Assalamualaikum kawan2 semua!~
Fuuhhh..dah berhabuk-habuk dah blog ni. Macam-macam nak cerita tapi tak terluah kat blog ni. So,memandangkan saya nak juga setiap perkara penting yang berlaku dalam hidup saya ini diabadikan sebagai memori (cewah), jadi saya tetap nak update cerita2 panas dalam hidup saya. (Panas la sangat.haha)
Okay2, last entry pasal saya kena warded sebab ada 'one episode spotting' tu kan. Alhamdulillah, lepas kejadian tu semua menda normal. Baby membesar dengan sihat dari minggu ke minggu, dari setiap check up ke check up yang seterusnya. Alhamdulillah!~
Tadi pagi, saya pergi ke Klinik Ibu dan Anak Jalan Gambut, Kuantan untuk sambung buat check up. Alhamdulillah, date yang klinik Muar bagi untuk minum air gula adalah date yg sama juga klinik Jln Gambut tu buat aktiviti minum air gula. hoho.
Turn saya minum air gula pukul 8.45 pagi. Bila tengok jek air gula dibancuh dengan perasa sirap terus senyuman meniti di bibir ni.ehe. Risau kot dari malam tadi duk fikir mcm mana nak telan air gula yg yucks tuu.uhuk. Lepas nurse ambil darah, saya terus mencapai segelas air gula perasa sirap tu dan meneguknya selepas baca Basmalah dan selawat. Alhamdulillah, sekali jalan jek air gula tu dah habis. Fiuh!
Lepas selesai minum, saya dikehendaki untuk datang semula ke bilik yg sama 2 jam kemudian untuk cek darah semula dan tengok tindak balas badan saya terhadap air gula tu. Jadi dalam masa tu saya pergi lah buat test urin, cek perot semua. Kali ni baru lah nurse nye ukur saiz perot dan test degupan jantung baby. Masya Allah! kuat betul degupan jantung baby dalam perot ni. Rasa nak mengalir air mata bila dengar. Alhamdulillah, baby sihat.
Lepas tu, nurse cakap saya kena inject kancing gigi. Untuk 1st baby ni kena inject 2kali.uhuk.Masa tu kepala saya dah ternoneng. Berdenyut-denyut pulak. Kenapa ntah. So kena la cucuk kat lengan kiri ni. Dahla tadi pagi dah kena cucuk sebab nak amek darah.hukhuk. Takpelah, demi untuk memastikan diri ini dan memastikan baby dalam perot ni sihat-sihat sahaja, saya sanggup! hee.
Bila dah selesai semua check up, saya diminta menunggu sehingga jam 10.45pagi. Adoi mak, masa tu jam baru menunjukkan pukul 9.50 pagi. Apa saya nak buat ni? Kalau ada wireless takpe jugak.isk.
So saya tercongok la menunggu sampai tertidur2. Tak tahulah kenapa mengantuk sangat mata ni padahal malam tadi dah tidur awal dah. Isk.
Tiba-tiba hp berbunyik dalam pukul 10.35pg, ejen Proton call tanya pasal confirmation nak accept ke tak warna hitam tu jadi saya pon terjaga. Tak lama lepas tu owner rumah sewa pula sms. Bila saya duk baca message En Saiful tu tetiba jek nak terbluek. Memang dah nak keluar sangat dah. Saya terus bangun berlari2 pergi toilet. Habis keluar semula air gula sirap yg saya minum tadi. Perot mmg kosong jadi itu ajek lah yg keluarnya.
Saya pon masuk balik bilik yang saya minum air gula tu dan inform nurse. Nurse cakap kena minum lagi sekali lagi kalau macam tu? Whatt???!! Lagi sekali???!! OMG!!!
Saya pon terduduk la kat situ dan minta untuk minum air masak. Tekak ni dah perit sangat da air gula masuk keluar dari tekak ni.uhuk.
Tak pasal2 saya kena datang lagi Khamis depan untuk minum air gula lagi sekali.Hukhukhuk.
Erm, pertengahan bln Mei haritu saya dengan rasa tak tahan nak meletop dah sebab tak tahu bila nak dapat transfer, saya terus fwd emel Tuan KBP pakai emel yg nama Tuan punya. Lepas emel saya call PA Tuan minta dia alert dgn emel saya. Saya cc juga emel tu kat PTD.hoho.
Pada 18hb jam lebih kurang 4ptg, tetiba saya terima satu panggilan 03. Tak pasal2 jek org dlm talian cakap, 'TPR Fatinah yer? sekejap yer, Dato Nordin nak cakap..' Gulp?? DAto nak cakap dgn saya? Pasal apa ni? Hah sudahh...
Tapi sebab dia adalah Dato Nordin yg semua org tahu adalah baik dan sporting org nya, jadi saya takde lah kecut perot sangat. Hehe.
Dato bagitahu yg dia tengah uruskan transfer saya. Tapi nak tahu status kes yg saya handle kat Muar tu. Banyak ke idak ke. Saya pon apa lagi, mesti la cakap okay sajek! (Tp mmg okay pon, kt Muar tu takde seteruk JB) Dato kata dia akan cuba usahakan. Wah, terima kasih Dato'!
Habis jek Dato' call terus saya sms hubby dan umi. Umi pon bagitahu yg dia akan masukkan nama Dato' dalam doa umi lepas ni. Biar Dato' tak keruan. heee.
Malam nya tu saya call Mak pulak. Inform pasal Dato'. Mak pon cakap yg Mak akan buat solat hajat semua supaya dapat transfer. Heee.
Lepas kejadian tu jek, apa lagi, memang tetiap hari lah nama Dato' saya sebut2 kan dalam doa saya pada NYA. Termasuk juga Umi. Hehe.
Tanggal 3hb Jun pulak, saya dan hubby menghadiri wedding Napi di JB. Lepas snap gambar bersama pengantin jek terjumpa dgn KUP. Tetibe jek KUP pgl saya, mak aih, cuak deq non KUP panggil.
Dengan nada excitednya KUP bagitahu yg Dato' inform dia yg saya dapat transfer!! Pergh! Seriyes?? Tapi bila?? Yg tu KUP tak sure tapi KUP cakap as soon as possible. Fiuh, Alhamdulillah. Hubby pon excited dengar bila kUP sendiri yg cakap mcm tu. Terima Kasih KUP. Sbb KUP yg bagi saya sokongan jugak lah permohonan saya tu dipertimbangkan oleh Dato'.
Tanggal 8hb Jun 2012, pagi2 setelah sampai di ofis, seperti biasa saya buka emel. Ada 1 emel ni, "Arahan pertukaran pegawai2". Saya klik jek terus tergamam tengok ada nama saya. Hanya nama saya dan seorang lagi kawan 1 batch dengan saya. Tapi TO tu mmg khas utk saya sebab saya jek yg transfer keluar negeri punya. Pergh.
Hurm, okaylah. Panjang pulak dah saya melalut. Tak larat dah eden nak berfikir. Nanti saya sambung cerita lagi okay. Sekarang ni saya dah 5hari bertugas di Kuantan. Berkhidmat bersama warga Kuantan pulak. Hoho. Tapi saya masih belum tinggal bersama dengan Hubby saya. Menumpang rumah Ruby dulu. Sebab apa? Nanti saya cerita yer...
Anyway, Baby saya dah nak masuk 22 minggu dah. 1st day saya report duty kat Kuantan pada 15hb haritu, 1st day jugak lah saya dapat rasakan tendangan2 baby yg semakin kerap dalam perot ni. Baby pon excited kot sbb dapat pindah. Esp nak duduk sama dengan walid diaa......Hee~
No comments:
Post a Comment