Wednesday, January 23, 2013

:: Ajaibnya seorang IBU ::



Sejak menjadi seorang IBU ni, Alhamdulillah, saya dapat rasakan betapa nikmat nya dan hebatnya gelaran itu. Saya baru faham kenapa Allah swt sangat mengiktiraf seorang IBU ni. Banyaaak sangat sebab musabab seorang IBU di sanjung sedemikian. Sebabtu jugalah Rasulullah saw menjawab 'IBU mu' sampai 4 kali dan yang kelima barulah diikuti dengan 'BAPA mu' apabila Baginda ditanya oleh seorang sahabat tentang 'siapakah yang sepatutnya  kita UTAMAKAN dahulu. Allahu Akbar!

Walaupun Saya baru sahaja memegang status MAMA selama 89 hari, tapi sudah banyak miracles yang saya dapat rasa kan. Terutamanya bonding/ikatan antara saya dengan Amanah Allah yang pertama buat saya dan suami, Muhammad Anas Fateh.

Mana taknya, sejak dalam perut lagi selama 9bulan, ikatan antara kami telah terbentuk. Bila Anas Fateh sudah keluar melihat dunia dan saya dapat melihatnya dengan mata saya sendiri, Masya Allah, betapa besar dan hebatnya ikatan itu. Dari mata si kecil Anas Fateh, saya tahu yang dia tahu siapa saya baginya. Pandangannya kepada saya cukup dalam dan penuh dengan maksud yang tersirat.

Pandangannya yang cukup sayu saya rasakan itu juga mampu mencairkan hati saya walau dalam keadaan apa jua sekalipun. Macam mana penat pon badan ini, tetapi, apabila melihat renungan matanya yang disertai dengan senyumannya terus membuat kan penat lelah saya hilang lenyap begitu sahaja.

Aduhai cairnya hati seorang IBU. Baru saya faham kenapa selama ini bila adik-adik saya semasa kecil dahulu mengendeng2 kerana inginkan sesuatu dari umi, umi dengan rela hatinya terus menunaikan permintaan tersebut. Walaupon saya ada juga naik geram dengan adik-adik saya yang kadang-kadang tidak berapa menghargai pengorbanan umi itu dengan berkelakuan baik atau dengan belajar bersungguh-sungguh (semasa mereka kecil dahulu). Tetapi, sekarang ini, setelah menjadi seorang ibu, baru saya faham, baru saya faham. AKHIRNYA.

Ajaibnya menjadi seorang ibu ini adalah apabila si kecil permata hati bangun dan celik kan mata nya sahaja, apabila ternampak saya, dengan pantas senyuman terukir di bibir halus nya itu. Ah, memang Sayang saya tahu saya lah ibu nya..



Ajaibnya menjadi seorang ibu ini adalah apabila Sayang saya menangis beriya-iya lalu saya mengambilnya dan memeluknya erat, dengan perlahan-lahan tangisan nya reda. Dan kadang-kadang apabila di dendang kan dengan selawat, matanya terus kuyu hendak tidur!

Sedangkan apabila dengan orang lain, Sayang saya begitu demand sekali hendak di bawa ke hulu ke hilir barulah dia senyap. Hehe.

Ajaibnya menjadi seorang ibu ini, apabila Sayang saya sedang tidur, dia dengan tiba-tiba bergerak-gerak tanda seperti tidak selesa. Lantas saya terus memopok-popok nya dan memeluknya sambil mendekatkan muka saya dengan mukanya, terus dia tenang lalu sambung tidur semula. Oh waktu tu terasa sangat bahagia! Betapa Sayang saya damba kan pelukan dari saya, MAMA nya ini.

Ajaibnya menjadi seorang ibu, apabila saya bercakap-cakap dengan nya, dia akan membalas dengan senyuman dan kadang-kala membalas seperti berbual-bual semula dengan saya. Seperti memahami setiap apa yang saya kata kan pada nya.

Ajaibnya menjadi seorang ibu, apabila saya membaca Al Qur'an, Sayang saya akan diam sahaja berada di riba saya dan kadang-kadang sehingga tertidur!

Ajaibnya menjadi seorang ibu, saya yang dahulu nya kurang sabar dan cepat marah-marah terus menerus bersabar apabila setiap apa yang saya lakukan adalah untuk Sayang saya. Untuk keselesaan nya, melayan karenah nya dan melayan kehendaknya.

Allahu Akbar, ajaib bukan? Satu perasaan yang saya tidak dapat gambar kan dengan kata-kata. Satu perasaan yang sangat bernilai yang tidak dapat ditandingkan dengan mana-mana ikatan lain dalam dunia ini.

Itulah dia ikatan antara seorang ibu dan anak nya.

Seribu kesyukuran saya panjatkan buat Yang Maha Esa kerana memberi daku peluang merasai nikmat menjadi seorang ibu. Menjadi seorang insan yang darjatnya sangat tinggi dan mulia di mata Mu.

Alhamdulillah wa Syukrulillah.

Buat Sayang Mama,

Muhammad Anas Fateh,

Semoga Sayang Mama membesar dengan sihat, cerdas dan pintar.
Mama sentiasa doakan agar Sayang dilindungi Nya, di rahmati Nya...
Mama sentiasa berdoa agar Sayang membesar menjadi anak yang soleh, hamba Nya yang bertaqwa..
Jangan pernah tinggalkan solat, rajin2 lah mengaji..
Buat segala apa yang Allah swt suruh dan tinggal kan apa yang di larang Nya..

Insya Allah, Mama akan berusaha untuk buat yang terbaik buat Sayang Mama..
Niat Mama untuk menyusukan Sayang dengan susu Mama sepenuhnya selama 2 tahun akan Mama semat kan erat2 dalam sanubari ini, di samping cekal dan istiqamah dalam melakukan nya..
Semoga dengan setiap titisan susu Mama yang Sayang minum ini, akan ada kelebihan dan hikmah nya yang tersendiri yang telah Allah swt kurnia kan..

Sayang dah besar nanti, Mama pulak dah tua, Sayang jaga Mama pulak tau. Ha, dan walid juga..=)

Setiap kali lepas solat juga, kenang kan Mama & walid dalam doa Sayang yer..

Bila Mama & walid dah meninggal dunia nanti, Sayang jangan lupa sedekah kan kami Al Fatihah selalu.

Okay Sayang Mama?

Okaylah, jumpa lagi di lain entry...

Jangan pernah Sayang Mama lupa,

Yang Mama saaaaayang sangat-sangaaaaaaat pada Awak Sayang! Muhammad Anas Fateh! =)

Lots of Love,

-Mama-


1 comment: