Assalamualaikum kawan2 semua..
Harap2 nya semua berada dalam keadaan sihat dan ceria2 sentiasa. Paling penting, semoga hidup kita semua sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t hendaknya..=)
Pejam celik pejam celik, maghrib ni, 1 Ramadhan bakal tiba. Maka malam ni bermulalah agenda solat tarawih sempena bulan yang penuh Barakah dan Rahmah ini. Alhamdulillah, kerisauan saya sejak bulan Mac haritu tentang 'berpuasa semasa mengandung seorang2' telah pon hilang sebab saya sudah tinggal bersama Hubby sekarang! Alhamdulillah Wa Syukrulillah. Hanya pada Nya lah yang daku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran. Puasa kali ni, saya akan sahur dengan Hubby. berbuka dengan Hubby walaupun mungkin buka berat2 lambat sikit sebab Hubby sampai rumah dalam pukul 8mlm + macam tu. Papepon, hajat saya sudah tercapai. Alhamdulillah!
Masuk hari ni, dah 20 hari tinggal serumah dengan Hubby. Alhamdulillah, hidup saya betul2 berubah. Bila jam menunjukkan pukul 5 jek, saya terus bersiap untuk pulang. Bila kat Muar dulu, selalunya sayalah orang terakhir balik sebab memikirkan tak ada apa pon yang nak dikejarkan kat rumah tu. Huhu. Sekarang ni, on the way balik, singgah Tunas Manja beli groceries untuk menu nak masak for dinner. Semua menda pon ada kat Tunas Manja tu, parking pon senang. Memang senang kerja saya nak membeli.
Sampai rumah jek dalam pukul 6petang+. Angkat jemuran semua, tukar baju dan bersedia untuk memasak! Yer, buat masa ni saya sangat bersemangat nak masak. Maklumlah, masak untuk Hubby. Feel dia lain sikit. Nak2 sebab dah ada rumah sendiri kan. Barang2 semua sendiri punya. Memang lah semangat! Hehe.
Ketang Ketung Ketang Ketung kat dapur tu, siap masak jek dah nak pukul 7petang. Kadang2 tu terlajak sampai pukul 7petang lebih. Lepas tu mandi2, gosok baju, solat maghrib dan mengaji sementara tunggu Hubby sampai rumah. Kadang2 tengok berita masa tunggu dia.
Hubby sampai dalam pukul 8malam macam tu. Dia gerak lambat dari Kemaman sebab dia singgah rumah mak/wan dulu. Kat Teluk Kalung tu jalan sangalah jam Masya Allah! Daripada dia stuck lama kat dalam jam tu, baik dia gerak lambat sikit. Tu pon kadang2 ada lori2 atau kereta2 yang lembap menyebabkan perjalanan yang sepatutnya hanya 50 minit boleh drag ke sejam lebih dari Teluk Kalung ke Beserah! huhu.
Takpelah, fikir positif jek. At least bila Hubby sampai rumah jek, saya dah siap buat semua menda esp masak. Dia tinggal mandi dan makan jek. Bila sibuk2 buat kerja2 rumah tu, takde lah rasa lambat sangat jam tu berdetik. Hee.
Jadi, begitulah rutin harian saya sejak tinggal dengan Hubby ni. Saya kesian tengok Hubby balik kena drive jauh dengan keadaan jalan yang jam tu. Dahla pukul 5.50 pagi dah bangun. Pukul 6.10 pagi dah keluar rumah. Tapi saya pon tak berani nak tinggal sendirian kat rumah tu. Biar Hubby balik 2hari sekali ke apa ke. Dia pon tak sampai hati nak biarkan saya seorang2. Takpelah, semoga ada hikmah di sebalik nya. Mana tawu Hubby dapat kerja best sikit kt Gebeng tu ke kan. Rezeki baby mana nak tahu kan. Hee.
So, berbalik kepada Ramadhan yang bakal menjengah malam ni, saya sebenarnya nak balik JB sambut 1st Ramadhan. Almaklumlah, selama ni 1 Ramadhan Johor memang cuti. Jadi selalunya saya akan usahakan untuk bersama Umi dan Abah pada awal puasa ni. Tapi kali ni apakan daya, nak balik JB pon tapi bajet untuk bulan ni sudah 'yilek!'. Fulus2 sudah bertebangan di awal2 bulan lagi kerana beli itu ini sempena masuk rumah hari tu. Adoi. Memang kena postpone balik JB time Raya karang ajeklah. Takpe, tahun ni Insya Allah turn beraya di JB pulak! Yeayy!~
Okaylah, Selamat menyambut Ramadhan semua. Semoga dapat menjalani Ramadhan dengan sebaik2 nya. Puasa elok2, banyak2 mengaji, solat tarawih jangan tinggal (ish, saya risau ni, takut badan dan pinggang tak larat nak solat tarawih jek.isk) dan banyak2 kan amal ibadat yang lain.
Doakan saya semoga saya dapat berpuasa penuh. Semoga saya dan baby dapat bertahan lapar dan dahaga. Semoga badan ini sihat untuk berpuasa. Semoga badan ini sihat untuk mengamalkan ibadah di bulan yang penuh Rahmah dan Barakah ini sebanyak yang mungkin. Okay kawan2??
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Kareem!~
Hingga berjumpa lagi.........
No comments:
Post a Comment