Friday, July 27, 2012

:: 7th Ramadhan & 27 weeks Pregnant! ::


Assalamualaikum semua...


Alhamdulillah, diam tak diam dah seminggu dah kita berpuasa. Cepat betul masa berlalu. Paling saya bersyukur sangat adalah kerana saya dah berjaya mengharungi puasa dalam keadaan mengandung selama 7hari setakat ni, Alhamdulillah!~


Alhamdulillah, setakat 7hari berpuasa ni, saya okay sajek. Tak adalah lembik, kehausan dan kelaparan sampai terasa nak berbuka. Cuma ngantuk-ngantuk tu memang ada. Agaknya sebab pregnant kot. Orang tak pregnant pon mengantuk kan time puasa, apetah lagi saya ni. So, dimaaf kan lah yer. hehe.


Baby dalam perot ni pon good2 jek (tak tahu jantina so tak boleh nak cakap good boy/girl.hee). Masa sehari sebelum puasa tu, saya dah pesan kat baby dah yang kita (saya dan dia) akan berpuasa, jadi baby pon kena bertahan jugak. Alhamdulillah, baby dengar nasihat saya agaknya. Bila dah 27 weeks ni, baby sudah boleh mendengar apa yang kita cakap. Sebabtu saya pesan kat baby macam tu. Hehe.

Masa 1st day puasa tu, saya perasan, baby tak banyak bergerak pada siang hari, macam selalu-selalunya. Senyap jek dia. Gerak pon sikit2 jek. Baby penat berpuasa agaknya. Tak dapat makanan dari mama dia. Tu yang baby tak aktif tu. Agaknya la kot.


Me at 26plus weeks pregnant!~ (gumuks kan?)


Kesian pulak dengan baby. Tapi bila dah 2nd day, Alhamdulillah, baby gerak2 macam biasa. Agaknya dia dah setting kan mind dia kot. Supaya bila time sahur, masa tu jek baby akan dapat makanan dari mama dia, lepas tu dia kena tahan sampai Maghrib, sebabtu baby okay jek kot. Haha. Pandai2 saya jek buat andaian macam tu. Main agak2 sendiri. Hee.


Papepon, setakat ni, Alhamdulillah, baby is doing fine. Baby berpuasa elok bersama mama nya. Hehe.


Lagi saya tak sangka, setakat ni,cuma sehari jek saya tak masak untuk berbuka & sahur. Lauk ada yang beli dan ada yang Mak bagi. Alhamdulillah. Encik suami singgah rumah Mak selepas habis kerja sekejap, tu yang mak tapaw kan lauk tu. Hari sebelumnya singgah umah wan, memang confirm lah dapat lauk jugak. Isk. Susah2 saje Mak & Wan ni. Lauk pulak gaya makan macam untuk 4 orang makan jek. Mana tak lauk2 tu boleh tahan sampai ke sahur? Heee. Papepon, terima kasih mak & wan!~

Encik suami pulak, setakat ni, bila beliau sampai rumah jek, mesti ngam2 time berbuka. Tak pon lewat 5 minit, Ada sehari tu siap awal 10 minit lagi. Kereta kurang banyak berbanding hari biasa katanya. Yer la kan, orang semua balik awal sebab nak berbuka, mana tak nya. Papepon, Alhamdulillah! Jadi saya takde lah berbuka sorang diri setakat ni. Wee~


Pasal memasak untuk berbuka & sahur tu, memang saya tak sangka kudrat badan ni kuat. Mana taknya, dengan pregnant nya, dengan puasa nya, dengan baru balik dari kerjanya tapi masih boleh memasak macam hari2 biasa. Tak ada rasa lembik pon. Alhamdulillah! Kadang2 saya pon tak sangka yang saya mampu buat semua tu dengan keadaan saya yang macam gini. Bangun pagi prepare untuk sahur pon sama. Walaupon awal2 bangun tu kaki sakit2, pinggang lenguh2 tapi masih okay dan mampu untuk bangun. 

Teringat waktu saya anak dara dulu, waktu berpuasa di rumah. Kadang2 umi kejutkan saya minta saya tolong dia prepare sahur, tapi masa tu saya ni punyalah liat nak bangun. Malas Masya Allah! Nak kata syaitan punya angkara, sah2 la bulan Ramadhan kan, mana ada syaitan, memanglah kemalasan tu datang dari dalam diri ini. Saya tahu bangun untuk makan jek. Rasa bahagia jek bangun bila makanan dah terhidang atas meja. (banyak cantik muka kau!) Saya hanya nak amek turn untuk kemas2 lepas sahur. Tu niat sebenar saya. Tapi bila fikir2 balik, teruk betul lah hai saya ni kan, kesian kat umi. Penat2 kejut saya minta tolong sama2 prepare sahur tapi last2 umi yang buat seorang diri. Isk. Tak baik nya saya. Maaf kan kakak yer umi. (-_-)


Ha, sekarang ni, hamek kau. Dah kahwin, dah jadi isteri orang. Nak tak nak, pregnant2 pon kena bangun pagi2 prepare sahur. Tak apelah, selagi saya larat dan mampu untuk buat. Kalau ada masa saya tak larat sangat tu, terpaksa lah saya cakap dengan Encik Suami. Tapi saya kesian kan beliau. Beliau kena cukup tidur, supaya tak mengantuk masa driving dari Beserah ke Teluk Kalung tu. Agaknya sebabtu kot, diri ini tiba2 jadi kuat dan cergas untuk bangun.huhu.

Ha, malam tadi, kami berjaya memenuhi misi mencari karpet! Almaklumlah, ruang tamu rumah masih kosong. Duduk atas tikar, makan pon atas tikar jek. Tunggu bajet untuk beli sofa set (tak tahulah bila bajet tu nak ada sebab banyak lagi menda yang lebih penting nak kena beli). Jadi, nak lah cari 1 karpet yang selesa sikit supaya sedap untuk bergolek2 di malam hari semasa tengok tv bersama. 


Pergi kedai2 karpet yang saya tahu kat bandar Kuantan ni, semua dah tutup la pulak. Saya pon saje2 ajeklah ajak Encik Suami pergi ke booths yang ada kat Terminal bas Kuantan tu. Saje2 nak jenjalan. Ala, booths yang ala2 pasar karat/danau kota masa belajar kat UIA dulu tulah. Rindu nak pergi booths yang macam tu, tu yang ajak Encik suami tu.Hee.

Tapi jenjalan kali ni, otak hanya tertumpu kepada barang2 keperluan rumah okay. Banyak nya lahai baju2 dan tudung2 yang cantik2 tapi saya hanya mampu pejam kan mata. Nantilah, next mission untuk beli baju raya tu sampai, kita fokus pada baju2 dan tudung2 pulak. Hee.


Nak dikatakan rezeki kami malam tadi, ada pulak dah booths yang jual karpet2!! Patutlah kedai2 kat bandar semua tutup, depa buka booths kat sini rupanya, kataku kepada Encik suami. Haha.


Yang bestnya, tengok karpet yang ala2 gebu tu, terus beriya tanya harga. Nak beli yang saiz besar sekali, harga dah cecah RM200+. Dah over budget tu, tak boleh tak boleh. Jadi kami decide untuk beli yang kecik sedikit. Alah, nanti bila dah ada sofa, coffee table apa semua kat ruang tamu tu, mesti karpet tu jadi ngam2 punyalah. Sekarang ni memanglah nampak macam lounge tu luas jek.hoho.

Belek punya belek. Saya berkenan kat karpet yang warna purple ada pattern rose kat tengah2. Bila tanya Encik suami, beliau pon cakap cantik. Encik suami nak yang cheerful2 gitu. Takmo yang dull, dark dan gloomy katanya. Jadi, bila beliau setuju dengan karpet purple tu, dengan tak semena-menanya saya pon terus 'confirm' mahu angkut. Mula2 harga brader tu letak RM180, dia bagi RM160. Saya dengan tak semena-menanya meletakkan harga RM140. Memula dia bagi sampai RM150 jek tapi bila saya pujuk2 lagi, brader tu pon bagilah harga yang saya nak tu. Yeayy!!


Tapi bila fikir2 balik, sepatutnya minta RM130/RM120. Ntah2 boleh dapat. Sebab saya tengok gaya dia tak adalah susah hati sangat bila saya minta RM140. Haha. Takpelah, dapat RM140 pon kire okaylah kot. (ngade2 pulak kau nak lagi murah!)


Jadi, saya dengan hati yang gumbira pon pulanglah selepas berjaya membeli karpet berwarna purple bersama Encik suami. Hee~


 Okaylah, setakat ni, sampai sini jek la dulu kot update pasal life saya ni. 


Insya Allah, saya akan update lagi kalau masa dan keadaan mengizinkan.


Selamat meneruskan beramal di bulan Ramadhan yer semua...=)


No comments:

Post a Comment