Monday, November 18, 2013

:: Happy 1st Birthday Muhammad Anas Fateh ::


Assalamualaikum Sayang Mama!~

Waktu ni, Awak dan walid dah sampai ke Hawai, esok pula Mama cuti peristiwa sempena final Piala Malaysia so Mama pon ambil lah kesempatan yang ada untuk update blog yang dah berhabuk dan bersawang dah ni.huhu.

Dari Awak dah masuk setahun hari tu lagi Mama duk fikir nak update jek blog ni pasal awak Sayang tapi tak ada masa la hai masya Allah!~

Nak2 bila Sayang Mama tak tidur lah kan. Confirm awak akan tolong Mama type sekali.hikhik.

Okaylah, 27hb Oktober 2013 yang lepas, maka genaplah Permata hati sulong Mama ni berumur SATU TAHUN. Sekejap nya la hai Sayang Mama dah setahun. Detik2 dalam labour room masa deliver Sayang Mama masih segar bugar dalam ingatan Mama ni ha.isk.

Pada tarikh tu, jatuh pada hari Ahad, masa kat JB, kampung Tok Umi dan Tok Abah dan hari yang kita akan bertolak balik ke Kuantan setelah 2 minggu 'berkampung' di JB.hoho.

13hb Oktober, hari Ahad, kita bertiga gerak balik JB untuk merayakan HARI RAYA HAJI bersama Tok Umi, Tok Abah dan pak2,mak2 saudara awak di JB sana pada 15hb tu. Yang sedihnya, 16hb tu bersamaan dengan 11 Zulhijjah 1434h, bersamaan juga dengan birthday Sayang Mama mengikut kalendar Islam, Mama terpaksa bertolak ke ILKAP, Bangi untuk pendaftaran kursus Mama yang akan berlangsung selama 7 hari!

Yer, saat meninggalkan awak bersama Tok Umi, Mama dah mula menitis kan air mata, berlarutan sehingga separuh dari perjalanan Mama dari JB ke Bangi tu. Walid hanya mampu mengusap2 belakang Mama dan memujuk Mama. (-_-). Kali pertama kita berpisah Sayang dan malangnya, selama 7 hari! isk. Perit memang  perit.

Setiap saat dan detik semasa Mama berkursus, Mama teringatkan awak. Tidak kurang dari 2 jam, Mama akan bertanya khabar awak melalui group whatsapp 'Family' dan Tok Umi/Tok Abah/Su Sya/Dingah/Mingah/Mak Alang akan update kan apa yang Sayang Mama tengah buat masa tu berserta gambar sekali. Sedikit sebanyak mengubati hati Mama yang teramat rindu pada awak Sayang. Mama pon tahu, dalam sudut hati Sayang Mama juga merindu kan Mama, rindu kan walid awak.


Awak teman Mummy Ngah pergi pasar masa Mama pergi kursus

Tiba hari terakhir Mama berkursus, pada jam 5.30 petang, tanpa membuang masa walau sesaat, Mama terus pecut pulang ke JB. Pukul 9 malam Mama sudah tiba dan terus berlari mencari Sayang Mama. Luluh hati Mama tengok awak terbaring, dengan cool fever di dahi sambil Tok Umi jaramkan badan awak dengan kain basah. Yer, Sayang Mama demam!


Sayang Mama tak sihat (-_-)

Masa tu, masa awak tengok Mama, awak macam terkejut dan terus menangis. Mama pon turut menangis dan terus memeluk awak erat2.

Demam Anas on off on off. Tapi bila malam jek demam awak akan bertambah panas. Mama tak putus-putus jaram kan awak. Kesian anak Mama. Mama tahu, Anas dah bertahan lama rindu kan Mama. Sampai hari ke tujuh tu, awak dah tak tahan sangat sampai awak demam. (-_-) Still, you are a strong boy my love. Dapat bertahan sampai 7 hari pada kali pertama kita berpisah.

Sehingga tarikh 27hb Oktober, hari jadi awak pon, awak still tak berapa sihat. Asyik merengek saje. Asyik lah tak nak berenggang langsung dengan Mama. Maybe awak takut Mama hilang tinggalkan awak lagi. isk.

Pada malam 26hb tu, hari sabtu, Tok Abah dan Tok Umi telah belikan Anas surprise birthday cake and a birthday present!~ Oh yer, Daddy Ngah dan Mummy Ngah pon beli kan hadiah birthday untuk awak tau. Terharu Mama dibuatnya.

Anas Fateh's 1st Birthday cake from Tok Abah and Tok Umi



Birthday Presents from Daddy Ngah and Mummy Ngah.


Tok Abah dan Tok Umi beli kan awak 'fun learning train', Dingah dan Mingah pula belikan Anas Jumpsuit Armani dan a pair of Guess shoes. Smart sangat bila Anas Mama pakai tau. Tapi masa tu Anas demam. Bila test kan kat awak pon, awak ngengek jek.

Train tu jek Anas layan kan main sekejap, tapi tak lama lepas tu Sayang Mama merengek balik.. Kesian anak Mama.

Memandangkan masa tu Anas tengah tak berapa nak ada mood, gambar awak pon Mama tak dapat snap tau. Yang ada gambar kek dan hadiah awak jek.

Alhamdulillah, celebrate juga birthday Anas Mama dengan ingatan dari Tok Abah dan Tok Umi. Mama masa tu dah jam tak boleh nak fikir sangat. Fikir nak awak cepat2 sihat jek. Sedih tengok awak lembik tak bermaya dan asyik merengek tu. huhu.

With your only cousin (as for now) Zara Elena

Maaf banyak2 dari Mama dan Walid kerana tak dapat sediakan birthday party yang hebat untuk Anas. Macam sesetengah anak kawan Mama, celebrate 1st birthday dengan special party bagai.

How I wish I can make one for you Sayang. Tak apalah, Insya Allah, bukan pada umur awak satu tahun ni, maybe pada umur-umur awak yang lain. Yang Anas boleh memahami dan menghargai special party itu.hehe.

Buat Sayang Mama,

Muhammad Anas Fateh,

Selamat Hari Lahir yang PERTAMA Sayang...

Mama sentiasa doakan agar Anas membesar dengan sihat, cerdas dan pintar..

Menjadi anak yang soleh, hamba Nya yang bertaqwa.

Semoga hidup Anas Mama sentiasa diberkati Nya, di bawah peliharaan Nya selalu, Insya Allah.


Permata hati Intan Payung Gunung Meletop Sayang Mama!~


Always remember,

Mama dan Walid will always love you forever and ever, more than we love ourselves.

You are the BEST gift from Allah swt to Mama and Walid.


Lots of love,

-Your one and only Mama-

p/s: Entry ini ditaip pada malam 3hb November 2013 dan Mama baru dapat upload gambar Sayang Mama semua pada 18hb November 2013. Fuh.