Thursday, June 21, 2012

:: All in ONe!~ ::


Assalamualaikum kawan2 semua!~ 

Fuuhhh..dah berhabuk-habuk dah blog ni. Macam-macam nak cerita tapi tak terluah kat blog ni. So,memandangkan saya nak juga setiap perkara penting yang berlaku dalam hidup saya ini diabadikan sebagai memori (cewah), jadi saya tetap nak update cerita2 panas dalam hidup saya. (Panas la sangat.haha)

 Okay2, last entry pasal saya kena warded sebab ada 'one episode spotting' tu kan. Alhamdulillah, lepas kejadian tu semua menda normal. Baby membesar dengan sihat dari minggu ke minggu, dari setiap check up ke check up yang seterusnya. Alhamdulillah!~

 Tadi pagi, saya pergi ke Klinik Ibu dan Anak Jalan Gambut, Kuantan untuk sambung buat check up. Alhamdulillah, date yang klinik Muar bagi untuk minum air gula adalah date yg sama juga klinik Jln Gambut tu buat aktiviti minum air gula. hoho.

 Turn saya minum air gula pukul 8.45 pagi. Bila tengok jek air gula dibancuh dengan perasa sirap terus senyuman meniti di bibir ni.ehe. Risau kot dari malam tadi duk fikir mcm mana nak telan air gula yg yucks tuu.uhuk. Lepas nurse ambil darah, saya terus mencapai segelas air gula perasa sirap tu dan meneguknya selepas baca Basmalah dan selawat. Alhamdulillah, sekali jalan jek air gula tu dah habis. Fiuh!

 Lepas selesai minum, saya dikehendaki untuk datang semula ke bilik yg sama 2 jam kemudian untuk cek darah semula dan tengok tindak balas badan saya terhadap air gula tu. Jadi dalam masa tu saya pergi lah buat test urin, cek perot semua. Kali ni baru lah nurse nye ukur saiz perot dan test degupan jantung baby. Masya Allah! kuat betul degupan jantung baby dalam perot ni. Rasa nak mengalir air mata bila dengar. Alhamdulillah, baby sihat.

 Lepas tu, nurse cakap saya kena inject kancing gigi. Untuk 1st baby ni kena inject 2kali.uhuk.Masa tu kepala saya dah ternoneng. Berdenyut-denyut pulak. Kenapa ntah. So kena la cucuk kat lengan kiri ni. Dahla tadi pagi dah kena cucuk sebab nak amek darah.hukhuk. Takpelah, demi untuk memastikan diri ini dan memastikan baby dalam perot ni sihat-sihat sahaja, saya sanggup! hee. 

Bila dah selesai semua check up, saya diminta menunggu sehingga jam 10.45pagi. Adoi mak, masa tu jam baru menunjukkan pukul 9.50 pagi. Apa saya nak buat ni? Kalau ada wireless takpe jugak.isk. So saya tercongok la menunggu sampai tertidur2. Tak tahulah kenapa mengantuk sangat mata ni padahal malam tadi dah tidur awal dah. Isk. 

Tiba-tiba hp berbunyik dalam pukul 10.35pg, ejen Proton call tanya pasal confirmation nak accept ke tak warna hitam tu jadi saya pon terjaga. Tak lama lepas tu owner rumah sewa pula sms. Bila saya duk baca message En Saiful tu tetiba jek nak terbluek. Memang dah nak keluar sangat dah. Saya terus bangun berlari2 pergi toilet. Habis keluar semula air gula sirap yg saya minum tadi. Perot mmg kosong jadi itu ajek lah yg keluarnya. Saya pon masuk balik bilik yang saya minum air gula tu dan inform nurse. Nurse cakap kena minum lagi sekali lagi kalau macam tu? Whatt???!! Lagi sekali???!! OMG!!! 

Saya pon terduduk la kat situ dan minta untuk minum air masak. Tekak ni dah perit sangat da air gula masuk keluar dari tekak ni.uhuk. Tak pasal2 saya kena datang lagi Khamis depan untuk minum air gula lagi sekali.Hukhukhuk.

 Okay, enough pasal episod minum air gula untuk hari ini. Untuk perkara penting yg lain pula adalah............Saya dapat transfer!! Yeayyy!!~

 Erm, pertengahan bln Mei haritu saya dengan rasa tak tahan nak meletop dah sebab tak tahu bila nak dapat transfer, saya terus fwd emel Tuan KBP pakai emel yg nama Tuan punya. Lepas emel saya call PA Tuan minta dia alert dgn emel saya. Saya cc juga emel tu kat PTD.hoho.

 Pada 18hb jam lebih kurang 4ptg, tetiba saya terima satu panggilan 03. Tak pasal2 jek org dlm talian cakap, 'TPR Fatinah yer? sekejap yer, Dato Nordin nak cakap..' Gulp?? DAto nak cakap dgn saya? Pasal apa ni? Hah sudahh... Tapi sebab dia adalah Dato Nordin yg semua org tahu adalah baik dan sporting org nya, jadi saya takde lah kecut perot sangat. Hehe. Dato bagitahu yg dia tengah uruskan transfer saya. Tapi nak tahu status kes yg saya handle kat Muar tu. Banyak ke idak ke. Saya pon apa lagi, mesti la cakap okay sajek! (Tp mmg okay pon, kt Muar tu takde seteruk JB) Dato kata dia akan cuba usahakan. Wah, terima kasih Dato'! 

Habis jek Dato' call terus saya sms hubby dan umi. Umi pon bagitahu yg dia akan masukkan nama Dato' dalam doa umi lepas ni. Biar Dato' tak keruan. heee. Malam nya tu saya call Mak pulak. Inform pasal Dato'. Mak pon cakap yg Mak akan buat solat hajat semua supaya dapat transfer. Heee. Lepas kejadian tu jek, apa lagi, memang tetiap hari lah nama Dato' saya sebut2 kan dalam doa saya pada NYA. Termasuk juga Umi. Hehe. 

Tanggal 3hb Jun pulak, saya dan hubby menghadiri wedding Napi di JB. Lepas snap gambar bersama pengantin jek terjumpa dgn KUP. Tetibe jek KUP pgl saya, mak aih, cuak deq non KUP panggil. Dengan nada excitednya KUP bagitahu yg Dato' inform dia yg saya dapat transfer!! Pergh! Seriyes?? Tapi bila?? Yg tu KUP tak sure tapi KUP cakap as soon as possible. Fiuh, Alhamdulillah. Hubby pon excited dengar bila kUP sendiri yg cakap mcm tu. Terima Kasih KUP. Sbb KUP yg bagi saya sokongan jugak lah permohonan saya tu dipertimbangkan oleh Dato'. 

Tanggal 8hb Jun 2012, pagi2 setelah sampai di ofis, seperti biasa saya buka emel. Ada 1 emel ni, "Arahan pertukaran pegawai2". Saya klik jek terus tergamam tengok ada nama saya. Hanya nama saya dan seorang lagi kawan 1 batch dengan saya. Tapi TO tu mmg khas utk saya sebab saya jek yg transfer keluar negeri punya. Pergh.

 Tengok lagi betul2 'berkuatkuasa 15hb Jun 2012'. Mak Aih! Minggu depan tuuuu!!~ Seminggu jek lagi? Biar betul! Ya Allah, masa singkat tu. Macam2 nak kena buat. Nak cari rumah la yg penting. Nak angkut barang2 lagi. Hoho.

 Takpa2, yg tu boleh uruskan. Yg penting permohonan saya Dato' dah luluskan, terima ajeklah dengan hari terbuka, apa lagi?? Heee~

 Pagi Jumaat tu memang tak akan saya lupakan. Berita gembira di Pagi Jumaat yg penuh Barakah. Alhamdulillah. Tapi masa tu Pn Tini dan Kamarul jek ada. Org lain semua cuti termasuk bos. hoho.

 Tetiba jadi sedih pula nak meninggalkan ofis Muar setelah 2 tahun saya di sana. Belajar mengenal erti hidup seorang DPP. Cewah. I'm gonna miss my officemates in Muar. Will sure do! isk.

 Hurm, okaylah. Panjang pulak dah saya melalut. Tak larat dah eden nak berfikir. Nanti saya sambung cerita lagi okay. Sekarang ni saya dah 5hari bertugas di Kuantan. Berkhidmat bersama warga Kuantan pulak. Hoho. Tapi saya masih belum tinggal bersama dengan Hubby saya. Menumpang rumah Ruby dulu. Sebab apa? Nanti saya cerita yer...

 Anyway, Baby saya dah nak masuk 22 minggu dah. 1st day saya report duty kat Kuantan pada 15hb haritu, 1st day jugak lah saya dapat rasakan tendangan2 baby yg semakin kerap dalam perot ni. Baby pon excited kot sbb dapat pindah. Esp nak duduk sama dengan walid diaa......Hee~

Wednesday, March 21, 2012

:: A Night At the Hospital ::

15 Mac 2012 yang lepas, dalam pukul 3petang, sewaktu saya mengambil wudhu untuk menunaikan solat fardhu Zuhur, saya dapati terdapat sedikit 'spotting'. Muka terus berubah, dunia rasa nak terbalik. Air mata dengan tak semena-menanya mengalir jatuh. "Takkan gugur lagi kot?" Hati kecil saya berbisik. Saya cekalkan hati untuk teruskan niat bersolat dan yang pasti, tak sabar untuk waktu bekerja tamat, saya hendak terjah ke hospital!

Tepat jam 5petang, saya terus punch out. Sampai rumah, solat Asar sekejap dan ketuk pintu housemate saya, Zubaidah. Nasib baik Bedah ada. Siapa lagi yang saya nak harapkan di saat-saat ini kalau bukan dia. Kami cepat-cepat bersiap dan terus ke hospital. Dalam masa 10minit sahaja, saya dah terlantar untuk discan. HO lelaki cina ditemani oleh seorang 'cepron' perempuan melayu yang scan perut saya. Alhamdulillah, nampak kantung berbentuk 'kacang'. Saya juga menunjukkan kepadanya laporan 'miscarriage' saya yang dahulu. Dia kemudiannya refer kepada MO dan tak semena-menanya terus mengatakan bahawa saya terpaksa di tahan wad! Aargghh...

Saya terus call Hubby dan umi memberitahu mereka apa yang terjadi. Mereka terkejut. Insya Allah, semuanya akan baik-baik saja. Saya ditahan bagi membolehkan pihak hospital memantau keadaan saya.

Terus saya dibawa ke wad O&G. Alhamdulillah, dapat katil di dalam sebuah bilik yang hanya ada 4 pesakit sahaja dan dekat dengan bilik air.

Seorang HO perempuan melayu datang untuk memeriksa. Menyoal saya dengan beberapa soalan yang berkaitan. Bedah masih disisi. Waktu tu sudah masuk waktu maghrib, Bedah terpaksa pulang untuk mengambil barang-barang saya yang berkaitan. Sebaik Bedah melangkah pergi, air mata ini mengalir bercucuran. Terasa sayu dihati dengan dugaan ini. Dahla suami jauh dari sisi. Saya benar-benar perlukan dia ketika ini.

Selang 15 minit, tekanan darah saya diambil, suhu badan saya juga diambil. Misi juga bertanya sekiranya masih terdapat 'bleeding'. Alhamdulillah, tiada lagi darah yang keluar. Saya kemudiannya dibawa oleh HO perempuan tadi untuk scan. Tapi malangnya scan tersebut kurang berhasil kerana saya baru lepas 'kencing' menjadikan kantung dalam perut ini susah untuk di 'detect'. Hanya nampak bentuk bulat, sekejap ada sekejap tak ada. haish. Kemudian saya 'diselup' untuk memastikan tiada lagi darah yang keluar. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Belum kira dengan segan yang amat dengan HO dan misi pada masa itu. Nak buat macam mana, nak sihat dan pastikan semuanya selamat, terpaksa lah buat muka tebal. huhu.

Pukul 8 lebih, Bedah dan Ayda sampai. Mereka membawa barang-barang keperluan saya disamping makanan dan minuman yang berkaitan. Terharunya hati ini hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ayda terpaksa beredar awal kerana terpaksa bekerja malam pada hari itu. Dalam pukul 9 malam, Umi dan Abah sampai dari Melaka. Mereka singgah Melaka untuk membawa Ehsan pulang. Kebetulan saya pula ditahan wad. Bolehlah mereka menjenguk saya sekejap. Mereka berasa lega setelah saya memberitahu bahawa Insya Allah semuanya okay.

Pukul 9lebih, Bedah terpaksa balik. Esok dia kerja pagi, kesian dia tak dapat rehat lagi sejak balik dari kerja petang tadi. Tak lama lepas tu, Abah dan Umi pun balik. Umi offer untuk stay wad jaga saya tapi saya menolak. Nanti umi tak selesa tidur di wad, takut umi pulak yang pening2. Tak ke naya!

Pukul 10 lebih, MO lelaki melayu dikelilingi oleh HO2 datang meround. Dengar suara MO tu macam saya kenal sahaja. 'Ah sudah, takkan doktor yang datang mahkamah haritu kot? Aisey. Tak ada doktor lain ker?, uhuk..' Sebaik dia berpaling dan melihat rekod saya jek, terus saya bertanya

'Doktor ada datang mahkamah bagi keterangan kan 2,3 hari yang lepas?'

MO tu buat muka blur2. 'Yeke? kes apa tu? silap orang kot..'

Saya terus jawab, 'Kes kat mahkamah Sesyen, kes rogol.'

Sahla doktor ni. 'Tapi time tu doktor pakai kopiahkan?' Dengan selambanya saya bertanya untuk pastikan dialah orangnya.

'Hehe. sayalah tu. Kat hospital tak boleh pakai. Pekeliling cakap tak boleh. Songkok boleh pakai.Okaylah, masuk bilik scan ye..'

Adoilah, segannya la hai, takkan doktor tu nak scan aku kot? malunya la haii.. Memanglah doktor tu datang bagi keterangan untuk kes rogol Puan Zai. Tapi muar tu kan kecik jek, manalah tahu satu hari nanti doktor tu akan jadi saksi untuk kes saya pulak? isk.

Bila masuk ke bilik scan. HO perempuan cina yang buat scan. Masa tu saya punyalah tahan kencing, nak bagi scan jelas punya pasal. Terseksa nya Tuhan sahaja yang tahu. Tapi bila scan, nah! memang jelas! Nampak bentuk kantung beserta dengan degupan jantung yang comel lagi. Subhanallah! Ada kehidupan dalam perot saya ini? Masya Allah... HO tu pun excited bila nampak degupan yang kecil itu. Tak lama tu MO DR Mohd Nor Akmal tu pun sampai. Saya terus tarik baju saya tutup perot dengan tak semena-mena. Malunya la hai.Dia intai pada skrin dan cakap,

'Bentuk kantung okay, tak ada tanda-tanda keguguran, degupan jantung pon ada. Insya allah, semuanya selamat. Doa banyak2.'

Fiuh, lega sangat rasanya. Alhamdulillah!

'Kes hari tu tu, Puan Zairani Tukiman kan nama dia?'

'Tugiran' saya menjawab.

'Anak ke berapa ni?' 'Anak pertama.' saya menjawab lagi.

'Dah berapa lama kahwin?' 'Dah setahun 2 bln.' Pantas saya menjawab lagi.

Selesai scan, saya terus menuju ke tandas melepaskan hajat yang dah nak dekat sejam saya menahan! hehe.

Alhamdulillah, keadaan di wad sangat selesa. Siap ada air cond sampai saya tidur dalam kesejukan. Tapi yang terseksa nya sebab tangan kiri saya kena cucuk untuk masukkan ubat. Menda alah tu yang menganggu pergerakan saya dan tidur saya. uhuk.

Jam 6.25 pagi, misi membuka lampu dan mengejutkan semua. Misi mengejutkan saya minta saya cek sekiranya masih ada 'bleeding'. Alhamdulillah, tiada juga 'bleeding'. Syukur sangat2. Saya bergegas bangun untuk tunaikan solat Subuh.

Pukul 7lebih pagi, seorang HO perempuan melayu datang memeriksa. Memandangkan 'bleeding' saya hanya '1 episod' sahaja, saya dibenarkan discharge pada hari ini. Yeayy! Paling best sebab saya diberi MC selama 7hari! Yeay lagi! Fuuh, lama tu. Memang prosedur hospital, kalau kes 'Threatened Miscarriage' memang dapat MC 7hari, confirm! hehe.

Alhamdulillah, dapatlah saya berehat sepuas-puasnya. Saya memang bercadang untuk bercuti 2,3 hari pada hujung bulan Mac ni memandangkan Majistret saya berkursus waktu tu tapi Allah dah bagi saya rehat lebih awal dan lebih lama. Untuk itu, saya perlu gunakan peluang ini untuk berehat sebaik mungkin. Alhamdulillah!

Paling penting, kandungan saya selamat. Oh ya, lupa nak bagitahu, masa tu usia kandungan saya 7minggu 2hari. Berkat Anniversarry kami tempoh hari nampaknya! Rezeki! hehe.

16 April karang, saya kena datang untuk scan lagi. Tak sabar rasanya nak tengok perkembangan kandungan saya ni dari minggu ke minggu. Paling best, Hubby cakap nak ambil cuti nak berjumpa dengan saya dan baby. Saya memang perlukan dia di sisi...

Memandangkan cuti saya agak lama. Saya bercadang untuk balik berehat di JB. Saya duduk Muar pun bukan ada apa. Tak mahu susah kan housemates saya yang dah banyak membantu saya menguruskan hal saya masa tu esp Bedah! Sayang kamulah!~ *huggss*

Alhamdulillah, bersyukur atas segala kurniaanNya........

Wednesday, February 8, 2012

:: 1 year!~ ::

Alhamdulillah, 4 Februari yang lalu menandakan telah genap setahun kami sah bergelar suami isteri. Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah setahun.

Setahun yang lalu, dah macam2 menda telah terjadi. Walaupon belum rezeki kami lagi untuk tinggal sebumbung. isk.

So, memandangkan cuti pun agak lama, boleh lah kami sambut ulangtahun perkahwinan kami ni sedikit sebanyak. Pergi somewhere, just the two of us. hee~


Mula2 plan nak ke Cameron Highland. Maklumlah, honeymo0n dulu dah ke pulau, so kali ni nak ke tanah tinggi la pulak. Tapi bila discuss dengan hubby, hubby cakap nak ke Cameron tu agak jauh. So, ubah plan. Pergi ke Genting Highland ajek lah! Hoho.


Paling bestnya, semua menda main terjah ajek pergi. Tak ada booking apa2 pon. Sekali bila pergi, bas paling awal yang tinggal dari terminal Putra Gombak ke Genting hanya pukul 12 tengah hari punya jek. Hamek kau! Saya dah frust dah. Nak pergi mana macam gini ni?? Jadi, tekad ajek, drive ajek lah cik Vivi ni sampai ke stesen Cable Car sana. Selamba ajek sudah!


So, kami decide untuk stay hotel area2 Wangsa Maju ajek.Nak terus naik atas takut hotel penuh, tak ke naya takde tempat nak tidur. Sekali hotel2 kat Wangsa Maju pon penoh daaa.. Hamek kau lagik!~


Tak boleh jadi ni, kami pon siap survey2 hotel kat internet dulu untuk confirm kan mana yang ada kosong lagi. Pergh, kenapa penuh ni? Bukan orang2 kL ramai keluar dari kL ke kalau cuti2 lama macam gini? uhukk.


Last2 jumpa lah satu hotel dekat2 dengan Tesco Ampang tu. Bila kata ada bilik kosong jek terus booking tanpa fikir panjang. isk.

So, moral of the strory, lepas ni kena booking siap2. Cuti2 macam gini bahaya kalau nak main terjah2 ni. hoho.


So, ahad pagi, 5 Februari, pengembaraan kami ke Genting Highland pon bermula. yeehuuu!


Without wasting any more time, please enjoy these picas yaa!~


Well, a picture worth a thousand wordss they say...

































Memang best lah dapat ke Genting sana. Paling best sebab dapat spend masa berdua dengan Hubby tercinta.


Terima Kasih Abang sebab layankan isteri mu ini. Lain kali kita ke tempat lain pulak yer. Ahaks!~


Buat encik Hubby tercinta, semoga Mahligai yang kita bina ni diberkati dan diredhai Allah s.w.t sentiasa. Semoga kita berbahgie hingga ke syurga Nya.


Thank You for everything. For the past one year, and of course, for the coming years ahead.


I love you yesterday, today, tomorrow, and a thousand years more!~

Friday, January 13, 2012

:: Kisah Car Wash ::


Semalam saya pergi ke car wash yang berhampiran dengan rumah saya. Selain daripada ia terletak sebelum saya sampai ke rumah saya, setakat ni kat Muar kat situ lah car wash yang paling saya puas hati untuk pergi. Memandangkan cik Vivi dah sangatlah comots, saya pon singgah lah untuk memandikan dia sekejap. Alang2 nak beli kan makanan untuk housemates saya yang dah kebuluran di rumah tu. Hehe.


Lepas selesai membeli makanan, cik Vivi saya tinggal lagi sikit jek nak siap. Jadi saya duduk sekejap kat kerusi yang disediakan di car wash tu. Saya perasan yang jaga cashier tu seorang lelaki melayu pulak. Jadi saya pon tegurlah,


"Dah tukar tauke ker?"

Sebelum ni perempuan cina yang duduk situ sebab tu saya tanya.

"Taklah, tauke sama. Sekarang saya pulak jaga.."

Brader tu pon menambah lagi.

"Nak beli pewangi kereta tak? Boleh tahan sampai 5,6 bulan ni.."

Sambil menunjukkan saya pewangi tersebut.

"Wah, wangi jugak. Dahla warna-warni. Comel jugak. Berapa RM ni??"

"RM30 kak..Tapi boleh tahan 5,6 bulan.."


Saya tengok2 ada macam2 warna. Paling saya terpikat dengan warna apa lagi kalau bukan warna purple!~ Hehe.

"Takpelah, saya tak cocok duit lagi lah. Saya beli lain kali jek laa.."

Dua minit kemudian, brader tu serahkan saya sekeping resit.

"Simpan taw resit ni. Cukup 10 keping boleh dapat satu basuh kereta free.."

Wah, kena simpan ni. Mesti lah saya selalu cuci kat sini kan. Kenapalah baru tahun ni start. Selama ni saya memang cuci kat sini kot. Huhu. Saya pon masuk ke dalam kereta. Sambil brader tu tutup bonet cik Vivi sebab masukkan cecair pencuci wiper, brader tu explain lagi..

"Kita ada kupon jugak. RM50 dia pecah2 RM10. Nanti dapat satu kupon free."

"Wah, menarik jugak tu. Beli kupon lagi cepat dapat free basuh ek?" Hehe.


"Takpelah, lain kali saya tunjukkan kupon tu.."


Saya pon tutup pintu dan berlalu pergi. Sampai di rumah jek. Dah masuk dalam rumah, letak makanan dan masuk bilik jek, tetibe terfikir.

'Eh, aku bayar ke kat brader tadi? Macam tak ingat pon ada keluar kan duit..'

Pergi cek kat purse tengok2 duit macam banyak tu jugak. Adoi! Sah lah tak bayar! Saya pon cepat2 lah keluar rumah balik, singgah Shell cocok duit sekejap dan pergi balik car wash tu. Brader tu terpinga2 tengok saya. Pelik kot kenapa saya datang balik.

"Tadi saya tak bayar kan? Bagi resit tapi saya tak bayar lagi..Saya beli terus lah pewangi kereta tuu.."




Brader tu sengih jek. Dah malu dah. Ambil duit saya bagi dan amik baki nyaa.. Brader2 lain yang tukang cuci kereta tu semua dah gelak2 kan dia.

"Takpe, kalau tak kira rezeki akak la tu. Nanti saya lah yang bayar apa yang short tu.."

"Ish, takpelah. RM15 kot."


Lepas bagi saya baki duit, brader tu pon tolong saya lekatkan terus pewangi kat cik Vivi saya. Dah siap semua, tolong tutup pintu kereta lepas tu cakap,

"Terima kasih. Assalamualaikum.."

p/s: 1) haha. kelakar lah brader tu, beriya promote2 last2 lupa nak ambil duit.
2) Saya kesian tengok diorang. Semua melayu kot.
3)Even kalau memang lupa nak bayar tu kira rezeki saya, tapi kalau saya tak bayar kira
takdelah rezeki brader tu.
4)Insya Allah, kalau kita jujur dan niat kita baik, mesti ada balasannya satu hari nanti..=)
5) Happy jugak sebab beli pewangi warna purple! hehe.