Wednesday, March 21, 2012

:: A Night At the Hospital ::

15 Mac 2012 yang lepas, dalam pukul 3petang, sewaktu saya mengambil wudhu untuk menunaikan solat fardhu Zuhur, saya dapati terdapat sedikit 'spotting'. Muka terus berubah, dunia rasa nak terbalik. Air mata dengan tak semena-menanya mengalir jatuh. "Takkan gugur lagi kot?" Hati kecil saya berbisik. Saya cekalkan hati untuk teruskan niat bersolat dan yang pasti, tak sabar untuk waktu bekerja tamat, saya hendak terjah ke hospital!

Tepat jam 5petang, saya terus punch out. Sampai rumah, solat Asar sekejap dan ketuk pintu housemate saya, Zubaidah. Nasib baik Bedah ada. Siapa lagi yang saya nak harapkan di saat-saat ini kalau bukan dia. Kami cepat-cepat bersiap dan terus ke hospital. Dalam masa 10minit sahaja, saya dah terlantar untuk discan. HO lelaki cina ditemani oleh seorang 'cepron' perempuan melayu yang scan perut saya. Alhamdulillah, nampak kantung berbentuk 'kacang'. Saya juga menunjukkan kepadanya laporan 'miscarriage' saya yang dahulu. Dia kemudiannya refer kepada MO dan tak semena-menanya terus mengatakan bahawa saya terpaksa di tahan wad! Aargghh...

Saya terus call Hubby dan umi memberitahu mereka apa yang terjadi. Mereka terkejut. Insya Allah, semuanya akan baik-baik saja. Saya ditahan bagi membolehkan pihak hospital memantau keadaan saya.

Terus saya dibawa ke wad O&G. Alhamdulillah, dapat katil di dalam sebuah bilik yang hanya ada 4 pesakit sahaja dan dekat dengan bilik air.

Seorang HO perempuan melayu datang untuk memeriksa. Menyoal saya dengan beberapa soalan yang berkaitan. Bedah masih disisi. Waktu tu sudah masuk waktu maghrib, Bedah terpaksa pulang untuk mengambil barang-barang saya yang berkaitan. Sebaik Bedah melangkah pergi, air mata ini mengalir bercucuran. Terasa sayu dihati dengan dugaan ini. Dahla suami jauh dari sisi. Saya benar-benar perlukan dia ketika ini.

Selang 15 minit, tekanan darah saya diambil, suhu badan saya juga diambil. Misi juga bertanya sekiranya masih terdapat 'bleeding'. Alhamdulillah, tiada lagi darah yang keluar. Saya kemudiannya dibawa oleh HO perempuan tadi untuk scan. Tapi malangnya scan tersebut kurang berhasil kerana saya baru lepas 'kencing' menjadikan kantung dalam perut ini susah untuk di 'detect'. Hanya nampak bentuk bulat, sekejap ada sekejap tak ada. haish. Kemudian saya 'diselup' untuk memastikan tiada lagi darah yang keluar. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Belum kira dengan segan yang amat dengan HO dan misi pada masa itu. Nak buat macam mana, nak sihat dan pastikan semuanya selamat, terpaksa lah buat muka tebal. huhu.

Pukul 8 lebih, Bedah dan Ayda sampai. Mereka membawa barang-barang keperluan saya disamping makanan dan minuman yang berkaitan. Terharunya hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ayda terpaksa beredar awal kerana terpaksa bekerja malam pada hari itu. Dalam pukul 9 malam, Umi dan Abah sampai dari Melaka. Mereka singgah Melaka untuk membawa Ehsan pulang. Kebetulan saya pula ditahan wad. Bolehlah mereka menjenguk saya sekejap. Mereka berasa lega setelah saya memberitahu bahawa Insya Allah semuanya okay.

Pukul 9lebih, Bedah terpaksa balik. Esok dia kerja pagi, kesian dia tak dapat rehat lagi sejak balik dari kerja petang tadi. Tak lama lepas tu, Abah dan Umi pun balik. Umi offer untuk stay wad jaga saya tapi saya menolak. Nanti umi tak selesa tidur di wad, takut umi pulak yang pening2. Tak ke naya!

Pukul 10 lebih, MO lelaki melayu dikelilingi oleh HO2 datang meround. Dengar suara MO tu macam saya kenal sahaja. 'Ah sudah, takkan doktor yang datang mahkamah haritu kot? Aisey. Tak ada doktor lain ker?, uhuk..' Sebaik dia berpaling dan melihat rekod saya jek, terus saya bertanya

'Doktor ada datang mahkamah bagi keterangan kan 2,3 hari yang lepas?'

MO tu buat muka blur2. 'Yeke? kes apa tu? silap orang kot..'

Saya terus jawab, 'Kes kat mahkamah Sesyen, kes rogol.'

Sahla doktor ni. 'Tapi time tu doktor pakai kopiahkan?' Dengan selambanya saya bertanya untuk pastikan dialah orangnya.

'Hehe. sayalah tu. Kat hospital tak boleh pakai. Pekeliling cakap tak boleh. Songkok boleh pakai.Okaylah, masuk bilik scan ye..'

Adoilah, segannya la hai, takkan doktor tu nak scan aku kot? malunya la haii.. Memanglah doktor tu datang bagi keterangan untuk kes rogol Puan Zai. Tapi muar tu kan kecik jek, manalah tahu satu hari nanti doktor tu akan jadi saksi untuk kes saya pulak? isk.

Bila masuk ke bilik scan. HO perempuan cina yang buat scan. Masa tu saya punyalah tahan kencing, nak bagi scan jelas punya pasal. Terseksa nya Tuhan sahaja yang tahu. Tapi bila scan, nah! memang jelas! Nampak bentuk kantung beserta dengan degupan jantung yang comel lagi. Subhanallah! Ada kehidupan dalam perot saya ini? Masya Allah... HO tu pun excited bila nampak degupan yang kecil itu. Tak lama tu MO DR Mohd Nor Akmal tu pun sampai. Saya terus tarik baju saya tutup perot dengan tak semena-mena. Malunya la hai.Dia intai pada skrin dan cakap,

'Bentuk kantung okay, tak ada tanda-tanda keguguran, degupan jantung pon ada. Insya allah, semuanya selamat. Doa banyak2.'

Fiuh, lega sangat rasanya. Alhamdulillah!

'Kes hari tu tu, Puan Zairani Tukiman kan nama dia?'

'Tugiran' saya menjawab.

'Anak ke berapa ni?' 'Anak pertama.' saya menjawab lagi.

'Dah berapa lama kahwin?' 'Dah setahun 2 bln.' Pantas saya menjawab lagi.

Selesai scan, saya terus menuju ke tandas melepaskan hajat yang dah nak dekat sejam saya menahan! hehe.

Alhamdulillah, keadaan di wad sangat selesa. Siap ada air cond sampai saya tidur dalam kesejukan. Tapi yang terseksa nya sebab tangan kiri saya kena cucuk untuk masukkan ubat. Menda alah tu yang menganggu pergerakan saya dan tidur saya. uhuk.

Jam 6.25 pagi, misi membuka lampu dan mengejutkan semua. Misi mengejutkan saya minta saya cek sekiranya masih ada 'bleeding'. Alhamdulillah, tiada juga 'bleeding'. Syukur sangat2. Saya bergegas bangun untuk tunaikan solat Subuh.

Pukul 7lebih pagi, seorang HO perempuan melayu datang memeriksa. Memandangkan 'bleeding' saya hanya '1 episod' sahaja, saya dibenarkan discharge pada hari ini. Yeayy! Paling best sebab saya diberi MC selama 7hari! Yeay lagi! Fuuh, lama tu. Memang prosedur hospital, kalau kes 'Threatened Miscarriage' memang dapat MC 7hari, confirm! hehe.

Alhamdulillah, dapatlah saya berehat sepuas-puasnya. Saya memang bercadang untuk bercuti 2,3 hari pada hujung bulan Mac ni memandangkan Majistret saya berkursus waktu tu tapi Allah dah bagi saya rehat lebih awal dan lebih lama. Untuk itu, saya perlu gunakan peluang ini untuk berehat sebaik mungkin. Alhamdulillah!

Paling penting, kandungan saya selamat. Oh ya, lupa nak bagitahu, masa tu usia kandungan saya 7minggu 2hari. Berkat Anniversarry kami tempoh hari nampaknya! Rezeki! hehe.

16 April karang, saya kena datang untuk scan lagi. Tak sabar rasanya nak tengok perkembangan kandungan saya ni dari minggu ke minggu. Paling best, Hubby cakap nak ambil cuti nak berjumpa dengan saya dan baby. Saya memang perlukan dia di sisi...

Memandangkan cuti saya agak lama. Saya bercadang untuk balik berehat di JB. Saya duduk Muar pun bukan ada apa. Tak mahu susah kan housemates saya yang dah banyak membantu saya menguruskan hal saya masa tu esp Bedah! Sayang kamulah!~ *huggss*

Alhamdulillah, bersyukur atas segala kurniaanNya........

2 comments:

  1. takpe teen, kakak ofis aku pun bleeding sepanjang kandungan dia, banyak, tp baby alhamdulillah sihat dlm perut, dah bersalin pun. bleeding x semestinya gugur, tp still kena cek lah kan :) insyaallah, aku doakan semuanya selamat.

    ReplyDelete
  2. Tity, sbb aku ada sejarah miscarriage, tu yg jd fobia tuu..masa tu aku n laki aku pon rilek jek sbb ngat kan mende bese...sehari suntuk duk bleeding...plaktu mlm nye aku nk kne blk JB, tu mmg kemuncak la aku rasa..travel jauh kan..tu yg trus gugur tu. sbb tu kali ni aku terus pegi spital...isk

    ReplyDelete