicampurkan dengan limau nipis. Yang sememangnya menghangatkan badan dan mengecutkan perut yang menggeleber ni.Huhu.

Untuk bengkung ni, masa Hubby cuti memang sah2 la Hubby yang ikatkan. Beliau buat macam ikat tali kasut jek. Ahaks. Bila beliau dah kembali bekerja, tugas terpaksa di pas kan kepada Mak. Oh malunya la hai mak tengok perut saya yang sangatlah banyak stretch marks. Buruks nya la hai. (-_-)

Tapi kalau saya complain dengan Hubby jek, beliau mesti tegur saya, 'Tak baik mengeluh, nanti2 lah fikir pasal perut tu,yang penting ayang sembuh dan sihat dulu". Oh, sweet tak Hubby saya? Hikhik.

Mandikan Baby
Untuk baby aka Anas Fateh pulak, tugas memandi kan dia dibuat oleh Mak & Wan aka Tok Wan & Nyang Anas Fateh.hihi. Lepas2 tu bila mereka dah mula ketang ketung di dapur, Anas Fateh yak, Mama nya jugak lah yang setel kannya. Masa Hubby masih cuti, tugas Hubbylah change kan pampers Anas Fateh. hehe. Even dibantu juga oleh saya sebab tugas itu nak kena buat dengan pantas dan cekap. Nak buat macam mana, Hubbby saya tu teliti orangnya. TELITI okay. Korang jangan salah faham pulak!

Makan & Minum

Okay, seterusnya, lepas pakai bengkung, saya akan bersarapan. Untuk orang dalam pantang ni, apa sangatlah yang saya boleh makan kalau bukan roti cicah air milo. Pagi, tengah hari, petang dan malam, mesti nak pekena air milo. Takpelah, milo kan 'milk booster'. Insya Allah, rezeki Anas Fateh, susu saya sentiasa ada untuk nya. Alhamdulillah. Selain roti boleh juga makan biskut cap ping pong tu kalau ingin kan kelainan. Haha.

Dah siap sarapan tu, kembali bertafakur di dalam bilik. Kadang2 bila ngantuk tu saya akan tidur. Maklumlah, malamnya dah berjaga menyusukan Anas Fateh kan, siangnya waktu dia tidur, saya pon amek lah peluang tidur sekali.Hoho.

Tengah hari, lunch di hari2 awal sememangnya nasi putih, ikan panggang dan sayur sawi masak air. Yer tak yer, dinner saya juga menu yang sama. Tak sangka jugaklah saya bertahan dengan lauk sedemikian dengan begitu lama.(-_-)

Bila hari dah petang, bengkung dibuka dan sesi bertungku dilakukan lagi sebelum mandi petang hari. Lepas mandi, pakai bengkung semula dan dinner pulak.

Untuk Anas Fateh, saya akan menyusukannya mengikut tahap keperluan dan kelaparannya. Memang tak lebih dari 3 jam, dia mesti akan menangis meminta susu. Masa 10 hari pertama, lepas jam 12 malam, Anas Fateh bangun tak menentu. Ada malam dia bangun 2jam sekali secara konsisten! Ada malam dia bangun tak menentu, selang sejam atau 2 jam, Ada malam yang setiap sejam secara konsisten pon ada! Bila paginya memang sah2 la mama nya mengantuk tahap dewa kan! Uhuk.

Tapi apa yang saya perasan, walaupun tidur saya tak menentu, maybe ada yang tak cukup pon, tapi Alhamdulillah saya tak ada lah pening2 kepala. Ada sekali tu jek badan rasa macam nak demam, tapi dah selimut & pakai kool fever cepat2, sehari jek dah kebah. Tak mo lah saya demam, nanti kesian kat Anas Fateh nak menyusu dengan saya. Huhu.

Set Berpantang

Untuk menguatkan badan dan memberi kan saya tenaga di samping mempercepatkan luka sembuh, saya pilih set berpantang + menyusu Shaklee. Tapi too bad saya tak amalkan sepenuhnya. Alfalfa & ESP saya tak start pon lagi sehingga ke hari ni. Alfalfa tu sebab Anas Fateh kena jaundis so tak boleh nak amek alfalfa tu dulu. Untuk ESP tu pulak, apa lagi kalau malas nak membancuh! haha. Takpe, yang tu saya aim untuk menyusu. Jadi bila nak naik kerja karang saya kena minum lah untuk meningkatkan produktiviti susu. Hehe.

Selain produk Shaklee, saya amalkan makan gel gamat untuk mempercepatkan luka sembuh. Insya Allah.

Jaundis

Ha, masa Anas Fateh kena jaundis tu, Alhamdulillah pada tahap yang tak seserius mana. Paling tinggi 191. Kalau dah cecah 205 memang dah kena warded dah. Nauzubillah. Lagi satu kalau darah saya jenis darah O pon dah lama kena warded jugak. Huhu.

Untuk kurangkan jaundis dia, kena selalu susu kan jek. Even dia akan tidur jek selalu sebab jaundis ni membuatkan bayi berasa penat sentiasa. Setiap 2jam kejutkan dia dan susu kan dia. Mak & Wan pula mandikan Anas Fateh dengan air bedak sejuk di samping sentiasa 'tungku' kan perut Anas Fateh dengan harapan tali pusat nya cepat2 luruh. Ha, jangan tak tau, tali pusat Anas Fateh luruh pada hari yang ke 17 tau. Agak lambat jugaklah. Sebab kalau tali pusat tu dah luruh maknanya jaundis baby pon dah takde. Fuh.

Lagi satu tak boleh bedung baby supaya baby sentiasa bergerak aktif. Biarkan kaki dan tangan nya sentiasa bergerak2 terkapai2 tu. Hee.

Pakaian

Pakaian wajib semasa pantang sah2 la kain batik dan stokin kan. haha. Kalau rumah jenis lantai simen ke marble ke apa ke, kena ada selipar jugak. Supaya bila kita buka stokin nak ke toilet tu kaki kita tak sejuk. Segala angin dan sengal2 dalam badan ni paling senang dapat dari kaki kita lah. Huhu. So kena make sure kaki kita sentiasa beralas. Tak jejak lantai yang sejuk. huhu.

Sembelit

Ha, yang ni saya rasa memang trauma bagi semua ibu2 dalam pantang. Ada kawan saya tu siap tak membuang sampai hari ke 13!~ Oh, kalah saya yang bukan jenis kaki u'uk tetiap hari ni.ehe.

Mana tak nya, makan dahla berpantang, pastu kebanyakan buah tak boleh nak makan. Saya selama ni pon bukan jenis hari2 punya tapi sebab suka makan buah takde lah sampai sembelit setiap kali 'nature call' tu.huhu. Lagipon takut nak teran kuat sangat sebab ada jahitan yang banyak tu kann.. Oh bayang kan lah betapa azab nyaa..Menangis dalam toilet sendirian sementara menunggu ia keluar.heh.

So, untuk elak sembelit ni, tips dari kawan saya adalah dengan makan buah kurma. Nurse ada pesan supaya makan buah oren tapi masa awal2 pantang tu saya kat rumah PIL kan, mak strict sikit so saya tak dibenarkan makan oren, takut sengal2 badan. Masa tu pulak tak tahu makan kurma boleh menolong 'melembutkan' so memanglah melalui saat2 yang getir setiap kali 'waktu itu' datang. Isk.

Pad & Breast Pad

Ha, pad tu korang tahu la kan apa kegunaan nya. Tapi standby lah dengan banyaak nya. Plus, beli panty liner jugak! Sebab bila nak dekat last2 tu, dah sikit2, tak berbaloi pakai pad. Huhu.

Breast Pad pulak bila susu dah banyak dan ia mula menitik2. Belilah yang washable & disposable punya. Masa saya kat umah PIL, pakai yang disposable punya ajeklah. Kalau tak leceh nak basuh, sidai semua. Cukuplah baju2 saya, baju2 Anas Fateh Mak dah uruskan. (-_-)

Ha, lagi satu, disposable panties pon penting. Beli banyak2 sikit. Yer la kan, awal2 tu darah tengah banyak kan, so memang kena tukar panties selalu. Jadi, kalau pakai yang disposable jek senang, tak payah basuh2 bagai. Plus, kalau kena basuh sah2 la Hubby kan yang kena buat, kita ni dilarang membuat apa2 kerja remember? So, kurang kanlah kerja Hubby yang ada banyak lagi benda lain nak kena buat time kita berpantang tu.Hoho.

Hari yang ke 20, Umi & Abah datang ke Kijal untuk ambil saya & Anas Fateh balik ke JB. Yeayy!! Yer la kan, bila lagi saya nak balik JB lama2 kalau bukan waktu pantang ni, vacation selama 90 hari! hehe.

Lagi pon saya dah kesian dengan Mak tu. Dahla 2weeks sebelum EDD saya dah 'berkampung' dekat Kijal tu. Time tengah sarat saya tak dibenarkan buat kerja sangat, i mean, tolong2 masak & jemur baju, apa tah lagi sesudah beranak! So, bila saya dah takde, Mak pon boleh rehat. Kesian kat Mak.

Yang best nya, takdir Allah swt, elok2 masa saya balik ke JB, seminggu selepas tu Abah undergo an operation. Operation kat kaki kanan beliau. Sebab ada urat yang terputus akibat terjatuh daripada tangga yang sudah reput about 2 weeks ago. Sebelum operation Abah dah dapat MC 15hari. Lepas dah operate dapat lagi sebulan! Haa, memang saing saya lah on vacation nampaknya! hee. Dapatlah Abah main dengan Anas Fateh sepuas2 nya. Hikhik.

Even dah lepas 44 hari ni, tak adalah semua mende lagi saya berani makan. Especiallay seafood. Yang tu tunggu 60 hari karang kot. Tapi hari tu adalah rasa 2 sudu aiskrim Snogurt! haha.

Okaylah, so far, saya rasa itu jek kot yang saya nak kongsi kan pasal pengalaman saya berpantang. Saya berpantang biasa2 sajek. Tak adalah strict sangat. Tapi apa2 pon tegas tu kena ada la. Sebab ia akan effect badan kita juga nanti in the future. Yer la kan, badan nak pakai lama, kena la jaga sebaik mungkin kalau boleh.




Anas Fateh Day 44 of Life!~







p/s : Entry ni ditaip pada 8/12/2012. Sebab dia panjang sangat, asyik tersedak2 jek nak siap kan. hehe.