Assalamualaikum anak-anak Mama!
Ya Allah, dah bersarang dah blog Mama ni. Spider siap dah beranak pinak dah.kikiki.
Memandangkan minggu ni Mama tak perlu pergi court sebab Majistret Mama berkursus, dapatlah Mama duduk diam-diam di office menghabiskan kerja di samping dapat memakai baju berwarna warni (eh panjang pula explanation Mama), maka dapatlah Mama update blog picisan Mama untuk mencoretkan kenangan dalam hidup Mama especially tentang perkembangan anak-anak Mama. Abg Anas Fateh dan Adik Salahuddin Yusuf. (as of now.HEHE)
So, 5 days more to go untuk Adik Yusuf mencecah usia SATU tahun. Yeay! ALHAMDULILLAH. Adik Yusuf membesar dengan sihat lagi cerdas day by day.
Baaaanyaak sangat benda Mama nak bercerita sampai tak timbul-timbul dah cerita-cerita dalam kepala Mama untuk Mama coretkan dalam blog Mama ni.isk.isk.
Takpe, slow-slow Mama 'korek' cerita dalam kepala Mama ni yer.huhu.
Perkembangan Abg Anas Fateh
Abang Anas sekarang sedang membesar menjadi seorang abang yang bertanggungjawab lagi menyayangi. Mama paling suka tengok saat Abg Anas tolong hulurkan biskut/toys kepada Adik Yusuf, dan adik Yusuf pula menyambutnya dengan tangan kecil comel nya itu. PRECIOUS!
Kadang-kadang bila Mama sibuk di dapur, Mama akan minta Abg Anas hulurkan biskut buat adik Yusuf untuk adik kunyah-kunyah sambil duduk dalam walker dan tengok upin ipin bersama Abg Anas. Atau bila toys yang adik pegang terjatuh ke bawah dan adik tak dapat ambil sebab duduk dalam walker, Abg Anas akan kutip toy tu dan hulur pada adik sambil berkata, "Nah adik.". SWEET.
Mama akan senyum sendiri dan kalau Mama sempat grab hp Mama memang akan Mama snap that sweet moment of your brotherly love my sons. =)
Main sama-sama |
Abg Anas pon pernah 'angkat' Adik Yusuf bila Abg Anas tengok adik datang dan duduk atas sejadah Mama semasa Mama sedang solat. Adoila, that sweetness of you Abg Anas memang buat Mama berbunga je masa Mama solat tu.HEHE.
Masa main toys pon sama. Abg Anas akan bagi pada adik Yusuf satu toys bila pada tangan Abg Anas masa tu ada 2 toys. Yang penting bagi adik yang Abg Anas less minat la kan.HEHEHE.
Adik Yusuf dah pandai kaler hasil tunjuk ajar Abg Anas |
Ni siapa yang patut duduk dalam walker ni?ISK |
Abg Anas yang kreatif ambil alas coffee table dan main picnic dengan Adik.huhi |
Takpelah, janji bagi juga, daripada tamak semua nya Abg Anas nak. Itu lagi tak elok kan anak-anak Mama.
Yang adik Yusuf ni pula kadang-kadang pon boleh tahan juga. Apa yang Abg Anas pegang atau main tu, yang tulah yang adik Yusuf sibuk nak ambil dan main. Padahal punyalah banyak lagi toys lain yang adik boleh main.isk.isk.
Sebagai anak sulung Mama, Abg Anas membesar dengan penuh tanggungjawab dan sangat ringan tulang dalam membantu Mama.
Mana Mama pergi, dapur ke, bahagian laundry ke, ruang tamu ke, bilik jemur baju ke, Abg Anas mesti ada sekali dengan Mama. Hatta Mama nak keluar jemur baju sekejap pon Abg Anas mesti nak ikut dan akan puas hati bila dapat sangkut satu hanger baju di ampaian.HEEE.
Mama memang layankan ajek lah Abg Anas apa yang Abg Anas boleh buat dengan harapan Mama nak biasakan anak Mama dengan kerja-kerja rumah ni. Bila dah besar boleh lah tolong Mama buat sendiri semua kerja tu. INSYA ALLAH.
Pagi-pagi bila nak ke rumah BS je, Abg Anas akan buka pintu pagar, kiri dan kanan. Bila petang pulang dari rumah BS, Abg Anas akan menyapu dedaun yang berguguran dan berterbangan di porch rumah. Memang sangat rajin Abg Anas ni. Jiran-jiran toksah cakaplah. Memang selalu puji melambung Abg Anas setiap kali nampak Abg Anas pegang penyapu di porch rumah tu.HEHE.
Abg Anas tolong Mama angkat kain baju di jemuran. |
Cuma bila petang hari tu, ada ramai abang dan kakak bermain di luar, Abg Anas akan 'buat-buat' penyapu tu terkeluar dari pagar dengan alasan buka pintu pagar nak ambil penyapu tapi sebenarnya nak keluar bermain. HAHAHA. Bijak tak anak sulung Mama ni?KIKIKI.
Mama bukan apa, jalan tu a bit sibuk sebab motor dan kereta memang lalu lalang kat situ even perlahan. Abg Anas pula umur baru 2 tahun lebih, memang tak boleh nak jaga diri lagi so Mama memanglah sangat risau untuk Abg Anas keluar dari pintu pagar rumah tu.HUHU. Dah jadi mak mak ni, memang lah risau dalam diri Mama ni melebihi segalanya.HUHU.
YB melawat kawasan,HEHE |
Dan ada sekali tu memang Mama biarkan Abg Anas keluar pagar dan menyapu di luar pagar sambil Mama duduk di rumah berdepan dengan rumah kita berborak dengan jiran dan tiba-tiba ada banyak semut gatal naik atas kaki Abg Anas sampai Abg Anas menangis dan membuatkan Mama jadi kelam kabut of course.
Sampai sekarang lah even dah 2 minggu kejadian, parut dan luka-luka di kaki Abg Anas masih ada.hukhuk.
Kalau on the way pergi dan balik ke rumah BS tu, adik memang Mama pegang sebab Mama akan jadi lebih hilang fokus bila adik meraung duduk dalam car seat. Abg Anas sekarang pon dah besar, dah tak mahu duduk dalam carseat Abg Anas lagi.huhu.
Nasib baiklah nak ke rumah Cik Ina tu ada jalan dalam, kurang lah sikit bahayanya bila Mama driving sambil pegang adik.HOHO.
Abg Anas pula akan tertunggu-tunggu untuk melihat lembu, kambing dan ayam setiap kali pergi dan balik dari rumah Cik Ina.
Dan setiap kali tu jugalah Mama akan main teka-teka bunyi binatang dengan Abg Anas.
Lembu bunyi macam mana? 'Moooo' jawab Abg Anas. Kambing? "Mmmbekkk".
Cat? "Meoww.". Ayam? "Ok ooo". Dog? "Dooggg." HAHA. Sampai kat dog je mesti Abg Anas akan jawab macam tu.kiki. Mama pon akan sambung lah dengan bunyi duck, bird etc.
Bila nampak lembu tengah makan, Mama cakaplah lembu makan rumput. Anas makan nasi. First time tu Abg Anas diam je mendengar. Tapi ada sekali tu bila Mama tanya lembu makan apa? Terus Abg Anas jawab "Putt!!." HEEE.
Alahai pandai anak Mama...
Bila nampak basikal, Abg Anas akan tunjuk dan cakap, 'Basikal.'. Nampak motor, 'Motor- sikal', CUTE je Mama dengan.HEHE.
Bila nampak lori, abang Anas sebut 'Besar Bugi."
Yer, Abg Anas sebut lori sebagai Bugi, masih tak dapat sebut L dan R dengan elok lagi anak Mama ni. hehe. Takpe, practice makes perfect Sayang Mama.
So, briefly la pasal conversation dan development Abg Anas pada masa kini. Nak cerita detail karang panjaang bebenor pula entry ni jadinya.KIKI.
Perkembangan Adik Salahuddin Yusuf
Adik Yusuf sekarang ni dah boleh berjalan! HEE. Adik belum cukup setahun tapi dah berjalan det det det..hehe. Comel sangat tengok adik berjalan.
Gigi adik pula dah ada 3 batang! 2 di atas macam rabbit dan satu di bawah. HEE. So kadang-kadang bila menyusu dengan Mama, adik akan geget Mama..Uwaaa.. Mama pon akan cepat-cepat picit hidung adik tapi adik punyalah cheeky boleh tersengih jek lepastu buat lagi.hukhuk.
Adik sekarang dah pro memanjat sofa dan katil. Bila nak turun pula pandai turun dengan berhati-hati sambil kaki kuis-kuis nak adjust lantai tinggi mana. Alahai adik.
Asal kat lounge jek, adik mesti panjat atas sofa lepas tu duduk bersandar kepuasan. Comel betul lahai Mama tengok awak sayang.
Pagi-pagi kalau adik bangun pagi dan mood okay. Adik bangun senyap-senyap, turun katil yang bawahnya ada tilam walid tidur lepastu merangkak keluar bilik cari Mama. Memang ternganga la Mama tengok awak det det det merangkak keluar bilik sambil kagum dalam hati, 'wah, anak Mama turun katil sendiri??' OMG.
Pagi-pagi bangun dah tolong Mama arrange kerusi.huhi |
Gigi Rabbit Adik.HEHE |
Pinjam motor Abg Anas di rumah Tok Ki.HEHE |
Walid toksah cakap lah. Ada masa-masa tertentu je bila Mama intai bilik walid sedar dan pegang awak adik.KIKI.
Sekarang Adik dah makan macam-macam. Kadang-kadang makanan yang Mama buat khas untuk adik, adik takmo, nak makan apa yang Abg Anas dan Mama makan. adik oh adik.
Bila adik dah takmo Mama suap, adik terus angkat tangan menepis setepis-tepis nya. Suap air, minum dulu lepastu baru nganga balik Mama suap makan. Alahai adik.
Ni adik dah boleh berjalan, Mama tengah tunggu adik panggil 'MAMA' pula. HEHE. Takpe adik, take your time. Nanti dah boleh bercakap macam Abg Anas, jenuh lah Mama nak fahamkan maksud percakapan adik macam Mama selalu berusaha nak fahamkan apa yang Abg Anas bercerita kat Mama.HEHE.
Cuma adik ni tak settle lagi check up di klinik tentang berat adik. Even adik makan okay jek, susu okay jek. Aktif toksah cakap lah tapi berat adik TAK SAMPAI pon 7 kilo.isk.isk.
Darah toksah cakaplah. Dah 4 kali tak silap Mama kena ambil untuk cek itu ini. Urin n najis adik pon dah kena ambil. Doc tengah ambil last sample darah untuk THALESSEMIA. Yer. thalessemia sebab berat adik kurang dari yang sepatutnya.
Dalam doa Mama tiap-tiap hari Mama doakan tak ada apa yang serius dengan pembesaran adik sebab adik aktif, sihat jek Alhamdulillah. Memang bertentangan dengan ciri-ciri budak yang menghidap thalessemia. Takpa lah, yang penting kita buat check up untuk confirm anything.
INSYA ALLAH. Adik tak ada apa-apa. Adik sihat macam budak lain, Adik sihat macam Abg Anas.
22/4/15, Mama pergi check up adik Yusuf dan ALHAMDULILLAH, result darah Adik menunjukkan hanya kurang IRON sahaja, tiada thalessemia. Syukur. ALHAMDULILLAH sangat.
Jadi, Adik hanya diberi iron yang Adik selalu makan selama ni untuk memperbanyakkan iron dalam darah Adik..
Ayah Ngah berkahwin
Pada 14/03/2015 yang lepas, adik kepada walid iaitu ayah ngah dah berkahwin. Yeay!! So sekarang ni anak-anak Mama dah ada Mak Ngah.HEHE.
Setelah 4 tahun menjadi the only menantu dalam keluarga walid, sekarang Mama dah ada biras. HEHE.
The Best picture of 4 of US semasa Ayah Ngah selamat dinikahkan. |
INSYA ALLAH, ada rezeki nanti anak-anak Mama dapatlah sepupu sebelah walid pula yer. Sebelah Mama dah ada Elena yang juga bakal menjadi kakak tak lami lagi.HEHE.
ALHAMDULILLAH. Keluarga kita makin bertambah dan makin meriah.
Majlis menyambut menantu. Walid kat luar, Abg Anas dengan Tok Ki. HEHE |
Sambil tunggu pengantin sampai. |
Tok Wan warded
Pada hari ahad 5/4/15 yang lepas, bila walid balik dari kerja je, walid bagitahu yang Tok Wan tak nampak sebelah mata dan tok wan kena warded di Hospital Kemaman. Terkejut Mama waktu tahu tu.
Jadi Mama pon ambillah separuh hari kerja hari Isnin tu dan Emergency Leave pada hari selasa tu untuk melawat Tok Wan di Hospital Kemaman. Kesian tok wan mata sebelah kiri kabur-kabur katanya. Doktor kata kena strok di mata tu jadi memang tak dapat nak elok macam biasa dah.Isk.Isk.
Apa-apa pun Alhamdulillah bahagian badan Tok wan yang lain okay.
Hari selasa petang tu Tok Wan dah dapat discharge. Alhamdulillah.
Cuma selasa malam masa kita nak balik semula ke Kuantan tu, Tok Wan terasa pening sangat di kepala bahagian kiri nya sampai Tok Wan berehat je waktu tu. Kesian Tok Wan.
So, kita layan kan aje lah yer gambar-gambar anak-anak Mama ni....
Abg Anas & Adik Yusuf yang lagi seminggu nak masuk setahun. Yeay! |
Abg Anas bing atas riba Adik, Adik Yusuf popok la muka Abg Anas.kiki |
Jalan-jalan Zoo di petang hari |
Jalan Petang ambil angin |
Masa teman walid kursus di KL |
Abg Anas dan Adik melepek dengan Mama |
OTW Mama pergi kerja, sebelum hantar anak-anak Mama ke rumah BS |
INSYA ALLAH. Lain entry kita jumpa lagi.
Jangan lupa selalu sedekah kan Mama & Walid Al Fatihah yer.
Walaupun kami masih ada di muka bumi ini.
Salam sayang buat anak-anak Mama, hero Mama, nyawa Mama.
-MAMA-