Thursday, February 25, 2010

:: Sabarlah wahai hati ::

Setiap manusia kat atas muka bumi ni di uji dengan bermacam2 ujian dari Yang Maha Kuasa...

Setiap ujian yang diberi adalah berbeza....

Yang pasti, semua itu ada hikmah di sebalik nya yang hanya Dia sahaja lah yang Maha Mengetahui...

Ada insan diuji dengan masalah keluarga yang menimpa... ada yang diuji dengan masalah tak dapat2 lagi kerja.. diuji dengan penyakit yang menimpa.. diuji dengan cinta terhalang oleh orang tua.. diuji dengan karenah mertua yang bermacam2.. diuji dengan belum lagi menemui pasangan hidup..diuji dengan belom lagi dikurnia kan zuriat...berbagai2 lagi lah jenis2 ujian yang Allah beri..

Dalam hidup ni, setiap fasa dalam kehidupan kita, kita akan diuji dengan cabaran...

Untuk berkata-kata memang lah senang... macam semua orang boleh buat...

Tapi kadang2 kesabaran dalam diri ni tak mampu bertahan lagi...

Bukan aku bermaksud untuk menyalahkan takdir... tapi sampai bila aku harus bersabar??

Menanggung kesabaran yang tidak pasti akan kesudahannya....

Sabar setiap manusia ada batasnya...

Buat hati ku ini, bersabarlah selagi mana yang termampu...

Berserah lah pada ketentuan Nya...

Hanya itu yang mampu ku pesan buat hatiku yang serba lemah ini...

1 comment: