Friday, December 18, 2009

:: AL Fatihah buat Cik Idah ::

Di kala umat islam menanti waktu asar, 17 Disember 2009 untuk membaca doa akhir taun maal hijrah, aku sekeluarga di gempar kan dengan berita buruk...

Cik Idah pergi menyahut seruan Ilahi...

Aku tersentap, xterkata...xpercaya bahawa Cik Idah yang amat periang orang nye, yang comel lote itu sudah tiada lagi di muka bumi ini...

Seperti hanya mimpi buruk....

Tapi apabila mengenangkan nasib anak2 nya yg masih berada di tingkatan 3 dan darjah 5, air mata ku mengalir...

Cik Idah adalah adik ke 2 bongsu kepada Abah...

Arwah mempunyai 2 orang anak...yg sulung Dini Rais - ting 1 dan yg bongsu Norkhalidah (Norli) yg baru berusia 11tahun...

Alhamdulillah mereka mempunyai ayah yang bertanggungjawab terhadap mereka walau pon satu ketika dahulu berkonflik dgn CIk Idah...

Kasihan mereka kerana sudah tidak mempunyai emak.......tidak dapat aku bayang kan perasaan mereka ketika ini...

Cik Idah adalah seorang yg happy go lucky...

Beliau adalah seorang yg pemurah... Cik Idah buat biznes menjual kaen2 buatan Indonesia,baju2 kemeja etc...Beliau selalu memberi kaen2 pasang dan baju2 kepada adek beradek dan anak2 sedara nya... Beliau tidak lokek memberi anak2 sedara nya wang saku terutama kami2 yg menuntut di menara gading...

Aku masih lagi ingat saat Cik Idah menceritakan kepuasan hati nya kerana dapat menjaga arwah maktok sehingga hembusan maktok yg terakhir....

Tak sangka, Cik Idah mengikuti jejak langkah maktok 6bulan selepas itu...

Bulan Jun lepas kami kehilangan maktok, bulan Disember pula Cik Idah pergi...

Tiada siapa sangka mereka anak beranak pergi pada tahun yg sama...tahun 2009...

Al Fatihah buat Cik Idah dan Makt0k..........

sem0ga roh mereka dicucuri rahmat Allah subhanahu wata'ala.....

1 comment:

  1. Al-Fatihah. Moga roh cik dah ditempatkan bersama2 roh2 org beriman. Amin kama

    ReplyDelete