Thursday, January 3, 2013

:: Aqiqah ::

Assalamualaikum Sayang Mama!~

Sayang, tahu tak Aqiqah tu apa? Ha, tak pasal2 Sayang kena terjah dengan Mama dengan soalan cepumas. Hee. Takpe, Mama tahu Sayang Mama ni cerdik orangnya, Sayang mesti boleh jawab punya lah! Hehe.

Okaylah, even Sayang dah tahu tapi Mama bagitahu yer. Untuk lebih memantapkan pemahaman Sayang Mama.

Aqiqah ni bermaksud penyembelihan binatang yang dibuat sempena kelahiran cahaya mata sebagai tanda kesyukuran kepada Yang Maha Esa.

Hadis nabi mengatakan, untuk anak lelaki, sunat untuk di aqiqah kan dengan 2 ekor kambing manakala untuk anak perempuan seekor kambing sahaja. Walaubagaimanapun, tak salah untuk aqiqah dengan seekor kambing sahaja bagi anak lelaki.

Sayang faham tak ni? Tetiba Mama rasa macam buat kelas Ibadat pulak untuk Sayang Mama. Ahaks.

Okaylah, untuk lebih jelas, Sayang refer jek lah kat sini. Karang kalau Mama explain panjang2 berjela pulak entry ni jadik nya. Hehe.

Alhamdulillah, Aqiqah untuk Sayang telah selamat dilakukan pada 29 & 30 Disember lepas. Di hujung2 tahun gittew. Cek2 balik kalendar, waktu tu semua ahli keluarga sebelah Mama ada di samping Mama & Tok Abah dapat bonus hujung tahun.hikhik.

Oh yer, Aqiqah ni buat kat Kampung JB masa Mama belum habis cuti bersalin lagi sebab Tok Abah sponsor seekor kambing. So dah alang2 Tok Abah nak buat, Mama & walid pon join terus lah lagi seekor. Kalau tak tak tahu pulak bila nak buat lagi. Menyelam sambil minum air bak kata orang. Hehe.

Mesti Sayang tertanya-tanya kan kenapa sampai buat 2hari padahal kambing 2 ekor jek yang tumbang, bukannya 20 ekor! hehe.

Macam gini, seekor kambing Tok Abah & Mama plan untuk buat kambing golek untuk dimakan antara ahli keluarga sahaja manakala seekor lagi untuk dijamu kepada geng2 kelas agama Tok Umi yang selalu datang hari Ahad tu.

Ahad malam walid Sayang dah nak balik kampung Kijal semula dah, lagipun Pak Teh & Ayah Cik pon nak balik semula ke tempat belajar mereka, so kambing yang digolek dengan nyum2 nya itu kami buat pada 29hb, Sabtu petang.

Puas hati betul kami makan kambing golek tu. Sayang Mama pulak terkelip-kelip ajeklah mata tengok Mama & Walid makan. Hehe. Nak buat macam mana, Sayang baru jek berusia 64 hari, jem pulak perut Sayang karang kalau Mama suap kambing golek tu! hikhik.

Jadi, tanpa membuang masa, jom layan gambar2 pada hari kejadian...

Sabar menanti kambing siap digolekk


Kambing golek awak Sayang!

 
Pak2 sedara awak sedang terjah kambing golek nyum2


Kita bertiga Sayang..=)


Nyum2,,,1st round mama..hikhik


Walid pegang Sayang sementara Mama nomnomnom.hikhik

Kalau Sayang nak tahu, Mama makan banyaaaak sangat. Sedap pulak bila daging kambing tu dipotong kecil2, dengan mushroom sauce nya, potato nya. Pergh, menambah2 Mama. Walid Sayang geleng2 jek tengok Mama makan. Hahaha. Almaklumlah, pagi tu breakfast jek. Takde lunch. Tok Abah cakap tunggu sampai daging golek siap, boleh makan puas2. Tu yang Mama makan tak hengat dunia tu. Hee.

Bila dah kali ke 3 punya, daging dah kenyal2. Kunyah2 tak hancur. Last2 dah give up dah. Su Sya awak pon sama. Dahla keras, Mama pulak dah tergigit kat gigi bongsu Mama yang baru nak tumbuh tu. Memanglah sakit nya la haii...

Papepon, Alhamdulillah, kenyaaang sampai ke malam..hehehe.

Okay, Part 2, untuk 30hb, Ahad tu pulak. Ceramah agama macam biasalah. Selepas habis ceramah Sayang dibawa ke depan untuk ditahnik kan lagi sekali. Nak cukur rambut, dah buat dah. Tahnik pon Walid Sayang dah buat jugak pada hari ke7 lalu tapi takpelah, buat jek sekali lagi. Tahnik dibuat oleh ustazah yang mengajar kelas agama Tok Umi and da geng. hehe.

Sayang Mama sudah siap untuk Aqiqah Part 2




Snap gambar dengan Mama dulu.hehe


Alhamdulillah, Sayang Mama behave dengan baik sekali. Sayang Mama senyap jek masa Mama bawa ke depan diiringi dengan selawat oleh makcik2 tu. Kemudian Mama serahkan Sayang kepada ustazah untuk ditahnik kan. Terkulat-kulat Sayang rasa kurma yang disuapkan ustazah. Terus terkesima Sayang dibuatnya. Hehe.


Sayang di tahnikkan oleh ustazah




Siap ditahnik, selawat, lepastu Sayang di pass kan semula kepada Mama. Kemudian terus hidang makanan untuk menjamu tetamu semua makan. Alhamdulillah, untul haritu, menu utama adalah nasi jagung, kari kambing, dalca, roti jala, roti bun. Kuih-muih pulak ialah Kuih puteri sebilik (Mama suggest kat Tok Umi ni and memang sah semua kata sedap!hee) & karipap, plus buah2an.

Guess what Sayang, caterer yang Tok Abah & Tok Umi tempah kali ni adalah caterer yang sama masa Mama & Walid kahwin dulu! haha. Caterer ni jugak yang masak untuk majlis kahwin Pak Alang & Mak Alang awak Sayang. Memang sah lah caterer ni akan menjadi 'caterer keluarga kita' lepas ni.

Masa majlis kahwin Mama & walid lagi semua orang dah puji makanan yang dimasak caterer ni sedap. Paling best harga pon berpatutan. Tu yang Tok Abah & Tok Umi suka sangat tu. hehe. Nama caterer ni E-Moms Catering. Agak2 nya masa zaman Sayang caterer ni mesti dah jadi antara caterer yang terkenal kat JB. hehe. Tak pasal2 pulak Mama promote caterer ni. Kena minta komisen ni. =p


Gambar goyang...tanya walid awak Sayang..=p

Mula2 jamu makcik2 ni, lepas zuhur ada tetamu batch lain pulak. Jiran2, Kawan2 Tok Abah & Kawan2 Mama. Pengarah Tok Abah pon datang. Kawan2 Mama yang datang ialah Aunty Khalidah Adibah, Aunty Ell & Uncle Farhan bersama Abg Zhafri. Paling best kawan mama yang datang dari Batu Pahat sana, Aunty Shida & Uncle Ibrahim bersama Kakak Imani. Tapi Kakak Imani ni tua dari Sayang 5 bulan jek kot! Tak perlu la kot panggil kakak.Hee.

Yang sadisnya takde pon snap gambar dengan mereka semua. Mama syok sangat berborak sampai lupa nak snap gambar buat kenang-kenangan. Uhuk.

So, dalam pukul 4 petang macam tu, selesai lah sudah majlis Aqiqah Part 2 Sayang setelah tetamu terakhir pulang. Alhamdulillah, Walid & Mama lega sangat ia nya dah selesai. Takde nak pening2 fikir pasal Aqiqah awak dah Sayang. Tunggu Aqiqah adik Sayang pulak? EH? (-_-)

Ha, cakap pasal adik Sayang, masa pengarah Tok Abah datang bersama isteri tu kan, masa Mama pergi salam dengan isteri Tuan Haji Said tu, beliau cakap Mama dah nampak sihat dah. Agaknya sebab Mama jalan laju jek kot. Pastu Mereka laki bini usik Mama & Walid yang Sayang dah boleh ber'adik'.

Erk? Terkedu kejap Mama bila dengar. Misteri berada di labour room especially masa kena jahit masih segar dalam ingatan Mama, adalah sesuatu tanda yang Mama belum fikir lagi pasal adik awak Sayang. Huhu.

Lagipon kasi chance lah untuk awak dapat kasih sayang Mama & Walid sepenuhnya dulu. At least setahun. Nanti bila dah ada adik, nak kena share pulak kasih sayang kami ni. Mesti Sayang setuju dengan Mama kan? hikhik.

Apa2 pon semua tu adalah rezeki dari Allah swt. Kita hanya mampu merancang tapi Dia juga ada rancangan nya yang jauh lebih baik buat kita. Okay Sayang?


Finally dapat gak snap gambar kita bertiga, tupon selepas Mama tukar tudung sebab solat zuhur.


So, Ahad malam tu walid pon balik lah semula ke Kijal. Betapa walid awak excited sebab kita dah nak kena balik Kuantan sebab Mama dah nak mula kerja semula tak lama lagi, walid awak siap boleh cakap dengan Tok Umi & Tok Abah yang lepas ni bila beliau datang, beliau akan angkut kita semua. I mean, angkut Sayang, Mama dan semua barang2 Sayang & Mama sampai licin. Dengan muka walid yang sedikit 'cheeky' time tu. (Tok Umi yang cakap.hehe)

Hukhuk. Mama dah naik mula kerja semula. Vacation Mama tinggal lagi 22 hari. Uwaaa...

Okaylah Sayang. Setakat ni jek dulu pasal Aqiqah Sayang.

Jangan lupa, Mama loves y0u s0o0o0o0o0o much Sayang!! Mmmmmwaahhss!


Your ONLY Mother (hehe),

-Mama-


No comments:

Post a Comment