Thursday, February 28, 2013

:: Meniarap ::

Assalamualaikum Sayang Mama!~

Hari ni Mama tak pergi court so duduk ofis ajek lah. Mama baru lepas lunch ni. So bila mengadap laptop ni tetiba jek Mama terasa nak update blog. Update pasal siapa lagi kalau bukan Sayang Mama lah! hehe.

Hari ni, Sayang Mama berumur 125 hari. 23hb yang lepas, Sayang Mama dah genap 4 bulan. Masya Allah, cepat betul masa berlalu. Sekejap jek Sayang Mama dah melihat dunia selama 125 hari lamanya.

Sekarang ni, Sayang Mama sedang hebat meniarap. Asal Mama letak jek lepas masuk rumah balik dari kerja, pergi dapur sekejap jek, tup tup Sayang Mama dah meniarap dah. Setiap kali Mama tengok awak dah berpusing mesti Mama senyum. Pro betul anak Mama meniarap sekarang yer. (^_^)

Tapi kan, tak lama lepas awak meniarap, awak mesti akan mengengek-ngengek. Ngengek2 yang lama kelamaan membawa kepada menangis! huhu. Sayang jadi macam tu sebab Sayang Mama tak selesa kat bahagian perut/dada awak tu. Almaklumlah, di kala awal2 belajar meniarap ni, Sayang masih belum biasa kan dada/perut awak ditekan. Tu yang awak menangis tu. Dah lama2 nanti okaylah. hehe.

Lagi satu hobi Sayang Mama sekarang ni adalah memasukkan tangan ke dalam mulut! isk. Kadang2 tak cukup sebelah, dua-dua belah Sayang sumbat masuk mulut awak yang ternonet tu. Alahai.

Pastu mula lah nak uwek2. Tak bernasib baik memang terus muntah. (-_-)

Gaya awak hisap kadang-kadang tu macam lapar sangat lahai. Macam Mama tak bagi awak susu 5 jam lama nya. uhuk. Tapi takpelah, memang sekarang ni, fasa perkembangan seorang bayi adalah menghisap jari jemarinya, kata akak nurse masa check up awak Sayang. So Mama tahulah, awak hisap jari tak semestinya bermaksud awak kelaparan/kehausan. hoho.

Bab gelak pulak, sekarang ni Sayang Mama dah pandai gelak terkekek-kekek. (Betul ke ntah perkataan ni Mama pon tak sure.hehe) Kiranya gaya Sayang Mama gelak tu macam kelakar sangat2 lah. Macam perut Sayang di geletek2 gitu. Hehe. Kalau dengan Mama, Sayang selalu akan gelak macam tu bila Mama berdiri sambil pangku awak, pastu Mama menari2 sikit2 ala2 tarian semasa lagu 'Parap Parap' P.Ramlee berkumandang. hakhak.

Kalau dengan walid awak toksah cakap lah. Bila walid awak buat muka kelakar sebab nak agah2 awak, toksah kata awak, dengan Mama2 sekali gelak beriya. harharhar.

Begitulah perkembangan Sayang Mama setakat ni. Oh yer, Sayang Mama pon dah pandai pegang dah sekarang ni. Kalau Mama pangku awak, awak akan pegang baju Mama atau pon rambut Mama. huu.

Kalau tengah hisap susu dengan Mama, awak suka pegang jari Mama. Sweet sangat taw Sayang Mama. =)

So far Alhamdulillah, even Sayang Mama banyak tidur kat rumah Cik Ina, babysitter Sayang Mama tu, tapi awak still akan tidur jugak dalam pukul 10 - 11 malam setiap malam. Kalau tak dapat tidur memang awak akan jadi serba tak kena ajeklah! hehe.

Dan yang akan menjadi mangsa awak adalah walid awak. Sebab beliau akan pegang awak, jalan-jalan tawaf rumah sambil menunggu Mama menyiapkan semua kerja2 rumah yang perlu di settle kan setiap malam iaitu.........(tarik nafas dalam2 dulu)

-Masuk baju busuk dalam washing machine-sedia kan dinner-makan dinner dengan walid-basuh pinggan- transfer stok susu ke dalam storage bag utk di freeze kan-rendam stok yg beku dan letak kat bahagian chill-Basuh botol2 susu Sayang Mama-Angkat kain2 dan kalau sempat lipat-Jemur pulak pakaian yang baru siap basuh-solat Isya'-prepare beg baju awak utk ke rumah Cik Ina-prepare alat2 utk pam utk Mama bawa ke ofis-

Fuh, itu masa walid awak dah sampai rumah lepas balik dari kerja. Masa awak dengan Mama jek yang sampai rumah dulu, yang tu toksah cakap lah, berlari2 Mama ke sana ke mari buat itu ini. Setiap saat itu adalah sangat berharga buat Mama. huhu.

Lagi penat kalau awak asyik ngengek jek panggil Mama bila Mama takde sebelah awak. hoho. Ha, Sayang Mama ni pandai tau. Bila Mama hilang jek dari pandangan mata awak, mula lah awak 'memanggil' Mama. Mula2 dengan nada yang lembut lagi sopan. Kalau dah lama2 panggil tapi Mama masih belum datang kat awak, alamatnya 'panggilan' awak tu jiran sebelah pon boleh dengar tau Sayang! hehe.

Kesian Sayang Mama. Mama faham awak nak attention dari Mama setelah seharian duduk kat rumah CIk Ina. Sebab tu Mama layan kan ajek lah awak even ada banyaaak sangat benda dalam kepala Mama ni nak kena settle kan.

Jadi, bergantung kepada keperluan attention Sayang Mama tu lah, dinner untuk walid ditentu kan. hehe.

Kalau Sayang Mama cool jek bila Mama letak bawah. Boleh lah Mama masak yang berat2 sikit untuk walid awak. Berat2 pon still simple2 ajek lah. Memang tak lah kan nak masak rendang bagai sebab awak takkan boleh duduk senyap jek sampai satu jam kan? hehe.

Ada sehari tu, dahlah kita sampai rumah dah pukul 6 setengah. Mama letak awak sekejap jek untuk bukak tudung, masukkan stok susu ke dalam fridge dan start washing machine jek pon awak dah mula meminta attention Mama, jadi pada malam tu, Mama hanya sempat buat spagetti carbonara versi instant ajek lah untuk walid awak. Isk. Kesian kat walid. Telan ajek lah even beliau tak berapa gemar akan menu itu. hoho.

Apa-apa pon, Alhamdulillah. So far walid Sayang tak pernah complain apa yang Mama masak. Maksudnya even simple sangat dinner yang Mama sedia kan, walid awak still makan jek takde cakap apa-apa. Nak2 lepas walid awak dah bagi green light nak makan simple2 atau yang menyihatkan jek malam2. Contoh macam sup sayur, jemput2 etc.

Kalau walid awak siap menambah-nambah tu, lagi la Mama suka. Dah lah simple ajek masak tapi walid awak siap menambah-nambah, terus rasa berbaloi penat2 balik kerja masakkan untuk beliau.


Cubaan pertama meniarap!



Berjaya!! dengan bantuan Mama lah sikit!hehe
 
 
Hari ke 120!~
 
 

Meniarap sambil tengok buku.hehe
 
 

Posisi belakang.hehe



Okaylah, so far itu jek kot yang Mama nak update kan buat masa sekarang ni. Nanti Mama cerita lagi okay?

Salam Sayang,

-Mama-

No comments:

Post a Comment