Friday, April 15, 2016

:: Little Princess in the family ::

Assalamualaikum anak-anak Mama!

Allah...dah berzaman dah Mama tak update blog, ini pon dapat update sebab Mama tengah bercuti pantang hari ke 42 dan adik Sarah tengah tidur.HEHE.

Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah, Tanggal 2 Mac 2016 jam 4.18 petang, Allah telah kurniakan kepada kita sekeluarga seorang little princess in the family aka geng Mama! hehehe.

Setiap detik di Hospital besar Melaka masih lagi segar dalam ingatan Mama bermula pada 1 Mac 2016 jam 2 pagi semasa Mama kejutkan Tok Umi sebab mengesyaki contraction yang regular selang setengah jam.huhuhu.

Sebelum tu, 26/2/2016, Mama masih lagi gigih pergi ke Mahkamah untuk habiskan saki baki kes selagi terdaya sebelum bercuti lama. Semua orang risau tengok Mama takut Mama terberanak di Mahkamah.HEHE. Tapi adik Sarah good girl, dia memang kasi chance Mama habiskan plan Mama siapkan kerja dahulu. Petang Jumaat tu jugak lepas hantar Abg Anas balik ke Kijal rumah Tok Ki dan Wan, Walid, Abg Yusuf dan Mama terus gerak balik Melaka rumah Tok Abah dan Tok Umi. (Masa tu Tok Abah kerja di Jab Pendidikan Negeri)

1 Mac 2016 jam 2 pagi

Lepas Mama kejut Tok Umi, Tok Umi pon hantar Mama ke Hospital Besar Melaka memandangkan Tok Abah nak kena stay jaga Abg Yusuf sebab masa tu walid dah balik semula dah ke Kijal ambil Abg Anas kemudian Ahad malam mereka dah balik ke Kuantan sebab Abg Anas sekolah.

Sampai je di 'Bilik Saringan' cek-cek sekali tak ada bukaan! Wargh.. Lepas tu apa lagi, buat CTG lah/ cek jantung adik Sarah. Bab-bab CTG ni, memang dari zaman Abg Yusuf punyalah susah nak dapatkan graf CTG yang cantik selama 20 minit sebab anak-anak Mama memang suka main hide & seek dalam perut Mama. Mementang lah perut Mama ni banyak space. HOHO.



Jadi, Mama pon di hantar lah dulu ke wad sementara menunggu perkembangan bukaan/contraction.HUKHUK. Masa tu Mama ada minta balik dengan Doktor tapi doktor tak bagi.isk.

Seharian Mama di wad, Mama dah kebosanan. Dah rindu kan Abg Yusuf di rumah Tok Abah. Walid dan Abg Anas pula masa tu naik bas jam 2 petang sebab tiket bas pagi ke Melaka dah habis.huhu.

Malam tu lepas walid sampai di Melaka, Walid pon datang jenguk Mama. Alhamdulillah rezeki Mama dapat bilik untuk 2 orang, makanya bilik air pon dekat sajelah dengan katil dan ada privacy. Rezeki sangat sebab di war-warkan kawan Mama yang pernah bersalin di situ dan juga Mak Teh yang merupakan nurse di situ bagitahu Mama yang hospital tu pack sangat.
 
Yang bestnya katil Mama nombor 3, Bilik No 3 dan wad pon nombor 3. Hee.

Mama request Walid belikan megi goreng Mamak dan teh tarik kaw sebelum nak kena pantang nanti.HOHO.


2 Mac 2016 jam 9 pagi

Masa doktor buat pemantauan dan cek bukaan Mama, bukaan Mama dah 2 cm. OMG baru 2 cm ker? Nak kena tunggu berapa lama lagi ni? Isk. Sambil tu Mama ada dapat tips dari kawan doctor Mama yang sama sekolah dulu bagitahu supaya Mama buat 'squatting' supaya bukaan cepat, jadi Mama pon slow-slow lah buat.

Tengah hari Walid datang melawat, kali ni Mama pesan beli kan rojak sebab Mama pon dah makan lunch dah kat hospital tu. Kerja Mama makan, baring saje lah sambil usap-usap perut baca apa yang patut dan pujuk Adik Sarah keluar cepat. Mama rindu kan hero-hero Mama.hukhuk.

2 Mac 2016 jam 3 petang

Doktor O&G datang cek Mama lagi, Doktor cina perempuan. Comel dan baik doktornya. Masa doctor cek bukaan Mama, doktor tu bagitahu, 'Dah 4 cm in labour tapi kenapa saya rasa tangan? Bukan kepala?'. Haa sudahh.. Mama dah cuak. Biar betul baby ni? ISK.

Doktor tu confirm kan lagi. Kemudian cepat-cepat suruh Mama naik wilcha untuk scan perut. Bila di scan, sah kepala baby dah ke kanan perut Mama, bukan ke bawah!! UWAAA...

Mama Tanya doctor, 'Tak boleh ke tunggu sekejap doctor mana tahu nanti baby pusing balik kepala ke bawah?' Doktor tu jawab, "Tak boleh, you dah anak ke 3, jalan dah ada, dah 4cm in labour, kalau tiba-tiba you rasa nak teran macam mana? Bahaya.."

Okay, Mama akur. Masa tu rasa macam mimpi sebab semua orang kelam kabut 'prepare' Mama untuk emergency Ceasarean. Yer, Mama kena C-Sect!
 
Mama diminta untuk cepat-cepat call Walid untuk sign Consent Letter untuk jalani Czer ni. Mama pon call Tok Abah minta balik rumah tengok-tengokkan Abg Anas dan Abg Yusuf yang bersama Walid masa tu sebab Tok Umi sibuk dengan hal program Puspanita.HUHU. Mama ada call Tok Umi tapi tak berangkat.huhu.
 
Tunggu punya tunggu Walid masih belum sampai. Jadi nurse terpaksa dapatkan Consent dari Walid melalui telefon sahaja. Mama tahu Walid pon dah cuak dah time tu nak-nak sebab diterangkan risiko-risiko yang mungkin ada apabila jalani Czer ni.HUHU.

Dalam sekelip mata je Mama disiapkan dan ditolak untuk ke Operation Theatre. Pergh. Memang macam mimpi. Daripada duduk relax kebosanan tunggu bila baby nak keluar tup-tup je baby terus kena keluarkan on the spot.

Jam 4.18 petang

Setiap detik dalam OT tu masih dapat Mama bayangkan sehinggalah sekarang. Mama dibius separuh badan. ALHAMDULILLAH, adik Sarah selamat dilahirkan jam 4.18 petang tanpa sebarang komplikasi.

Doktor tunjuk adik Sarah pada Mama dan minta Mama sebutkan sama ada boy atau girl, masa tu perasaan Mama hanya Allah sahaja yang tahu. Mama dapat anak perempuan. Alhamdulillah.

Cuma satu je masalah Mama adalah doctor bius Mama masa tu, doctor cina lelaki confused untuk berikan Mama pain killer jenis apa memandangkan Mama alergik kepada pain killer termasuk PCM!

Memandangkan Mama juga tidak puasa sebab tak tahu yang Mama akan di czer, lepas operate tu Mama muntah beberapa kali.huhu.
 
Sepanjang malam selepas Mama di czer, Mama berehat terbaring sampailah bius 'Morfin' Mama habis. Baby Sarah memang nurse yang uruskan semua sebab Mama memang tak mampu nak buat apa-apa masa tu.HUHU.
 
3 Mac 2016
 
Pagi tu, Mama dikejutkan oleh Nurse nak tengok Mama bergerak. Bila Mama bangun tu Ya Allah sakit kat bahagian operate tu memang rasa macam kena hirisan pisau.ISK.
 Jalan lah slow-slow Mama ke bilik air. Nasib baiklah bilik air dekat jek. Nurse tolong Mama freshen up.
 
Masa doctor bius check Mama, Mama minta untuk Mama diberikan pain killer sebab tak tahan sangat dengan rasa hirisan di perut ni. Akhirnya doctor bius suggestkan Mama untuk ambil 'Tharmal', sejenis pain killer tetapi dengan syarat tak boleh menyusu baby ditakuti baby akan jadi drowsy. Nak tak nak Mama terpaksa akur, Mama tak ada pilihan lain.
 
First time Mama dakap Sarah. Masa tu Sarah dah di freshen up kan oleh Nurse dah. Comel sangat anak dara Mama ni.
 
 
 
3 Mac 2016 jam 3 pagi
 
Nurse kejut Mama Tanya Mama ada minyak tak takut baby Sarah kembung. Suara Sarah bergema satu wad. Ya Allah rupa-rupanya anak Mama yang menangis. Nurse sampai ngantuk popok Sarah tak tahu dah kenapa Sarah menangis. Mama terus dukung Sarah, Sarah senyap. Mama letak semula sarah dalam cot terus Mama tolak slow slow pergi ke katil Mama, Mama letak Sarah sebelah Mama, bagi ngempeng. Sarah diam je tapi Sarah tak tidur sampai lah ke subuh.  Mata mama dah macam mata panda dah.hukhuk.
 
Tengah hari tu Mama diberitahu Mama dah boleh discharge tapi Sarah terpaksa ditahan wad sebab Sarah jaundice, cuma ada sedikit sahaja lah. Memandangkan nursery berada di tingkat bawah dan Mama memang tak mampu nak pergi jenguk melainkan walid ada sebab nak kena tolak wilchair Mama, jadi Mama pon decide untuk balik ke rumah dulu jumpa hero-hero Mama yang dirindui.
 
4 Mac 2016
 
Pagi nya Walid dapat call daripada hospital bagitahu yang Sarah dah boleh discharge, ALHAMDULILLAH. Tapi Mama dan Walid pergi ke hospital selepas pukul  2 memikirkan lunch hour mesti parking penuh.
 
Kami pon bawa balik Sarah ke rumah Tok Abah dan Tok Umi untuk bersatu dengan hero-hero Mama, Abg Anas dan Abg Yusuf.
 
ALHAMDULILLAH, keluarga kecil kita dah bertambah ahli, menjadikan 5 orang kesemuanya. Little princess pula tu. Memandangkan Mama pon Czer, jadi boleh lah Mama berehat lama sebelum memikirkan untuk dapat baby lagii. HUHII.
 
Selamat Datang Sarah Sofia, semoga keluarga kita saling saying menyayangi, kasih mengasihi antara satu sama lain, dan sama-sama berusaha untuk memperolehi keberkatan daripada yang Maha Esa.
 
INSYA ALLAH.