Sunday, September 30, 2012

:: Basuh Baju Sayang Saya ::


Assalamualaikum semua!~

Amacam hari ni?? Sihat? Erm, memandangkan hari ni adalah hari Ahad. cuaca pon Alhamdulillah sedikit okay memandangkan matahari telah menunjukkan dirinya, saya pon tanpa berlengah-lengah terus merendam baju-baju Sayang saya, tuala dan bedung dia untuk dibasuh. Alah, bukan berus apa pon, gonyoh2 sikit jek lepas tu bilas. Just nak buang hama-hama atau apa2 bakteria yang ada semasa ia dijual di kedai dan di pegang2 oleh ramai orang.

 Sabun pon pakai sabun yang special punya taw. Bukan sebarang sabun. Almaklumlah, baby ni kulitnya sensitif kan, so kalau ada bahan2 chemical takut jadi lain pulak. Nauzubillah. Sabun baby ni dalam bentuk detergent. Wanginya la hai. Bau pon dah macam bau baby dah. Hee.

Rendaman pulak tak boleh dibuat lebih dari sejam, takut kuman2 tu lekat balik kat baju2 baby tuu.. (Ni saya baca kat belakang botol detergent tu taw, bukan sesedap rasa buat rules dan andaian sendiri.hoho)

Dah lepas bilas, perah sikit lepas tu sangkut kat hanger khas untuk Sayang saya. Hanger pon cute2 jek. Ahaks. Pasal perah baju baby ni, saya ada baca kat internet yang ada petua cakap tak boleh perah baju baby takut baby  kuat menggeliat. Memula saya macam nak avoid jugak lah dari memerah tapi bila saya cerita kat Hubby jek, Hubby terus gelak sebab saya percayakan menda yang sedemikian. Uhu. Saya pon perah ajeklah macam biasa. Hehe.

Dah siap sangkut kat hanger jemur lah apa lagi. Tadaaa!~




Excited terlebih saya jemur baju2 Sayang saya ni. Almaklumlah, first time jemur baju baby aka baju anak sendiri kan. Hee.

So, bila baju2, tuala dan bedung Sayang saya dah berjaya dibasuh, tunggu apa lagi? Packing bag Sayang saya la untuk ke hospital nanti. Okay, saya tahu saya dah terlambat packing. Orang sepatutnya time 7months dah standby beg2 dalam kereta. Saya ni dah 9 bulan kot! almaklumlah, 7 bulan baru start beli barang2. Lepas tu nak cari masa untuk basuh tu yang sedikit susah tu. Mana taknya, weekend jek selalu balik Kemaman. Lepas tu nak kena cari hari yang terang menderang supaya baju Sayang saya dapat kering dengan jayanya. (Macam2 alasan la hai)

Apa2 pon, Alhamdulillah Sayang saya ni behave. Dia duduk jek dendiam lagi dalam perot saya ni sampai ke hari ni. Maybe dia pon tahu kot yang Mama dia belum prepare beg dia, tu yang dia tak keluar lagi tu. Ahaks.

So, sempena kandungan saya dah masuk minggu yang ke 36 (kiraan doktor) tapi kiraan saya dah ke 37, beg Sayang saya sudah pon siap sepenuhnya. Yeaayyy!!





Beg Mama dah siap dulu dah tapi still belum complete. Ada barang yang still pending untuk dimasukkan ke dalam beg tersebut. Huhu. 

Beg mama nya macam dah cukup besar dah tapi even ada barang yang belum masuk lagi pon dah sendat2 dah.Isk. Takkan nak kena bawak beg tarik yang ada roda tu kot? Karang orang confuse, 'Minah tu ingat hospital untuk bersalin ni macam pergi vacation agaknya?' 
(-_-)

Oh yer, beg Sayang saya warna purple, beg saya pon warna purple. Nak buat macam mana Sayang oi, mama kamu ni suka warna purple. Nasib baik purple ni boleh masuk even Sayang girl atau boy. Hee. (Tapi harap2 nya jantina Sayang macam yang kita pergi scan hari tu layee..Heee)

Wednesday, September 26, 2012

:: Sepupu Saya Kahwin ::


Assalamualaikum!~

Memandangkan saya tengah kebosanan di petang Ahad berada di rumah mertuwa dan suami saya bekerja, jadi saya mengambil kesempatan ini untuk meng update blog saya yg serba sederhana ini di samping menjadikan ia sebagai kenangan untuk saya tatapi pada masa akan datang..(Apa aku merepek ni??)

16 September yang lepas merupakan Hari Malaysia. Jadi cuti umum la apa lagi? Oleh sebab itu, Hubby saya pon cuti jugak..Rezeki saya, pada minggu tersebut juga Hubby kena bekerja pada hari Jumaat, jadi beliau boleh lah gantikan cutinya dengan hari Sabtu, 15hb tu.

Jadi dengan senang lenang lah saya boleh mengheret Hubby pergi ke Nilai untuk sama-sama memeriahkan suasana sepupu saya iaitu Hana yang bakal menamatkan zaman anak daranyaa dengan seorang jejaka dari Shah Alam, ahaks.

Bila dah duduk Kuantan ni, saat2 untuk bertemu dengan Umi, Abah dan adik2 adalah yang paling di nanti2 kan. Hari Isnin minggu tersebut saya dah excited lain macam dah. Hee.

Memandangkan hari Jumaat Hubby bekerja, jadi kami pon bertolak ke Nilai pada hari Sabtu pagi. Nak buat macam mana, sekarang ni saya dah tak boleh diharapkan untuk drive jauh lagi dah. Even pada awalnya Hubby bagi2 hint suruh saya drive sebab beliau kepenatan tapi apakan daya, perasaan kasihan dan simpati dari beliau terhadap saya lebih menebal, jadi beliau pasrah ajek lah untuk drive selama lebih kurang 5jam tu. (-_-)

Kami bertolak pada jam lebih kurang 9 pagi. Plan untuk breakfast on the way. Singgah breakfast before masuk ke Highway LPT. Dah alang2 nak ke KL tu, Hubby pon nak singgah beraya ke rumah bekas rakan sebiliknya semasa belajar dahulu di Bentong. Rakan yang dah banyak membantu beliau, di samping sanggup datang ke kenduri kahwin kami semasa resepsi di Kijal pada Mac tahun lalu. Huu~

Lepas habis beraya di Bentong, kami terus shoot ke Nilai. Sampai Nilai dah waktu Asar. Mana taknya, kat KL jam gilerrr... Giler pon tak macam tu..(tetibe) What do you expect, cuti 3 hari kan. Sah2 la semua orang ada plan nak jenjalan lah, balik kampung la yada yada. Bukan kata jam dari Pantai Timur ke Selatan jek, dari Selatan ke Pantai Timur pon jem jugak mak enon oi..huhu.

Saya ni dahla tak keruan dah nak jumpa Umi, Abah dan adik2. Tapi lambat pulak la hai stuck kat KL tu. Tak pasal2 sejam lebih buang masa macam tu jek. Uhuk.

Kami selamat sampai rumah mak uteh pabila Maghrib menjelma. Uhuu~

Malam tu, terus shoot ke rumah Mak Uteh sebab Umi, Abah dan adik2 ada kat sana. Nak tolong apa2 yang patut kengkononnya. Tapi time tu dah tak ada apa sangat dah nak kena buat. Semua benda dah settle. Malam tu saya hanya tolong potong daun pandan jek untuk tambahkan koleksi pot pouri sebagai doorgifts. Ahaks! Eh ada lagi satu, pakai kan inai di jari pengantin. Haha. Alah, pakai iniai yang instant tu jek. Almaklumlah, kazen2 lain belum kahwin lagi jadi saya yang kengkonon ada experience ni lah yang kena lead the team untuk pakai kan inai. Hee~

Malam tu, kami sekeluarga di beri sebiji rumah sebagai homestay. Tapi malangnya hanya master bedroom jek yang double bed. Lagi 3 bilik semua katil single. uhu. Ayed yang bini nya iaitu Yun yang dalam keadaan demam pada masa tersebut terpaksa terjah mana2 hotel berdekatan untuk over nite. Saya ni memikirkan nak bersama dengan Umi, Abah semua, sanggup ajek share katil single tu dengan Hubby, even dengan perot yang sebegini. Nasib baik Hubby jenis yang tak cerewet, beliau okay sajek..=)

Malam tu, Hubby yang letak kepala atas bantal jek terus lena diulit mimpi akibat terlalu lah penat driving sehari suntuk telah saya biarkan untuk merehatkan badannya itu. Saya pulak turun bawah untuk join Umi, Abah dan adik2 lain di ruang tamu. Alang2 ada future doctor in da house aka Moks, saya pon hulur2 kan lah kaki yang bengkak ini minta diurut. Sekali sekala kan apa salahnya. Moks pulak layan kan lah kakaknya yang ngengada ini urut kaki. Sebelah lagi kaki umi yang urut..Hee~

Lepas tu Moks dengan excited nya di samping hendak menge test ilmu nya yang dah pernah cek2 perot orang plak suruh saya baring. Akibat malu dengan keadaan perut yang banyaknya la hai stretch marks ni, saya pon suruh Moks cek beralaskan kain batik yang saya pakai tu jek. Tak payah bukak perot. Huu~
(Walaupun Moks juga ada stretchmarks akibat perot nya yang boyot, tapi saya tetap malu.haha)

Moks kengkononnya nak cek saiz dan posisi Sayang saya dalam perot ni. Tekan sana tekan sini. Dia cakap rasa macam kaki, tapi kepala nya tak jumpa2. Haha. Reti ke idak ini bakal doktor ni? Haha. Umi pulak dengan risaunya memesan, 'Elok2 cek. Cucu Aku tuu.." Hee.

Tapi malangnya, Moks tidak juga berjaya untuk mengesan kepala Sayang saya. Sayang saya nak main nyorok2 tu dengan Pak Tam/Andak/Teh/Uda/Anjang diyee..Hee~

Esoknya adalah hari besar buat Mak Uteh sekeluarga. Alhamdulillah, semua adik beradik Umi datang pada hari tersebut. Mak Long, Mak Alang (umi), Ayah Ngah, Cik Eli, Mak Anjang & Ayah Su! Semuanya datang sekeluarga. Seronok sangat dapat jumpa semua saudara mara. Kira okay lah kan sebab dapat jugak jumpa pada hari terakhir di bulan Syawal. Hee~

Upacara Akad Nikah berlangsung pada pagi 16 September tersebut pada jam lebih kurang 10 lebih pagi. Alhamdulillah, Hana telah sah menjadi isteri kepada En Emri dengan hanya sekali lafaz yang teramatlah jelas. Hee~ Dalam sekelip mata jek Mak Uteh dah dapat menantu. Ahaks.









                                   - Dup Dap Dup Dap DUp Dap -

                                         - SAH bergelar suami isteri...=) -


Majlis resepsi berlangsung pada jam lebih kurang 12 tengah hari.




Umi & Abah ditugaskan untuk menyambut tetamu di bahagian hadapan khemah. Mereka bertugas dengan begitu komited sekali sampai kan saya yang asyik lah lepak di dalam rumah ni pon sekali sekala jek nampak kelibat mereka dari jauh. Huu~



- Umi dengan anak menantu dan juga menantu saudara yang baru (eh, ada ke panggilan cmtu? haha) -


Alhamdulillah, majlis berlangsung dengan meriah sekali. Kawan2 mak uteh pon ramai lah yang datang. From all over I guess. Saudara mara pon sama. Yang datang dari Kelantan pon ada. Best!~

Dalam pukul 3lebih, mata saya dah kuyu sangat dah.. Badan pon dah terasa sangat lemah. I need to lie down. Hubby mintak Aisyah, my lil sista bawakkan saya naik atas untuk cari bilik untuk saya landing. Aisyah pon dengan gaya yang dah boleh jadi kakak dah tarik tangan saya naik atas. Hee~

Well, time tengah pregnant nilah boleh manja2 dengan Sya taw. Kalau nak mintak tolong apa2 dengan dia sekarang ni, cakap jek. Even dia macam malas nak buat tapi dia akan buat jugak. Kesian kat Kakak nya yang tengah memboyot ni kot. Ahaks. So I'm pretty sure She will be a very responsible Cik Su kepada Sayang saya nanti. By the way, umur Sya baru 9 tahun. Or should I say, sudah 9 tahun sebab macam cepat jek dia membesar jadi anak dara. Huu~

Setelah dapat landing dalam sejam. Elok2 saya nak siap2 turun ke bawah jek, Hubby pon call ajak snap gambar family. Oh instinct kami memanglah kuat. Hehe. Kesian Hubby, beliau pon patut rest jugak sebenarnya sebab nanti nak kena drive balik Kuantan pulak. Esok nya beliau bekerja. Saya yang cuti yer lah. huu~

Setelah selesai snap gambar apa semua dan makan buat kali ke 2, kami pon mula menarik diri untuk gerak ke Kuantan pada jam lebih kurang 6 petang. Oh memang agak lewat tapi Hubby faham keadaan isteri beliau ni. Beliau bagi chance kat saya stay lama sikit dengan family saya. Uhuk. Thank You Dear Love!~


                                    
                           - US with the lovely bride..me at my 35 weeks!~ -

Masa dah nak gerak, saya pon salam2 lah dengan semua orang. Masa salam Umi tu saya control2 macho jek. Dalam kepala ni fikir, 'Takpe, tima Amad nikah 6Oct karang dapat jumpa Umi lagik". Jadi gembira lah sikit hati ini..Saya tahu Umi pon sedih dah nak berpisah dengan saya. Mana taknya, sekejap sangat jumpa. Masing2 busy dengan majlis kan.

Takpe, Insya Allah, in 3 weeks time, dapat jumpa Umi & Abah lagi. Yeayyy!~

So, to the newly weds, Selamat Pengantin Baru Hana & Emri!~ Semoga berbahgia hingga ke syurga~

"Barakallahu Lakuma Wa Baraka 'Alaikuma Wa Jama'a Baina Kuma Fil Khair"..


                                      - Family Mak Uteh Saya -









 - Nik Adam Farhan, the pioneer of the 3rd generation of the WAHI's family..Insya Allah, My Sayang will be next in the line.. hee-


p/s: Oh ya, Hana & Emri, Cepat2 lah bagi cucu pada mak uteh yerr.. Mak uteh dah tak sabar nak jadi nenek dah tuu.. Wee~


Saturday, September 8, 2012

:: Nama Oh Nama ::


Assalamualaikum semua.......

Kali ni, saya nak ceritakan tentang topik 'Nama'.....

Yer, nama. Atau dalam bahasa jawanya, 'Name'. Haha.

Sedar tak sedar, usia kandungan saya dah mencecah 33 minggu dah. Atau boleh juga dikira sebagai 8 bulan 1 minggu. Saya rasakan perot saya ni dengan tiba-tibanya membesar sampai orang asyik duk tegur jek.

"Eh, perot ko dah makin besar lah. Haritu masa datang sini tak tahu pon ko pregnant.."

"Puan, besar jugak perot puan yer, selama ni tak nampak pulak..."

"Bila due ni Fatin?" 

"Raya Haji karang Tuan..." saya menjawab..

"Oh, dah macam esok lusa dah nak bersalinnya..."

Okay, fine. Itu semua menunjukkan bahawa perot ku ini tetibe jek menyerlah dan Sayang saya ni tetibe jek menunjukkan dirinyaa..

Dan saya pulak dah nampak macam mengah dan tak larat nak membawa diri lagi dah.  Macam minggu depan jek dah nak bersalin. Huhu.

Setakat ni, dah seminggu dah saya tak masak. Hubby tak kasi saya masak. Saya pon memang tak larat nak berdiri lama2. Kaki dah membengkak. Bila bangun pagi2 toksah cakap lah. Setiap pergerakan badan kena slow2 dan ambil masa. Bila nak berdiri tegak tu masya Allah, setiap inci badan ni sakit. Kaki macam berada di awang-awangan, kat bawah perot rasa macam tegang sangaat, urat2 semua rasa sengal2 dan tegang. Isk.

Setiap pagi jek akan rasa macam nak cuti terus sampai bersalin karang. Rasa tak mampu untuk bekerja lagi dah. Hoho. Melampau la kan nak cuti sebulan lebih awal. Ngade2! Haha.

Tapi yer la kan, setiap orang adalah berbeza. Ada orang yang dah kena admitted dah even usia kandungan baru mencecah 7 bulan atas sebab2 tertentu. Ada orang larat lagi bekerja sampailah hari 'baby nak keluar'...

Saya ni, macam orang2 kebanyakan la kot. Cuti seminggu awal dari EDD. Tapi saya ni maybe nak cuti 2 minggu awal la kot. Nak habis kan cuti rehat saya yang tinggal 8 hari saje lagik. Tengoklah macam mana. 

Okaylah! Back to our main topic. Pasal 'nama'. Saya dengan Hubby ni, rileks saje. Tak ada pon beriya fikirkan pasal nama baby. Adalah kami bincang kan dalam 3,4 kali. Tapi tak lama dan tak ada kata putus. Mana taknya, bila nama yang saya berkenan, Hubby kurang setuju. Bila Hubby bagi suggestion, saya pulak rasa 'old school' sangat. Hahaha. Sudahnya, topik tu dibiarkan begitu sahaja. 

Patutnya nama2 yang macam best dikumpulkan dan dibuat list. Pastu baru sama2 decide. Betul tak? Ntahlah, bila ada masa, asyik lupa jek nak fikirkan tentang nama. Bila teringat, masa tak berapa nak sesuai untuk fikir lama2. Isk.

Takut nanti last2 baby dah keluar pon kami masih terpinga2 memikirkan nama baby. Isk. Kesian kat Sayang saya ni. (sambil usap2 perot yang Sayang saya duk menendang2 ni ;D)

Erm, okaylah. Memandangkan hari ni mama tak bekerja, mama fikirkan nama untuk awak yer Sayang...

Mama kena buat list elok2. Pastu nanti discuss dengan Walid. (Dengan harapan ada nama dalam list yang Walid setuju.)

Tapi sebelum menyerahkan 'proposal' tu pada Walid awak, Mama kena baca kan ayat 4 surah Yusuf dulu lah. Biar Walid awak lembut hati bila tengok. Hehehee. 

Bila ada nama yang macam best, Sayang tolong Mama boleh? Sayang tendang2 lah sikit tanda Sayang setuju. Kalau Sayang tak setuju, Sayang senyap jek. Okay tak idea Mama? Weee~

(Eh, eh, Mama belum lagi cari nama untuk awak Sayang, Sayang dah tendang2 dulu dah ni?? (^_~)

Sunday, September 2, 2012

:: Salam AidilfitRi semua..=) ::


Selamat Hari Raya korang!!!

Yer, saya tahu hari ni dah hari raya yang ke 13...(-_-) Tapi, masih dalam bulan Syawal kan? Jadiknya, tak salah la untuk saya wish anda semua Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir &  batin........

Dah sebulan lebih dah tak jenguk blog. Nak update tapi asyik kesuntukan masa...*haih*


Ada banyak menda yang telah berlaku sepanjang blog tidak di update. Meh saya nak recall satu2.


Okay, 14 Ogos yang lepas, iaitu 5hari sebelum Syawal tiba, kawan baik saya Huda telah selamat melahirkan puteri sulung mereka yang diberi nama Nur Alya Humaira'...=)




Alya telah selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.49 kg, sehari sebelum EDD nyaa..hee.

Nampaknya Alya memang saje tak mahu bagi mama dia beraya, sebab mama dia sebelum ni duk asyik pesan jek supaya keluar lepas raya sebab mama dia nak beraya dulu tapi apakan daya, Alya tak sabar lagi dah untuk melihat dunia. ahaks.


Tahniah buat Huda & Azmil kerana telah berjaya memegang status 'mama' & 'ayah'. Tak dapat bayang kan perasaan mereka setelah memiliki zuriat sendiri. Insya Allah, hujung bulan 10 karang saya dan Hubby pulak akan menyelami perasaan itu. Hehe.


Tak sangka betul, Huda yang kengkonon nya nak kahwin lambat lah sebab nak sambung belajar dulu itu ini, yada yada last2 antara geng2 kami, dia yang bergelar mama dulu. Oh sungguh tidak ku sangka. Saya pon kalah dibuatnya even saya kahwin dulu. Haha. Takpe, rezeki masing2 kan. Lagikpon saya akan menyusul kemudian. Tak lama lagi dah. Hoho.


Okay, seterusnya, pasal hari raya lah, ape lagik. Hehe.

Tahun ni, giliran untuk beraya di JB pulak! Horeyyy!!~


Mau nya tak excited, sejak saya berpindah ke Kuantan ni, kami belum berkesempatan untuk balik JB lagi kot. Awal puasa hari tu pon tak dapat balik oleh sebab kesuntukan kewangan. Maklumlah, masuk rumah nak beli itu ini, dengan nak sambut kehadiran 'our little precious' lagi, jadi amatlah banyaak memakan belanja. Sebab tu nak kena bajet elok2. Takpelah, yang penting raya dapat balik. Puasa pon dapatlah sehari sebelum raya tu berpuasa di JB.


Jumaat lepas berbuka kami terus shoot balik JB. Saya nak merasa sahur di JB jadi nak tak nak memang kena balik Jumaat malam tu jugak. Kesian kat Hubby sebab Jumaat tu beliau terpaksa bekerja. Saya ni, nak ambil cuti start hari Khamis pon dah boleh. huhu. Saya dah bagitahu beliau yang saya rela untuk drive balik JB memandangkan Jumaat tu saya cuti, dah puas berehat dah. Tapi apakan daya, Hubby tidak sanggup melihat isterinya yang boyot ini memandu. Jadi last2 beliau jugaklah yang drive balik ke JB. Dah sampai R & R Kulaijaya tu baru Hubby betul2 dah tak larat & mengantuk sangat dah. Jadi saya take over. Setakat drive selama 40 minit ajek lah. Ape kes? (~_-)


Perasaan masa on the way balik JB tu memang best sangat. Baru betul2 feel balik kampung bersama Hubby. Itulah perasaan yang saya damba kan selama ini. Alhamdulillah, dah pon Allah makbulkan. Syukur sangat2. Even hati ni sayu sebab tak dapat nak balik JB sebulan sekali setakat ni (atas alasan yang berbagai), tapi saya amat lah hargai saat2 pulang ke kampung halaman berjumpa umi, abah dan adik2.


Sahur untuk hari terakhir berpuasa tu semua adik2 saya ada kecuali Firdaus. Ayed yang pergi off shore hari tu pon ada sekali dengan wife nya Yun. Kalau Firdaus sampai awal sikit dah complete satu family bersahur bersama. huhu. Masa sahur tu seronok sangat sebab bergelak ketawa dengan adik2 saya. Semua nya gara2 Amad yang tak mahu dirinya di gelar 'Pak Ngah' oleh Sayang saya nanti. Lepas tu nak main pass2 pulak gelaran tu kat orang lain. Haha. Kelakar2.


Hubby siap tegur lagi yang sahur pagi tu saya sangat ceria, berbeza dengan sahur hari2 biasa. Hehe.


Last day puasa tu, saya cuba untuk tolong umi masak seupaya yang mungkin. Tak sampai hati tengok umi sorang2 di dapur dengan menu raya yang berderet hendak disiapkan. Yang bestnya, Hubby saya pon tolong sekali. Kami masak ayam sambal dan kuah kacang. Hubby tolong angkat2 dan kacau2 lah. Takpe, yang penting beliau sudi tolong. Almaklumlah, daripada beliau kebosanan tak tahu nak buat apa, ditambah dengan perasaan simpati terhadap isterinya yang serba tak larat ni, jadi beliau pon tolong memasak. Umi pon sengih jek tengok kami ketang ketung bersama di dapur.


Ayed pulak tolong isterinya Yun buat lepat. Rajin pulak budak tu tolong buat lepat. Lepat tu pon memang first time family kami nak buat sendiri. Selalu harapkan lepat Pak Ngah jek. Not bad la for a first timer, Yun dah kira lulus dah buat lepat. Saya pon tak reti. Hahaha.


Seronok betul sesi masak memasak kali ni. Umi pon nampak happy jek. Even kami takdelah tolong banyak sangat. Umi masak lagi macam2 kot. Rendang, serunding kelapa, nasi dagang, gulai ikan tongkol, serunding nasi dagang. Oh yer, saya masak lagi satu menu, Sayur lodeh. haha. Plus, buat acar timun untuk nasi dagang. Haha. Okay apa, not bad for an 8 months old pregnant lady.Heee. 


Malam raya tu, Amad, Firdaus & Hubby tolong pasang pelita. Alah, pelita yang instant yang jual kat Tesco tu. Aisya yang sibuk2 nak beli kata Abah. hehe. Ayed & Yun pulak bertungkus lumus memasang lampu kelip kelap. Yang asal punya macam 'hidup segan mati tak mahu' dah.. Tu yang kena ganti baru tu. haha.


Saya dengan Aisya duk sibuk main bunga api & mercun pop pop. Tu pon main dari beranda rumah ajek. Huhu. Rutin malam raya macam biasa, gosok baju raya. Tapi kali ni saya memang tak larat dan tak mampu nak gosok kan untuk semua. Jadi apa yang terdaya digosok adalah baju saya, Hubby, umi, Abah & Aisya. Juga baju Ehsan setelah dia datang kepada saya dengan buat muka seposen. Tak sampai hati la pulak dibuatnya. huhu.


Ahad, 19hb Ogos 2012, Hari Raya Aidilfitri!~


Kali ni, saya nak pergi solat sunat raya. Sebab tahun depan saya maybe dah tak dapat nak pergi sebab nak kena jaga Sayang saya. Even macam tercungap2 jugak bersesak2 dengan orang ramai kat Masjid, tapi saya rempuh jua. Lagipon nak teman umi. Aisya taknak pergi. Bahagia tengok orang ramai sangat memenuhi masjid jamek Kg Melayu tu. Almaklumlah, nama pon KAMPUNG kan. Sah2 la ramai orang luar yang balik kampung di situ. Sebab tu masjid meriah. Cer pergi masjid kat taman2 perumahan kat KL tu, mesti lengang jek. Heee.


Selesai solat raya, kami sekeluarga berhimpun untuk membaca kan doa selamat. Kemudian, apa lagi, makanlah! heee. Raya kali ni, keluarga kami dah bertambah. Hubby saya dan Yun, isteri Ayed. Memanglah nak kena tambah lagi 2 kerusi kat meja makan tu. haha.


Yang bestnya, sebelum makan, saya dan Yun tolong umi pack2 kan makanan untuk diberikan kepada jiran2 dan orang2 rumah sewa kat belakang. Tapi kami pon dapat juga makanan2 dari jiran2. Elok2 makanan dah berkurangan jadi bertambah pulak! Hehe. Itulah yang dikatakan rezekiii.. hoho.


Selesai makan, aktiviti raya kami adalah bersalam-salaman dan bermaaf-maafan. Kali ni dimulai dengan Hubby saya memandangkan beliau adalah yang paling tua! Weee. Moment sebak of course la bila bersalaman dengan Abah & Umi. Tapi rupa2 nya bila salam dengan Hubby lagi tak tahan sebaknya. Memang terus bercucuran air mata ni. Mana taknya, saya sedar diri ini banyak buat salah dengan beliau. Beliau pulak cakap beliau memang selalu maafkan saya. Siapa tak terharu?? (-_-)






Best dapat bagi duit raya pada adik2. (even bagi pada yang masih belum bekerja sahaja excluding Amad & Ayed) dan sepupu2. Cuma kali ni Hubby la yang bagi on behalf of us. Dengan saya mereka cuma salam sahaja lah.

Lepas salam2, aktiviti wajib kami apa lagi kalau bukan bergambar! Memang best sebab family kami complete. Tahun ni complete lah tapi bila tahun depan memang lompong2 jawabnya. Mana taknya, time tu Amad pon dah kahwin. Kalau nak kasi complete kena pakat2 dengan Amad dan Ayed supaya balik JB raya ke3. Baru boleh jumpe semua orang. huhu.
















Okaylah, dah panjang sangat dah entry ni. Nanti bosan pulak. Untuk aktiviti pada malam raya pertama dan raya kedua, saya dan Hubby join umi & abah beraya ke rumah saudara mara. Tengah hari lepas ambil gambar, Ayed &Yun dah gerak balik Muar. Jadi mereka tak adalah time kami beraya. Tapi Amad &Firdaus pon tak dapat join jugak. Firdaus kena diarrhea, Amad pulak pening kepala la pulak! (Takpe, next year dia dah kahwin, nak tak nak dia memang kena join la rombongan beraya bawa isteri pergi kenal saudara-mara. Haha.)





Okaylah, Sayang saya dah bergolek2 dah dalam perot ni. Dah rasa tak berapa nak selesa. Saya minta diri dulu laye. Till we meet again.........





Anyway, Minta ampun maaf atas segala salah silap yerr...dari saya yang serba kerdil ni dan Hubby, plus, Baby...=p