Wednesday, October 24, 2012

:: Pelayaran 9 bulan ::

Assalamualaikum Sayang!~

Memandangkan mengikut perkiraan doktor bahawa tarikh mama dijangka bersalinkan Sayang tinggal saje lagi 5hari, sekaligus menandakan pelayaran mama dalam mengharungi fasa kehamilan sudah sampai ke penghujungnya.

Jadi mama sudah semestinya hendak bagitahu Sayang kalau boleh segala dugaan, cabaran, simptom2 dan sewaktu dengannya yang telah mama lalui dan tempuhi sepanjang mengandung kan (ada ke perkataan ni?) awak Sayang. Tapi mama enjoy dan akan menjadi kenangan manis buat mama.

23/2/2012, masa tu, mama masih bertugas di Muar. Period mama dah lewat sebulan. Jadi, tak lain tak bukan, apa yang bermain di fikiran mama adalah mama mengandung. Memandangkan mama dah serik untuk tunggu walid awak di sisi baru buat UPT kerana kisah 'hitam' yang lepas, mama tanpa segan silu dan konfidennya buat UPT sendiri. Seperti yang dijangka, hasil UPT mama 'positif'. Alhamdulillah!

Masa tu mama punyalah happy dan bersyukur tidak terhingga. Rezeki dari Yang Maha Esa, Mama mengandung lagi setelah keguguran 3bulan yang lepas. Terasa cepat tapi benar. Berkat Anniversarry Mama & Walid 4/02/2012 yang lepas agaknya. Hehe.

Mama pon apa lagi, dan2 tu juga bagitahu walid. Walid awak pon speechless jadi nya. Gembira tak terkata. Bermula daripada hari tersebut, mama betul2 menjaga diri mama. Jaga dari tidak membuat kerja2 berat, tidak renyah2 sangat sebab bimbangkan kandungan mama, awaklah tu Sayang..=)

Bila balik ke JB pada hujung minggu, mama akan bawa cushion alas punggung untuk mama gunakan semasa dalam bas, supaya tak terhentak-hentak. Pasal selera makan time tu, mama terasa ia agak bertambah. Kat Muar breakfast memang heaven. Ada lontong, soto, nasi lemak sambal kerang, satay, roti arab, roti canai dsb. Kawan mama Shaarmini memang layan kan jek mama nak makan apa setiap pagi sebelum kami pergi ke mahkamah.

Setiap kali balik dari mahkamah pulak, mama wajib singgah satu stall berpayung kan biru yang terletak di sebelah bank rakyat untuk membeli buah-buahan potong di situ. Tekak mama memang tiap-tiap hari terasa nak makan buah waktu tu. Huhu.



Yang ni buah potong sendiri punyaa..puas hati makan. nyum3!

15 Mac 2012, mama telah di warded akibat 'threatened miscarriage'. Perasaan mama waktu tu hanya Allah sahaja yang tahu. Dengan walid nya yang jauh di mata, dengan kisah 'hitam' yang pernah mama lalui hujung November 2011 lepas, membuatkan mama betul2 risau dan sedih pada waktu tu.

Alhamdulillah mama mempunyai seorang housemate yang sangat baik. Nama dia Zubaidah. Dalam kelam kabut mama baru balik dari kerja petang tu, mama terus heret dia ke hospital. Dia jugaklah yang membantu mama pergi ke wad, bawakkan barang2 mama dsb. Kalau takde dia ntah-ntah mama terkontang kanting seorang diri. Kisah ni, mama dah ceritakan di sini. Sayang baca lah yer untuk lebih detail. Huhu.

Setelah Sayang masuk 3bulan ke atas, mama dah mula rasa loya-loya. Selera mama dah sedikit merudum. Tapi disebabkan takut perut masuk angin, mama makan jugak. Mama akan usaha untuk dapatkan makanan yang tekak mama rasa nak makan supaya perut mama diisi jugak walau macam mana pon. Risau kan awak lah Sayang yang dalam perut mama tu. Hampir setiap malam, kepala mama akan pening tak tentu pasal.

Masa tu mama memang akan mengelak dari makan sebarang pain killer even panadol sekalipun. Sebab takut ter effect kat Sayang. Mama hanya akan cumur minyak, picit2 sendiri dan tampal koyok sahaja. Masa tu mama harap sangat supaya walid berada bersama mama, supaya walid boleh tolong picit2 kan kepala mama yang berdenyut-denyut tu.Isk.

Walaupon mama loya-loya tapi Alhamdulillah, mama takdelah muntah teruk-teruk. Yang mama boleh recall, mama tak pernah muntah lebih dari 15kali rasanya sepanjang mama pregnant. Paling perit kalau muntah waktu pagi-pagi. Sebab tak ada makanan yang akan keluar, hanya cecair yang teramatlah pahit saje yang ada.

 Ha, pasal loya ni, nak tak nak mama terpaksa makan pil untuk elak loya. Mana taknya, lepas sarapan mama akan pergi ke mahkamah untuk buat kes. Elok2 jek mama parking kt basement mahkamah tu, mama dah uwek-uwek rasa loya. Dari terkeluar balik makanan yang dah mama makan, mama telan ajeklah sebiji pil loya yang ternonet tu. Alhamdulillah, bila makan pil tu jek, loya mama akan hilang. Tapi mama tak adalah makan hari-hari pil tu. Walid Sayang pon bising kalau kerap sangat makan pil tu. Takut effect kat Sayang lah apa lagi. Huu.

Loya mama tu suka hati dia jek nak datang waktu bila. Orang selalu kata morning sickness la, evening sickness la tapi loya mama ni 'Anytime sickness'. Hehe. Kadang-kadang waktu pagi, kadang-kadang waktu petang, kadang-kadang dah nak tidur pon rasa jugak. Haih. Tapi takpelah, at least mama tak delah sampai muntah teruk. Just loya sahaja. Huhu.

Untuk elak loya, macam biasalah, mama akan kunyah asam2, gula2 dan sewaktu dengannya. Selera makan mama sekejap jek merudum nya, tak de lah sampai berat mama turun. Setiap hari naik dengan jayanya adalah! Heee.

Sepanjang mengandungkan awak Sayang, antara (ni belom mama nyatakan semua taw) makanan-makanan yang mama mengidam nak makan adalah............


Famous Amos Chocolate chip


Masa ni walid Sayang beratur pjg untuk belikan mama Sundae Corn Flakes.hehe

Oh ini ABC plg sedap dlm Msia.. tak jumpe punya kt tempat laen taw.
ABC mana lgk kalau bkn ABC Kg Melayu  Sayang..hee
Waffle & ice cream at A&W

Ha, Sayang tahu pavlova tak?. Masa tu, mama duk asyik dengar orang bercakap jek pasal pavlova ni kat internet. Kalau kat FB tu, ada yang siap upload gambar lagi. Mama pulak tak pernah rasa jadi bila tengok jek menda tu terus teringin nak rasa. Ha sudah. Mana pulak mama nak cari pavlova ni yer? Google punya google, kat JB pon takde kedai yang jual. Tempahan online punya adalah tapi macam mahal jek, dan tak sempat untuk mama order memandangkan mama hanya balik ke JB pada hujung minggu sahaja.

Last2 mama google resepi dia terus. Tengok gaya macam simple ajek cara buatnya. Jadi mama pon bertekad la untuk buat sendiri. Ha, hebat tak mama? Setelah Tok Abah dan Tok Umi meneman mama membeli bahan2 untuk pavlova ni, last2, Tadaaa! Menjadi tuuu.....

Home Made Pavlova!~


Sekali hadap jek sudah licin taw. Hikhik. Not bad la for a first timer. Hee. Tok Abah cakap, 'Wah, boleh tahan baby teringin nak makan pavlova'. Ha, siapa lagi kalau bukan awak Sayang! Hee.

Ada satu hari tu mama teringin nak makan cendawan goreng tepung. Kat Muar tu mama tak tahulah kat mana ada jual. Kalau kat JB kat Kg Melayu jek kot ada. Tanya punya tanya adalah orang cakap kat satu kedai ni. Semangat mama pergi tapi tutup pulak dah.

 2,3 hari mencari tapi masih lagi tak dapat2 makan. Last2 mama beli jek cendawan dan tepung serbaguna tu, mama goreng ajek sendiri. Ha, puas hati betul dapat makan. Lepas tu dah tak ada teringin lagik dah. Heee.




Bagus kan mama ni? Bila teringin jek buat sendirik. Almaklumlah, walid awak jauh, tak ada siapa mama nak susahkan untuk memenuhi tekak mama yang mengidam macam2 waktu tu. Jadi mama ikhtiar sendiri ajeklah. Isk.

TAPI, bila walid datang jumpa mama jek, bermacam-macam lah jenis makanan yang ligat di dalam kepala mama ni untuk dimakan. Jumpa sebulan sekali, berani la kan kalau walid awak tak layan kan mama ni. Ahaks.

Ada sekali tu mama nak makan ikan bawal. Bila time nak makan jek cari kedai yang agak2 ada ikan bawal. Ada sekali tu berhenti kat kedai makan kat Melaka, tanya dulu ada ke tak ikan bawal, boleh pulak akak kedai tu cakap 'Harini takde lah dik, ada siakap jek.. Selalu nya ada..'Uwaa...bukan rezeki mama masa tu. Hampanya  la hai hanya Tuhan sahaja yang tahu. Huhu.

Esoknya untuk dinner, sebelum walid bertolak balik Kemaman malam tu, cari punya cari, last2 tanya kat kedai makan sebelah rumah tu jek. Belek punya belek ikan tu, adik kedai tu cakap ada sekor! Yeayy. Gembiranya mama tak tahulah nak cakap macam mana. Yang bestnya, waktu tu kami singgah lepas asar. Plan nak makannya waktu malam, sebelum hantar walid awak ke bus stand. Punya lah walid  awak buat muka tebal minta adik kedai tu simpan kan ikan bawal tu untuk mama. Takut dikebas orang. Hehe.

Malam tu, lepas Maghrib jek, terus terjah kedai makan Seri Bayu tu. Alhamdulillah, adik kedai tu berpegang pada janji dia, jadi dapatlah mama makan ikan bawal sepuas-puasnya. Mana tak puas, mama makan ikan bawal tu sensorang jek kot. Walid awak  boleh pulak order nasi goreng daging merah. Sah2 lah beliau tak sentuh langsung ikan bawal tu.



Ha, Sayang bayangkanlah macam mana keadaan mama makan seekor ikan bawal yang besar tu. Tak habis takut membazir. Sumbat ajeklah sampai licin. Uhuk. Lepas tu memang takde cari ikan bawal lagi dah. Hee.

Jadi, tulah sedikit sebanyak makanan-makanan yang mama idamkan sepanjang mama mengandung kan Sayang. Tapi Alhamdulillah, semua yang mama idamkan semuanya yang boleh dapat punya. Tak adalah makanan yang pelik2 macam daging kijang emas ke, daging arnab ke, itik ke atau colgate sekalipun. Huu.

Paling parah takde lah mama mengidam nak kan air tangan walid sendirik masakkan untuk mama daging salai masak lemak! Hamek kau. Jangan main2. Ada tau perempuan mengandung yang macam tu. Macam bos mama kat Muar cerita, isteri dia nak yang dia masak. Takmo yang beli kat kedai. Ha, tak ke naya tu. Bos mama tu okaylah sebab jenis dah biasa masak2. Kalau walid awak? TEtttt!! hikhik.

Mama betul2 bersyukur sebab teringinkan makanan yang boleh dapat.

Untuk makanan yang mama 'alergik' pulak, setakat yang mama perasan, tak ada rasanya. Cuma satay sajek lah. Sepanjang mama pregnant sampai lah ke 8bulan lebih, mama takde selera langsung dengan satay. Mama hanya  boleh  makan 1 cucuk satay SAHAJA. Padahal satay tu favaourite mama ape! Tapi nasi impit dengan kuah kacang masih mama makan dengan berseleranya. Hee.

Untuk bau2 pon, Alhamdulillah, mama takde alergik kepada apa2 bau. Masak pon mama okay. Tak adalah loya2 ke apa ke. Jadi bila walid awak datang Muar, semangat masak mama macam biasa jugak lah. Hehe. Even masa bulan puasa haritu pon, mama boleh masak dengan jayanya. Alhamdulillah syukur.

Okay, enough pasal makanan. Dari segi lain pulak, apa yang mama perasan, sepanjang mama mengandung ni, rambut mama tak gugur pon. Bukan kata kurang malah seingat mama dalam sehelai dua jek yang gugur. Kalau tak selalu nya bangun tidur jek mesti ada kat bantal2. Kat lantai bilik pon mesti ada jugak.

Pastu, apa yang mama perasan, jerawat pon macam malu2 gitu nak keluar. Even mama serabai tak terjaga muka ni, tak de nak tempek2 krim sangat.Hehe.

Ha, tapi yang mama error sikit, kat bawah bibir mama ni ada macam kering jek. Sebelum ni pernah jugak jadi tapi bila cumur krim jek dah okay. Tapi since pregnant ni, krim dah cumur, baby oil pon dah cumur tapi tak jugak hilang2. Aish. Pasrah ajek la mama. Badan memang toksah cakap la kan, gedeng sungguh!

Sayang bayangkan, masa raya hari tu, dalam masa seminggu berat mama boleh naik sampai 5kilo! Ha, mama makan dinasour agaknya sampai naik mendadak macam tu sekali. Nasib baiklah kakak nurse kat Klinik Jalan Gambut tu baik. Takde nak marah2. And of course la kan, sebab tu jugak,. mama kena minum air gula buat kali kedua. Uhuk.

Alhamdulillah, tahap gula mama okay sajek. Darah mama pon okay. So, even berat mama naik 18kilo sepanjang mama pregnant ni, mama takde lah risau sangat. Yang penting mama & Sayang mama sihat.

Hari ni, lagi 5hari jek Sayang dijangka keluar. Lusa pulak nak Raya Haji tapi sumpah Mama takde feel langsung nak raya. Berdebar nak bersalin punya pasal. Kadang2 rasa macam tak sabar nak Sayang keluar sebab nak tengok siapakah gerangan yang ada dalam perot mama ni. Yang selalu menendang2 ni. Yang cheeky2 ni sebab sebelum jumpa doktor dia punya lah aktif tapi bila doktor scan nak ukur peha dia, dia buat senyap jek. Haip!! hehe.

Dah last2 ni jugak kaki mama Masya Allah punyalah bengkak. Dah macam kaki gajah dah mama tengok. Tapi Alhamdulillah, almost setiap malam, setelah mama dapat duduk bersama walid, walid Sayang akan urutkan kaki mama ni. Terharu mama dibuatnya taw. Even walid Sayang penat dah malam2 sebab kerja apa semua tapi walid Sayang mesti urut jugak kaki mama ni. Jangan tak tahu walid Sayang urut sedap taw. Walid Sayang pandai urut. Untung Mama. Ahaks.

Apa-apa pon, mama tak sabar sangat nak tunggu Sayang keluar. Harap2 segalanya dipermudahkan buat mama. Semoga Sayang keluar dengan senang dan sihat nya. Tak lama lagi mama dapat jumpa awak Sayang!! Tak sabar sangat!!

Bukan kata mama sorang tak sabar taw. Semua orang tak sabar. Almaklumlah, Sayang ni cucu sulung untuk kedua-dua belah pihak mama dan walid. Jadi mama guarantee Sayang mesti akan ditimang2 bagai menatang minyak yang penuh. Haila, untung lah awak yer Sayang. Ahaks.

Okaylah Sayang, nanti mama sambung lagi yer...mmmmmuahhh! (sekarang ni tak boleh nak ciom Sayang lagi sebab macam mana mama nak ciom Sayang yang ada dalam perot mama ni? Uhuk)


Lots of Love,

-Mama-





No comments:

Post a Comment