Tuesday, October 20, 2015

:: Adik Salahuddin Yusuf akan jadi Abang?? ::

Assalamualaikum hero-hero Mama (as of now Abg Anas & Adik Yusuf)..

Fuh, last entry Mama masa Adik Yusuf nak masuk setahun haritu. Ni Adik Yusuf dah nak masuk satu tahun empat bulan dah baru Mama berkesempatan nak buat entry baru.aish.

Okay-okay. Tengok tajuk pon macam dah tahu dah kann?HEE.

Iyer sayang, Mama Pregnant!! Alhamdulillah.

Actually, tak plan pon untuk pregnant lagi dalam masa terdekat ni tapi rezeki hebat dari yang Maha Esa ni kan...Syukurr.

So, sekarang ni kandungan Mama dah 12 minggu. So far Mama tak buka 'buku pink' lagi.HEHE.

Nantilah tunggu lagi seminggu dua kot.Hee.

So, masa first trimester ni, memang Mama kerap loya dan pening-pening.

Cuma simptom kali ni agak kuat berbanding masa Mama pregnant kan Abg Anas dan Adik/Abg Yusuf.HEHE. Rasa pelik pula panggil Abg Yusuf.

So, since Mama pregnant ni, memang Mama jadi lebih penat dan tak larat la berbanding biasa. Rutin harian Mama masih macam biasa. Sediakan bekal anak-anak Mama dan buat house chores.

Walid pula lately ni asyik balik lewat jek. Dah Isya baru sampai rumah. By that time, Mama dah siap buat semua kerja dah selepas sambil-sambil berperang dengan anak-anak Mama yang akan ikut jek Mama ke mana sahaja Mama pergi kat dalam rumah tu.

Kalau Mama kat dapur, mulalah Abg Anas & Adik/Abg Yusuf tolong sekali 'kemas' almari yang ada bawang,rempah, bekas-bekas makanan bagai tu. Abg Anas pula kadang-kadang akan tarik kerusi dan panjat untuk main blender lah apa sahajalah yang Abg Anas teringin nak main pada masa tu.

Mama memang akan biar kan ajeklah anak-anak Mama buat apa yang u all suka as long as tidak membahayakan diri u both.

Tapi hasilnya tu memang sabarr ajeklah kaann.

Kalau nak tunggu walid balik Mama baru start nak buat house chores, alamatnya lewat lah Mama mandi dan dapat tidur kan anak-anak Mama bila anak-anak especially Adik Yusuf akan start merengek bila jam dah pukul 9 ke atas.

Fair enough la kan, balik dari rumah Cik Ina jek dah start buat kerja itu ini, bila dah jam 9 lebih tu, dah penat, mula lah nak attention dari Mama pula. So in the mean time Adik Yusuf tengah sibuk explore sana sini, baik Mama pon buat apa yang patut.HUHI.

Sebab kalau tak, alamatnya Mama tidur kan anak-anak Mama dengan ketiak masam Mama dan Mama hanya akan dapat mandi lewat malam sahaja lah!HOHO.

Okay-okay. Sekarang ni Mama nak cerita pasal perkembangan anak-anak Mama pula.

Abg Anas dah boleh buat banyak ayat yang penuh.

Contohnya bila on the way balik dari rumah Cik Ina baru lepas hujan ke, bila kereta Mama langgar lopak air, Abg Anas akan cakap,

'Habis kereta Mama kena air.'

Atau, 'Ma utup agar (Ma tutup pagar).' atau 'Ma ngok lori esar (Ma tengok lori besar), atau 'Ma, abg ain ola (Ma abg main bola) atau 'Ma, embu akan umput (Ma, lembu makan rumput) dan lain-lain.

Ada satu hari tu, Mama tanya beberapa soalan pada Abg Anas bila Mama tengok mood Abg Anas okay untuk bersoal jawab, tapi bila dah soalan last dan Abg Anas macam dah malas nak layan Mama. Abg Anas jawab, "Embu tak ada da alik umah (Lembu dah tak ada dah balik rumah.)

HAHAHHAHA. Gelak besar Mama dengar.

Abg Anas ni, kena tengok pada mood dia. Selalu lepas ambil anak-anak Mama dengan Cik Ina, Mama selalu akan tanya Abg Anas macam-macam contoh apa yang Abg dan Adik Yusuf buat hari ini, makan ke tidak, main dengan siapa etc.

So bila awal-awal soalan tu Abg Anas jawab dengan elok jek, Mama akan keep on tanyalah soalan pada dia. Tapi bila dah dia penat nak menjawab, dengan tiba-tiba dia akan pukul atau cubit Mama. Aish, Abg Anas Abg Anas. HEHE.

Adik Yusuf pulaaa. Hurm. Hurm. Mana Mama nak start ye.HEHE.

Buat masa ni, Adik Yusuf tengah manja dengan walid. Asal walid balik kerja jek, mula lah dia mengendeng dengan walid pastu asyik nak berdukung jek.HEHE.

Pastu Abg Anas pon nak join sekali, Elok sangat lah tu walid dukung awak berdua kiri kanan. Terus naik biceps walid bagai,HAHAHA.

Rutin adik Yusuf pula pagi-pagi mesti nak air masak. Dalam pukul 5,6 pagi, mesti Adik akan bangun minta air masak, Mama sekarang dah siap-siap standby air masak dalam botol supaya bila adik minta jek Mama terus boleh sumbat masuk dalam mulut.HEHE.

Pastu sambung mengempeng dengan Mama terus adik sambung tidur.HEHE.

Adik Yusuf so far pandai sebut 'Ma..Ma' saje lah, Itupon sebutan jek, bukan panggilan pada Mama lagi,hehehe.

Takpa Adik, take your time, Nanti Mama dan walid kena prepare mentally pula untuk ditembak dengan soalan-soalan dari Abg Anas dan akan diikuti oleh Adik Yusuf bila masing-masing dah petah bercakap lepas ni.Fiuh!

Okay lah anak-anak Mama. Nanti Mama sambung lagi yer, dah berjela pula entry ni Mama tengok.

Sentiasa doakan keluarga kita supaya selalu diberkati oleh Allah dan dilimpahkan rahmat dari NYA.

Semoga anak-anak Mama membesar menjadi anak-anak yang soleh/solehah, INSYA ALLAH.

Jangan pernah sesekali lupa sedekahkan Mama & Walid al fatihah tau setiap hari.

MAma sayang anak-anak Mama.

Lots of love,

-MAMA-

:: Karenah hero-hero Mama ::


Assalamualaikum Sayang-sayang Mama!!

Entah angin apa datang hari ni sampai office je terus Mama rasa nak update blog picisan Mama yang Mama last update pada bulan April lepas Oh My God!!

Dah banyak kali dah terfikir nak cerita apa dalam blog Mama ni pasal hero-hero Mama tapi biasalah, asyiklah tertangguh-tangguh sajee..aish.

So hari ni Mama nak juga cerita sebagai coretan kisah hidup Mama sebagai mama kepada hero-hero Mama ni.

Takut nanti bila anak-anak Mama dah berubah kepada karenah lain, Mama pon jadi lupa nak update pasal karenah anak-anak Mama yang sekarang ini.HEHE.


Abang Anas Fateh.


 
 
Abang Anas ni ikut mood dia nak jadi abang mithali atau abang yang erm,erm,HEHE.

Masa jadi abang mithali, comel je cakap dengan Adik Yusuf, 'nah adik ambil ni.' Meh sini Adik..'

Siap sikat kan rambut adiklah, pass kan botol susu Adik Yusuf lah, pass kan apa-apa makanan contoh macam biskut ke apa ke bila Mama minta tolong Abg Anas pass kan.



TAPI, bila masa Abg Anas tak berapa nak ada mood jadi abang mithali, senduk kayu pon boleh hinggap ke dahi Adik Yusuf.isk.isk.

Habis semua toys abg Anas nak main sorang-sorang tak nak share dengan Adik Yusuf lah.Ada masa siap toys yang adik Yusuf main dulu pon Abg Anas boleh ambil semua dan main sambil Adik Yusuf terpinga-pinga tengok mainannya di ambil Abg Anas. isk.isk.


 

Abg Anas banyak bercakap. Kadang-kadang semua benda nak bercerita sampai Mama pon tak faham apa yang Abg Anas cuba sampaikan. Abg Anas pula macam tahu-tahu je Mama tak faham sebab asyiklah repeat cakap benda yang sama.KIKIKI.

Sorry Sayang Mama. Mama dah cuba untuk fahamkan tapi Mama masih tak berjaya.isk.

Sekarang ni Abg Anas tengok mood nak makan. Selalunya bila weekend duduk dengan Mama ke atau balik rumah Tok Ki di Kijal ke, Abg Anas memang sangat kurang makan. Ada masa tu minum susu je dari pagi sampai malam. Bila kita ajak makan cakap 'dah nyang dah.' Aish.

Adik Salahuddin Yusuf




 
Adik Yusuf semestinya membesar menjadi seorang yang sangat tabah dan tough! HEHE. Kadang-kadang tu dah sakit kena pukul dengan Abg Anas pon Adik Yusuf relax je tak nangis. Isk.

Walaupun badan adik comel je berbanding budak-budak lain yang umur sebaya dengan adik tapi masya Allah, Adik Yusuf sangatlah aktif bergerak sana sini. Kalau adik Yusuf berjalan kat tempat public jek orang yang tengok mesti geram je denganAdik Yusuf sebab comel sangat jalan lincah.hehe.

Adik Yusuf pula hobi suka sangatlah mengigit! Badan Mama ni setiap pelusuk dah kena gigit dengan Adik tau.HUKHUK.

Abg Anas tu memanglah, kalau time nak revenge tu, memang gigi Adik Yusuf lah akan jadi senjata utama Adik Yusuf.Huhi.

Yang bestnya kat rumah CIk Ina pon Adik Yusuf gigit kak Amanda yang sama baya dengan Abg Anas tu. Kesian kak Amanda tauu! Adik Luqman tu toksah cakap lah sebab geram tengok lengan dan peha dia, awak suka-suka jek gigit anak orang ya Adik Yusuf.haaip!!

Pasal makan pula ALHAMDULILLAH. Adik ni, suap lah apa sahaja dalam mulut dia confirm dia akan nganga punyaaa...Tu yang Mama jadi buntu tu macam mana nak gemuk kan Adik lagi sedangkan semua benda Adik dah makan.ISK.

Buat masa ni, bila Mama marah Adik Yusuf, Yusuf akan geram dan akan try untuk cubit atau pukul balik Mama. TAPI, bila walid yang marah Yusuf, even walid buat muka garang je, Adik Yusuf terus menjebik, muka sedih lepas tu berlari pergi peluk Mama. Oh sangatlah sensitif dengan walid awak ye Sayang!

Most of the time memang adik akan ikut jek lah apa yang walid cakap. Walid panggil adik Yusuf datang. Walid suruh adik Yusuf kiss pipi walid, awak buat. Sampai kadang-kadang tu Mama naik jealous tauuu!

adik Yusuf memang seorang adik yang obedient la. Bila Abg Anas bagi barang jek suruh pegang, 'Nah Adik ambil ni,' Adik Yusuf akan ambil. Bila abg Anas panggil Adik Yusuf 'Jom adik.' Yusuf pon dengan comel nya pergi ke Abg Anas. Abg Anas panjat sofa ke coffee table ke memang Adik Yusuf ikut ajeklah. Sanggattlah obedient.HEHE.

Haihlah anak-anak Mama. Kalau nak cerita kan sebiji sebiji karenah anak-anak Mama, memang berjela lah entry ni.HEHE.


 

 


Okaylah sayangs, Mama nak sambung buat kerja.

Gotta go.

Until now, take care anak-anak Mama.

Lots of Love,

-MAMA-