26 Oktober 2012 / 10 Zulhijjah 1433H
-6:20 pagi
Pagi Raya Haji, Mama bangun pagi untuk tunaikan solat Subuh, tapi tiba-tiba Mama rasa macam ada sesuatu yang tidak menyelesakan di 'bawah' sana. Mama masuk toilet, tapi malangnya mama tak boleh nak pastikan sebab perut mama yang sangat besar tu telah menghalang mama dari berbuat demikian. Jadi, Mama solat macam biasa.
Selesai solat, mama ingat nak baring sekejap sebab rasa badan ni sangatlah tak larat. Maklumlah, mama tengah sarat, lagi 3hari saje EDD mama. Sebelum tu mama alas dengan selimut. Macam tadi, rasa sesuatu tu ada lagi. Mama cek kat selimut sekali tengok ada darah! Cek lagi ada lagi 3 tompokan darah kat peha mama. Ya Allah, mama dah nak bersalin dah ke hari ni?? Mama cuak. Mama cari walid Sayang. Lepas Subuh walid Sayang cari
port lain pulak untuk beliau
'landing'. Isk.
Bukak pintu bilik, nampak walid Sayang terbaring depan tv. Panggil punya panggil tak dengar. Masa tu, ada To'ki Sayang tengah gosok baju di bilik sebelah. Nak tak nak mama terpaksa panggil To'ki Sayang jugak. Lepas tu, apa lagi, kecoh lah satu rumah.
Tak pasal-pasal pagi tu semua orang dalam rumah tak pergi solat sunat Raya Aidiladha. Mama pon dah cuak. Serba salah nak pergi hospital ke tak. Lepas tukar baju, mama sarapan sekejap untuk kasi ada tenaga. Sarapan satay, nasi impit dan kuah kacang. Fuuh, merasa dulu mama makanan Raya sebelum apa-apa jadi.Huhu.
Lepas call Tok Umi Sayang dan memikirkan mama mengandungkan anak sulong, mama ambil keputusan untuk pergi ke hospital.
Sampai di hospital, jumpa nurse, cek-cek, bukaan mama baru
1cm. Disebabkan mama dah ada rasa contraction, mama terus ditahan wad. Doktor dah tak bagi mama balik ke rumah lagi dah. Isk.
Masa tu mama di bahagian O&G. Bila doktor pulak cek pagi tu, bukaan mama dah
2 cm.
-1:30 tengah hari
Mama terbaring di atas katil di wad. Sambil menahan
contraction yang datang dalam 10 minit sekali. Yang mama tak tahannya sebab ia tekan kuat kat pundi kencing mama. Macam rasa nak terkencing tapi kena tahan kencing tu. Ha, tak ke seksa namanya tu. Tiba-tiba mama terbersin pulak. Terasa basah di kain mama. Ha sudah,
mama dah terkencing pulak dah ker? Bisik hati kecil mama. Air menitik-nitik macam tangki bocor tu. Mama terus bergegas ke toilet.
Bila cek, air tu berwarna kuning kemerahan. Macam ada kesan darah pon yer. Bau pulak macam hancing. Jadi mama ingat kan ia hanyalah air kencing yang bercampur dengan darah sebab tadi doktor ada bagitahu mama yang 'bawah' mama ada sedikit luka. Huhu.
Lepas tukar kain baru, mama balik semula ke katil. Tapi malangnya, menda yang sama juga terjadi sebanyak 3 kali. Mama dah error. Teruk sangat contraction ni tekan pundi kencing mama sampai '
leaking' teruk jadik nya. Bisik hati kecil mama lagi. Dengan keadaan yang macam tu dan
contraction yang datang menyerang selang 10 minit sekali, memanglah mama tak tahaann..uhuk.
-5:10 petang.
Mama dipanggil untuk masuk ke bilik rawatan untuk di cek sekali lagi oleh doktor. Mama bagitahu doktor dan nurse apa yang berlaku jadi doktor pon cek lah 'bawah' mama. Cek punya cek, sekali mama di bagitahu bahawa 'leaking' tersebut adalah
air ketuban mama, bukannya air kencing!! Hah?? Warna dia kekuningan sebab Sayang yang masih dalam perot mama masa tu rupa-rupanya dah berak. Sebab tu air ketuban mama berwarna! hoho. Nurse tu gelakkan jek mama sebab tak tahu yang air ketuban mama sebenarnya dah pecah, bukannya air kencing. Isk. Tak baik nurse tu tau. Mana mama tahu yang Sayang dah berak dalam perot mama, sebabtu air tu berwarna. (-_-)
Cek punya cek lagi, bukaan mama dah
4cm, Apa lagi, mama kena masuk dewan bersalin dah la. Fuuhh!! Bila tahu jek dah nak masuk dewan bersalin, rasa macam nak masuk
dewan perang jek. Cuak, takut, risau, semuanya ada masa tu.
Nurse suruh mama inform walid Sayang. Supaya beliau boleh
standby di dewan bersalin tu.
-5:45 petang.
Mama telah dibawa masuk ke dewan bersalin. Tok Abah & Tok Umi pulak tak sempat nak jumpa mama sebab masa tu mereka baru sahaja nak sampai di Kemaman. Isk. Masa tu, dalam 1 bilik ada mama seorang sahaja. Kira okaylah sebab mama takkan terganggu dengan karenah bersalin orang lain yang mungkin akan menganggu gugat fokus dan keyakinan mama semasa menunggu bukaan mencecah 10cm! Hoho.
Masa tu, Alhamdulillah, semuanya perempuan. Doktor perempuan, nurses pon perempuan. (Eh, memanglah nurse selalunya perempuan kan.haha) Yang penting mereka baik-baik belaka. Buat mama rasa selesa.
-7:30 petang.
Bukaan
5cm dengan contraction yang kerap dan lama. Isk. Pinggang mama dah mula rasa sakit. Doktor pantau
heartbeat Sayang. Nak tengok Sayang okay ke tak. Masa tu ada 2 orang HO perempuan yang jaga mama.
Alhamdulillah, so far Sayang okay sajek.
Bravo Sayang Mama!
-9:30 malam.
Masih 5cm dengan kadar contraction yang sama. Setiap kali contraction datang, peritnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Masa tu nurse dah panggil walid Sayang masuk. Mama pon tak faham kenapa tetiba walid Sayang boleh masuk awal. Bukannya time dah nak beranak karang. Takpelah,
maybe mereka nak walid bagi support banyak2 kat mama kot.
Mama memang bertuah sebab walid dapat teman kan mama lebih awal dari yang sepatutnya. Memang mama perlukan walid masa tu. Walid bagi mama semangat, selalu ingatkan mama supaya bersabar dan ingat Allah banyak2. Sesekali walid akan cium tangan mama dan usap2 rambut mama.
At least, mama ada walid bersama mama.
Mama bersyukur. Kalau apa-apa jadi, kami akan tempuhi bersama. Walid akan sentiasa ada di sisi mama.
27 Oktober 2012/ 11 Zulhijjah 1433H
-12:00 malam.
Masih lagi 5cm. Walid dah resah. Kesian walid. Dahlah duduk kat atas kerusi yang takde tempat sandar. Sayang bayangkan walid Sayang duduk kat kerusi tu berejam. Setiap kali contraction mama akan pegang tangan walid sekuat hati mama. Nasib baik tangan walid tu gagah, kalau tak dah patah dah mama rasa. huhu.
Nurses yang sedia ada dah lama tukar
shift. Paling tak best bila HO perempuan 2 orang tu pon dah tak ada. Tetiba mama dengar ada seorang suara lelaki. Ha sudah, doktor lelaki pulak ker? Bisik hati mama. Mama dah tak sedap hati dah. Mama cakap pada walid Sayang. Walid Sayang pon dah tak sedap duduk dah. Masa tu nurse yang ada pon macam poyo jek. Benci betul mama. Walid pon
error dengan dia. Kenapa dah tengah2 malam macam gini semua orang macam tak best jek? Tak seindah macam siang tadi punya? Isk.
-12:30 malam.
Seorang doktor lelaki masuk. HO juga rupa2 nya. Walid masa tu dah tak boleh blah dah sampai selamba ajek beliau tanya pada nurse yang poyo tu, '
Dah tak ada doktor perempuan ke?'
Kalau dah nama pon poyo, memang boleh agak lah kan jawapan dia apa. Memanglah menyakitkan hati. Mama pasrah jek waktu tu. Dahlah sedih bukaan tak gerak2 dari maghrib tadi. Tambah pulak dengan kemunculan HO lelaki ni. Hukhuk. Tak apalah,
mama pasrah jek. Sesungguhnya, bukan mama pinta untuk tidak bersalin dengan doktor perempuan. Dan sesungguhnya
Allah itu Maha Mengetahui. Semoga dosa-dosa mama diampunkan Nya. Amin.
Walid bagitahu mama yang kat luar ramai lagi yang tunggu termasuk Nyang & Nyang Ani Sayang. Masya Allah, mereka masih menunggu di luar ke? Lagi la hati mama ni rasa kesian. Nak saje mama minta mereka balik berehat dulu sebab tak sanggup nak mereka tunggu mama yang tak tahulah nak bersalin pukul berapa lagi ni. Isk.
Kadang-kadang mama terasa nak putus asa dan ambil keputusan untuk
operate sahaja dek kerana tak tahan menunggu dengan serangan contraction yang bertubi-tubi. Tapi, atas nasihat MO, Dr Mas dengan keadaan
heartbeat Sayang yang Alhamdulillah baik-baik sahaja, supaya mama tunggu sampai jam 5 pagi. Untuk anak sulung, mereka tak galakkan untuk operate sekiranya tak mengalami apa-apa masalah.
Okay. Mama tunggu. Insya Allah, mama akan bersalin juga nanti.
Doa Nabi Yunus masih tak berhenti-henti mama titipkan di bibir mama.
-2:00 pagi.
Mama di cek lagi untuk bukaan. HO lelaki tu bagitahu yang bukaan masih 5cm. Tak lama tu ada seorang MO perempuan datang periksa mama pulak. MO tu cakap dah
7cm! Apalah HO tu, tak reti cek hape. Heh. Masa tu walid Sayang tersenyum. Tanda lega sebab bukaan dah makin besar. Mama pula, masih resah nak tunggu lagi 3cm yang tak tahu berapa lama pula masa yang akan diambil.
Sayang mama cepatlah keluar!
-3:00 pagi.
Mama tetibe terasa hendak
meneran. Macam nak Yak tuu...Tapi rasa nak teran yang sangat2 dah. Mama terus jerit panggil doktor. Walid pon dah kelam kabut. Mama tanya doktor tu, dah boleh teran ker? Dah 10cm ker? Apa yang mama dengar HO tu cakap,
'Kalau Puan dah rasa nak teran puan teran jer..'
Erk? Biar betol. Mama dah tak fikir apa dah. Mama dah tak tahan sangat dah waktu tu. Semua wayar2 di perut mama dicabut. Mama diminta untuk angkat kaki. Tumit rapat ke punggung, kedua-dua tangan mama pegang tumit. Lengan walid pula diminta untuk pangku kepala mama. Supaya ditinggikan dan dagu mama mengenai dada mama.
Bila semua dah
ready, mama disuruh untuk teran bila rasa contraction datang. Sebelum teran, tarik nafas panjang2 dulu, hold dan teran, baru hembus balik nafas. Tarik nafas ikut hidung manakala hembus nafas pakai mulut mama. Semasa meneran mama diminta untuk tidak menjerit atau mengeluarkan suara even 'Aaaaahh'. Buang tenaga ajek kata mereka.
Masa mama meneran tu, semua orang bagi semangat. HO tu even sengal2 pon tapi bab2 bagi semangat ni dia okay. So bila ramai2 bagi semangat dengan meriahnya macam sedang bersorak untuk
football match, tenaga dan semangat mama pon jadi kuat. Sekali mama teran dengan sepenuh hati. Pastu mama berhenti. Masa tu mama rasa Sayang dah keluar sedikit dah. Lepastu HO tu suruh mama teran lagi. Mama tarik nafas panjang2 dan teran sekuat hati mama dan .............
pluuuuuuuushhhh!!
Terasa cairan hangat keluar dengan banyak nya setelah Sayang disambut oleh HO tersebut. Terus mama dengar tangisan Sayang yang menangis sekuat hati Sayang. Alhamdulillah!~
Masa tu lega nya mama hanya Allah sahaja yang tahu. HO tu angkat Sayang dan tunjukkan pada mama. Suruh mama bagitahu dia jantina Sayang. Mama terus tersenyum dan jawab, '
Boy...'
HO terus letak Sayang atas dada mama dan walid cepat2 azan kan Sayang di telinga kanan Sayang. Air mata mama mengalir. Tak mama sangka, mama telah selamat melahirkan awak Sayang. Sayang telah keluar ke dunia ini setelah 9 bulan berada dalam perot mama. Mama pula dah bergelar seorang ibu akhirnya.
Subhanallah.
Lepas tu, nurse ambil Sayang untuk di bersihkan. Yang bestnya, Sayang dengan selambanya kencing sampai terkena baju hospital yang walid pakai. hehe. Awal2 lagi Sayang dah 'kencing' kan walid Sayang yer. haip!
Oh yer, Sayang dilahirkan pada jam
3.07 pagi dengan berat
3.15kg!
Selepas tu, Sayang diletakkan di dalam katil Sayang berdekatan dengan mama setelah Sayang dibersihkan. Walid pula diminta keluar sementara menunggu mama di '
settlekan'. Hoho.
|
Sayang mama tidurrr |
Mama ingat mama dah lega dah. Semua dah settle, dah selamat. Tapi rupa2 nya, ada satu fasa yang paling
perit dan seksa yang mama kena tempuhi. Lagi sakit dari contraction, apa tah lagi dari bersalinkan Sayang! Apa lagi kalau bukan
Fasa dijahit!!
Darah mama keluar banyak. Dalam 600 ml. Koyakan sangatlah banyak sampai kusut2 HO tu nak kena jahit. HO bagitahu mama yang jahitan sampai beratus jahitan. Huhu. Tak tahulah kalau dia jawab sebagai 'hiperbola' jek.Heh.
Mama tidak dibius. Hanya diberi satu alat untuk mama sedut apabila mama terasa sakit. Dan
of course lah kan, sepanjang masa mama sedut gas tu sebab sepanjang masa mama sakit semasa dijahit. Sampai mama dah jadi mamai, dah jadi separa sedar. Masa tu mama terasa lembik tak bermaya. Berulang kali mama cakap, '
sakit doktor sakiittt..'
Sesekali dengar suara nurse yang poyo memarahi mama sebab 'tak bagi kerjasama' untuk dijahit. 2jam setengah terasa macam 2hari! Mama terasa bagai diseksa. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang Tahu. Kalau memikirkan saat itu berulang kali, sumpah mama taknak beranak lagi dengan koyakan yang banyak!!!
-5:30 pagi.
MO Doktor Mas datang. Dalam mamai2 mama, mama dengar
MO tu memarahi HO tu sebab tak
inform beliau tentang perihal mama. Yang mama kehilangan banyak darah, yang koyakan mama banyak, yang itu yang ini. Pendek kata, sebagai HO dia telah gagal untuk me report kan apa yang sepatutnya di report kan kepada MO nya.
Dr Mas ambil alih tugas jahitan tu. Sambil membebel2 sebab dah 2jam setengah masa diambil untuk menjahit. Mama juga ada terdengar Dr Mas cakap pada HO tersebut, '
Can you imagine if this patient is your sister'.
Okay. Waktu tu mama terasa yang sesungguhnya mama tak sepatutnya diperlakukan sedemikian. Bila dengan Dr Mas jek, mama terasa sedikit tenang. Bila dah siap dijahit, mama terus berterima kasih kepada Dr Mas dan dengan selambanya cakap, '
Kalau Dr Aiman yang buat, tak tahulah sampai bila nak habiss..'
Sambil menangis2 teresak2 macam kanak-kanak. Sesungguhnya mama memang sakit. Terasa satu mimpi yang
teramatlah ngeri yang telah mama alami.
Disebabkan 2jam lebih tu jugak, Sayang telah terlebih dahulu diberikan
susu formula. Tambah lagi sakit hati mama. Angan-angan mama untuk dakap Sayang buat pertama kali selepas melahirkan Sayang dan terus menyusukan Sayang semestinya hancur berkecai. Serius, mama sedih.
-8:00 pagi.
Mama sms walid. Bagitahu yang mama masih berada di dalam wad bersalin. Kena tunggu orang dari wad datang ambil mama. Sayang pulak terpaksa diletakkan di wad 2, wad yang berlainan dengan mama disebabkan mama tetiba
demam semasa bersalinkan Sayang. Takut Sayang dijangkiti apa-apa kuman dari mama.
Mama sedih tapi untuk kebaikan Sayang, Mama pasrah. Takpe, wad 2 tu hanya 1 tingkat saje dari wad mama. Mama akan sentiasa naik menyusukan Sayang.
Mama juga mms kan gambar Sayang pada Tok Abah & Tok Umi. Kesian mereka dah lama sangat tunggu mama sejak mama tak berkesempatan untuk jumpa mereka setelah mereka sampai petang semalam.
Tok Umi cakap Sayang sebijik macam mama masa mama kecik. Dalam erti kata lain, mama pon cute jugaklah masa kecik2 dulu. Eh?? Hehe.
|
Sayang mama lena dibuai mimpi... |
|
Sayang mama!! |
-9:30 pagi.
Mama akhirnya dibawa semula ke wad mama. Masa keluar dari dewan bersalin tu, mama nampak Tok Abah, Tok Umi & Aisyah terkejar-kejar kan mama sambil mengucapkan tahniah. Mama baru dapat menatap wajah mereka, setelah mereka menunggu mama
15 jam lamanya. Kemudian mama ditolak ke wad mama. Sampai di wad, mama terus berehat. Lembik, tak terdaya untuk mama buat apa-apa. Penat menunggu bukaan, penat menahan kesakitan, penat meneran, penat dijahit dengan banyak nya, penat menangis2 akibat di jahit dengan teruk ditambah dengan laparnya.
Kali terakhir mama makan adalah pada pukul 12 tengah hari waktu semalam, semasa walid bawakkan mama nasi impit dengan sambal ikan bilis yang Tok Wan Sayang bekalkan buat mama. Masa tu Cik Ah Sayang ada masakkan kuah lodeh tapi mama tak dapat nak menjamahnya dek kerana contraction yang datang menyerang bertubi-tubi.
Walaupun bermacam-macam dah mama lalui, bila memikirkan yang mama telah selamat melahirkan Sayang, dan Sayang ada di tingkat atas menanti mama, mama berasa lega dan puas. Terasa tenang sangat. Jadi mama hanya berehat dan tidur sehingga waktu melawat tiba...dengan
takbir raya bergema........