Thursday, July 5, 2012


:: Lovely Housemate ::


Assalamualaikum semua...


Harini saya nak cerita tentang housemate saya semasa saya di Muar. Nama dia Siti Zubaidah. Dia cun (tetibe) hehe. Erm, saya kenal dia semasa saya masuk apartment kat Muar tulah. Apartment tu pulak saya dapat tahu dari mudah.com. Maklumlah, Tetibe bila Transfer Order keluar 2tahun lebih yang lepas, kalut2 mencari rumah. Rezeki saya. Masa tu Lina (ex housemate) baru jek letak iklan kat mudah.com tu. Saya pon calling2 lah tanya. Main booking macam tu jek bilik tanpa pergi siasat terlebih dahulu. Mana taknya, kat Muar nun. JB-Muar 2jam lebih kot!


Apartment tu ada 3 bilik. Lina dan Bedah yang masuk dulu rumah tu. Masa tu ada housemate dorang baru jek keluar. So dorang mencari housemate yang baru. So, nampaknya, sayalah housemate baru mereka itu.Hee.


Berkenalan punya berkenalan, sekali tengok Bedah ni kawan kepada Elly, kawan saya masa kat Kisas dulu. Dorang ni dahla satu matriks pastu satu tempat kerja plak kat KPJ sebelum Bedah masuk jadi nurse gomen. Hehe.


Bedah ni seorang nurse. Nurse yang ada degree taw. Jangan memain. Kelas gitu. Bila dia explain tentang medical terms tu, dah macam Doktor dah saya rasa. Lagi sikit nak jadi Doktor jek minah tu. Hehe.


Sampailah hujung tahun 2010, Lina move out sebab nak cari rumah yang lebih dekat dengan sekolah dia. So saya pon decide lah nak stay jek dengan Bedah kat rumah tu atas sebab2 tertentu. Hehe.


Jadi kami pon jadi makin rapatlah. Birthday kami ni selang 3 hari jek. Patutlah saya tengok minah ni lebih kurang saya jek perangainya. Ngee. Kiranya kami ni macam sekepala la. Senang masuk masing2. Pada saya lah, tak tahulah pada Bedah macam mana. Ahaks.


Jadi, sebagai seorang nurse dan juga seorang housemate, saya memang beruntung mendapat Bedah sebagai housemate saya. Dialah kawan saya bercakap. Kami selalu berkongsi cerita. Dia pon banyak cerita kat saya macam2. Paling best, kalau saya tak sihat jek, mesti dia yang akan jaga saya. Maklumlah, saya ni ada athma, sebelum Doktor prescribe kat saya Inhaler Ventolin pada Raya tahun lepas, bila saya kena serang athma jek, saya terpaksa ke hospital untuk sedut gas ventolin tu. Eh, yeke nama dia gas ventolin? Lupa plak.haha.


Jadi, siapa lagi kalau bukan Bedah yang hantar saya ke hospital. Dia pulak memang kerja situ, asal pergi jek mesti ada jek yang dia kenal atau yang kenal dia. Senang lah kerja. Ada sekali tu tangan saya burnt. Kena api kerana minyak panas tercampur dengan air. Mula2 ingatkan okay, sekali dah lama2 tu tangan saya macam timbul biji2 berair tu. Tak macam cuak pulak. Bila bagitahu Bedah jek, dia cakap kena jumpa doktor, takut melarat pulak. Jadi dia pon bawa lah saya pergi hospital pukul 11 malam tu.Hoho.


Time Bedah penat2 baru balik dari kerja pon dia tetap akan hantar saya ke hospital bila saya ada sakit itu ini. Terharunya la hai. Bagus kan dia?


Tragedi yang paling saya tak boleh lupa adalah waktu saya kena 'warded' sebab one episode bleeding yang macam saya cerita kat dalam entry lepas tu. Saya balik kerja jek terus ketuk bilik Bedah. Dahlah masa tu dia kena kerja malam, tak pasal2 petang2 buta tu dia dah pergi hospital dulu dah. Lepas confirm kena warded jek, Bedah gak yang tolak wheelchair saya pergi ke wad O & G tu. Lepas tu dialah yang balik rumah dan siap2 kan barang2 saya untuk dibawa ke hospital. Lepas hantar barang2 saya jek terus dia masuk kerja pukul 9 malam. Baik kan dia?? isk.


Pasal hantar kan saya ke bus stand masa saya nak balik JB tu satu hal lah. Bila dia ada dan saya nak kena letakkan kereta saya di rumah, dia jugaklah yang hantar kan saya ke bus stand. Tak tahulah nak cakap macam mana lagi dah, kalau saya tak satu rumah dengan dia, tak tahulah apa akan jadi dengan hidup saya ni Muar masa tu.


Perancangan Allah swt itu adalah yang terbaik. Bila saya fikir2 kan balik, mungkin kami dipertemukan untuk menjaga diri masing2. Walaupun dia yang lebih banyak jaga saya sebenarnya tapi yer la kan, kalau saya tak ada pon, siapa lagi dia nak bebel2 luahkan perasaan dia bila dia tension kat hospital, bila dia gaduh2 dengan ex boipren dia atau boipren dia (yg sekarang ni dah jadi suami dia dah sekarang. Alhamdulillah) ye idak? 


Elok2 Bedah nak nikah hujung bulan 6 jek, saya pula dapat transfer ke Kuantan pada 15hb Jun. Memanglah Bedah belom pindah untuk bersama suaminya lagi lepas kahwin tu tapi mak mertua dia kat Muar tu jek. Sah2 lah dia akan balik rumah  mak mertua dia bila suami dia ada. Tak gitu? Jadi saya pon dah kusut dah, saya nak duduk dengan siapa? Siapa yang akan jaga saya esp dengan keadaan saya yang berbadan dua ni? Huhu. Segala kekusutan dan keresahan tu akhirnya telah terjawab oleh perancangan dari Yang Maha Esa.


Tapi apa yang betul2 mengecewakan saya, saya tidak dapat hadir ke hari bahagia Bedah. Hari dia dinikah kan untuk menjadi seorang isteri. Saya betul2 sedih. Tak dapat nak ungkapkan dengan kata2. Petang sebelum Bedah nikah, saya hanya mampu untuk telefon dia dari Kemaman untuk minta maaf dan menangis. Tak tahan nak bendung air mata ni. Memang sangat sedih. Bedah datang kot wedding saya dulu. Saya faham sangat perasaan dia bila kita pergi wedding kawan kita tu tapi dia tak datang wedding kita. Ya Allah, sesungguhnya kita takkan dapat menduga apa yang akan kita lalui. Masa Bedah nikah tulah saya kena jumpa owner rumah sewa untuk masuk rumah sewa. Masa tu juga lah nak kena uruskan rumah sewa, barang2 saya. Parents in laws saya pon tolong2, parents saya dari JB pon datang sebab nak tolong uruskan rumah tu. 


Nak kena basuh2 rumah, pasang langsir, kemas2 rumah, angkat barang2, buat solat hajat, baca Al-qur'an dan lain2. Minggu tu pulak yang hubby saya dapat cuti 2hari dan dia tambah lagi cuti sehari untuk uruskan rumah tu. Jadi nak taknak kena settle kan minggu tu jugak. Tak boleh tangguh2 lagi dah. Dah la dah nak dekat bulan puasa. hoho.


"Jadi housemate ku Bedah, minta maaf sangat2 sebab tak dapat hadirkan diri. Deep down inside, only Allah knows how i am desperately, dyingly wanted to witness u becoming a wife to a man named Mohd Zaki, the man that I know you love him so. Barakallahu Lakuma Wa Baraka 'Alaikuma Wa Jama'a Baina kuma Fil Khair..


Semoga korang berdua berbahgia selalu sehingga ke syurgaa~ Cepat2 berusaha! Ko kan nak cepat2 dapat baby...weee~"


p/s: Bedah, kamu sangat cantik pada hari Bahgia kamu. Terpancar keserian dan kegembiraan di wajah kamu itu. Alhamdulillah, kamu disatukan juga akhirnya dengan dia. Semoga menjadi isteri yang solehah. Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri..=) Aku Sayang kamu!~



- Ni gambar mereka masa mereka bertunang, gambar kahwin aritu kt FB dia ada, ni saya cari2 takde pulak. uhuk!~ -



No comments:

Post a Comment