Salam Ramadhan semua kawan2!!
Excited nak cerita pasal pergi scan 4D semalam. Walaupon sedih sebab semasa nama dipanggil, Hubby tiada disisi kerana tergopoh gapah pergi ke car wash untuk ambil Cik Vivi yang baru siap dibasuh setelah Hubby tunggu turn dari pukul 3lebih petang tadi. huu.
Habis kerja jek terus pergi ke car wash kat Jalan Air Putih tu untuk fetch Hubby yang sedang tunggu turn basuh kereta. Klinik yang kami nak pergi ni terletak kat Jalan Beserah, Klinik O&G. Tutup pulak pukul 6 petang. Yang car wash tu tutup pukul 6lebih. (Tak paham aku kenapa kedai2,klinik2 kat Kuantan ni semuanya nak tutup awal.heh)
Sampai klinik dalam pukul 5lebih. Elok2 kami nak masuk pintu klinik tu jek ada satu couple Indon ni dengan seorang anak lelaki dia pon masuk. Diorang nak buat scan jugak! Warghh.. Bila dah register, tunggu pulak Doktor. Tengah ada patient kat tingkat atas kot. (I guess)
Tunggu sampai pukul 6 suku. Hubby dah resah dah sebab duk berjanji dengan brader car wash tu. Cik Vivi merupakan kereta terakhir yang dibasuh pada hari tersebut.Huhu.
Saya pon dengan hati yang penuh redha, minta Hubby pergi amek CIk Vivi tu dulu. Dengan harapan sempat Hubby datang semula time turn saya dipanggil. Car Wash tu tak jauh. Cuma patah balik tu kena U Turn jauh. Lepas tu jalan pada waktu tu memang masya Allah jam lah.*haih*
Hubby pon pergi dengan hati yang serba salah jugak. Beliau pon nak tengok saya di scan. Tapi pada masa yang sama nak kena amek cik Vivi. Dalam pukul 6.20petang, nama saya dipanggil. Hurm, memang tak dapat nak tunggu Hubby nampaknya. Saya pasrah jek. Masuk bilik doktor. Doktor tanya, suami tak datang ker? Saya jawab, Datang tapi dia pergi amek kereta kejap. Doktor tanya lagi, Suami lama lagi ker? Kalu kurang dari 15 minit saya boleh tunggu.
Alahai, baik pulak Doktor ni. Tapi saya tengok doktor tu dah resah nak balik rumah, even dia chinese, bukan nak bekejar untuk buka puasa pon.huhu.
Hubby pon call, bagitahu yang saya terpaksa proceed jek tanpa beliau. Traffic light lambat, memang beliau tak sempat. Saya pon dengan hati yang luluh masuk ke bilik doktor tu semula.
Baring atas katil, doktor pon mulakan scan 2D punya. Lepas tu sebelah nya ada yang 4D punya. Nampak muka baby sikit2 tapi baby tutup dengan kedua belah tangan dia. Macam malu2 gitu. Masa tu saya dah teruja. Doktor pon teruja cakap baby tutup muka. Scan lgk, baby pon alih tangan dia, nampak lah muka dia. Jadi doktor pon snap la gambar untuk dapatkan shot yang baik dan jelas.
Ya Allah, macam tak percaya saya dapat tengok wajah baby saya dalam perot ni. Wajah orang yang menendang2 dalam perot ni setiap hari. Ni rupa2 nya diaaa...*rasa macam nak menangis*
Doktor scan lagi, cari part untuk pastikan jantina baby. Doktor cakap dia dah nampak dah jantina tapi dia scan lagi nak bagi saya nampak.
Haa... tu dia. Kaki dia gerak2 tuu..Eh eh, dia tutup pulak. Ha, dah bukak, kan nampak tuu...
Saya hanya mampu tersenyum. Tak sangka. Mesti Hubby excited ni kalau tahu, bisik hati saya. Tak sangka sebenarnya. Sangkaan orang ramai rupa2nya tak betul. Instinct Hubby juga yang betul.Hehe.
Masa tu saya nampak jari2 kaki baby yang dah terbentuk elok.
Nampak ibu jari kaki dia, peha dia, lengan dia. Geram!
Nampak macam dah almost complete jari2 kaki dia yer Doktor??
Bukan almost, memang dah complete dah pon.
Saya tersenyum. Subhanallah!~
Bila scan lagi kat muka baby, nampak mulut dia ternganga.
Olololo..dia lapar tu. Sabar yer, lagi sejam jek nak berbuka puasa. Kata Doktor.
Tulah, agresif betul dia menendang, dia dah lapar sangat ni. Saya membalas.
Subhanallah, rupa bentuk baby dah nampak complete. Nampak semua dah cukup. Cuma maybe kena touch up touch up sikit. Lagi pon sekarag ni sepatutnya waktu perkembangan otak dia. So maybe organ2 dalaman tengah terbentuk right now. Agaknya lah.
Bila dah siap semua, saya pon keluar. Hilang dah kekecewaan Hubby tiada di sisi tadi. Tersenyum lebar jek saya. Puas sangat dapat tengok baby.
Paling best sebab nampak jantina dia. Baby bagi kerjasama yang cukup baik. Thank You Sayang Mama!~
Oh ya, caj untuk 4D scan kat klinik tu RM85. Kalau nak gambar sahaja lah, Kalau nak video, nampak baby gerak2 macam waktu scan tadi, RM140. Perghhhh! Tak mampu eden.
Hai semua, nilah wajah saya. Agak2 saya macam muka mama ke walid saya ek?
Tapi dapat gak gifts dari pihak klinik. Dapat nappy rash cream, dapat newborn diapers, dapat several vouchers from Avents, Bumble Bee, Esprit, Mom's care, pastu dapat susu Anmum for baby (oh no, I want to fully BF my baby so this is not needed.Huu)
Siap jek, tunggu Hubby amek. Bila bagitahu Hubby jantina baby, Hubby terus senyum. Beriya beliau cakap yang beliau memang dari awal dah detect jantina baby. Suka lettew.
Kami pon cari port untuk berbuka. Last2 Hubby yang decide, Nasi beriyani kat Alif lah, dah tak tahu nak makan kat mana dalam masa 50minit lagi nak berbuka.Hoho. Saya tak boleh nak berfikir lagi dah, sebab terawang-awangan kepuasan dapat tengok wajah baby saya dalam perot saya ni.Weee~
Malamnya, next mission adalah untuk dapatkan meja jepun. Nak beli complete meja makan masih belum mampu jadi kami decide untuk beli meja jepun jek dulu. Sebab saya dah tak larat nak makan atas lantai, tak selesa dengan perut yang sebegini. Huhu.
Waktu lunch hour siang tadi saya dah survey kedai perabot kat belakang ofis tu. Bagi saya dah okay lah. Harga dari RM199 jadi RM150. Pastu tauke dia offer RM130 kalau angkut sikalang. Haiya, I nak kena tunggu husband I dulu lah, nak beliau tengok dulu baru boleh decide.
So malam tu, dah taktau nak pergi mana lagi dah sebab kedai perabot lain dah tutup kot. Lagi pon dah tak sempat nak survey2 dalam masa yang singkat tu. Kedai tu pon tutup pukul 9malam. Sampai kat kedai tu, parking depan kedai ada kosong, fiuh.
Turun kereta, masuk kedai, saya pon perasan lah. Yang minah 2 ketul pekerja kedai tu mata mereka tertumpu pada Hubby saya! Saya masuk kedai tu dulu tapi mata2 mereka tertumpu pada orang belakang saya. Apekehal??
Tapi saya buat cool jek. Tanya2 pasal meja jepun tadi. Tunjuk gambar meja dalam katalog pada Hubby pastu Hubby angguk. Tanda setuju. Saya pon suruh minah kedai tu pergi amek.
Lepas depa amek, duk belek2 dengan kotak yang beisi meja tu memandangkan meja tu masih belum dipasang. Paling tak boleh blah duk belek2 dengan Hubby.
Pastu sorang minah tu tunjuk ada 1 batang kayu ni macam kaki meja, dia cakap kat Hubby, Ni kaki dia (refer pada meja jepun kami).
Hubby pon senyum dan angguk. Pastu minah tu cakap, Taklah. Ni panjang ni, ni bukan kaki diaa.
Err?? What the heck nak gurau2 dengan laki gua. Tapi saya masih maintain cool dengan join diorang gelak sekali. Hoho.
Hubby pulak tanya, kat sini memang pekerja dia perempuan jek ker?? (eh, eh, melayan pulak laki aku ni)
Saya pon mencelah, takkanlah kedai perabot takde pekerja lelaki kan. Kan nak kena angkat barang2 semua....
Dah settle bayar, Hubby beriya nak angkat bawak masuk kereta. Minah2 tu tanya, Boleh ke? boleh ker? Saya dah error, apsal pulak la Hubby nak angkat sendiri. Suruh lah pekerja depa yang angkat. Haiyah.
Tapi dah Hubby beriya angkat, saya layan kan ajeklah. Bawak masuk kereta, Hubby bersuara, Ish, dah kenapa minah tu?
Tulah, time kite masuk kedai jek ayang dah perasan dah mata2 mereka. Esp yang free hair tu.
Yeker? Abang tengok yang pakai tudung tu yang lagi gedix.
Hampeh betul depa ni, abang datang dengan ayang kot. Dengan perot nya dah macam gini, selamba ajek diorang. (dengan nada tak puas hati tapi masih boleh gelak2)
At least ayang ada sekali, depan mata ayang. Tahan la jugak kan.
Hubby gelak2. Bangga la tu aweks ngorat dia. isk..
p/s: Tetiba teringat kisah minah Indon time wedding Ayed dulu. Lagi parah yang tu. Sampai Hubby punya bulu roma pon dah naik meremang. Jeling2 tajam kat laki gua tapi jeling error kat gua. Apekehal??