Sunday, May 9, 2010

:: Happy Mothers Day!! ::


Hari ini merupakan Hari Ibu...

Walaupun kita sepatutnya dan semestinya menghargai ibu kita pada setiap masa, tetapi hari ini dibuat khas untuk menghargai dan mengingati segala pengorbanan dan jasa2 yang telah ibu kita lakukan untuk membesarkan kita sehingga ke hari ini... sedikit sebanyak akan menyentuh hati kecil kita akan ibu kita yang mungkin sibuk dengan kerjaya dan kehidupan seharian kita...

Pada hari ini juga kita akan membeli hadiah, kek, kad atau mungkin menelefon untuk hanya menanya khabar dan mengucapkan sayang dan terima kasih buat ibu kita yang tersayang...

Dan saya yakin, setelah hidup berjauhan, sudah tentu ibu kita akan berasa sangat bahagia mendapat panggilan telefon dari sang anak yang jauh di mata...

Untuk Umi saya, tiada kata-kata yang saya dapat lafazkan untuk mengucapkan betapa saya hargai segala pengorbanan umi...

Sesungguhnya, tiada cara yang kita boleh lakukan untuk membalas semula segala jasa2 ibu kita walaupun kita diberi peluang untuk hidup selama beratus tahun kerana kasih ibu tiada sempadan dan tolok bandingan...

Untuk Umi yang tersayang, Puan Hajah Nor Azian binti Ismail,
Sesungguhnya Allah telah mengurniakan kakak seorang ibu yang tiada tandingannya dalam hidup kakak ini...
Thanks for always be there...
Thanks for your love and kind...
Thanks for your never ending support...
Thanks for everything..
Thanks for being my mum...
Without you, I'm nothing...


Kakak saaaaaayaaanggg umi saaangat x infiniti!!!

Saturday, May 8, 2010

:: Alien VS Tin2?? ::

Hye pals!!

Got lots to tell u guys tapi memandangkan internet kat ofis tidak mempunyai akses untuk menguploadkan gamba2, maka terbantut la segala updates yang ingin saya kongsikan bersama kawan2 di sini...

First things first...

Pada 1Mei 2010 iaitu Hari Buruh, saya bermalam di rumah Kak long memandangkan kami ter plan untuk ke Nilai membeli 'barang2 yang patut' di situ...

Pada jumaat malam, saya, Kak long n Along pergi menonton 'Iron Man 2' di Jusco Bukit Raja.. selepas tu, kami ke Pantai Remis utk menikmati seafood bakar di sana.Mmg xsyak lagi, sotong goreng tepung, ikan sembilang n ikan pari bakar ngan kerang bakar mmg syiiokk ah!! makan sampai xingat dunia punye...hehe.

Balik ke rumah mlm tu, tekak ku terasa sakit, oleh itu kak long pon meng offer la 'ubat tahan sakit' yang dia dapat dari doktor time die sakit2 tekak dulu...

Pagi esok nye, dalam jam 6pagi, saya tersedar dari tidur... terasa sesuatu yang xkene saja pada muke saya ini..Mata macam xboleh nak buka dengan baik nye..

Terus saya bergegas ke depan cermin, Aiyak!! Mata ku!!! Kenapa jadi mcm gini pulak? xkan sebab seafood mlm tadik?? setahu saya, saya x alergik dengan seafood2 tu.. atau... ubat tahan sakit tu kah? aduss...

Saya cube untuk lelap kembali.. lebih kurang pukul 6:30pagi, mata saya semakin bengkak...pandangan ku semakin kabur...seperti berat untuk melihat dunia ini...isk.

Dek kerana saluran pernafasan ku pon semakin terganggu, ade sedikit susah untuk saya bernafas, dengan perlahan saya mengetuk pintu bilik Kak Long untuk meminta nye membawa saya ke klinik...

Sudah saya agak, Kak long memang terkejut "Ya Allah!! Kesian nye kawan aku.."

Dengan keadaan yang terkejut itu, Kak long pon membawa saya ke klinik yang berdekatan..

Hari itu, sepanjang membeli belah di Nilai bersama Kak long, hendak atau tidak, saya terpaksa memakai cermin mata hitam...

Sampai ke pasar malam pada malam nye pon saya pakai spec itam jugak! Kene usik tu memang la kan...tapi pedulik hape saya.. dari kamu semua terkejut tengok mata saya yang macam alien ni, baik saya wat dunno saje...hehe.


Kawan2 jgn risau, saya ni memang alergik dengan sesetengah ubat-ubatan.. Setakat ni ade 2 jenis ubat yang saya tahu saya alah... Tapi saya rasa saya masih kena belajar dan ambil tahu jenis2 ubat lagi yang saya alah...

Untuk tahu apakah ubat-ubatan itu, takkan setiap kali saya kene bertukar menjadik alien lagik? haishh!!

-Notes-

*Terima kasih yang infiniti kepada Kak Long atas segala2 nye, anta saya pergi klinik, teman saya beli brg2 kt Nilai dan plg penting sbb tolong saya gubah hantaran saya..maklumlah, saya ni pandai buat 'keras' tangan saja..haha.

*Sayang kamu sangat2 Kak Long!! MMwaahhss!!


*Oh ya, nama 'ubat tahan sakit' itu adalah Voltran ye kawan2..

*Gambar kat atas tu semasa mata saya baru mula nak bengkak, time die jdk bengkak yg infiniti, saya pon xnampak mata saya sendiri, macam mane saya nak snap gamba? haha.

*Banyak menda lagi saya nak cerita ni..nanti kite jumpe lagi yer..=p


Thursday, April 22, 2010

:: Mimpikah aku? ::

Last 2weeks, saya dapat SmS dari my Dear...

Sms yang membuatkan aku tersenyum... bercambur baur dengan cuak... dan paling penting, terasa macam mimpi~~

Terasa macam nak tampar2 jek pipi ni... realiti kah ini?? Terfikir sejenak...hoho.

Nasihat dari kawan2 ku, "Kalau dah tiba masanya, cepat ajek diye datang"...

Di kala2 ini, terasa macam tiada ruang untuk minda ku menyelitkan 'perkara' ini..

Di saat2 aku baru ingin memulakan karier ku yang menjanjikan berbagai2 dugaan dan cabaran dalam menghadapinya...

Atas nasihat umi ku, aku patuhkan saje... Insya allah, keberkatan hidup itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa kite...

Apa2 pon, doakan yang terbaek ye kawan2...

Semoga semuanya berjalan dengan lancar...

Cuak nyee...fiuh! ~

Saturday, April 3, 2010

:: adoi laaa...::

Assalamualaikum kawan2 semua...

Right now I am at my home sweet 'new' home here in Kg Melayu Majidee... I refer it as 'new' since some part of this house have been renovated and decorated with built in furnitures....

Malam tadi lepas sampai rumah dengan Feheddas, terasa jakun seketika melihat keadaan rumah especially tang dinning room and kitchen... Perfectly changed!! hehe.

So, I guess tercapai sudah hasrat umi untuk mendapat dapur and ruang makan sedemikian rupa...=)

Secondly, this is my first time 'balik kampung' setelah berada di alam kerjaya...

Actually kami belum lagi start secara official sebab kene go through an intensive course for DPP's dulu for a month... so next week is da last...fiuh!!

Lepas tu xtahu la samada kami akan terus di posting kan atau stay kt HQ dulu then baru posting...

Nak cerita pasal 3weeks yg sudah berlalu, memang sangat banyak untuk diberitahu tapi sekarang dah xtahu dah which one to tell first...hehe.

Lagipon confirm akan melarat2 pulak entry ni kalau cerita what really my friends & I had gone through during da course...

Thirdly, buat masa ni, aku n Peah 'merempat' kat rumah family Aya bersama Axwa kat Kelana Jaya... but dun't worry, Aya's Family xduduk situ, they have their own house at TTDI...

Living in KJ dengan keadaan kami yang terumbang ambing xtahu bile posting semua ni, memang agak sakit la sebab everyday spend kat duet minyak n tol ulang alik KJ-Putrajaya...pergh...

Skang sedang berusaha utk dapat kan bilik kat seri kembangan...hoho.

Lastly, saya sakit gusi!!! Ia datang menyerang kembali!! Actually gusi ni dah 3kali sakit time gigi bongsu ni baru2 tumbuh...

Dah pergi jumpa dentist dah n doc ckp either kene cabut gigi atau potong gusi sikit... Time tu doc xboley nak wat pape lagi sbb gusi tgh bengkak...doc just bagi ubat jerk...

Tapi bile dah baek, takde la pulak saya nak pergi berjumpe dgn dentist berkenaan... so sekarang terima la padahnya apabila ia datang menyerang kembali!!

adoi laaaaaaaaaa..............sakittt.... iskk...